About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, June 13, 2011

Hanya kerana susu..

Exhausted! The fact is..memang saya perlukan rehat. Keletihan menyebabkan saya asyik berhalusinasi benda-benda yang tak sepatutnya.

Ahad semalam sepatutnya saya bermalas-malasan di rumah. Tapi ada saja agenda adik saya dah buat untuk saya..haih..malang sungguh! Berjam jugak saya temankan dia kat kedai aksesori kereta..tinted kereta dan dalam malang itu, saya mendapat pengalaman baru...sewaktu menemankan dia membeli barang keperluan baby untuk kawannya yang baru menimang cahayamata....:) I loike occay!

Sewaktu memilih barang-barang yang nak dibeli tu, barulah saya perasan..(sedar lah sebenarnya...), barangan seperti susu rumusan bayi dan diapers sebenarnya bukanlah murah! Terkejut saya tengok harga susu baby especially...jakun! Kotak kecil Anmum lebih kurang RM 15.00. Dalam tin 650g pula mencecah RM 45.00. Memanglah terkejut..tau-tau saja lah mana pernah saya ambil tau pasal harga barang baby nih!



Terus saya terfikir-fikir sendiri..mampu ke saya nak ada baby..??*macam lah dah nak ada baby sangat...muehehe...merepek Siti Murni nih..

Cuma fikiran dangkal saya saja..kos nya sudah tak seperti zaman adik-adik saya sewaktu baby dahulu. Padanlah rata-rata kawan2 adik saya mengeluh bab susu, pampers, breastpump, kos bersalin, kos perubatan baby kalau demam dan sakit..hmm..dan lain-lain misc jugak lah! Ada bunyi keluhan macam ni..., "hmm...baby I tu..susu lain tak nak minum..nak Enfagrow je..kalau bagi susu jenama lain, dia tak ndak..siap buat perangai lagi" *wah wah..sedap-sedap dia salahkan baby dia..mak branded la katakan...

Sekali lagi..dari sudut pemikiran dangkal saya...

Mungkinkah baby pun pandai memilih jenama? Habis tu..kalau dah ibu bapa nya tak berkeupayaan nak beli susu yang mahal-mahal, baby ni boleh menjerit bagitau, "nak susu anmum jugak!!!" Macam tu ke?

Saya yang belum berkahwin dan belum pernah mengandung apatah lagi mempunyai baby, merasakan...semuanya terletak pada si ibu bapa. Kalau kamu didik dia minum Anmum, Enfagrow dan Enfakid, mesti lah dia dah tak hendak susu lain.

Don't trained ur baby to be a brand victim! Kalau u branded..it doesnt mean u kena turunkan sifat memilih brand kat baby u..it will sooner or later ruined urself! Ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu..lebih dari mampu dan tidak pula mengeluh..alhamdulillah...u should proceed with it.

Ada yang cakap...(orang yang cakap..bukan saya!) baby kalau diajar minum susu mahal...cepat cerdik..pemikiran cerdas..! Saya tak taulah sejauhmana kebenarannya..mungkin betul, mungkin kurang tepat..mungkin jugak salah. Anda ada pengalaman...? Meh kongsikan..



p/s:
Masa saya baby bonda bagi susu badan..lepas 1year baru lah saya minum susu dumex. Dah besar ni saya tak boleh pulak minum susu. The only milk I can consume is Anlene, itupun berkira-kira nak beli.

23 comments:

  1. akak bagi dutch lady je tuk anak2..brand apapun sama je kot..

    ReplyDelete
  2. Masa kakcik kecil dulu, mak bagi minum susu Lactogen je! Skrg mmg tiada yg murah lagi, sampaikan ada yg terpaksa bagi anak minum susu pekat manis!

    ReplyDelete
  3. rezeki anak2 siti...bila mkn ramai mkn murah rezeki kita....

    ReplyDelete
  4. wahhhhh....susu mmg mahai....tapi mmg ikut mak bapak nak beli susu murah ke mahai....setahu den...susu baby paling murah ialah lactogen...agak laa....ahakz....

    ko kecik2 minum dumex...? samo lah kito...ahakz...pinggan free susu dumex...sampai lah ni bonda den simpan...ahakz

    ReplyDelete
  5. takda anak jugak tapi tau susu & bengbarang baby memang mahai berapi.

    sampai dah tua ni pun akak suka minum susu. I LIKE :D

    ReplyDelete
  6. mahal betul harga susu esp yang berjenama, kos semakin tinggi

    ReplyDelete
  7. hehe...

    xtau nak komen apa jugak..lagipun adik2 ila dah besar...tapi macam setuju ja statemnt akak tu..kalau susu mahal,anak pun jadi cerdik n pintar n cerdas...

    teringat adik ila dulu yang bongsu..mahal jugak susu dia..mama terpengaruh dengan kawan2 dia..

    tapi bagi ila..semua susu bagus kot..hahhah

    ReplyDelete
  8. erk?? susu pekat manis?? kesiannya budak

    ReplyDelete
  9. sebenarnya umai masih lagi minum susu anmun.. sebulan 4 kotak..
    mmg mahal.. tapi umai mmg bijak berkata2..

    itu yang kak nampak...dan kak sedari...terbukti susu y baik dan mahal adalah y sebenarnya

    kalau susu lain, kak kurang tahu..
    tapikan.. sepupu kak ayu, klrg susah.. so dia bagi dumeq... tapi bijak gak anak dia.

    tapi lambat jalan jer

    ReplyDelete
  10. huhuhu.....ingatkan sapi dapat nama. rupanya crita pasal susu baby

    ReplyDelete
  11. salam..
    kemuliaan seorang wanita itu
    apabila cepat menjadi seorang isteri dan cepat menjadi seorang ibu..jangan takut, Allah dah janjikan bahawa rezeki makan minum seorang anak itu pasti ada..
    :)

    ReplyDelete
  12. Cuba bayangkan kalau ada twins...heeee segala-galanya kena 2!

    ReplyDelete
  13. mmg menakutkan kalau tengok harga susu tu kan...dah rase dulu2 masa anak kecik2 semuanye minum susu...siapkan duit jer la...

    ReplyDelete
  14. kalau kita tanya PM dulu dia minum susu ape, mesti takde jenama tue lagi kan...tak tahulah susu ini memainkan peranan ke tak..sesungguhnya susu ibu juga yang terbaik...

    ReplyDelete
  15. KAK HAMIZAH:
    Saya pun berpendapat yang sama macam akak..susu apa pun sama saja kan.


    KAKCIK:
    Makna nya lama jugaklah susu jenama Lactogen ni ada dalam pasaran ya...ingatkan brand baru. Memang kesian baby, sampai minum susu pekat manis..apa nak buat, dah rezeki ibu bapanya sampai situ saja.

    NZA:
    Ya, rezeki anak2. Pernah jugak dengar tentang tu. Tapi tak ketinggalan, ada jugak yang turut diuji...

    ReplyDelete
  16. JEBAT:
    Tak sangka hang ni berpengalaman jugak bab susu ni yer..:)
    Wah..sama lah kita 'baby dumex', mak hang pun buat simpan noo koleksi pinggan dumex tu..hehe..nostalgia. sayang dah tak dapat cari mana pinggan2 tu.

    DINAS:
    Alhamdulillah la kak...suka dan boleh minum susu! :) Chek ni dah puas paksa...Anlene tu pun macam tak ikhlas je nak minum..sebab pikir kesihatan tulang je...hihi...

    SHARINGINFOZ:
    Yalah..kenaikan kos ni buatkan saya terfikir...golongan marhaen ni, yang anak2nya ramai..memang tidak ada pilihan kan..

    ReplyDelete
  17. HONEYBUNNY:
    Yang selalu kawan2 bualkan pasal susu enfagrow. Masing2 cerita perihal kecerdikan anak masing2 yang minum susu tu...entahlah kan...tak boleh nak menjawab bab formula susu tu..mungkin sikit sebanyak ada pengaruh nya kot kat baby.


    IMANSHAH:
    Yalah..kesian kan. Susu pekat manis tu rasanya bukan berkhasiat sangat pun...

    MIECYBER:
    Ya....setuju sangat! Susu ibu adalah yang terbaik. Semua sumber khasiat ada didalamnya...

    ReplyDelete
  18. CITARASA RINDUAN:
    Thanx Ayu kerana berkongsi pengalaman sebagai pengguna Anmum.
    Alhamdulillah Ayu mampu dan Umai pun menunjukkan kesan2 baik minum susu tu. Maknanya ada jugak effect dari formula susu mahal ni.

    EELOBOR:
    hehehe...at first memang nak letak 'sapi dapat nama' tu as title entry...kejap delete...kejap taip at last keluar tajuk lain..heee

    ZULKBO:
    As-salam Bro Zul..t. kasih atas pandangan..terpana saya seketika..tercuit hati..kalau boleh saya pun nak cepat2 jadi isteri & ibu..cuma dari segi persediaan tu buat saya takut2 tak dapat memberi yang terbaik utk anak...chewah2...ia2 je saya ni..hehe.

    ReplyDelete
  19. BIGDADDYZ:
    A'ah...betul2...dari kecil, baby sampai lah besar kan...
    apapun..rezeki anak2...:) Take care si twins yer...

    HERUMI:
    Ya...syukur..alhamdulillah.

    KAK AINNORAINI:
    Syukur alhamdulillah kan..anak dah besar2...tak lagi pening memilih jenama susu.

    SAHROM:
    Yer kan...zaman PM..tokoh2 dan cendekiawan kita dulu mana la ada susu jenama yang macam2 tu..Susu ibu jugak yang the best! :)

    ReplyDelete
  20. Trained. Anak dididik macam kita didik diri kita.

    Kak Azie perah susu sendiri masa di pejabat. Simpan freezer. Ulang bawa botol ke rumah pengasuh. Sampai 6,7 bulan baru pelan2 ke susu tepung. Harga mampu sahaja.

    Tiada yg murah sekarang ni. Ikut poket. Lepas tu jangan merungut. Sebab susu tu jadi darah daging anak.


    Jatuh Chenta Pandang Pertama: “Haruskah Ku Bilang Chenta?”

    ReplyDelete
  21. KAK AZIE:
    Setuju ayat last kak azie tu...
    jangan merungut kerana susu jadi darah daging anak...tapi sedar tak sedar ramai jugak yang buat gitu kan...sama2la kita renungkan...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails