About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, June 20, 2011

Jalan-jalan cari Durian Balik Pulau...

Misi jalan-jalan cari makan *jalan-jalan cari durian di Balik Pulau last saturday! :)
Ada orang tanya kenapa nak makan durian sampai ke Balik Pulau, hmm...kalau sampai ke hujung dunia pun tak mengapa, demi mencari kelainan.


So, berpergianlah kami berdua..me & my sis. Actually sengaja nak mencari originaliti durian Balik Pulau and co-incidence seorang kawan Dik Na, suaminya salah seorang tauke durian kat sana. Beli dengan discounted price lah kan....


Tak susah nak cari gerai No. 111 ni. Letaknya bersebelahan pejabat TNB berhampiran persimpangan Pondok Upeh. Kalau datang dari Jalan Relau /Paya Terubong, gerai ni di sebelah kanan jalan. Dalam foto, di sebelah kiri jalan ada deretan gerai lagi yang menjual durian terbaik di Malaysia.


Disebabkan tak pandai memilih durian, maka haruslah cari orang yang boleh menolong. Nasib baiklah husband kak Ayu yang menjual durian ni tak lokek ilmu..siap ajar lagi macammana nak kenal durian 'Ang He' & 'Ho Lor' yang popular sangat tu..


Durian 'Ho Lor', Ho Lor bermaksud 'labu'. Buahnya bujur, tak bulat macam 'Ang He' (foto bawah). Tekstur berkedut dan padat isinya. Makan seulas pun rasa puas sangat!

'Ang He' atau 'Udang Merah' mempunyai isi yang sangat manis. No wonder la mahal! The flesh is so tender and creamy..

Durian yang berwarna agak coklat tu adalah durian Lipan. Kitorang tak beli durian ni, sebab dah beli 2 biji itu 'Ang He' & 'Ho Lor', plus 3 biji 'Kun Poh'.


Rambutan & manggis turut dijual kat gerai ni. Walaupun saya "hitam-hitam si buah manggis, sungguhpun hitam dipandang manis" ..hehe...tapi saya memang tak makan buah manggis. Bukan selera saya agaknya.

Untuk info, kepada yang nak berkunjung ke gerai ni boleh la reserve at least 1 day in advance so that dapat lah husband kak Ayu ni stand-by durian yang terbaik. Kalau nak nombor pun saya boleh kasi..hehe...mana tau kot2 dapat durian free..ekeke..

Lama jugak kami beromel-omelan kat Gerai 111 tu..siap photoshoot lagi..! Memandangkan hari dah beransur ke senja, kena lah gerak sebelum gelap. Tau ajelah Balik Pulau kalau dah gelap...takut sey! On the way balik..singgah sekejap di Anjung Indah yang sekarang tengah berlangsung Pesta Durian. Kalau tak silap sampai 30 Jun nanti. Ada 4 atau 5 gerai beroperasi hari tu, dan rata-rata pengunjung menaiki kenderaan bukan berplet 'P'..means...orang luar la tu.

Saya kat Anjung Indah..layan pemandangan...cantik woo! Foto tak disengajakan si photographer sedang men'setting' cam beliau!

Panjang sesaknya masa perjalanan balik...dah la pening sebab kepanasan. Air-cond terpaksa di off kan sebab tak nak bau durian melekat dalam si pinky Dik Na. Durian punya pasal...sabo aje lah!

18 comments:

  1. cantik nya isi durian tuh... gambar last sekali terbaek....

    ReplyDelete
  2. durian balik pulau memang the bessssstttt!

    syahdu sungguh lagu ni, boleh nangeh teringat kenangan lama nih, huhu

    ReplyDelete
  3. EELOBOR:
    Cantik! Dan sedap! Gambar last..?wah...suka la ms. photographer tu nanti..

    MIECYBER:
    Nak..?sila mai penang...kihkih...

    DINAS:
    Kan..?takde yang best melainkan the best belaka...hehe...

    owh..lagu yang syahdu itu akan terus disitu..sampai bila saya tak pasti..hee...suka, tak bising..mendamaikan...:)

    ReplyDelete
  4. adeh!!!!!
    mana nak cari durian warna gitu

    isi terbaik tu

    adeh!!
    meleleq air liur kak ayu

    setuju komen eelobor.. pic last terbaik

    dan pic kamu di anjung tu pun nice!!

    ReplyDelete
  5. sedapppnya tgk isi durian tu kak..

    kat rumah mesti ada durian...abah suka beli buah-buahan...manggis...ila suka sgt..heheh

    cantik gambar akak tu....jauh termenung ye akak..hehe...nice!!

    ReplyDelete
  6. sedapnye durian...kak ain sekeluarga mmg suke makan buah berduri tu...


    jauh sgt termenung tu...
    mmg cantik pemandang kat anjung

    ReplyDelete
  7. sedapnya nampak buah durian tu. Akak suka udang merah tu...lemak dan creamy kan!!! Anak akak Sufia pulak sukakan buah manggis.. kat sini 3kg, MYR 10 tapi buahnya tak se'fresh' yang dlm gambo Siti.. kat balik pulau berapa yea?

    ReplyDelete
  8. masa kat USM selalu je pg Balik Pulau, nampak pokok durian kat tepi2 cerun

    ReplyDelete
  9. IMANSHAH:
    Sepanjang jalan tu kalau tak kena musimnya kita ingat pokok hutan biasa saja..tapi bila lalu masa musim durian baru tau kan....

    CHIK NA:
    Saya tak tanya pulak harga manggis tu, chik na..tak beli pun. Tapi durian udang merah tu sebiji 2kg lebih...RM 40. Kalau nak beli kena cepat..sebab diorang belum eksport ke china melalui jab. pertanian, bila dah eksport harga nya lagi mahal.

    KAK AINNORAINI:
    Memang cantik kak ain! Itu dah dekat senja, pic tu guna flash..tak nampak pemandangan kat bawah tu dengan jelas. Kalau malam lagi cantik..macam kat bukit ampang..tengok lampu2 bertaburan....waaahh...

    ReplyDelete
  10. HONEYBUNNY:
    apa lagi ila..balik aloq staq lah...hari tu kan ila dah buat list menu tu..mesti abah ila dok standby segala jenis buah2an utk anak kesayangan dia...hehe...:)

    ReplyDelete
  11. salam..
    ermm..sedap tu..
    musim panas nih
    makan durian kena
    minum air banyak sikit
    nanti demam pulak
    :)

    ReplyDelete
  12. pic last tue..berderet tue kereta huhuhuuh..mesti tak leh laju kan huhuhuhuhhh

    ReplyDelete
  13. huh menangis tengok durian..bestnya kat sana dah banyak durian best2..kat sini durian baru ckit2 jer ada..baru dapat makan beberapa ulas..hehe..sodih!

    ReplyDelete
  14. ZULKBO:
    A'ah..bro zul...
    minum air dari dalam pangsa durian tu..itu petuanya..
    plain water pun jangan nak ngelat..takot panas lak kang..!

    SAHROM:
    Jangankan laju..merangkak-rangkak je...dah ler panas sebab tak on air cond...tu la kuasa durian...sanggup tu!

    ANAYANA:
    La...iye ke...nanti2 jenuh lah tu. Durian pahang dah jenuh kan...hari tu tengok kat tesco..tapi mahal ya amat.....huhu..tak sanggop nak membeli...

    ReplyDelete
  15. xtahan tgk buah rambutan tu...feveret akak tu...

    mmg cantik pemandagan kt atas tu.....

    ReplyDelete
  16. kuningnya durian 2.huhu.telan air liur rasa.musim durian ari 2,jat xsmpat lgsung nk makan tau.ni rasa kempunan ni.huhu

    ReplyDelete
  17. NZA:
    Owh..akak suka rambutan rupanya. Kalau isi lekang, saya okay je.

    ZATI:
    Kesian Jat. Kat sana tak ada durian lagi dah ke..?alahai..kalau dekat leh la bagi Jat rasa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails