About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, July 2, 2011

gara-gara printer ribbon...

Saya bukan lah suka sangat nak marah-marah orang tanpa sebab..ndak-ndak pulak di hari jumaat (kelmarin)..ingat best ke, seronok ke marah-marah pastu orang pun naik meluat kat saya...??tak best okay..cuma kerana tanggungjawab dan terpaksa.

Satu benda yang menjadi kepantangan bagi saya -- jenis buat keja cincai, suka lepas tangan, tak ada tanggungjawab dan selalu cuai!

Insiden semalam -- seawal pagi saya dengan semangat berapi-api nak siapkan 'Monthly Report' untuk dihantar ke HQ. Tanpa disangka, masa tengah ligat printer dot matrix yang selalu saya gunakan tu tersangkut paper nya..rupa-rupanya..printer ribbon dah koyak, dah sampai masa untuk digantikan baru. Normally, sebulan sekali saya akan tukar ribbon baru..tapi sebab bulan ni tak banyak gunakan mesin cetak tu, so ribbon tu memang boleh bertahan sampai saya habiskan report bulan June yang berkoyan-koyan tu. Selak punya selak, godek punya godek dalam cabinet stationery...tau-tau yang ada ribbon lain dan satu tu bukan code yang sama untuk printer yang saya guna...darah dah menyirap! Mesti silap ribbon nih. Dah la tengah kalut, takpe...saya cuba jugak masukkan ribbon baru tu..confirm! Memang tak boleh masuk.





Lepas soal siasat dengan bebudak opis..rupanya ribbon tu dah sampai lama dah..dan dah memang aware code nya tak sama tapi the seller claims that ribbon tu boleh digunakan. Masalahnya -- kenapa tak bagitau awal-awal dan semak kalau-kalau ribbon tu boleh digunakan atau tidak! Bukannya last minute sampai saya tak ada pilihan lain terpaksa keluar pergi beli ribbon yang harganya bukan murah! Memenatkan..buang masa..buang tenaga...menyusahkan orang lain pulak! Bukan sekali benda macam ni happen....kali ke3 sepanjang tahun ni.

Saya dah serik kena marah masa kali ke-2 submit report lewat ke HQ. Macam bodo je keje yang sekecil ni pun tak boleh dilaksanakan dengan baik.

P/s: Bukan setakat hal stationery, hal berkaitan agreement, dokumen pinjaman untuk kakitangan kerajaan...semua nya dibuat sambil lewa. Saya tunggu masa je.........tau lah nanti langit tu tinggi ke rendah.......

5 comments:

  1. jangan marah2 dear...nnt kurengg manisnye...

    nak tak, nnt kak ain bagi siti sepiring masak lemah cili pucuk paku + udang ye..

    ReplyDelete
  2. mmg menyakitkan hati bila trjadi bnda camni..nampak sgt 'org2' ni buat kerja cincai2....

    ReplyDelete
  3. memang bengang la kalau jadi macam ni :(

    ReplyDelete
  4. kdg2 diorg ni mmg lepas tgn,coz bkn diorg yg nk guna.mcm kertas gak,nk order pun lmbat.bkn guna duit dia pun.

    ReplyDelete
  5. ZATI:
    Betul macam Jat komen tu..buat kerja macam nak tak nak je....

    DINAS:
    2 hari jugak bengang saya ni tak hilang tau...pasal bukan kali pertama, dah 3x..

    NZA:
    Ya kak, kita pun takkan nak bising kalau dia buat kerja dengan elok kan...

    KAK AIN:
    Okey kak ain punya masak lemak pucuk paku punya pasal...saya tak marah dahhh....hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails