About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, September 23, 2011

Meow Chimlin Dik Na

Semalam baca blog kak Aidah kisah si Milo debab...terus tergerak hati nak buat entry perkembangan terbaru Meow-meow a.k.a nyau-nyau kitorang..hikhik. Dah berkembang pesat membesar bagai johan! Meow-meow atau nyau-nyau yang dijaga Dik Na dan hubby beliau ni suka makan Royal Canine..sama macam kak Aidah punya Milo. Alamatnya..tak lama lagi debab macam si Milo lah gamaknya..! serius...sangat geram dengan Milo itu.


Meow-meow macam kucing lain jugak. Saya percaya perangai kucing ni kadang-kadang terikut-ikut perangai tuan dia. Tengoklah gelagat dia tido terlentang tu. Sebijik macam adik ipar saya tido..cuma Meow-meow tak letak tangan dia kat kepala je! Jarang dapat tengok kucing tido gaya gitu.


Perangai manja mengada-ngada tahap dewa-dewa dia memang tak dapat dinafikan. Dia tido atas katil bersama tuan besar dan puan besar. Tingkat atas rumah, master bedroom, atas katil, atas bantal okeh! Tapi dia seekor kucing yang berdisiplin, bangun awal dan gerak tuan puan besar bangun tido ya..siap jilat-jilat lagi! FYI, Meow-meow dah nak masuk 8mths...tak sabar nak tunggu Meow-meow bertambah gemok gedempon..!

Last weekend Meow-meow balik rumah bonda kat Perda ni. Hmm..nak tau apa dia buat...dia cakor curtain raya yang baru itew..dah la kain nipis..terus see thru akan lobang-lobang pada kain curtain itew. Saya tak marah...sebab Meow-meow yang buat..! Cuba kalau orang lain yang bikin onar, confirm saya dah lama seranah orang tu..muahaha. Keji nya saya!


Disebabkan itu kunjungan pertama dia kat rumah tu, dia gagal mencari tempat yang sesuai untuk membuang 'poo'. Lepas dia balik..saya dan bonda tercari-cari dari manakah bau ashem berkenaan. Sampai sekarang tak jumpa..rasanya memang poo beliau..! Haha...walaupun Meow-meow poo bushuk ashem dan membuangnya di tempat yang gagal kami kenalpasti, kami tak marah okeh! Di rumah sendiri..dia memang buang di tempat yang betul..dalam bekas special kat dalam cage beliau. Cuba kalau Dik Na yang poo merata...harus saya heboh satu malaya sambil kutuk-kutuk beliau! Haha....larikkk!!!


photo credit: album 'My Meow Chimlin' Dik Na's FB.

24 comments:

  1. Untung jadi meow-meow, buat apa pun tuannya tak marah. :)

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat kat family akak ni memang pass dari 1 tangan ke tangan lain. Puaslah kena peluk. Mesti tengah kuat gurau ni kan. Milo tu dah senior citizen, tak mo gurau sangat pun. Tapi akak tetap sayang.

    ReplyDelete
  3. KAKCIK:
    Kita pun beruntung dapat meow-meow. Kalau kakcik dengar cerita dik na..meow2 ni la yang teman kan dia berbuka sepanjang ramadhan hari tu..sebak pulak saya dengar. duduk atas kerusi sambil tunggu dik na yang berbuka keseorangan sebab hubby keja balik lewat malam..sob sob..:(

    KAK AIDAH:
    ye kak, betol sekali. tengah kuat bergurau..kami kalau sesekali ke rumah adik, teruk la dia kena buli, jangan harap dapat tido..ape2 pun milo tetap debab & comei!

    ReplyDelete
  4. haha..samalh dgn kucing jat.ma manjakan sgt.smpai kena dukung.mengada2.mjur dia xreti nk geget org.

    ma pun,kdg2 smpai dukung baby,agah2 terkeluar meow2..jat pn dah ikut perangai ma tau.

    ReplyDelete
  5. HANS:
    Warna bulu dia dah semakin bertukar. Gambar yang 1st tu masa dia 5 ke 6 bulan. Pic yang kedua tu latest sekali..

    ZATI:
    Hehe...kucing ni memang macam tu Jat..kalau kita manjakan dia, dia pun akan manja mengada-ngada dengan kita, tapi masih...kita tak jengkel pun dengan diorang kan...hehe..

    ReplyDelete
  6. k.ayu tak sabar nak tunggu meow2 membesar lagi..
    dik...
    mmg kan, bila kucing pi mana2 walau dia tau ada port dia dalam bekas,. bila tempat lain dia jadi pening2.. heheheh

    ReplyDelete
  7. Comelnya diaaaaaaa! Sungguh bersopan sekali gaya dia tidoq tu, hahaha! Gambaq last tu memang kiut bangat!

    Ooohhh dok kat Perda naa :)

    ReplyDelete
  8. salam..
    gambar menceritakan segalanya..
    nampak yang kucing tu hidup berbahagia di samping tuannya..

    ReplyDelete
  9. Bagus bela kucing ni. Binatang kesayangan Nabi. Seronok tengok gelagat dia.

    Cuma Kak Azie tak serajin itu nak bela. Belum ada kekuatan jiwa dan kerajinan tahap dewa....

    Kalu Dik Na poo merata, jangan lupa kurung dia dalam cage gak! hahahahaha lariiiiiii ikut SITI

    ReplyDelete
  10. Dia punya cara tidur tu baguslah. Sangat comel. Jarang kucing tidor macam tu ;-)

    ReplyDelete
  11. salam kenal

    singgah sini terus follow

    sudi2 le follow ai pulak

    maceh

    ^_^

    ReplyDelete
  12. emmm...sama dengan kaler kucing kami dulu.

    ReplyDelete
  13. wuuu sgt suka kucing tpi mak x bgi bela...bak sekor

    ReplyDelete
  14. hahahaha.. part tidur tu yg tak tahan... Habis bocor rahsia bagaimana cara tuannya tidur :)

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. ayak!! ada org nk kurung sy dlm cage jgk ke ni...hehe..

    tuan nya tido baik..meow yg nakal suke perli.. keke

    ReplyDelete
  17. memang geram tgk meow-meow tu... anak-anak chik na mmg suka kucing tapi chik na malas nak bela .. he he he

    ReplyDelete
  18. CITARASA RINDUAN:
    Kami pun tak sabar, Ayu..sekarang pun dah semakin debab. Tunggu dia dapat partner je nanti..

    IMANSHAH:
    tuannya baik...?hihi...ye kot..

    DINAS ALDI:
    dia ni macam-macam stail tidoq ada..ikut sedap dia ja.
    sshh...diam-diam tau..nanti kita dating..hehe.

    MIECYBER:
    Bunyi apa tu.?hehe

    ZULKBO:
    itulah..lagi dia gemok, lagi bahagia lah maknanya..

    KAK AZIE;
    betul tu..binatang kesayangan nabi. Husband dik na kemain lagi saya nyau2 nih..
    kak azie jaga2..sebelum kurung dia takot dia ligan kita dulu..hehe

    LCA:
    A'ah..memang jarang. biasa kita tengok kucing tido melengkar je..ni dah macam orang gaya tido dia.

    UCHI KF:
    Hehehe...first time ambe dengar kucing kacak...hehe..boleh la tu..:)

    NZA:
    thanks kak..dari semasa ke semasa mesti ada entry dan gambar terbaru nyau-nyau lagi.

    NM02:
    Salam kenal & thanks..ada masa saya jengah blog anda nanti ya..

    EELOBOR:
    Adik saya kata nak cari partner yang kaler serupa garfield untuk si nyau2 ni..tengok anak dia nanti macammana rupa..

    IMHEPPIE:
    tuan nya sedang cari 'menantu' untuk anak dara diorang ni..dan dah panjang juga senarai yang nak anak si nyau2 ni nanti..kena ambil no.giliran..hehe. kenapa mak tak kasi bela?

    KAK NIDA:
    hehe...tuannya baca sambil tersengih je...

    PAPA MIFZ:
    bela lah...cari yang jantan, boleh pair dengan si nyau2 nih..

    CHIK NA:
    okey tu chik na..bagi sufia belajar bela kucing, chik na suruh dia je buat semua...pengalaman baru kat anak2 tu..hehe.

    TEH AIS GULA MADU:
    Hahaha...yelah meow2..nyau2 tu pandai mengajuk tuan dia...hari ni ada tunggu kat pintu tak..?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails