About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, September 29, 2011

Ryukin saya..

Saya ada pet! Macam big news pulak..buat announcement bagai! Memalukan..dah tua-tua cenggini baru nak belajar ada pet. Semua ni Dik Na a.k.a Teh Ais Gula Madu punya pasal!

Saya rasa satu-satunya yang saya suka berenang-renang di tasik madu dalam balang kristal atau akuarium adalah goldfish, so, I've decided to bela this goldfish..codenamed "Ryukin". Memang nama dia Ryukin pun! It's simply because the color of goldfish yang really-really striking and attractive!

Disebabkan saya tak cukup mahir lagi dalam arena penternakan binatang peliharaan..maka saya memilih untuk bermula dengan balang yang comel nih berserta 2 ekor Ryukin. But unfortunately, just after a few days dalam peliharaan saya, one of the Ryukin's had died! Ini semua salah adik jantan saya tu...blur ke ting tong ke saya pun tak tau apa masalah dia sampai terlupa dan terus pi tutup alat bantuan pernafasan bagi ikan-ikan berkenaan. Hangat hati chek!! Bila balik keja tengok salah seekoq Ryukin tu telah meninggalkan balang yang fana itu, Hati mana tak sedih dan kuciwa...dah la baru nak belajar bela ikan..jadi macam tu pulak.


Ryukin dalam balang yang fana
Anyway, apa yang terjadi tidak mematahkan semangat saya. Saya berazam, weekend ni saya akan mendenda adik jantan saya itu supaya membeli seekor lagi goldfish supaya Ryukin yang seekor lagi tidak keseekoran keseorangan seperti saya.

Okey2..serius..ini fakta yer bukan auta -- Ryukin ni spesies goldfish yang berasal dari Pulau Ryukyu, the island in between Taiwan & Japan.Juga dipanggil Nagasaki goldfish. Ryukin ni kalau dijaga dengan baik boleh mencecah saiz 21cm in length. Dia ada hump on his back..and warnanya pulak could be in striking red, red-white or white.

Since Ryukin is very active and can bersekedudukan mix with any types of goldfish, I'm not very sure whether to still look for another Ryukin or should I buy another species called Oranda..?? Humm...we'll see apa pilihan yang ada nanti..

Sekian sahaja karangan saya pada hari ni yang bertajuk Ryukin saya. Harap cikgu boleh bagi markah lebih untuk karangan saya pada hari ini.

6 comments:

  1. Akak suka sungguh goldfish. 1 masa dulu pernah bela beberapa ekor Oranda. Sayang gila kat depa, comel siut! Tapi lepas tu pi kursus kat KL setahun, takda sapa nak betul2 jaga, habis mati semua.

    Patah hati dengan kejadian itu, terus dah tak bela langsung lagi dah. Sekarang ni menumpang kasih sayang dengan ikan2 puyu Che G saja, kehkeh!

    ReplyDelete
  2. Comei je, kan...tapi hakikat nya, diriku memang geleman dengan fish. Makan fish je tau..."anak" fish?? Ekekekekkk

    ReplyDelete
  3. sedappp sungguh nama pet akak....ryukin....ila egtkan apala tadi....hehe..

    okeh..ila kasi A karangan akak...hehhe

    ReplyDelete
  4. Akak suka juga dengan gold fish. Anak2 akak ni apa je nak dibela buat pet, tolak ular, katak ngan cicak je sebab mak dia geli. Hehehe.
    Dulu masa kekecik akak pernah bela anak harimau tau tapi seminggu je sebab abah akak suruh hantar masuk hutan balik, takut ibunya mengamuk.

    ReplyDelete
  5. hihi belit2 woo lidah jat sebut nama dia.kalau jat,jat bg nama ikang.haha

    ReplyDelete
  6. DINAS ALDI:
    Patah hati punya pasai..ikan puyu pun jadi lah noo...
    bela la balik goldfish..bleh kita berkongsi hobi..kihkih

    LCA:
    Geli...errr...I pun a bit geli nak pegang, tapi syiok tengok punya pasal, geli letak tepi. Oo....anak ikan bukan geli, itu geli-geli..haha...

    ILA HONEYBUNNY:
    terima kasih cikgu ila kerana bagi saya A untuk karangan tersebut..hehe.


    KAK AIDAH:
    Mak aih...sampai bela harimau...berani nya! Jangan la cari pasal..bela lah binatang lain yang tak berisiko..hehe..

    ZATI:
    haha....nama jepun tu Jat oi..hati-hati nak pronounce, tergeliat kang susah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails