Sunday, December 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Natal..

'Christmas Fantasia' di Sunway Carnival Mall
Selamat menyambut hari Natal buat yang mereka beragama kristian.


Ini adalah entry auto-published. Cuti krismas kali ini saya berada jauh di Timur Tengah..mesti sekarang ni saya tengah sarat rindukan Malaysian food. Makanan tok arab walaupun sedap tak sama hebatnya dengan masakan melayu. Entahkan kebulur saya kat sini..entahkan tidak...! Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang ya..


Sekadar memeriahkan cuti kelepasan umum..saya share kan a few photos taken at malls around Seberang Perai. Sekadar tertarik dengan deko krismas ni saja...insyaallah..tahun ni pengalaman pertama saya bermain salji betul..bukan salji tipu di bumi orang. Harap-harap dapat tengok 'gingerbread house' masa kat sana nanti..takde pulak kat mall sini.

'Merry White Christmas' di AEON Jusco Seberang Perai City
Balik nanti..Insyaallah kalau semuanya berjalan lancar akan saya kongsikan entri travelogue saya selama 10 hari jauh dari bumi Malaysia yer...[cewah-cewah...bajet terer..!haha]

Salam dari Semenanjung Anatolia....



Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #14: See u next year...Insyaallah.




Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #13: December @ Gurney



Tuesday, December 13, 2011

Kalau takut dilambung ombak..mengapa nak jugak tengok OMBAK RINDU???

Kesian dia..dia tengah sedih...monyok je sejak kelmarin..sebab weekend yang indah tu dah berakhir.

Kucen tu tak bersalah..dia cuma terpengaruh mood tuan dia..


Macam-macam bersarang dalam kepala otak dia. Hati dia pun tak keruan. Dia cuba membahagiakan..tapi kalau dia membosankan..mungkin hanya setakat itu yang mampu dia lakukan.

Tengok la lagi "Ombak Rindu" tu..tak pasal-pasal kena batang hidung sendiri..."Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"....!

Dia tak tau nak buat apa lagi dah..dia buntu. Lagi 8 hari..dia nak pergi jauh..dia takut lepas dia balik..semuanya dah berakhir sebelum sempat bermula. Yang sweet..funny, beautiful...semuanya macam sekejap saja dipinjamkan pada dia.

Mungkin yang terbaik untuk dia hanyalah diam untuk sementara waktu...kalau dah memang tertulis begitu...terima sajalah...orang tu bukan untuk dia.


P/s: saya yang sepatutnya sakit..bukan awak...:-( I'm sorry...I felt terribly guilty!


Monday, December 12, 2011

Warung Bonda @ Taman Seri Delima, Juru


Hari ni saya nak share salah satu restoran yang jadi port melepak untuk lunch.."Warung Bonda". Sepelaung je dengan office saya, Taman Seri Delima, Juru. Walaupun sepelaung kalau tiap-tiap hari keluar pukul 12, tengah rembang terpacak boleh bertambah 'meqelit' jugak kulit chek ni.


Restoran ni baru je dibuka..dalam last few months. Berkonsepkan masakan melayu dan a bit masakan ala nyonya. House specialty, saya rasa "asam pedas ikan pari" dan "masak lemak ayam"..memang.. masyaallah..menjilat jari lah! Pic atas tu menu breakfast..breakfast sensorang pun layan je la....

Restoran bersih, dapat Gred A dari MPSP, selesa, seating ala kopitiam..luas, cukup untuk menampung crowd during lunch hour. Parking pun tak ada masalah...sepanjang jalan boleh parking, tak kena saman..mahupun kena clamp tayar..ekeke.[detailnya chek...over pulak]. Price pun reasonable.

Yang dok dekat-dekat sini..sila la try.....

Tuesday, December 6, 2011

Restoran Qasar Hadramawt, Bandar Perda ~ Best Yemeni & Arabic Cuisine in town

Tengok, siap dukung kambeng lagi..ente mampu?? [photo credit "Qasar Hadramawt"]
Ana mau cerita fasal sevuah restoran lah..varu vukak lah ini restoran. Di suatu malam yang hening dan sangat kelaparan..ana sama umi ana berkunjung ke ini restoran lah..Qasar Hadramawt. Tak jauh dari rumah ana lah..5minit tak samfai..tak fanas itu funggung!

Fresh orange untuk bonda & Banana Shake for me..
Banana Shake tu memang superb, two thumbs up! Berbaloi untuk harga RM 4.00. Ana hirup sampai ke titisan yang terakhir, pastu menyengkak perut macam unta ulaq sawa..(again..)


Nah..nenjiaa..ana nak habaq kat ente semua..Lamb Mandy yang ana order malam tu for our dinner verdua-duaan dengan bonda...very romantic lah!

Okey..back to cerita makan yer..urm puas hati dengan hidangan ni, sepinggan tu ana share dengan bonda. Ada dua saiz, ana order saiz regular RM 18.00. Large size entah la berapa orang boleh makan..harga kalau tak silap RM20++. Yang dalam mangkuk tu macam sejenis acar je..ana terlufa tanya sama waiter kat situ..belasah je..sebab sedap sangat. Daging kambing pulak the texture was so good and tender..tiada bau. Nasi dia ada aroma yang tersendiri..dicampur dengan yellow saffron kalau tak silap ana lah.

Ana sama adik ana bercadang nak buat 2nd visit lepas ni, nak try another menu pulak. That day ana pi pun dah malam..ana order Lentil Soup pun takdak..so ana ganti order mushroom soup..so-so aje lah. Order Falafel pun tak ada. Frust ana..tapi takpe..next time ana pi lagi.

Overall..sangat memuaskan untuk restoran yang baru beroperasi. Pelanggan ramai..nice ambience..dan tak ambil masa yang lama untuk served pelanggan.

Sunday, December 4, 2011

Fusili Carbonara ala Siti Murni

What a lovely sunday...alone at home..! Boleh bagi lebih banyak masa untuk diri sendiri and have some personal space..lalala..happy nye cik kak!

Happy lah..I start my day with a damn heavy & good breakfast..nasi putih, ulam-ulaman, sos kicap pedas with ikan 'temenung' goreng hangat-hangat...fuhh...menyengkak, macam ulaq sawa kekenyangan!

Have a sip of kopi o panas sambil baca buku tepi jendela..and there it is...hujan baru berhenti...and you know I always love the sweet smells of earth after raining! Bau tu macam satu nikmat dan menyegarkan..!

Send bonda to work at around 11 then I head to Tesco. Mood memasak okey! Bukan senang chek nak rajin serupa hari ni..haha...statement jujur!



Tadaaa...! Surprise la sangat...tolong terkejut please! Second try dan alhamdulillah menjadi..fusili carbon dioxide carbonara. In anyway, sila abaikan garnishing parsley yang tak lawo itew. Maklumlah tekak asyik makan ulam je sekarang..sampai letak parsley buat garnishing untuk pasta pun bajet macam makan ulam! hehe...

Well, memasak kan kena dari hati..[ayat bajet masterchef malaysia]..so chek dah olah sikit ingredients carbonara tu. Puas jugak godek resipi tapi at last chek buat resipi sendiri. Just add some beef sausage, capsicum, tomato & broccoli. Disebabkan button mushroom yang chek tengok kat tesco tadi tak berapa nak fresh dan tinggal ujung2 rak..so, I left mushroom. Apa pun sedap la untuk tekak italiano sesat macam chek ni.

Erm..esok macam nak masak lagi lah..try resipi lain pulak...demam masterchef melanda!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails