Thursday, January 27, 2011

Birthday budak bucuk..

25th January..ada acara makan-makan again wit family, in conjunction wit dik na's 26th anniversary *happy birthday bucuk! Dah 26 yrs dia....hmmm...:) Kejap je kan rasanya. Cepat masa berlalu. Rasa macam baru je lagi main kejar-kejar tak kira tempat. Rasa macam baru je jugak bercekau & berperang mulut dengan dia. Sedor-sedor..ish, dah tua rupa nya kita!

Sementara melayan gambar makan-makan malam tu, nak jugak bercerita perihal kami berdua nih. Dulu, masa kecil, we all sangat-sangat tak ngam. Selalu je gaduh. Bayangkan betapa brutalnya adik I nih, pernah je dia ketuk kepala I dengan tin koktel laici tuh! Masa tu I baru je darjah 1, tapi I ingat sebab benjol kepala ni, so bila ikat tocang memang nampak obvious kepala I yang benjol tu..sakit taw!










Rasa macam nak tunjal je dahi dia..tapi takut dengan arwah abah. Abah masa tu garang giler! I tak boleh nak sebarangan dengan dia, maklum la, kakak..le katakan. Dari saat dia dilahirkan, arwah abah pesan, "kakak sekarang dah ada adik, kakak kena mengalah sikit, tak boleh asik nak menang ja..." Ouh..I memang ingat pesanan tu sampai laa ni. Sudahnya...I gak yang kena buli dengan dia..huhu..sadis! Paling best, my auntie pun pernah terkena dengan dia..haha..kena baling dengan bateri, bukan saiz AA tuh..saiz D okeh! Tapi, tak lama lepas tu, hilanglah maharajalela dia, sekali mulut kena cili dengan makcik I..kihkih..terbalas jua dendamku!



But..anyhow..she is my only sis I have in this world. Walau tak sependapat macammana sekalipun..I akan diam je. Bertengkar pun takde pekdahnya..sooner or later we all tetap baik balik. And kalau difikirkan, lepas dah berjauhan ni, tak tinggal sebumbung, makin-makinlah we all rapat compare during our childhood. Maybe..usia mematangkan we all. Dan ketiadaan arwah abah..makes us more independent & helping each other. Kalau we all tak kuat..tak ada orang lain yang boleh membantu..so..now, here we are..we are what we have now.

So, to my lovely sis..sempena hari tua u..I would like to say..I'm thankful..that I have a sis like u..! *eventhough u selalu paw I kan...huhu...sabo aje la!

Happy 26th Anniversary bucuk!


Saturday, January 22, 2011

JJCM di Medan Suri & Jeruk Madu Pak Ali

Sangkaan meleset. Ingatkan sesak teruk Penang masa Thaipusam 2 hari lepas, rupa-rupanya tak. Probably, ramai yang menjangka kesesakan, so pakat-pakat tak keluar dari rumah or just melepak di seberang.

Rancangan asal mulanya nak picnic kat kampung halaman yang lama ditinggalkan, tapi tak jadi sebab keadaan 'cuaca' tak berapa baik *bonda sensitip entah kenapa pagi tu, terus I kena hambur, tak pasal-pasal.

By noon, my one & only sis dah mula menggoda I..ajak melawat kawasan..*kihkih..jalan-jalan cuci mata di Mydin, outlet baru buka kat Kompleks Bukit Jambul. I pun dengan gigihnya memujuk bonda...cepat je dia bangun dari tempat beradu..aduhai..bonda, kalau dengan dik na semuanya boleh saja....*sob sob..kalau dengan I serba tak kena saja...:(



While waiting for our order to arrive..dua beranak dengan leteran padu! yeah! chaiyook...

Niat nak mencuci mata finally menyebabkan I abis duit approximately RM100/- di Mydin sahaja *bukan nak berkira, tapi kalau duduk rumah..selamat duit I..hehe. Tapi, tak kisah lah..barang yang dibeli nak menampung kegunaan dapur sampai month-end nanti. Okay..boleh tahan beli barang kat Mydin..tak mahal sangat. Maybe jugak pasal promosi pembukaan yang tak habis lagi.


a bowl of laksa, bonda punya. tak best, sebab kuah tak pekat.

And our must-haves of the day..makan-makan lah! Intentionally ajak dik na & bonda makan kat Medan Suri. Bertahun jugak tak ke sini. Teringin nak makan 'Mee Pitchai' yang beraturnya boleh tahan panjang plus masa menunggu yang boleh tahan jugak lama.

Mee goreng..RM 3.00 a plate.

Mee rebus, also RM3.00 a plate.

Memang betul-betul JJCM..! Besides this 3 dishes, we all order 'Cucuq Udang' standard RM2.80, maaf photo terlupa nak ambil. So, semuanya I dengan my sis belasah, cuma tak la sehebat Serina Chef Wan dalam JJCM tuh! Dia punya speed makan, memang tak boleh ditandingi..kihkih.

To summarize, makan-makan kat Medan Suri best, tapi dah tak se'best' dulu. Especially when comes to serving..dah macam a bit 'cincai'. Serving is important ya tuan-tuan & puan-puan..kalau tak serve cantik-cantik, customer tengok pun hilang selera. Paling penting, harga berpatutan dan bersih kat sini..*dan jugak boleh usha anak mami comei2 belaka. So, sila datang but don't expect much okeh! :)

Selesai bersantap we all pun terus ke sasaran seterusnya...beli jeruk madu Pak Ali. Gerai KShoppe Pak Ali letaknya kat dalam Medan Suri ni jugak. I beli jeruk campur..at home, it's only me alone yang memang gila sangat makan jeruk ni. Tauu tak baik..tapi kadang-kadang bila mai takdak selera makan..jeruk ni menghilangkan loya tekak. *erk..sound pelik je ea..jangan fikir lain. Orang taik penyakit memang macam ni kot..huhu.

Tadaaa...*macam surprise sangat!

Variety of kudapan.

Here comes...my peberet jeruks!

Hehehe...meleleh air liur, nasib baik sempat cover..huhu

Artis mana entah..dia ingat program Destinasi Bajet ke hape..! Posing je keje nya!

Acara we all berakhir kat sini. Sampai umah dik na around 7..masing-masing terlentok kekenyangan...nasib baik la maghrib, kalau tak semua pakat jadi 'ular sawa'lah.



P/s: Sunday nanti kena jadi tour guide lagi agaknya..Montel datang Penang. I'm still in 'good rapport' with him, even after semuanya bukan lagi menjadi milik I..Siti Murni have to keep this word in mind..REDHA~

Wednesday, January 19, 2011

I need a new environment!


Seriously, I'm starting to get bored with dis blog! Blog ini memerlukan pembaharuan, something new & fresh. Layout, background yang tiba-tiba terasa semak kepala hotak..hmm..kalau boleh I'd like to have the most simple blog that I could.

So far, belum ada idea & concept yang menerjah ke ruang fikir. Cuma terasa there is a needs for some 'fresh air' and some 'space' for my dearest diary! Something that is really me..different from any other...:(

And kalau boleh nak buang lah iklan nuffy tu...takde pekdah nya pun kat I..okay tak? tak okay? angguk? ke geleng nih..??

Your opinion please!

Monday, January 17, 2011

nak main bowling! tak kira, nak main jugak!

Owh...berzaman sudah tak main bowling..! Sungguh excited orang tu ea...melepaskan geram. Looks like I should also go back to the lanes!

Longkang ke, parit ke..tak kisah..nak main jugak lepas ni! Photo kelmarin..dekat Megalanes, Prai Megamal. Semalam, 'pakcik' main sorang-sorang..sebab -- I pakai baju kurung. Memang dia nasib baik! Rasanya kalau I buat bodo main bowling pakai baju kurung, I je la yang diorang tengok, tak tengok orang lain dah..hehe.

Sejurus balik dari Taiping, kami pun menyinggahkan diri ke sini. Boleh tahan 'pakcik ni'...score 120++ jugak...lama tak main konon! Huh..Siti Murni...sila bersabar...u should start practice wit ur sis, baru boleh compete dengan itu 'pakcik'.

Cerita kat Taiping -- melawat 'papa' Kamarul Bahrin. 'Papa' bakal menjalani pembedahan jantung di IJN, insyaallah dalam waktu terdekat ini. Hmm..from my observation sepanjang berbual dengan 'papa', memang dia tengah berjauh hati, merajuk dengan family..maybe. Understandable, orang yang tengah sakit memang sensitif nya berkali ganda berbanding kita yang normal. Eventhough keadaan kesihatan 'papa' yang tak berapa baik, bukan main beria-ia lagi dia memujuk anaknya, nak ikut kempen pilihanraya di DUN Tenang..hmm, semangat kental tuh!

Anyway, mudah-mudahan 'papa' selamat menjalani pembedahan nanti.

Allahumma yassir walaa tu'assir


semoga dipermudahkan segala urusan...amin

Friday, January 14, 2011

Kalau I jujur dengan u, kenapa u tak boleh jujur dengan I??

Pertengahan antara sedih dan suka. Tapi memujuk hati..menyanyilah hati, senyumlah untuk orang yang tidak bersalah. Bukankah dengan senyuman kamu bisa membuatkan orang lain turut merasa bahagia? Happiness is something that u pour on others isn’t it?

Minggu ni menjadi begitu tidak menarik sama sekali! Sangat-sangat tak best, bosan dan lemau. Di fB pun bosan, di office pun cuak, di rumah malas….agaknya terjadi sebab kepala otak hanya memikirkan satu perkara, JUJUR. Sifat yang sangat mahal harganya…kalah harga ‘tokek’. Dah la mahal, rare pulak tu. Kadang-kadang I terfikir, “kalau I jujur dengan U, kenapa u tak boleh jujur dengan I? Kenapa??”



cicak tokek yang sangat glamour tapi tidak menipu..

Apa sebabnya manusia tak boleh jujur or in other words, suka menipu and putar belit cerita? Tak boleh terima kekurangan diri? Takut dengan penerimaan orang? Or memang teringin nak jadi someone yang lain dari diri yang sebenar? Or memang dah tak sedar diri, tak ingat takut pada Allah SWT? Bukan ke dari kecil kita diasuh oleh mak, ayah, tokwan, opah, “tak baik tipu..dosa! Tuhan tau..!”

Kenapa bila dah tua bangka rupa gini kita lupa pulak pesanan tu and masih buat benda yang kita dah tahu berdosa…?? Orang yang menipu ni memang tak fikir perasaan orang yang kena tipu tu kan? Dia fikir dia klimaks* puas sendiri je…! Dia seronok tengok orang terkena dengan dia kot. Lahabau sungguh kan!

Kalau dah nama menipu, tak kira la, menipu sekerat ke, setengah ke, sikit ke…tetap MENIPU. And me, I really can’t tolerate dengan PENIPU! Mula la I rasa tawar hati and buat endah tak endah ja lepas tu…

For me, if..I said if, such things happen to me..berhadapan dengan orang yang tidak jujur lagi kali ini *err..macam dah banyak kali kena tipu je bunyi nye..I serahkan saja semuanya pada Tuhan. Kalau JUJUR dan I saja yang tak nampak kebenarannya, harap dibukakanlah pintu hati I ni dan diberi petunjuk oleh Allah SWT. Tapi kalau sebaliknya, I redha…*nahaslah orang tu..I nak 'teqebey' *oops…tarbiah dia baekk punya.


Meh sini..sapa mau kena 'teqebey' free..??

Natrah diam, tidak bererti dia bodoh, menunduk bagai lembu dicucuk hidung. Natrah diam bersebab. Biar masa memainkan lagu nya dan Natrah bagaikan si penari menunggu waktu sesuai memulakan rentak dansa dengan lenggok tarinya sendiri.


Monday, January 10, 2011

Kalau tekak melayu tu, tekak melayu la jugak...!

Not much excitement...err, I'm talking about the whole last week. Minggu yang sangat stress & sibuk (on the road..). Yeah...deserves me right...asyik melepak kat rumah saja sebelum ni, sudahnya tugas menghantar & menjemput orang jadi tugas yang sangat berat dan meletihkan.

Alhamdulillah..my brother in law dah pun menghantar 'kapcai' beliau last saturday untuk ditunggangi Ajie. So, dapatlah I meneruskan kehidupan normal..(tak perlu lambat ke office & tak perlu ambil masa lebih setengah jam dari biasa during lunch hour..) Tak sedaplah dah 2 minggu asyik curi waktu pejabat.

Sabtu lepas, after working hours baru lah dapat menghabiskan sisa waktu wit my sis & mom. Santapan tengahari di Kapitan sebelum aktiviti 'window shopping' at Jusco..

Nah..(tengok je, tak boleh ambil..hehe)...set Chicken Briyani..7 hinggit. Kenyang sampai tak habis.

Naan & Chicken Tandoori..superb, makan sampai tinggal tulang...;) Mak order koay teow goreng je..kekenyangan katanya.

In average..Kapitan dekat Chulia Street lagi best dari Kapitan cawangan Bandar Perda. Maybe sebab lagi klasik kot. Pelancong pun ramai kat sana, jadi service pun much much better than here. Bengang jugak sebab dua kali order drinks..first order white coffee, tak ada..2nd order honeydew..pun tak ada. 3rd order starfruit...baru la dapek...adehh...cukup tak suka restoran yang macam ni. Memadamkan selera je. Nasib baik la the food is quite good.

Sunday pun sama...breakfast dengan Ammar kat Kapitan jugak. Nak buek camno..itu je yang dekat dan okay sikit compare Nasmir. So, dua hari makan ala mamak..cukuplah. Petang ahad tu kelaparan sangat-sangat, sebab pagi nya cuma makan roti pisang. Tau apa yang terbaek...?? Haha...percaya?tak nak percaya...? believe it or not....nasi putih + sayur Bayam + Ulam Pucuk Lemuni + Sambal Goreng + Ikan 'Temenung'** goreng panas......hehe...2x tambah u. Kalau tekak melayu tu, tekak melayu la jugak...!

Cerita pasal makan..sayu pulak kenangkan hal my sis..katanya, "masa sakit ni baru lah tau beruntungnya masa sihat...makan aje apa yang tekak rasa nak makan. Sebab bila sakit, macam-macam kena pantang". Ada betul nya kan...what do u think?? Do let me know...

Okay..till then...jaga diri sampai next entry I pesan lagi...Daaa...


P/s: Penghidap 'fibroadenoma' perlu pantang makan apa lagi yer? Anybody knows about the traditional treatment that can cures 'fibroadenoma'?


**ikan temenung = ikan kembung

Thursday, January 6, 2011

Melakar cemburu...

Ada orang tersentap ke about my entry pasal me & 'orang tu'?? Hmmm...nak sentap, sentap lah. Nothing much can be done. Puan punya blog tak reti memujuk! Malah tak kuasa nak buat macam tu. Kalau rasa nak merajuk jugak...sila lah..kemahuan sendiri, tak ada sape-sape boleh halang.

Nak menegaskan yer....I'M STILL SINGLE! *bukan nak promote yer. Bukan hok sesapa...so, kepada yang berkenaan, yang terkena or yang ada kena mengena, tak perlu nak cemburu, tak perlu nak berasa hati. I do have a lot of male friends, kalau kedengaran mesra di alam maya, tak semestinya 'ada apa-apa' kan?

I have to admit, sedang berkawan rapat dengan seseorang *eleh..bajet macam celebrity pulak I ni, meluat.. - orang itu mungkin 'orang tu' dan mungkin jugak bukan 'orang tu' * Erm, sebut pasal 'orang tu'...'orang tu' pun very the sentap dengan I..ala-ala menjauh diri gitu. Cukuplah, perasan tu I simpan sendiri dalam hati. Sampai masa atau dah memang jodoh...ada lah! Kalau rasa nak cemburu lebih-lebih atau nak berasa hati sangat-sangat, sila hantar rombongan meminang dan cincin nya sekali yer. Buat masa ni, peluang adalah sama rata, 50-50..hikhik.





I'm sorry kalau entry ni kedengaran weird sangat kan...but I guess, memang patut I clarify akan hal ni supaya tak ada yang terkeliru dan sebagainya. Tak perlu lah boikot blog I just because that entry, tak nak tinggal komen tapi skodeng dari jauh. I know each time my friend visiting my blog..it is because they wanted to know what's going on...so, I couldn't stop myself to write about my personal life just because ada seorang dua yang suka sangat misunderstanding dengan apa yang I tulis..apologize once again.

Bukan nak perasan..I hanyalah insan biasa yang serba tak sempurna. Mencari seseorang untuk melengkapi kehidupan kita, bukan lah proses yang mudah. Penat menjeruk rasa, perit meredah api cemburu dan macam-macam hal lagi. Perkahwinan pula bukan destinasi terakhir satu-satu perhubungan, tapi adalah permulaan sebuah perjalanan hidup yang baru. Jika jiwa tak cukup kuat dan bersedia, lebih baik menunggu bukan? It's been 30 years, walaupun hidup ni macam pincang, without a true companion tapi sebenarnya..u all cukup memberi erti, for me and my life. Jangan lah berasa hati..melakar cemburu biarlah pada tempatnya. On top of it..siapalah I tanpa sahabat & teman-teman yang sentiasa bersama walaupun hanya di alam maya. Jangan merajuk lagi ya...mucuk..mucuk...


P/s: the best part...ada jugak isteri orang tu nak cemburu tak tentu pasal, siap block I kat FB, very the childish u know...! Hello, hubby u dah nikah dengan u, dah sah lagi terang u adalah wife dia. Kalau dia in love dengan I...takkan lah dia nak kawin dengan u kans..? fikir guna la otak...! Kisah I dengan dia dah tamat....sekadar berbalas komen kat FB (crita pasal kereta) pun nak cemburu, tutup saja lah account FB tu. Tak payah nak rasa tergugat dengan I yang tak punya apa-apa ni...sedih..sob sob...:(

Sunday, January 2, 2011

Go green

Nak gi meronda rasa tak larat..nak gi window-shopping takde mood. Nak gi jalan-jalan cari makan takde partner, nak berSMS rasa tak nak mengganggu...nak bertenet pulak..alahai, ni baru le sempat. Dah beralih ke Digi. I dah letih sangat dengan Celcom.

Actually, I was alone at home. So, bila dah home alone ni..tau2 je lah aktiviti nye..membuta termasuk dalam senarai. Dan bila orang bujang melepak di rumah sepanjang hari..selain membuta, ini ler keje nyer..



mentekedarah ja...*walaupun kedengaran kasar..tapi kami kat utaqa ni...dah biasa dah.. Sandwich dengan chicken patties, salad, tomato, mayo dan sos 'kitar semula' McD. Dalam mug -- coffee, a must-haves especially di petang yang sangat 'mengantuk' ini.


Sambil makan, online sempat jeling-jeling koleksi 'green-plants' I yang terbaru *nak cerita pasal pokok hijau sebenarnya, maaf lah, panjang benor muqadimah! Beli dekat kedai pokok just opposite Gama supermarket dua hari lepas. Harap-harap hidup 'harum subur di hati' lah pokok ni, macam yang sebelum ni I pelihara dalam rumah & di pejabat.

Yang ni memang subur, dia lepak atas TV je. Menjalar panjang dah. Abaikan air yang tak berapa jernih..sebab selepas entri ni dibuat air nya akan ditukar. Just recently pegawai jabatan kesihatan buat inspection, mujur tak kantoi. Takkan kantoi kot, sebab air tu paling malas seminggu lebih mesti tukar.

Angan-angan nak buat green garden kat balcony yang kecik tu baru 50% progress! Tanaman hijau nya dah cukup, keladi je dah bagai jenis, cuma nak tambah aksesori & kalau ada rezeki nak beli mini water fountain, or mini pond or cari tempayan antik, taruk je 'biduk lalu kiambang bertaut'..yang penting nak dengar bunyi air ala-ala dok tepi jeram, tepi sungai gitu...lalala *angan-angan lagi...tak salah angan-angan. Lagipun life kita ni makin stress, cari jalan untuk reduce stress..back to nature lah ubatnya.

Okaylah..I nak gi check pasu-pasu kesayangan I yang tak bertukar air sejak minggu lepas..
dengan pesanan terakhir..marilah sama-sama kita menghijaukan bumi kita. Go green, think green, act green!

Daaaa...

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Pejam celik pejam celik...dah jejak 2011. Macam baru je melangkah masuk 2010. Masa cepat berlalu seakan tak terasa. Hmm..makin tuo den..:) Taknak cerita pasal azam okeh..macam dah tipikal sangat.

Hari ni 01.01.2011, dugaan baru sudah pun bermula. Seawal jam 9.30 tadi I dah dipanggil ke office, to attend resident meeting. Memang betul-betul dugaan bila terpaksa menadah telinga mendengar 3 pihak berbalah, pihak company I bekerja as developer, pihak JMB dengan wakil penduduk blok baru yang bertelagah over one stupid gate. Haihhh..can I say it stupid..or we ourselves yang stupid selfish etc...hmm..I dont know. But one thing for sure, pertelagahan tak membawa kita kemana-mana. Lebih baik sit & talk..secara aman kan? But finally, after 2 hours of suffering..Alhamdulillah, mesyuarat mencapai kata putus secara aman.

Habis dugaan di pejabat. Received SMS from my auntie, saying that my beloved tok tak sihat..:(
Rushing home, pick-up my bro yang baru kehilangan moto kriss kesayangan beliau..hmm..it's been 1 week macam ni..kena send him to work & pick-up dia lepas keja. Letih I u all tau..sangat letih. tapi apa boleh buat...ujiannnn...redha aje lah.

Lepas hantar adik, baru sempat singgah jenguk tok. Rupa-rupanya, terkena kayap ular. Banyak jugak melepuh dekat kulit bahagian pinggang & perut. Dah nasihatkan tok tadi..jangan tutup sangat part yang melepuh tu..makteh kata dia degil walaupun dah berkali diingatkan. Hmm...orang tua-tua, macam tu lah ragam diorang. Nak tegur lebih-lebih, bimbang tersentap pulak. Buat masa ni cuma ikut rawatan tradisional dan air tawar. Harap-harap berkesan lah.

Jam 3 baru la sampai rumah..online FB sambil sepah dapur, masak nasi ngan sambal tumis bebola ayam, prepare ulam salad & sambal belacan. Hmm..jam 4.30 baru la merasa rehat.....haihh...dugaan..baru di hari pertama..



P/s: mood normal..tak berapa okay. Ex-bf nikah hari ni...dugaan lagi! Bukan sedih, bukan frust..tapi apesal dia nikah dulu sebelum I...huhu...tak aci! **haihhh...siti murni..tolong kikis perasaan camtu...tak baekkk....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails