About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2011

tak-ada-idea-nak-letak-title-post..

Banyak hari tak buat entry, sampai 3 kali enter password for blogger sign-in.
*sigh*

Banyak cerita boleh published. Tapi...tak rasa nak buat entry!

Sebab...

Berjauh hati. *tak ada pun yang rasa kehilangan atau cuba mencari
Merajuk. *tak ada pun yang nak pujuk

Sudahnya..

Pujuk je la diri sendiri Siti Murni oi! Kamu berblogging bukan sebab sesiapa, bukan juga untuk sesiapa..cuma kamu! *dialog merenung diri sendiri...



p/s: kalau kegembiraan mahupun kesedihan, perbuatan atau perubahan baik tak boleh dikongsi...duduklah di bawah tempurung. Tak usah bercampur, tak usah kenal mengenal..lebih baik jadi misteri & misery!

Sunday, April 24, 2011

bye bye to blonde hair..haha

I've done a hair-cut! Habis rambut 'blonde' I u all...huhu...:( blonde la sangat!

Rambut yang dah lepas separuh belakang..sayang nak gunting, tapi memandangkan beberapa situasi..I've decided to sacrifice such a long hair!

Pada I, memotong rambut ni ibarat membuang 'masa lalu'. I've done it so many times..dan selalunya bila nak melupakan 'something' or 'someone' that I guess just a symbolic yang I nak ubah diri kepada seseorang yang bukan sama seperti yang sebelumnya. Escapism?? Maybe...


Besides, cuaca yang panas sekarang ni memang mendesak I supaya potong rambut tu. Sedap je mandi bila terasa air kena direct kat kulit kepala. Berambut pendek memang best! Kepala terasa ringan, rambut pun senang nak dijaga..maklumlah..bertudung kan.

Okey2..sedikit tipu! Main reason I potong rambut sebab -- nak buang segala 'beban' yang I dah bagi pada kepala I. Ikutkan hati macam nak botakkan aje terus, tapi my auntie said..tak perlu botak..just selalu-selalu potong rambut tu. Know what I mean..?

Kerana rambut macam-macam yang I terima..negative perception of course..walaupun rambut tu bukan didedahkan kat sesiapa, cuma 'buat' sekadar nak puaskan hati yang tengah memberontak..eksyen depan cermin dalam bilik..takde orang nampak pun! Takpe lah..dah ikhlas I potong ni.

I am new! Tak seperti setahun yang lalu..Insyaallah.

Friday, April 22, 2011

myhealthyheart dot com dot my

Not feeling well lately. Getting tired easily, cepat mengah bila buat keja, senaman..mahupun makan..*kalau mengah time makan, maybe pasal makan sampai tak hengat kot..hehe.

Since then, I macam dok terfikir-fikir mungkin kah there is a need for me to do a check-up again..? Dulu pernah buat check-up jantung, but after a few appointments dengan pihak hospital, diagnosisnya -- tak ada apa-apa masalah. Now, I'm starting to worried. I guess, corak pemakanan I perlu diubah. Yalah...tengok saja rutin breakfast, nasi lemak & nescafe is a must..!

So, it's been one week..I dah mula berjinak-jinak makan hidangan ni as breakfast..& insyaallah, kalau boleh nak dijadikan rutin..


My oatmeal breakfast, it doesn't look like this oatmeal serving. But disebabkan I sememangnya tak lalu makan oat, so I add in some raisin..macam dalam pic tu.

Boleh add buah-buahan kering or choc chips jugak. Ikut kreativiti dan selera masing-masing. Hehe...sekali ingat macam budak-budak pulak, nak makan pun kena ada teknik bagai, kalau idak..takde selera yer. :)

And co-incidence this few days ada ternampak iklan di tv pasal Quaker Oats myhealthyheart.com.my

I just take a few minutes and buat heart health test. So, I am now telling u guys..bapak-bapak, ibu-ibu and all fellow readers...sila lah ke website myhealthyheart for further information. Banyak juga kebaikan dan nutrisi oat yang dapat kita tahu..k.

Heart disease is No. 1 killer in Malaysia. I'm just worried about my health and I think...I should go for another check-up..tapi takotttttt...huhu. :( Maybe...I guess, I should stick to my exercises promises...fight pressures and stress well, eat more fruits, vege and oats, err, I'm not a smoker...what else...err, amalkan pola pemakanan mengikut piramid makanan tu kot..err, boleh kah??I wish.. What say you??

Thursday, April 21, 2011

Solusi


Sedang mula berjinak-jinak membaca majalah 'Solusi'.

Isu kedua yang I beli.

Banyak pengisiannya berkisar tentang motivasi dan fardu ain. Sesuai untuk dimanfaatkan oleh orang yang 'baru belajar' seperti I.

Heavy reading...awas, jika mengantuk. Standard la, kalau baca topik berat, berilmu ni memang syaitan suka calitkan celak kat mata kita kan....

Sememangnya satu cabaran jugak nak menghabiskan setiap satu issue. Takpe, pelan-pelan kayuh...!! Yang pastinya, majalah ni best okey!


p/s: dah lama tak membeli 'CLEO', 'HER WORLD', 'FHM' dan seketurunan dengannya. Faedah yang I dapat dengan membeli majalah-majalah berkenaan ialah -- duit abis asyik beli kosmetik dan personal accessory.

Monday, April 18, 2011

Hasil 'tembakan' di Botanical Garden

First of all, nak mintak ampun & maaf banyak-banyak, it's been a while that I "lost in my own world". Idea banyak mencurah-curah, tapi tenggelam dalam khayal, melalui hari-hari suram menjadikan I malas bebenor nak post entry terbaru, apatah lagi nak berblog-walking. Insyaallah, sehari dua ni I cuba untuk balas kunjungan u all ya. :)

Last 2 weeks, I meneman adik perempuan I sorang tu..outing..hehe..upacara *pecah tanah..ekeke..upacara merasmikan DSLR Nikon D3100 yang baru 'ditangkap' dia. Sebelum 'menembak', we had our lunch at PappaRich, E-Gate. Perut kena isi dulu beb!

Selesai bersantap, we left E-Gate and head to Penang Botanical Garden sebagai cubaan pertama..learning in progress kan..so, inilah hasilnya...


Model yang sesuai I guess for entry level like her..sebab ada guide-mode.

Encik hubby dia sampai tak terkata apa lah...maklum lah, menengokkan keinginan dia yang membuak-buak hingga sanggup keluar 'riban' untuk memiliki DSLR sendiri. Apa-apa pun berbalik pada minat. Kerana minat dan hobi, ramai yang tak kisah berhabisan asalkan dapat kepuasan, kan..?

For me...idak ler I nak jadi photographer bagai..ndak memegang cam tu pun udah nervous semacam..hehehe..oleh itu, I redha je jadi model yer...:) hehehe...

At the moment, u all layankan lah dulu photo-photo tu..ada comment? just drop some ya...mana tau kot-kot boleh mendorong adik I ni so that she can do it better in future..sharing is caring kan..?

Wednesday, April 13, 2011

Di Dunia Ada Syurga

"Tuhanku..Bersamamu Tidak Ada Jalan Buntu.." that is the tagline untuk himpunan kisah inspirasi dalam buku yang sedang I baca ni. Now at page 94.
Buku ditulis oleh Asma Nadia. Priced at RM 11.90, available at Popular outlets and was published by PTS Millennia.

Ada 11 kisah berkenaan doa yang mampu mengajak 'readers' supaya mendekatkan diri dengan Dia, menadah tangan, menggantung hati, fikiran dan menyerah diri sepenuhnya kepada yang Esa. Serious reading. Tapi memandangkan buku ni hanya berketebalan 150 pages and I'm sure tak susah dan mencabar nak habiskan *unless kalau asyik main cityville lah..uhukuhuk..termengata diri sendiri pulak.


"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku, (jawablah) yang aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, hendaklah mereka memenuhi segala perintahku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran"

(Surah al-Baqarah, ayat 186)

Tuesday, April 12, 2011

Cukuplah 2 kali Siti Murni tertipu...!!

Sila rujuk tajuk di atas. Sedih okey!! Dah dua kali I tertipu dengan ini daun....dua kali...!!! uwaaa...!

Meh nak story kat u all -- ini lah akibatnya bila buta ulam-ulaman...tau maaaaaakann je, kenal tak jugak..! U all kenal ke pucuk ulam tu (foto atas)...??? kenal? tak kenal? buat-buat tak kenal...?? Itu daun pucuk Putat yer..tuan-tuan dan puan-puan. Jangan ingat pucuk Janggus @ Gajus pulak yer..sila jangan jadi manusia buta ulam-ulaman macam I.

Dah dua kali tersilap beli. Actually, I ni suka sangat dengan pucuk Janggus, makan nasi colek dengan sambal belacan memang perggghhhh! Namun disebabkan bentuk daun pucuk Janggus dengan pucuk Putat ni yang seakan-akan sama membuatkan I selalu tersilap membeli. Ndak-ndak pulak dekat price tag tu ditulis pucuk Janggus *beli kat hypermarket, haruslah ada price tag bagi tiap-tiap ikat. Kalau beli kat pasar boleh la tanya kan...:-( Dan tiap kali tersilap beli tu lah bonda asyik gelakkan I...malu okey! huhu...

Pucuk Putat ni pun I telan jugak kalau dah dibuat ulam. Cuma tak boleh beat rasa lemak dan kelat Pucuk Janggus. Well, just for sharing untuk yang tak kenal pucuk Putat. Setelah tersilap, ber'google' lah I akan fakta mengenai daun ni.

Ulam-ulaman memang terkenal dengan khasiat tersendiri..so as Pucuk Putat. Selain baik untuk kesihatan kulit, melancarkan dan membersihkan darah, pucuk ni jugak bagus untuk awet muda..*sape tak ndak awet muda kan...^-^

Untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan masih dalam pantang -- daun ni membantu untuk menguncupkan rahim serta mencegah pening dan darah tinggi.

Lain-lain info mengenai pucuk putat, boleh la klik sini dan sini .

Ini pulak, sejenis sayur atau ulam yang sememangnya tak terdaya I nak telan. Entah la apa jenis nya..mungkin terung pipit. Ada yang kenal terung ni? Ulam apa yang menjadi favorite u all..??atau memang tak makan ulam....?? Jom kongsi-kongsikan...

Saturday, April 9, 2011

Oh kome, deghoyan udah luroh

Sanggup kuredah kepekatan malam sehingga berkilometer jauhnya demi menjejak dua biji durian yang luruh di pasar malam Taman Arowana..hehe...bonda teringin sangat dah, sampai tak sanggup menunggu weekend *yang sebenor nye, dua anaconda nye pun teringin benor nak makan deghoyan, hehe..cover line la katakan.

So, last night dengan ditemani sis yang baru balik dari main futsal di Mak Mandin..jumpa la jugak 'deghoyan' ni. Kat sini tak cukup jenuh lagi lah..yang berniaga durian cuma dua gerai je..satu tu sampai dah bungkus naik lori, sold out katanya...

Deghoyan tepeng kate oghang yang menjuai nyer..kater nyer la..idak le teman tahu betoi ke idak..

Oh kome, dengoyan udah luroh
(udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh
(pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk
(dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)


Semalam beli 2 bijik, RM 14.00..sekilo RM 5.00. I tau makan je..bab nak memilih, membeli serah kat my sis..dia lagi bijak membeli dan selalu menang memakai..hehe..level isteri-isteri kan..harus lah pandai..:) Tak tahu lah nak kata mahal atau murah..janji dapat merasa..u all nilaikan lah sendiri ya.

Teringin jugak nak merasa kesedapan durian Batu Kurau yang glamour sangat tu. Last few nights ada tengok kat TV3 pasal durian Batu Kurau. Jauh benor nak makan durian sampai ke Batu Kurau aih..tapi kalau kena dengan si durian mania...sampai ke ujung dunia pun diorang tak kisah kan...?kan?

Durian Balik Pulau pun belum ada lagi rasanya. Kalau tak, confirm lah I dapat merasa dulu. Bapak si tauke Mini market sebelah ofis tu, ada kebun durian yang tersangat lah luas nya di Balik Pulau.

Dan teringat jugak arwah opah, jiran sebelah rumah masa kat kampung dulu. Since, kampung halaman arwah tu di Perak jugak, asal musim durian je berbakul-bakul durian dihantar ke rumah dia. Masa tu hadap la 'penjan' atau serawa durian buatan tangan dia..siap buat kenduri lagi okey!

Siapa lagi durian mania kat sini???or ada yang memang tak makan durian, tak suka durian..atau alergik dengan durian....ce cite apa yang menyebabkan u all suka atau tak suka dengan durian...ce cite..ce cite..

Thursday, April 7, 2011

cun bertudung tembam

sila klik untuk membesar bagai johan..huhu


Siapa punya kerja ni..???ce citer cepat...cepat mengaku??!!

Gara-gara gatal tangan nak click keywords analysis -- sekali dapat 'cun bertudung tembam'. Lain-lain keyword masih la boleh diterima..cuma yang satu ni je..bunyi nyer weird sangat okeh!!




p/s: I cun bertudung tapi tembam kah???huhu....perasan tak sudah-sudah la Siti Murni..




Tuesday, April 5, 2011

Nasi Lemak Dal & Vanilla Raisin Cake

Last sunday merupakan 'hari masak-masak sedunia' buat I..hehe..maklumlah, sebagai anak dara yang jarang turun ke dapur, bergelut dengan periuk, senduk, ketuhar dan kuali...maka, I gelarkan ahad tu sebagai hari masak-masak sedunia. Ini Nasi Lemak Dal, resipi turun temurun dari arwah tok Rokiah (mak arwah abah). Dah lama jugak bonda tak masak nasi lemak dal ni. Sama je macam nasi lemak biasa..cuma ditambah kacang dal yang sudah direbus, semakin berlemaklah nasi lemak tu. Yang ni, bonda masak, I cuma sediakan bahan je. Lauknya, Sambal Tumis Kerang dan Telur Puyuh Rebus bersama ulam timun. Ada lagi lauk bilis goreng, cuma not in my plate lah..since I dah bosan dengan lauk bilis..:)

Hahhh...here it is..hasil tangan I, Vanilla Raisin Cake. Resipi kek vanilla biasa cuma I tambahkan sedikit kismis hitam dan tukarkan mentega cair dengan marjerin daisy yang tak dicairkan..nasib baik la jadi. Cuma..kalau u all perasan...sila abaikan kerak hitam iteww ya tuan-tuan dan puan-puan...huhu..siamang punya oven! Harus nak kena beli lain, dia tipu I okeh..~! After 30min baking, bahagian atas dan tengah nya tak masak, cucuk dengan garfu meleleh keluar cake mix tu, so, i tukar from lower heat ke upper heat..tak sampai 10min u all...! huh..sekali hangit bahagian atas kek tu..hampes punya oven, ada je yang buat tukun kang!

Anyway, tak mengganggu the taste and the fluffiness of the cake ya...masih harum & sedap..*cewah-cewah puji kek sendiri tak hengat! I will not give up, I will still bake...walaupun setahun sekali...hehehe...!

Monday, April 4, 2011

Penyangak antenna radio

Panas hati tak habis lagi nih...! Geram I dengan 'kawaq' kat area rumah ni...punya lah haprak sampai antenna radio 'Baby Black' I pun diorang curi. Memang la tak mahal nak beli ganti, baru 20 hinggit je...tapi geram...!! Kelakuan buruk si pencuri tak boleh dibiarkan berleluasa. Kali ni 20 hinggit, next time nak kena keluar duit lagi kah??melampau okeh, sangat melampau dan tak boleh dimaafkan. Kita harus membanteras gejala-gejala tidak bermoral ini dari terus menjadi duri dalam daging sehingga mencalar norma hidup masyarakat kita...*cewah-cewah hujah ala-ala politician pulak..huhu. Sakit hati okeh! Dan sehari dua ni, selepas diganti antenna yang baru, semakin kerap pulak I menjenguk bawah, ke tempat letak kereta..takut kena curi lagi. Sini memang 'black area', motosikal kena curi, kereta kena calar, paling memalukan, padlock untuk mailbox yang kecik comel lote tu pun selalu kena curi...adess...sapa la yang gatai bebenor nak curi surat cinta I. Makin lama, makin tak bahagia duduk sini..*sambil angan-angan nak pindah rumah lain...landed dan berpagar! Biasakah u all mengalami masalah yang sama seperti I?? Kongsikanlah pengalaman u all berhadapan situasi kecurian dek penyangak a.k.a 'kawaq' yang tidak bermoral ini....

Sunday, April 3, 2011

Sizzling, Claypot & Western Food @ Sizz_Lyn Cafe

Agak lama I tak buat food review kan...ngeee...

Nah...ini dia..tak sabar nak keluar dari draft..hehe :) Last saturday, we all sekeluarga had our dinner di sebuah cafe di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas...situated just opposite the Snake Temple.



I ordered Sizzling Yee Mee with Egg, priced at RM 4.50. Bukan sebarang hidangan sizzling dan rasanya tak sama dengan yang banyak dijual di medan selera pusat membeli belah okeh...!! Kuahnya sangat tasty..rasa black-pepper yang sangat memikat jiwa. Bonda pun memilih hidangan yang sama.


Dik Na pulak tekak western malam tu..so, she opt for chicken chop. Kalau tak silap price cuma RM 8.50 **kalau tak silap yer, tak sure sebab bukan I yang open table malam tu..but my in law.
Adik ipar cakap Nasi Lemak Biasa *bukan dalam daun pisang pun sangat sedap. Harga tak mahal..cuma sekitar RM1.50-RM3.00, telur mata kerbau, bilis dan kuantiti nasi memang boleh dikategorikan banyak. Nasi Lemak tu lupa pulak nak snap gambor nyer..adess..rugi...kalau tak leh kasi u all leleh air liur..hehe..*niat tak baik tuu..



Pada I, cafe ni istimewa sebab menyediakan hidangan yang selalunya cuma boleh dapat di food court. Dan paling penting, cafe ni milik melayu, diusahakan oleh melayu dan tukang masak, pekerja, semuanya melayu. Harga berpatutan, RM 25.00 untuk 4 orang makan..sedap, nice ambience, parking pun tak susah, just tepi jalan sebab banyak lagi deretan cafe kat situ. Ada wi-fi, tapi tak tau lah okey ke tidak sebab tak try. Dari segi menu, nasi lemak je ada 4 jenis hidangan...lain-lain hidangan sizzling, claypot dan western semuanya disediakan di bawah satu bumbung, sangat sesuai kalau bawa family dengan macam-macam selera.


So, yang dah dekat Penang, memang orang Penang atau nak mai ke Penang..sila la jengah ke Sizz_Lyn Cafe.

Friday, April 1, 2011

Ustaz Amirul

Sorang lagi perempuan 'tergila bayang' dengan Ustaz Amirul...!! hehe...



Baru je habis menonton last episode drama Ustaz Amirul: Hadirku Hanya Kerana-Nya..slot Zehra TV3...adess, last episode daaa...sedih! Sedih bab ending..and sedih sebab dah the end...I'll be missing Ustaz Amirul..huwaaaa....!!!


Eira Syazira as 'Rabiatul Adawiyah' and of course la...Ashraf Muslim as Ustaz Amirul...huwaaa...:( *frust laaa...apesal laaaa dia tak nak kawin lagi sorang...

The cast of 'Ustaz Amirul'...!

I bukan nak cerita sinopsis..malas, sebab rasanya ramai yang follow drama ni. Just nak menzahirkan rasa hati yang sangat kuciwaaaa sebab drama ni dah abis dan dah tak boleh lagi nak tengok Ustaz Amirul....huwaaa!!! :(( *frust sungguh-sungguh ni...

Entah la malam ni boleh lena tido ke tak, teringatkan Ustaz Amirul..uwaaa..waaa...!! *sengal lah Siti Murni..


**photo credit: ohbulan.com & budiey.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails