About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 25, 2011

8TV: Naughty Kiss!! I'm addicted 2 dis...

Semakin seronok melayan drama korea ni.."Naughty Kiss". Sila jangan terpengaruh dengan tajuknya. Hakikatnya..korean drama ni memang best untuk ditonton. Tak menegangkan urat saraf dalam kepala...all the way boleh rileks dan gelak-gelak. Bukan saya nak memperlekehkan drama melayu, cuma memang dah fakta dan bukan auta..drama korea ni lebih ringan, selamba dialog nya dan begitu bersahaja. Memang ada sesetengah nya penuh dengan airmata, macam drama popular "Winter Sonata" dan "Autumn in My Heart", tapi saya lebih suka menonton drama yang bersifat selamba funny macam ni..sebelum ni, minat gila dengan siri "Full House".

Lagi yang membuatkan saya teruja...casting nya lah! Tengok saja pelakon-pelakon nya...yang perempuan kulit halus mulus tulus! Yang lelaki nya...jambu lah! Susah nak cari yang macho..tapi yang pasti...memang jealous dengan kulit diorang!


Berikut sinopsis yang saya copy paste dari 8TV..*thanx 8TV!

Bumbling high school student Ha Ni (Jung So Min) is head over heels in love with her school's top student, cold and handsome genius Seung Jo (Kim Hyun Jung). She gathers up the courage to confess her love through a letter, but he not only flatly rejects her, he embarrasses her in front of the whole school: he doesn't like dumb girls. As if that wasn't enough, an earthquake levels Ha Ni's house, leaving her homeless. She and her family end up moving in with her father's friend - who is none other than Seung Jo's father! All kinds of romantic sparks and misadventures await now that Ha Ni is living under the same roof as Seung Jo!

Starring: Kim Hyun Jung, Jung So Min, Lee Tae Sung, Lee Si Young

Saturday, 6.30pm-8.00pm


Nak tau best ke tak..cuba tengok hari sabtu nanti ya...daaa dulu..

credit: google & 8TV

Tuesday, May 24, 2011

Buah tangan dari Sarawak

Kesepian dan kesunyian pulak kami semalam di rumah. Elmo & Elmi dah dibawa pulang mummy & daddy nya selepas makan malam semalam. Dah 1week terbiasa dengar Elmo & Elmi menyeringai...suddenly pulak sunyi sepi..adeh, terasa sangat kekurangannya.

Dalam seminggu tu, tiap-tiap pagi sebelum keluar ke office, mesti I jenguk Elmo & Elmi kat cage diorang..panggil nama diorang, tengok stok buah dalam bekas makanan diorang, jenguk whether ada air ke tak...tiba-tiba pagi ni..jadi kekok..sangkar emas diorang dah tak ada kat tempat biasa tu..owh..angau kah saya?! Agaknya itu pasal la jugak mummy nya sampai termimpi-mimpi si Elmo sebelum dia ke Kuching that day!

Apa pun, I lega Elmo & Elmi dapat balik ke rumah diorang yang besar & lengkap dengan segala toys, tak lah asyik terkurung dalam cage kecil tu!


Okey, ini pic buah tangan dari Sarawak. Saya dapat sebiji tembikar, seutas bracelet warna merah, fridge magnet dan key-chain. Nasib baik dia tak lupa beli kek lapis yang berwarna-warni dan pelbagai nama tu kat saya. Haha...macam-macam nama...tak tau pulak saya ada kek lapis Dato' K, Michael Jackson, Awan Nano pun ada kau! Haha...advance benor diorang ni bab bagi nama eh.

Bonda pun dapat kain batik dan kuih tebaloi yang dipesannya. Terubuk masin tak usah kata lah! Balik nanti tunggu nak digoreng je. Lepas tu buat sambal kicap...fuhh...entah boleh terangkat ke tidak punggung kami berdua nanti..haha!

Nasib baik adik saya tu tak beli sumpit sekali...kalau tak mesti saya dah sumpit orang yang bikin saya sebak di pagi hari tadi..tanya soalan-soalan sensitif kat saya...sungguh tak bertimbangrasa kan...hehe...takpe, saya dah maafkan pun..cuma saya tak suka menjawab persoalan jodoh buat masa ni.

Monday, May 23, 2011

Minum petang menu Peknga di hujung minggu..

Ahad semalam saya kebingungan di rumah, bosan tak tau nak buat apa. Kalau ada kekanda adinda boleh jugak diajak dating, tengok movie Nur Kasih ataupun jalan-jalan tepi pantai sambil kutip kulit siput..bajet romantik la konon! Ajak bonda tengok movie..bonda 50-50 la pulak! Menghadap FB, melayan Cityville dari awal pagi sampai la ke waktu makan tengahari...buatkan saya cuak je, macam tak ada kerja lain saya boleh buat, kan!

Lepas tu terfikir-fikirlah, lama jugak saya tak melawat mak menakan *mak saudara a.k.a auntie Ita yang saya yang baru je menikah hari tu. Lama lepas tu SMS saya berbalas..disuruh datang ke rumah dia. Bak komen chik na di FB saya...eratkan silaturrahim, itu yang lebih baik! :) Tangkas dan agresif lah bonda dan anakanda bersiap-siap..mati kutu duduk di rumah tau! Nak-nak pulak saya dah sihat sikit, mana boleh duduk diam je kan?!


From my home to Sg. Pinang ambil masa tak sampai setengah jam *bukan waktu puncak semasa melintasi Penang Bridge dan Jelutong Expressway. Rupa-rupanya Hyundai Matrix dah siap ambil tempat parking yang selalunya di'reserve' untuk baby black saya..Pakteh & family pun ada sekali! Wah, meriah..saya baru lepas 'bercekau' dengan pak menakan saya tu..last few months..walaupun pedih telinga dan hati saya ni, tapi saya malas mau ambil 'port'. At first, memang saya bengang gila, tapi bila saya fikirkan balik, takde maknanya hidup bermusuhan ni, macammanapun dia pak sedara saya, adik mak..lebih dahsyat lagi, saya tak mau mak bonda yang keras sikit hati nya tu semakin menjauh dengan adiknya, jadi...saya berfikiran positif seolah tak ada apa yang happen.. dah lama saya maafkan pun.

Alhamdulillah...air dicincang memang tak akan putus. Allah memang sayangkan hambanya..permintaan saya yang satu itu ternyata dimakbulkan. Memang meriah lah, orang kata bumi yang panas, bila disimbah hujan, baru terasa kesegarannya. Macam tu jugak lah suasana petang semalam. Keriuhan yang dah beberapa bulan hilang itu, dah kembali semula. Saya senyum dan lega dalam hati..:)

Disebabkan kami tiba lepas waktu makan tengahari..dah masuk waktu minum petang pun..makteh tiba-tiba datang idea nak makan tempek atau orang Kedah panggil 'peknga'. Pancake lah dalam bahasa mat salih nya! Mujur kedai runcit baris hujung rumah tu masih ada kelapa parut yang fresh, dapat la kami merasa air tangan maktehnya. Haha..idea nya asal nak buli si pengantin baru, tapi tak menjadi sebab pada bila-bila masa sekalipun, dia lah tukang masak sejati dalam keluarga. Hasil tangan nya apa yang tak sedap...semuanya sedap belaka!
Kena pulak dengan nescafe o panas-panas...kalau Beto Khusyairi lalu kat belakang pun saya tak perasan! Hahahaha....nasib kau lah Beto!

Apa sekalipun, saya bersyukur..keadaan dah pulih seperti sediakala, bila tengok bonda dan pakteh saya bermaafan semalam..walaupun masih melawak dan bunyi seperti tak serius. Harus difahami, keluarga kami yang kecil ni memang tak boleh serius, sebab pakteh saya tu memang tukang buat lawak..cuma kadang-kadang lawak nya 'overdose' dan boleh menyebabkan ramai yang makan hati! Hehehe..

Thursday, May 19, 2011

Kopi O Tanpa Gula

Saya mengantuk sangat-sangat. Tidur saya diganggu Elmo dan awek nya Elmi. Saya terkejut jam 12.30 semalam Elmi merayap-rayap atas comforter. Terpaksa panggil my younger brother tangkap itu cinonet masukkan balik dalam sangkar emas dia. Jam 5.30am, bonda pulak menjerit dari ruang tamu..Elmo dan Elmi hilang lagi. Bila dipanggil baru la Elmo keluar. Senang tangkap Elmo sebab dah jinak sikit tapi si Elmi..huh...merayap sana-sini. Sekali lagi kami bertiga terpaksa menangkap 2 ekor cinonet tu. Lepas insiden awal pagi tadi..pintu sangkar dah di'klip' dengan kepit baju..geram haih! Kejap lagi saya nak cari 'cable tie' mau ikat sangkar emas diorang. Hilang kang susah nak berjawab dengan mummy dan daddy dia.

Enough said about Elmo and Elmi..now, nak cerita pasal buku terbaru hasil tangkapan di Popular masa cuti hari Wesak baru ni. "Kopi O Tanpa Gula" hasil tulisan Abd Jalil Ali dan diterbitkan oleh Alaf 21.

Very interesting book! A must haves! Kalau tak silap saya, buku ini tulisan Abd Jalil Ali yang ketiga setelah buku pertama "Asam Garam Gula Kopi" dan buku kedua "Teh Tarik Kurang Manis".

Tak henti-henti saya tersengih sendirian tatkala baca buku ni. Ada saja yang mencuit hati wanita saya! Menurut penulis, apa yang dicoretkan beliau dalam buku "Kopi O Tanpa Gula" ni adalah 'gula gula kehidupan' yang telah beliau adun melalui pemerhatian beliau setiap hari..tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. "Pemerhati" is the keyword of the day!

Boleh didapati di Popular *sebab saya beli dari Popular! RM 13.00 senaskhah..berbaloi!

Sebut pasal "Pemerhati"..saya tertarik dengan seorang "Pemerhati" yang sangat misteri! And as usual..naluri saya tercabar dengan benda-benda misteri nih..terasa macam nak korek semuanya habis-habisan sebab 'dia' misteri sangat! Sampai lah saya tahu identiti sebenar dia, baru la puas hati gamaknya! Hehe...

Korang..jangan pelik dengan entri hari ni ya...bunyinya macam skema je..! haha...tolonglah..get used to it. Saya nak tukar kata ganti nama..tak nak guna perkataan I lagi..sebab dah tiap-tiap hari gunakan kata ganti "I", "You" etc..

Tuesday, May 17, 2011

Nak kenalkan U all dengan anak angkat I...

Last sunday, maka bermulalah tugas dan tanggungjawab baru I secara rasminya selama 1 minggu..menjaga 'anak angkat' I ni..

Introducing to u all...Elmo, the sugar glider (SG) ! Baby kesayangan dik na ni sekarang menginap di rumah I..sorry ye, no boutique hotel for u Elmo. Mummy dan daddy kesayangan Elmo hari ni dah berlepas ke Kuching for 1 week holiday, so mummy angkat lah kena jaga dia.

U all kenal ke dia ni..?haa...buat yang tak kenal SG, berikut adalah sedikit info mengenai SG..


sugar glider adalah haiwan marsupial (marsupial bermaksud haiwan mamalia yg mana si betina nya memiliki kantung di perut),berasal dari Australia, dan sebahagian daripada Indonesia dan New Guinea. Haiwan ini bukan tergolong dalam spesies tupai terbang, dan diklasifikasikan sbg haiwan exotik di amerika. Haiwan ini adalah haiwan nocturnal,iaitu berjaga dan mencari makanan pada malam hari dan tidur sepanjang siang.


Nama sugar glider datangnya dari pemakanan mereka yang makan buah-buahan yang manis (SUGAR atau HONEY) dan glider dari tingkah laku mereka yang melompat dan menjunam menggunakan membran yang dinamakan patagium.


Foto-foto Elmo ni I ambil dari album dik na di FB..sorry bebeh..malas mau snap foto baru. Sekejap je rasanya, Elmo now aged 4mths.

Top photo: Elmo tengah main hide & seek kat port kesayangan dia..tempurung kelapa yang diletak dalam cage dia. Suka benar dia lepak dalam tu, sejuk dan gelap agaknya. Dia memang suka gelap dan main pun bila dah gelap, time semua orang dah tido, macam hamster.


Nah..lebih jelas dapat tengok rupa fizikal SG nih! Kot ler lepas ni ada yang teringin nak bela binatang kesayangan ni..harga seekor baby SG ni in average RM 200-RM280. Terbaru, my sis belikan pasangan betina buat Elmo dan diberi nama Elmi..baru je semalam..harga RM 280 including delivery to our door! Elmo dah mula botak menandakan dia dah cukup matang..dah baligh la kiranya..hehe..so, kena cepat-cepat carikan GF untuk dia. Gila siot adik I nih....suka benor dengan pets! Tapi dia comel kan!

Tengok foto ni lagi comel...Elmo tengah makan buah epal! Just take a look the way Elmo took the food...alololo....so cute! Buah adalah makanan ruji si SG ni, selain itu, SG harus diberi makanan berkhasiatnya sendiri dipanggil HPW..diadun dari telur, madu dan bijirin apa tah. Adunan ni memang tak reti nak buat, biasa adik I beli terus dari breeder SG di Sungai Petani. Sikit je pun dia makan..sekali makan 2 sudu..adunan tu letak dalam freezer dan boleh tahan sebulan dua.

Okey, back to fruits..like Elmo..dia suka makan buah plum! *mahal siot...I pun sekali sekala je makan plum tu! Yang lain yang menjadi kegemaran dia buah Lai, Honeydew dan Dragon Fruit. Kalau letak buah betik atau pisang dia buat dek je...hampeh kan?! Buah pun kena fresh, kalau bagi buah yang dah 'lasu'..hmm, dia jeling je, tak ndak makan! Hehehe...sekali tu dia bising masa sis tengah masak..terus kena suap dengan kacang panjang..itu pun dia lantak jugak. Walaupun nampak macam tinggi maintenance nya, tapi si SG ni makan dalam kuantiti yang sedikit. Tak abis pun stok buah dalam freezer tu sebab yang menghabiskan bukan si SG tapi tuannya!!

Ini full set cage Elmo kat rumah adik I. Complete dengan segala toys dia untuk dia memanjat, orang sini cakap 'meragas' dan terbang sana-sini. Dia boleh terbang okeh..entah nak kata dia kategori tupai atau kangaroo..sebab female SG memang ada poket atau kantung kat bahagian perut. Itu u all rajin-rajin kan la diri buat research ye, itupun kalau berminat.

Bila adik I bela Elmo ni..at first, serious takut sebab bunyi menyeringai dan dia menggigit, tapi gigit manja je..macam kena 'tokak' dengan kucing tu..tapi lama-kelamaan makin sayang pulak dengan dia..biasa bila dipanggil, Elmo akan jenguk kepala dari sleeping pouch dia tu. Tak susah nak jaga SG ni kalau kena dengan caranya..baik apa binatang peliharaan pun, kalau kita study segala habit dan pemakanannya, memang tak susah.

Dari sudut agama --
Harus hukumnya memelihara binatang peliharaan seperti burung dan seumpamanya di dalam sangkar untuk melihat kecantikan atau mendengar kemerduan suaranya dengan syarat binatang tersebut diberi makan dan minum dan tidak dizalimi.


Saturday, May 14, 2011

L'oreal White Perfect Moisturizing Day Cream & Briyani Ayam

Ooh la la...sorry guys...really have to update about this -- L'oreal White Perfect Moisturizing Day Cream! I've been using this cream for 2 weeks now and I must say..this is really a good product!

Sebelum ni pernah guna L'oreal tapi macam tak suits with my skin needs, timbul jerawat dan lebih berminyak dari sebelumnya. But this time around, okay pulak. It gives moisture up to my skin needs, dan paling penting...bau nya yang tak terlalu harum dan cukup segar.

Texture krim pelembap ni pun tak berminyak, sesuai untuk kulit I. Sekarang dah boleh nampak kesan pencerahan tu..hmm..i loike okeh! Yalah..last two months je ada orang complaint my skin complexion yang nampak hitam..huhu..sun-burn punya pasal plus pimples scar yang sangat obvious. Krim ni berformula SPF17 dan harga nya pun reasonable.

Alhamdulillah...setelah menggunakan krim pelembap siang L'oreal kulit I sudah mengalami perubahan positif...wahaha...macam iklan kat tv lah! *blah la lu Siti Murni..macam dapat royalti pulak!

Okay enough said about L'oreal...now we go to our 'makan-makan story'..! As mentioned in my earlier entry, keadaan kesihatan I kurang baik seminggu yang lepas dan Alhamdulillah..for this past 3 days, kesihatan dan selera makan sedang dalam proses untuk pulih seperti sediakala. Perut I masuk angin okey..entah la macammana si 'ratu makan' pun dapat sakit macam tu..tu lah, kuasa Allah taala..sekelip mata yang sihat boleh jatuh sakit dan begitulah sebaliknya..erm..okay..here it is..

Nasi Briyani Ayam dan kuah dal....lalala..sedap but sorry tak berapa presentable dalam photo tu..hehe...janji kenyang okeh...not bad, sedap jugak briyani kat Riayas Maju nih. Satu set
RM 6.00. Boleh dikatakan ini lah hidangan pertama yang dapat I habiskan dalam minggu ni, kalau tidak..huh...nak habiskan seketul kuih pun setengah jam, tak lalu punya pasal.

Thursday, May 12, 2011

Hari Jururawat Sedunia, hari saya bergelar 'runner'..


Hari ni 12 Mei...Hari Jururawat Sedunia..~ so, selamat menyambut Hari Jururawat, Happy Nurses Day.. kepada semua yang bergelar jururawat, sedang dalam kursus kejururawatan, baru bercita-cita mahu menjadi jururawat mahupun yang sudah bersara sebagai jururawat.

Seriously, kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang cukup I kagumi..I really adores them!..I mean yang betul-betul serius, ikhlas dan komited sebagai 'nurse' atau bahasa lain 'misi'..hehe..entah mana datang nama 'misi' tu kan...

Because u know why, bukan mudah untuk memiliki kesabaran juga memberikan perkhidmatan penuh ikhlas bagi menjaga dan merawat pesakit. Bermain muntah, darah...raung, tangis pesakit..semuanya memerlukan kesabaran yang bukan calang-calang tinggi nya.

I dulu pernah jugak terlintas nak ambik kursus kejururawatan. Fikir punya fikir..huhu..macam tak daya je..mana idak nye..tengok darah pun dah pening. That's why, i really adores them! Dalam family, segala susur galur tak pernah ada yang menceburi profesion jururawat..rasa sedih la pulok..huhu.

Okey, enough said pasal jururawat ya..hari ni I betul-betul tukar profesion jadi 'runner' a.k.a 'despatch' okeh! Nak kata PA bukan, secretary pun bukan. 'Runner' aje la perkataan yang sesuai kot. Padahnya I, bila bos terlupa - dan/atau - tak boleh nak balik office just to pick up certain materials untuk project nya kat tempat lain sedangkan benda tu really2 urgent! Adehh...mujur lah hari ni dah sihat sikit. Takpe...I redho...redho....tengah sabo ni..hopefully, no 2nd time untuk perkara macam siang tadi where I have to drive 25km in distance when it's raining, stuck in traffic jam...semata-mata nak menghantar segala adaptor, transceiver, transformer...dan segala mak nenek yang tak diketahui namanya...haih...sabo aje aje lah!! Itupun mengenangkan he's all wet sebab buat kerja dalam ujan je okey..kalau tidak..huh, confirm tak ndak I nak menghantar segala benda tu okeh....tak ndak...huhu..

Wednesday, May 11, 2011

Menang LCD TV..

I saw this one shop while waiting for the lights to turn green. Located just opposite the exit of Auto-City. Can u spot "something" there?? Hehehe...entah lah nak kata lawak atau tragis....I'll wait for your comments then...


Now, cerita lain pulak...last monday, my bro, Aji, attending their company annual dinner. Held in Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah. Mak aiii..itu budak...sangat bertuah okeh!

Biasalah kan..kalau attend annual dinner or family day, mesti ada banyak acara dan 'games' kan. Tengoklah..benda-benda tu..semuanya grab by him. Orang lain pun dapat...but it wasn't the same with the 1st prize..

yang jugak dirembat oleh dia...haih...excited kemain lah budak tu. The winning is through lucky draw by their GM. Tunggu nak gi collect hadiah nya je...erm, maybe weekend ni lah kot.

Baru je dia dapat offer baru di Cititel Penang..tapi bila dah winning macam ni, I'm not sure whether he's keen to leave (still) or...masih nak stick with the same company..haiiii...adikku, kadang-kadang akak nya pulak pening fikirkan dia, darah muda, cepat temper, panas baran...penuh emosi. Masa meluap-luap marah tu..nak berhenti keja..nak berhenti keja! Tapi bila dah dapat hadiah macam ni..I am sure dia tengah 50-50 la tu...

Tuesday, May 10, 2011

The day we celebrate Mother's Day..

Sunday tu, sehari suntuk I di rumah. Tak sihat...pening, meloya, nak muntah, badan dan segala urat sendi semuanya lemah gemalai gara-gara hilang selera makan dan pening selama 4 hari. Nasi pun tak jamah. Cuma minum susu, oat dan buah. Klimaks nya hari ahad tu paling teruklah..nak berjalan pun tak larat. Ended up, my sis terpaksa balik dari Penang kerana menghantarkan akaknya ni ke klinik. Tak confidence je nak drive dalam keadaan pening macam tu.

Doctor said, not because of blood pressure. But probably kerana perut dah masuk angin, itu yang mendorong sampai ke tahap pening. But been advised by doc, please have enough rest & sleep, tidur awal & bangun pun kena awal..anak dara tak baik bangun tidur lewat. Hampes doc ni...dalam I meloya, pening, melugai sempat lagi dia nak bagi i senyum nooo...


So, that evening, after my visit to one of Polyclinic nearby our home, sis ajak celebrate mother's day. Actually, tak merancang pun nak celebrate Mother's Day. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, tak pernah sambut..sekadar wish je kat bonda.


Sila abaikan si taik penyakit tu ea...mata pun dah malas bukak, jalan pun siap berpimpin lengan dengan bonda, tu pun ada hati nak ikut...huhu...

Sis dengan my younger brother, baru balik dari keja...

Sis dengan hubby...nasib baik both of them cuti & free that evening..boleh jugak spend time with bonda. Kalau tak kesian bonda..terperuk je kat umah.

Lokasi mamam hari tu, dekat je..tak ndak sebut. But pizza again..just after a few days. Tak ada pilihan sebab kebanyakan restoran dalam shopping complex dipenuhi pengunjung sampai ke malam. Black Canyon & Secret Recipe pulak sampai kena beratur kat luar..so, kesian orang cakit kan...?! :) Order Mummy Dearest pizza sempena Mother's Day..but unluckily, mereka semua kelaparan..dah tinggal one piece baru teringat nak snap gambo..adeh...sabo aje lah...

Sunday, May 8, 2011

Advertorial: Taman Seri Delima

New block of Pangsapuri Delima Intan are now open for registration!

Construction of this new block will begins by June / July this year and might takes 3yrs to complete. This new block, MC, featuring 200 units of high-end apartment with 24-hour security, access card system and new features to our scheme -- swimming pool.

With floor area ranging from 1200 sq. ft - 1600 sq. ft and priced at RM 180,000/- onwards, you can now own your dream home. Strategically located nearby North-South Highway Juru Interchange, Juru Auto-City, Penang Science Park, Penang Bridge, Seberang Jaya, Bukit Tengah, Bukit Minyak & Prai Industrial Zone, where else you could find this kind of property at this price??

Discover and view the unique fresh design at our sales office, open 6-days week at G-01, Lorong Delima 1, Taman Seri Delima, 14000 Bukit Mertajam, Penang -or- simply call this number for further info 04-5073455.

Friday, May 6, 2011

Mak, bonda, mama, umi, ibu..or whatever u call them..

Ini bonda I. I panggil bonda dengan panggilan 'mak' di rumah. Sometimes, bila nak manja-manja..I panggil bonda dengan panggilan 'ma'.

It doesnt matter what I called her..she is still my one and only mom I have. Yang melahirkan, menyusukan, membesarkan I dengan penuh kasih sayang..*dan leteran juga, sebab nak mendidik I supaya jadi insan yang lebih baik.



Selama 31 tahun I tak pernah..never ever berenggang dengan mak. Maybe sebab I tak tahan diuji bila duduk berjauhan. Walaupun mak pot pet, bila jauh I sunyi tak dengar pot pet mak. Walaupun terkadang sakit telinga, tapi...bila tak dengar pot pet mak, seperti lagu tanpa irama. Macam tu lah pincang nya kehidupan ni tanpa mak disisi.

Sambal tumis, nasi lemak, roti arab, biskut suji hasil air tangan mak...mana boleh lawan. Tak boleh tanding yang di kedai. Begitulah hebat nya mak sebagai chef yang tak pernah kenal erti cuti, public holiday dan sebagainya.

Namun, mak tak pernah minta penat lelah nya dibayar. Ikhlas betul hati seorang mak. Sedang kita, buat apa sikit pun nak harapkan balasan. Oleh itu, jangan lah berkira, wang ringgit apatah lagi kudrat kita untuk seorang yang bergelar ibu..*pesanan untuk diri sendiri juga.

semakin menginjak usia, semakin I faham...kerana naluri ibu mulai terbit dari dalam diri..*walaupun belum berkahwin apatah lagi bakal menjadi ibu...:(



Dan dalam setiap doaku wahai bonda...daku mengharapkan kesihatan, kesejahteraan dirimu dan semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah SWT. Juga semoga dapat terus menabur bakti kepadamu serta menjadi anak yang solehah, permata berharga buatmu.

Terima kasih, mak...love u. Selamat Hari Ibu.

Wednesday, May 4, 2011

stok entry seminggu..

Well, as I said..ada je benda nak update but due to limited time..dan penyakit malas serta kehilangan mood, membuatkan blog ni sunyi without any updates.

So..here it is..rangkuman selama beberapa hari bercuti without any updates...


Last wednesday, we had our girl-thingy...we, means me and my sis, dik na. U know girl-thingy..shop, gossip & dine thing! Tak merayap jauh pun..find a nearby place..pizza hut sebentar di AEON Seberang Perai City for dinner. Malamnya..terpaksa berjaga menemankan orang berinai..my auntie Ita...lalala..sukanya I...dapat pakcik baru! :-)


Seberang Perai dilanda banjir kilat last friday. Fobia! 2 jam stuck dalam traffic jam. And the funny part is..I macam bodo bengong je that morning..innocent siot...boleh berbicara dalam hati lagi..,"apsal jalan jem sangat hari ni...kat depan ni tak pernah jem pun". Ambil jalan lain.."eh2..banjir laa...", "eh2...ada keta rosak la"..alahai innocent ke bengong ke I pun tak pasti lah, pagi lagi kan...ndak2 pulak dingin sampai ke tulang. Pastu baru la teringat..hmmm...kul 5 tadi hujan lebat giler...no wonder la..banjir sampai camni! Bangang..bangang....*bukan u all, I la! Walhal masa siap-siap tu memang dah dengar info trafik kat HotFM and walhal jugak masa hujan lebat beria tu I memang dah aware...hmmm..morning blues sungguh!

Kawasan tanah rendah mostly memang banjir..Permatang Rawa, Desa Damai, Sri Rambai, Kebun Sireh, Kota Permai, Alma..even Penang itself..kat area Komtar & Weld Quay pun tak terkecuali. So, morning havoc lah pagi tu. Mau 2 jam dok meroyan dalam kereta! Yang sedihnya..dah la gitu, tak kesampaian jugak nak masuk office bila semua jalan ke office memang dinaiki air. Last point boleh sampai dekat Auto-City je...bos pulak call berkali-kali..masa kita sibuk meroyan la dia sibuk tanya itu ini. Pening! At last decide...ambil EL je la bos! Langsung kona masuk Perodua Service Centre..kebetulan dah sampai time untuk diservis. Dari terbazir cuti tu kan...hmmm..


Sebut pasal servis...'baby black' dah masuk 2nd service that friday. Walaupun tak ada major complaint cuma sedikit je rasa tak puas hati tentang aduan yang belum rectified up to my satisfaction. Masa 1st service dah complaint, gear 1 susah engaged..sampai sekarang pun masih sama. Pintu driver and rear door sebelah kanan susah nak buka and susah jugak nak tutup rapat..pun masih sama masalahnya. And till now, masih menunggu service advisor diorang buat follow-up call, mau je nak complaint lagi dan lagi..dan lagi...sampai diorang cuak dengar..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails