Tuesday, July 26, 2011

Papparich, Straits Quay

Ada yang 'terbakor' tak agaknya tengok saya upload gambor makan-makan @ Papparich, Straits Quay melalui Fb2Mobile sabtu lalu....??? Entah..lantok...nak bakor ke, nak hangus ke....ada saya kesah..??

Papparich tak banyak outlet di Penang ni..and the only place I guess yang sesuai untuk kami berempat santap for dinner masa di Straits Quay tempohari. Secret Recipe is another option lah..tapi kami memilih di sini.

Meletops roti bakar susu nih! Especially bila tengok susu tu meleleh je kat atas roti..aduhaii..dah la masuk tea-time dah ni! RM 4.20 untuk roti bakar susu!

Saya dan sis share Naan with Curry, tak terasa nak makan heavy! Roti nan cicah kuah kari berharga RM 4.50. Saya suka..sebab roti nya garing dan rangup sekali. Makan enjoy jer..macam main2..hee...! Sebelah atas tu Nasi Lemak, bonda punya option. Nasi lemak ni memang unreasonable sikit mahalnya...RM 10.90..tak patot...tak patot..! Bonda kata rasa nasi tu macam nasi putih je..tak rasa nasi lemak. Kuah dan ayam nya okey!

ABC ni RM 7.90, tapi tak sesedap Ais Kacang tradisional jual kat Maklom yang Dik Na a.k.a Teh Ais Gula Madu beli kat semalam. Sedap nya macam hirup red bean blended..baru RM 1.70...:( Yang ini pulak sejuk nya sampai tahap nak beku otak rasanya! Tangkap dalam kepala beb! Tapi tang aksesori nya macam cendol, kacang & jagung tu memang sedap mixture nya!

Saya macam biasa..order hot cham yang harga secawan nya RM 3.80 dan dik na dengan Red Bean Ice Blended..RM 6.90. Red bean ice blended ni recommended! Sedap sangat..pure rasa sweet kacang merah!

Bonda dan adik lelaki saya yang tengah lapar malam tu...sementara menunggu order sempat lagi dia tot tet tot tet dengan hp cap itik itewww....kuikui!

Erm...cerita pasal makan..ada 'orang-orang' cakap, kita yang melayu ni kadang-kadang makan nak kira tempat yang ada stylo. Makan pun nak ingat stylo ke...?kan ke semua orang pun sama, tak kira apa bangsa, makan mesti kena nganga mulut, kunyah pelan-pelan...agak-agak kena control stylo jugak ke...??

The funniest part -- they say, saya ni hadap makan tempat ada air cond dan mahal-mahal je. Tak gamak nak makan tempat panas-panas, penuh dengan asap dan makanan murah. Mulut macam hape je kan..ade ke diorang tanya masa saya makan nasi, kicap dan telur goreng? Ade..?
Diorang ada tanya ke, ada ambil kisah masa saya tak lalu makan, perut masuk angin dan asyik uwek berhari-hari just recently? Ada orang tanya khabar? Ada orang ambil kisah ke saya kena pantang makan segala jenis makanan yang menyebabkan resdung? Ada..?

Kalau tak ada -- jangan pandai-pandai speculate, mahupun mengata secara terang-terangan mahupun sembunyi...berdosa saja...sebab saya amin kan apa yang diorang kata, okey..

Cuba lah kita ni sesama islam alert sikit sebelum nak mengata..*mengata pun dah dosa tau! Macamlah sebelum ni tak biasa nampak saya dan keluarga makan kat warung tepi jalan...apa yang penting kebersihan terjamin. Tak semestinya kami sekeluarga hanya layan makanan mahal-mahal kat tempat eksklusif, dan berlagak ala orang kaya. Sesekali nak manjakan diri..masa berkemampuan, awat nya...? Ada masalah apa diorang ni...huih geram aih!

Ada sapa-sapa nak tambah menambah, kongsi pengalaman dan pandangan...silakan..:)

Monday, July 25, 2011

An Evening @ Straits Quay, Seri Tanjung Pinang

Late saturday evening, bersantai sambil perasan jadi OKB di Straits Quay, Seri Tanjung Pinang yang letaknya di Tanjung Tokong. Straits Quay and the new township, Seri Tanjung Pinang dibangunkan oleh E&O Property Group.

Kunjungan kali pertama ke sini membuatkan saya teringat sekejap..*sekejap je..kenangan di Telaga Harbour Park, Pantai Kok, Langkawi. Ada sedikit persamaan kedua-dua tempat ni..marina nya! Boleh feeling-feeling oversea gitu!


Pemandangan Straits Quay Marina di petang sabtu yang mendamaikan. Disebabkan tempat ni yang masih baru..and exclusive, maka nya tak ramai yang bertandang dan menyesakkan nafas dan pandangan..alhamdulillah. Memang tak suka tempat yang pact dengan orang..rimas dan serabut.



Rasanya..this is the biggest boat yang ada kat marina tu...ada bendera negeri Kedah. Kerabat diraja Kedah yang empunya agaknya. Haih..boleh ke merasa naik nih....hmm...izinkan saya berangan-angan sebentar.....^_^

Open air dining menghadap marina. Waktu malam kalau dapat santai open air sambil minum kopi yang unreasonable mahalnya..memang best kan..wahahaha...see, berlagak OKB lagik! Deretan cafe seperti Kaffe Kaffa, Blue Reef Fish n Chip, Dome, Aseana Cafe dan Papparich. Pilih je..tapi make sure orang lain tolong bayarkan...ngeee...:)


Bonda dah letih berjalan. Tempat melepak ni betul-betul menghadap marina...sesekali terasa pipi disapa bayu laut..ouh..sangat heaven..indahnya dunia ni..*memanglah indah, weekend, takyah pikir hal opis!



Atas tangga pun kena paksa posing. Nasib badan..kena membiasakan diri bertemankan jurugambar a.ka papparazi yang tengah kemaruk dengan lensa kamera nya..

Senireka bumbung dan lampu hiasan dari tingkat 1..


Pencinta koleksi pewter "Royal Selangor" or earlier known as "Selangor Pewter"..here is the best place for you! Saya..? Tengok catalog dan usha je..tak mampu pun nak beli..huhu...:(



Ms. Photographer di hadapan "Sugar"..the cake studio. Unik sangat kedai ni..they have everything from cakes, home decor to unique gifts for any special occasions.


Di hadapan Charlie Brown...at first, ingat nak buat aksi 'planking' tapi malu sebab takut orang ingat kami buang tebiat...hehe. Yang sebelah tu takpe, dah kawin..saya kena cover sikit...maklum lah, nak publish kat blog. Kang orang cakap saya anak dara tak berjenis pulak..jatuh saham!


The unbeatable night scene...:) Seriously, waktu malam kat sini memang cantik..dan sejuk! Cantik sebab lampu-lampu nya yang mewah dan meriah.


Kalau tak kerana masa yang terlalu cemburu buta dengan kami berempat..mesti kami berlama-lamaan lagi di tempat yang tak bising dan tak ada hiruk pikuk ni.



For further info, kindly check this out..http://www.straitsquay.com/

Thursday, July 21, 2011

July Site Visit

Seriously, tak berapa best bila cerita bab-bab kerja, tapi excited punya pasal, maka lahirlah entri ni.

Excited sebab dah lama tak pi project site eventhough memang office saya kerja ni dah dalam project site..haha..boleh??

That's first thing about it, the second...excited sebab saya tak pernah turun site masa construction progress reaching 20%..kiranya, dah 8 tahun kerja dalam bidang ni, ini lah pertama kali saya turun site yang masih di awal pembinaan.

Biasanya, saya pi site bila senang nak jalan dalam site tu, tak panas sebab bumbung dah siap..tangga dah ada, tak payah mendaki pakai cat ladder..haha! Mengada kan..! So, banyak terms baru saya belajar hari ni..I loike!




Keterujaan saya tak berakhir setakat di situ..terus teringat nak share kat blog ni...just for sharing! :) Pic atas tu kelihatan 2 orang student perempuan yang sedang menjalani practical training...diorang baru gerak nak buat keja. Just before that, diorang dok 'meqenyeh' dengan 2 orang budak melayu pekerja sub-con. Naik menanah telinga saya..macam nak sound je diorang.."jangan layan!" Pekerja-pekerja lain sedang dalam proses menyiapkan 'ground beam' untuk bangunan kedai pejabat 2 tingkat ni.



Sebelum buat ground beam tadi..ini lah photo nyer..this is 20% construction stage where work below ground level has been done. Termasuklah kerja-kerja piling dan foundation (menanam cerucuk dan kerja asas) sesuatu bangunan. Item dalam gambar tu diberi nama 'pilecap' dan yang ditengah-tengah nya adalah 'tie beam', belum di'casting'.



Owh...photo atas ni..haha...suka saya!! Nak kenakan 2 orang project dan site manager tuh! Tau apa kesalahan diorang...?? ce teka ce teka....saya tak akan report bos, kalau diorang pun tak buat benda yang sama kat saya! Saya rasa cik Zati Embong mesti arif pasal kesalahan diorang ni dan sememangnya dia lebih arif dari saya berkenaan hal-hal kat tapak pembinaan nih! Kan Jat..kan..?hehe...anyhow, tekaan dibuka sekarang....



Bos dah bagi arahan supaya blok-blok baru bagi kedai pejabat 2 tingkat ni dibuka untuk jualan. So, indirectly, project department dah kena expedite kerja pembinaannya jugak! 4 blok sekali harung! Mau fenin ana..fenin...sebab ana buat kerja-kerja pentadbiran & jualan, termasuklah credit control dan progress claiming untuk site. Selepas ni bermula balik lah episod-episod sibuk dalam hidup ana....:)

Walaupun sibuk..yang penting ana hefi lah dengan kerja ana sekarang nih. Dah 8yrs..ana sudah tengok tafak frojek dari hutan velukar dan kelafa sawit samfai lah maju macam sekarang..transform into human nest!...and commercial hub..and I'm proud working here, alhamdulillah!

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #5: Volkswagen Kuning

Tuesday, July 19, 2011

Siapa kakak, siapa adik...???

Muahahaha...entah la nak panggil entry ni perasan atau apa..tapi perasan sikit-sikit boleh kot kan...ihihihi..!!

Lihat pic kami berdua...terbaru, yakni last weekend. Sila abaikan muka pucat saya..! Apa sekalipun pandangan dan tanggapan kalian..sukacita dimaklumkan..orang lain sering salahsangka akan status kami berdua.


Semua yang meramal...salah sama sekali. Menyangka adik saya adalah kakak sebenarnya..dan saya adalah adik..hehe...terperasan sebentar..!

Actually, saya sendiri tak tahu kenapa ramai yang menduga macam tu. Tak ke saya kelihatan lebih matang dari adik saya..?? Isn't it...???*ini soalan sengaja bikin panas..!

Sapa berani teka beza umur kami berdua...??jeng jeng jeng...sila la teka!



P/s: saya menjangkakan blog ni bakal jadi blog perkongsian kami berdua. Sesuai dinamakan "Sister's Little Diary"..biar saya menulis dan adik saya jadi contributor untuk photo-photo kat sini...okay tak...???

Sunday, July 17, 2011

Yong Tau Foo, Pantai Bersih & Laksa Telok Bahang




Dua mangkok yong tau foo together with bihun tu cuma RM 6.30. Murah kan..? Petang semalam temankan adinda Nadia and bonda, makan Yong Tau Foo kat Pantai Bersih, kat medan selera belakang Sek. Dato' Onn, Butterworth. Just 2 bowls sebab chek tak makan..tengah cakit..gara-gara resdung..selera pun tah kemana hilang. So, chek buat entry ni, dengan niat nak sharing je ye..uols...:) Ada yang panggil kedai Yong tau foo ni as 'bihun sup karim', katanya dah lama berniaga kat area Pantai Bersih ni..sebelum ada medan selera tu lagi.

Kalau nak try yong tau foo ni kena bersabar banyak-banyak. Kedai ni bukak awal petang dan tutup rasanya sebelum malam. Patrons memang ramai..kena beratur lah masa nak pick yong tau foo tu. And seats are also limited..sementara tunggu yong tau foo tu disediakan, pelanggan akan diberi no., sempat lah dapat meja kosong..hehe.





Laksa & Ayaq Nyioq..fresh punya..! Ni masa makan kat kedai Manaf masa chek and the gang pi Telok Bahang hari tu. Lega dapat hirup air kelapa muda..:) Laksa tu chek skip..perut tengah tak best waktu tu. Cik Dinas Aldi kata mee kuah dia pun best...sayang chek tak try hari tu.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #4: Harga sebuah kemajuan

Tuesday, July 12, 2011

The unique side of Pantai Road, an evening in R&R Bagan Ajam

Masih ingat program yang saya cakapkan semasa cuti Hari Warisan Georgetown..?? Hehe..nama je Hari Warisan Georgetown..haram tak masuk Georgetown pun hari tu.



Kami bersantai kat rumah sekejap lepas tu mula la gatal kaki nak merayap. Habis separuh Butterworth jugak kami meronda-ronda bersama mybee..kihkih. Frust jugak at first tu, sebab
main program nak makan Yong Tau Foo kat Pantai Bersih..sayangnya kedai tutup sebab ada pasar malam dekat situ. So, kami lajak saja lah ke Pantai Road..menjejak Popia basah terbaek di Seberang Perai dan tak ketinggalan..the famous Rojak Tonggek!


Hehe...KLites, Johorean, Kedahans, Sarawakians, Kelantanese, Perakians, pernah dengar tak Rojak Tonggek..??**maaf kalau tertinggal mana-mana negeri..means untuk semua di Malaysia la tu! Dinamakan Rojak Tonggek sebab nak makan rojak ni kena tonggek! Hehehe...serius, kalau tak tonggek, confirm kuah tu menitik merata baju, seluar dan kaki occay!



Address: No. 92, Pantai Road. Semasa entri ni ditaip..baru lah saya tersedar, bergelar seorang blogger menjadikan saya seorang yang sentiasa dahagakan ilmu..:) Alhamdulillah, ada saja saya nak korek, macam wartawan tak bergaji pulak! Thanx to Google! No. 92 ni sekitar tahun 1957-1973, pernah didiami keluarga Australia, Jack Oates. Malah sepanjang jalan ni dulunya didiami Australian, tempias adanya Royal Australian Air Force, banyak residential kat sini didiami kakitangan tentera udara.



Pantai Road used to be a quiet place and still a quiet place! But unique! I say unique sebab masih ada bangunan-bangunan lama yang kelihatan misteri! Tapi awas..quiet place can be a dangerous place too..jangan cuba-cuba datang area Pantai Road ni waktu malam yer. Local people knows it all..


Photo taken by Dik Na.

Selesai sudah chapter Pantai Road, the food & mistery! Kami beralih ke R&R Bagan Ajam. Kali ni betul-betul lepak buang masa, tengok orang memancing, main layang-ayang, tengok orang berchenta dan macam-macam lagi lah. Bagi saya dan adik, masa yang sesuai untuk menguji skill...hehe.


Sayup-sayup kelihatan -- Penang Port. Next time, nak datang waktu malam..boleh tengok night lights!

Sunday, July 10, 2011

Back to nature: Tropical Spice Garden, Penang

Just forget about BERSIH..and move on..! Takde pekdahnya dok demo tengah jalan..buat nyemak jalan..seluruh ceruk negara susah kerana masing-masing sibuk nak perjuangkan hak *or politik. Saya lebih suka BERSIH kan diri, BERSIH kan jiwa cara gini...Back to nature..!


Rancangan nak jalan-jalan Cameron Highlands, KL dan Teluk Batik semuanya hancuss...gara-gara 'depa tuu'. So, we all sekeluarga meronda dalam Penang je lah!

Tak jauh pun tak mengapa. Modal pun tak banyak, cuma petrol, tol, duit makan dan entrance fee ke Tropical Spice Garden which is located in Teluk Bahang.


Acclaimed as the only award-winning spice garden..dan sememangnya berbaloi membayar harga tiket for RM 14 per person. Top photo -- my best shot I guess..*wink-wink!


Dik Na punya shot! Suka photo nih! Cool bebeh!


At one of gazebo..where we could learn, see, touch all the spices. Saya tak ketinggalan belajar menggiling rempah..photo nya tak dapat di'publish'kan di sini. Maluu!


At first rasanya budak ni memang penat berjalan..sampai terduduk tapi sebaik saja lensa ditala ke arah dia, tup-tup penat terus jadi posing tepi pokok..!


At the Chinese Gateway. Fuhai & Shoushan (read from right to left) yang membawa maksud -- "Happiness as boundless as East China Sea" and "Good health and long life that compares to Nanshan"...*apa kebenda Nanshan tu saya pun tak tau lah!


Memori daun keladi! Haha...yolah tu makcik Siti oi! Kadang-kadang bila gelagat bengong saya dirakam, menjadi pulak gambar nya..! Bawah tu ada kolam, tapi tak nampak ikan..belakang tu ada mini waterfall, cantik dan mendamaikan.



Kenal ke..?apa kebenda ni...? sapa tak kenal meh nak piat telinga...


I like this shot too! Taken by Dik Na of course!


Korang semua tak tau betapa heavennya tido atas buai tu...rasa hilang semua tekanan kat kepala. Lepas tu mula la berangan-angan nak buat buai macam tu kat umah..terlupa kejap rumah kita tak ada pokok tinggi macam tu..dok pun apartment! Haha...dasar lupa daratan.


Sesiapa yang rindukan kehijauan, bolehlah mai sini. Spice Garden ni memang sentiasa dijaga, well-maintained! Masa we all nak gerak balik, pekerja kat sini dengan gigihnya menyiram pokok, tangga dan jalan susur pun turut kena siram. Patut lah bersih! Pelancong asing memang ramai..tok arab, mat salih dan minah salih belaka. Agaknya orang kita bab-bab masuk kena bayar ni liat sikit kot.

Kesian bonda...letih berjalan. Taman ni luas jugak. Padan la masa kat tourist center tu dah diberitahu masa kena ambil at least 40mins-60mins untuk explore tempat ni. Diorang duduk atas buai gergasi..gilaaa tinggi buai tu..!

Tree Monkey Restaurant just located next to Tropical Spice Garden. Menu nya memang eksklusif. Harga pun eksklusif lah. Please note..restaurant ni 'Pork Free' yer..Pork Free does not mean HALAL. Harap maklong!

Halal food just located opposite yer..berderet kedai melayu dekat medan selera tepi pantai tu. Sedap wooo.....:)

So, walaupun tak dapat sesen komisen dari aktiviti mempromo tempat ni, namun saya amat menggalakkan korang semua mai tempat ni..dapat kenal pokok herba..dapat hirup udara segar..dapat relax kan mata..dapat shopping kat gift shop..beli souvenir yang cantik dan unik sangat...mai jangan tak mai noo..oops sebelum lupa waktu operasi tempat ni is from 9am to 6pm with last admission on 5.30pm.

for further info, please click here.

Thursday, July 7, 2011

Asam Garam Gula & Kopi

"Satu yang menarik tentang ciri perkahwinan moden Melayu masa kini ialah pengenalan atau biodata mempelai. Biasanya ini menjadi salah satu acara ketika jamuan, terutama di hotel-hotel lima bintang.

Ada pengacara khas yang akan membacakan biodata yang disusun begitu indah sama ada dalam bentuk pantun, ada gurindam, malah ada juga sajak kabur. Tetamu diberitahu latar belakang mempelai: lahir di mana, belajar di mana, dapat ijazah apa, gelaran apa, anugerah apa dan yang paling penting apa jawatan sekarang. Pendek kata yang hebat-hebat semua diberitahu.."





"Kahwin dulu-dulu tidak ada pengenalan diri pengantin. Mungkin mempelainya biasa sahaja, tidak ada degree, tidak ada yang luar biasa. Pendek kata tak glamour. Tentulah tidak berapa sedap jika majlis diberitahu:


Pengantin lelaki berasal dari Batang Berjuntai, tamat darjah tiga sekolah Melayu, bijak menebas rumput, pandai juga menarik kerbau untuk berbendang. Pengantin Perempuan pula dari Batu Buruk, khatam Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan pandai membuat keropok lekor..."


Kahwin beza dulu & sekarang..begitulah sedikit sebanyak petikan artikel yang saya copy dari buku tu.."Asam Garam Gula & Kopi". Dah berjaya saya habiskan semalam setelah masuk 2 minggu saya baca, tido, bangun baca dan tertidur balik...*keletihan..mintak ampun ya..bukan sebab buku ni boring. Buku ni best, sama macam buku Kopi O Tanpa Gula yang saya buat entri nya tak lama dahulu. Himpunan artikel tulisan Abd. Jalil Ali.

Honestly, saya makin minat dengan beliau. Gaya penulisan beliau sangat bersahaja! Tapi saya gelak macam nak pengsan kengkadang tuh..maklumlah asyik serius dan tarik muka moncong kat office...sesekali saya nak jugak gelak-gelak. Ada yang patut saya buat iktibar dari buku ni...alhamdullilah..:) Ada jugak yang sinis..buat yang mengerti lah...macam paragraph yang saya copy tu..hehe...dalam lawak, ada mesej yang bermakna untuk kita renungi..


P/s: hari ni 7 July..warga Penang bercuti sambutan Hari Warisan Georgetown. Dah ada program menunggu....I'll update soon ya...:) Selamat bercuti to all Penangites..dan kepada yang bekerja..selamat menjalankan tugas...Daaa....:)

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday: Kurang ajar & kurang sopan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails