About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #8: Lovely delicacies






Saturday, August 13, 2011

Bila Ramadhan...Bertukar Juadah!

Bila Ramadhan...teringat lagi zaman bebudak dulu. Lepas tengahari je dok kalut tanya bonda..,"petang ni kita berbuka apa mak? Mak nak masak apa?"..hehe...nu..sibok nak mengendeng dengan bonda kat dapur. Tak reti memasak, tolong menghiris pun jadi lah..*hairan..masa kecik rajin..dah tua vangka ni malas pulak nak ke dapur yer!

Sampaikan bab memotong, mengerat, mengupas dan menghiris ni pun boleh jadi punca bergaduh dengan adik femfuan sorang tu...conquer keja kat dia sorang tu, semua dia nak buat..!


Menu berbuka masa kecik dulu...paling best, bubur chacha & bubur pulut hitam..itu kalau saya la. Kalau dengan adik memanjang bubur gandum, bubur kacang..sentap saya! Kalau menu goreng-gorengan ni bonda punya specialty of course la bihun goreng yang pedas, kering, ber'lobak masin' dan superb sangat tu! Terkenal di kalangan kawan-kawan sekolah saya occay...! Begitulah femes nya bihun goreng bonda...


Dari bab bergaduh tarik-tarik rambut ceruk dapur sampai pening kepala bonda..sehinggalah hari berginjak petang...sesi bertukar juadah! Waaa....yang ini I really like...nak dapat nama la katakan...sanggup jadi 'despatch' hantar juadah ke rumah jiran-jiran. Paling best dapat hantar rumah tok..kuikui..tok mesti tanya..,"amboi..sedapnya bau bihun goreng, sapa buat ni, cucu tok buat ka?"...miahaha...dengan vangganya saya sengih occay.., "tak..chek tolong potong2 ja...mak la yang goreng"...see, saya masih seorang insan yang jujur! Yang penting, saya turut contribute dalam kerja menggoreng bihun yang sedap tu.


Dan yang tak best...perangai burok lagi hudoh di zaman childhood -- kalau jiran tu bagi piring kosong je balik ataupun bagi cekodok pisang je..mesti muka kita adik beradik dah tak berseri-seri lagi seperti masa menghantar juadah tu., "alohh...cok kodok ja? huhu.."..siot tak sopan punya statement!


Tapiiiiii...kalau jiran tu bagi koay teow goreng, bubur jagung, agar-agar milo, mee kari sepinggan besor ka..ayam masak merah semangkok ayon ka..mak aii..sengih sampai telinga.




Lihatlah bubur gandum iteww...air tangan bonda, masa berbuka puasa 6 Ramadhan di rumah Dik Na a.k.a Teh Ais Gula Madu.






Setelah beberapa kali kena ceramah dek arwah abah..saya dah tak berani merungut lagi pasal apa yang jiran bagi masa bertukar juadah..jangan tiru saya yer adik-adik..ibuk-ibuk dan bapak-bapak. Sangat tak baik sikap saya tu. Tapi tu lah..nama pun zaman childhood..bebudak sekolah rendah..naive lagi kan.



Kedewasaan sebenarnya dapat mengajar kita semua supaya menjadi seseorang yang ikhlas bila memberi dan jangan sesekali mengharapkan balasan. (Terima kasih semua ustaz dan ustazah yang pernah mengajar saya..juge pada mak bonda dan arwah abah..) Seeloknya tradisi bertukar juadah ni diteruskan...dan anggaplah pemberian kita tu sebagai satu sedekah di bulan yang penuh barakah ini...kans...betul tak? Sapa setuju sila angkat kain..oops...silap..angkat tangan, letak kat keyboard..sila komen..miahaha!





Thursday, August 11, 2011

Bila Ramadhan...Moreh!

Bila Ramadhan...terkenang majlis moreh dibuat kat masjid kampung zaman kanak-kanak ribena dulu. Seronok ya amat..bila lepas waktu berbuka..seusai solat maghrib, geng main masak-masak dan tuju kasut dah menunggu. Konvoi jalan kaki beramai-ramai menuju masjid.

Masjid ni haa...masjid kampung ku yang tercinta, masjid jamek Teluk Air Tawar. Letak betul-betul kat simpang tiga Jln. Permatang Tok Gelam. Sepelaung je dari rumah.





Meriahnya memang tak tau nak habaq..jemaah pun sentiasa ramai. Masa tu kecik lagi tak fikir seronok yang lain...seronok sebab dapat habiskan masa dengan kawan-kawan. Seronok sebab lepas terawih ada moreh!

Hahaha...dari petang sampai la masa tengah jalan kaki menuju masjid dah dok bersosek-sosek..."malam ni sape punye moreh weh?" "Malam ni moreh bubur gandum ka?" *feveret masa kecik dulu. Paling best menu nasi minyak lah! Selalunya chek selalu dapat berita moreh lebih awal..sebab arwah tok wan dulu memang tiap-tiap hari menolong masak bubur lambuk dan sediakan moreh kat masjid tu..hee....nampak arwah tok wan balik lepas zohor je dah siap tanya..."moreh sapa hari ni, tokwan?"...haha, buleh? *oops terserlah kegolojohanku waktu tu..

Haha...in fact, keseronokan nak makan moreh dan usik mengusik sepanjang jalan pergi dan balik terawih ni menyebabkan kami satu geng boleh dikatakan tak 'miss' solat terawih sepanjang Ramadhan tu.

Ouh..chek masih boleh ingat..bebudak lelaki yang suka sangat berpurak-purak jadi hantu 'kum kum'..haha...tak tau la mana mai perkataan 'kum kum' tu..siap guna kain sembahyang mak kakak depa...tu tak kira lagi siap angkat pelupuk mata sampai nampak merah...scary! Yelah...malam kan, kononnya nak menakutkan kami yang perempuan ni la..syiok gamaknya tengok budak perempuan menjerit melolong, rasa macho kot..hehe..*aduhai lelaki..

Now, kalau diingat..macam poyo je! Apa-apa pun, tu lah dinamakan kenangan..tetap manis untuk dikenang.


Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #7: Kebun Bunga







photo credit: teh ais gula madu a.k.a sugarhoney icedtea





Thursday, August 4, 2011

Indeks mood merudum lagi..

Salam Ramadhan & Selamat berpuasa semua...


Dah hari ke-4 kita berpuasa..baru hari ini berkesempatan nak ucap selamat berpuasa dekat blog ni.

Refer to the above title ya...indeks mood saya merudum lagi..dalam masa beberapa hari sekejap naik dan sekejap turun...tapi semalam betul-betul menjunam. Nasib boleh control lagi kesabaran tu...kalau tak, tak pasal-pasal ada yang kena remove dari friendlist facebook tu.

Apa-apa pun, bukanlah semuanya berpunca dari fb..keadaan kesihatan sebenarnya yang sekejap ok, sekejap tak membuatkan saya sedikit murung..*sikit ker? Namun saya bersyukur, masih mampu menjalani ibadah puasa sebaik mungkin.

Blog ni pun tiada ber'entry' semenjak beberapa hari lepas...saya menyalahkan mood lagi sekali! Sungguh..! Tak ada mood untuk buat apa-apa entry....



saja nak tepek pic sendiri yang tak lawo...:(


Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun & maaf atas sebarang kekhilafan kepada semua pembaca blog ini sepanjang saya mencoret di sini..semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan buat kita semua..amin.

Jumpa lagi lain entry...daaa....:-)




p/s: nak pulihkan mood dulu...

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #6: All in One

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails