About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

Rentetan aduan ke syarikat tutt..tutt!


On Tuesday, 27th september saya telah mengadu nasib membuat aduan berikutan tindakan kurang ajar dan biadap staf delivery sebuah syarikat kurier. "Kekurang-ajaran" pekerja penghantaran berkenaan sangat-sangat tak boleh diterima. Saya 'howt' for the whole day..mood nak buat kerja semua hilang berterabur kerana keceluparan tersebut.
 
What happen is -- saya tanya budak tu, "kenapa barang ni lambat sampai ye..bukan sepatutnya sampai minggu lepas ke?" (with a friendly voice yer, tuan-tuan dan puan-puan). And his answer was like, "mana saya tau, bukan saya yang hantaq minggu lepas, ni baru dapat kat saya. la ni nak ambik ka tak mau ambik...kalau tak mau ambik saya bawak balik ofis" dengan nada sinis, tone suara yang tinggi siap jeling kat saya macam saya tak reti nak jeling balik kans...saya jawab balik.."takde la saya tanya, sebab benda tu penting, patut dah lama sampai".

Bila saya serahkan balik form acknowledgement tu, budak tu belek seolah-olah saya ni bodoh tak tau apa itu tandatangan dan tak tau menulis nama & NRIC sendiri. Dia mem'blah'kan diri dia sambil merungut sepanjang jalan keluar dari office, dengan disaksikan oleh my other office colleagues. Antara yang sempat didengar, he was like merungut..macam-macam masalah la..something like that.  Kojaq kan...kalau lah uols semua tengok kelakuan budak tu mesti uols pun geram!

Situasi macam ni, tak pernah terjadi. If ada budak delivery yang hot sikit-sikit tu, biasa kalau kami kat opis ni dok melawak should be fine lepas tu..macam ok, boleh senyum & so on. Dan kita pun faham, diorang ni jenis nak cepat..banyak tempat lain nak berkejar, sometimes, sampai berdiri kat luar pintu saja.


But, who can deny the fact that customer is always right! Just see the reply (pic above).

Saya pun sebenarnya bukan saja-saja nak besarkan masalah ni, tapi it doesn't matter apa dia punya excuse menjawab dengan nada tinggi to customer, ia tak diterima pakai dalam business. It's about ethique! U kena maki dengan bos ka, u penat ka, u letih ka, u kena panas or hujan ka...u tetap tak boleh marah customer! Saya buat aduan tu, sebab berharap supaya lepas ni budak tu boleh jadi lebih berhemah dan dapat mengawal kemarahan. Customer ni macam karenah, kira saya ni tak 'kerek' tau..kalau kena dengan orang lain silap-silap budak tu dah lama kena sound buta masa tu jugak.

Plus, barang lambat sampai. The shipment was from Maxis. I'm expecting for my supplementary line which need to be activated within 7 days from the shipment date. But bila sampai dah expired. Reply yang dapat dari HQ diorang ni pun one kind, they mention about 'kampung'..WTH...where on earth..Bandar Perda is kampung area! As I remember I do talk to one of staff from courier service on 22nd Sept that if they need to send it to me using home address, just deliver on saturday. If not, just use my office address..and they takes 3 WORKING DAYS just to get the approval to change the delivery address! Hello, 3 WORKING DAYS!!!..berapa berlambak keja chek boleh buat okey!

Saya dah menyampah nak meraban banyak-banyak...meluats! Yang penting budak tu sudah dikenakan tindakan yang sewajarnya. Yesterday ada delivery from the same courier service, dan nampaknya orang lain yang dah gantikan budak kurang sopan itu! Kena locate tempat lain dah kot!

Moral here -- don't ever treat your customer dengan sikap lebih kurang. Whatever your problem is, just keep it to yourself, tak payah nak 'semboq' kat orang lain yang tak berkenaan. Pesanan ini untuk diri saya jugak! :)


Thursday, September 29, 2011

Ryukin saya..

Saya ada pet! Macam big news pulak..buat announcement bagai! Memalukan..dah tua-tua cenggini baru nak belajar ada pet. Semua ni Dik Na a.k.a Teh Ais Gula Madu punya pasal!

Saya rasa satu-satunya yang saya suka berenang-renang di tasik madu dalam balang kristal atau akuarium adalah goldfish, so, I've decided to bela this goldfish..codenamed "Ryukin". Memang nama dia Ryukin pun! It's simply because the color of goldfish yang really-really striking and attractive!

Disebabkan saya tak cukup mahir lagi dalam arena penternakan binatang peliharaan..maka saya memilih untuk bermula dengan balang yang comel nih berserta 2 ekor Ryukin. But unfortunately, just after a few days dalam peliharaan saya, one of the Ryukin's had died! Ini semua salah adik jantan saya tu...blur ke ting tong ke saya pun tak tau apa masalah dia sampai terlupa dan terus pi tutup alat bantuan pernafasan bagi ikan-ikan berkenaan. Hangat hati chek!! Bila balik keja tengok salah seekoq Ryukin tu telah meninggalkan balang yang fana itu, Hati mana tak sedih dan kuciwa...dah la baru nak belajar bela ikan..jadi macam tu pulak.


Ryukin dalam balang yang fana
Anyway, apa yang terjadi tidak mematahkan semangat saya. Saya berazam, weekend ni saya akan mendenda adik jantan saya itu supaya membeli seekor lagi goldfish supaya Ryukin yang seekor lagi tidak keseekoran keseorangan seperti saya.

Okey2..serius..ini fakta yer bukan auta -- Ryukin ni spesies goldfish yang berasal dari Pulau Ryukyu, the island in between Taiwan & Japan.Juga dipanggil Nagasaki goldfish. Ryukin ni kalau dijaga dengan baik boleh mencecah saiz 21cm in length. Dia ada hump on his back..and warnanya pulak could be in striking red, red-white or white.

Since Ryukin is very active and can bersekedudukan mix with any types of goldfish, I'm not very sure whether to still look for another Ryukin or should I buy another species called Oranda..?? Humm...we'll see apa pilihan yang ada nanti..

Sekian sahaja karangan saya pada hari ni yang bertajuk Ryukin saya. Harap cikgu boleh bagi markah lebih untuk karangan saya pada hari ini.

Friday, September 23, 2011

Meow Chimlin Dik Na

Semalam baca blog kak Aidah kisah si Milo debab...terus tergerak hati nak buat entry perkembangan terbaru Meow-meow a.k.a nyau-nyau kitorang..hikhik. Dah berkembang pesat membesar bagai johan! Meow-meow atau nyau-nyau yang dijaga Dik Na dan hubby beliau ni suka makan Royal Canine..sama macam kak Aidah punya Milo. Alamatnya..tak lama lagi debab macam si Milo lah gamaknya..! serius...sangat geram dengan Milo itu.


Meow-meow macam kucing lain jugak. Saya percaya perangai kucing ni kadang-kadang terikut-ikut perangai tuan dia. Tengoklah gelagat dia tido terlentang tu. Sebijik macam adik ipar saya tido..cuma Meow-meow tak letak tangan dia kat kepala je! Jarang dapat tengok kucing tido gaya gitu.


Perangai manja mengada-ngada tahap dewa-dewa dia memang tak dapat dinafikan. Dia tido atas katil bersama tuan besar dan puan besar. Tingkat atas rumah, master bedroom, atas katil, atas bantal okeh! Tapi dia seekor kucing yang berdisiplin, bangun awal dan gerak tuan puan besar bangun tido ya..siap jilat-jilat lagi! FYI, Meow-meow dah nak masuk 8mths...tak sabar nak tunggu Meow-meow bertambah gemok gedempon..!

Last weekend Meow-meow balik rumah bonda kat Perda ni. Hmm..nak tau apa dia buat...dia cakor curtain raya yang baru itew..dah la kain nipis..terus see thru akan lobang-lobang pada kain curtain itew. Saya tak marah...sebab Meow-meow yang buat..! Cuba kalau orang lain yang bikin onar, confirm saya dah lama seranah orang tu..muahaha. Keji nya saya!


Disebabkan itu kunjungan pertama dia kat rumah tu, dia gagal mencari tempat yang sesuai untuk membuang 'poo'. Lepas dia balik..saya dan bonda tercari-cari dari manakah bau ashem berkenaan. Sampai sekarang tak jumpa..rasanya memang poo beliau..! Haha...walaupun Meow-meow poo bushuk ashem dan membuangnya di tempat yang gagal kami kenalpasti, kami tak marah okeh! Di rumah sendiri..dia memang buang di tempat yang betul..dalam bekas special kat dalam cage beliau. Cuba kalau Dik Na yang poo merata...harus saya heboh satu malaya sambil kutuk-kutuk beliau! Haha....larikkk!!!


photo credit: album 'My Meow Chimlin' Dik Na's FB.

Sunday, September 18, 2011

Dinner @ J.L Gourmet Cafe, Prangin Mall

Mushroom Soup
Last Sunday..selepas menjadi 'ulat buku' di Logos Hope, we had our dinner at J.L Gourmet Cafe, Level 3, Prangin Mall. It was our first time here, dining at this cafe.
Nasi Goreng Istimewa
Ternyata tidak menghampakan. See the first photo..mushroom soup kat sini memang sangat sedap. Although it look like 'baby food' to me..tapi the taste memang best..rich creamy mushroom soup..memang up to my taste. Hopefully, we can give broccoli soup or tomato soup a try for our next visit. Bonda ambil menu heavy 'Nasi Goreng Istimewa'. The serving memang mewah bagi orang yang tak makan banyak..susah nak habiskan. Nasi taste good dan sedikit basah. Ayam goreng pun agak lembut, senang nak kunyah. Satay is also not bad. I just love the papadom! Sebab yang lain-lain masih dalam senarai pantang saya.


Koay Teow Tomyam Sup
Koay Teow Tomyam Sup ni pilihan Dik Na. For penggemar tomyam yang tidak terlalu masam dan pedas..this is the right place. Ingredients dalam tomyam ni pun banyak..ada cendawan jugak!

Okay, a little bit about J.L Gourmet Cafe -- cafe ni di bawah satu group dengan Mizi Bistro, menu kedua-dua cafe memang sama sahaja. Dan cafe ni berstatus halal. One of my friend says, bos cafe ni mualaf. Price vise, I would say, worth it lah. Memang standard cafe. Kalau nak lebih berbaloi boleh opt for set meal RM 19.90 [ 1 main course + 1 soup + 1 dessert + 1 drinks].

Sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut, can check with En. Ahmad Tarmizi - 0124922921

Monday, September 12, 2011

Logo's Hope Floating Book Fair in Penang

Owh..I can't believe...can make it thru!! Haha...memerlukan daya kekuatan dan semangat juang yang tinggi untuk buat come-back! Dah lama benor tak berentri..kesian blog ku! And finally...di tengahari cuti yang permai lagi membosankan ni terbitlah entri baru.





Mau update program last weekend yang dah hampir basi..belum basi lagi!



Ulat buku, kaki buku..buku mania dan sebagai nya boleh mengambil kesempatan datang ke Logo's Hope Floating Book Fair yang berlangsung di Swettenham Pier, Penang. Event ni dah bermula sejak pertengahan Ogos hari tu dan bakal berakhir on 25th September 2011. Sesiapa yang belum pergi..boleh lah buat lawatan sekarang sebab dah tak lama lagi kan.



Sempat lah Dik Na merakamkan gambar-gambar ni dengan lensa SLR beliau..sungguh antik sebahagian dari Port Swettenham yang lama..gudang kot sini.




Ini ler kapal yang dimaksudkan. Logo's Hope is the largest floating book fair, travel around the world and presents over 5000 titles. Hanya singgah di beberapa port yang tertentu saja di Malaysia ni..and that makes Logo's Hope as a must visit event! Logo's Hope di buka dari 10am - 10pm dan tutup pada hari isnin. Bayaran masuk hanya RM 1. Yang berada di KL..Logo's Hope akan singgah di Port Klang, kalau tak silap by end of this month..so tunggguuuuu!







Suasana dalam Logo's Hope. Memang a bit crowd tapi air-conditioned..jangan risau..pasti leka kat dalam tu dengan buku-buku yang pelbagai. Sikit pesanan..yang bawa kids, sila la pantau kelakuan anak-anak tu, annoying okey..berlari sana sini..bising pulak tu.







Jangan abaikan gambar di atas...walaupun subjek di atas tak berapa nak betul bila tengok buku yang baaaaaaaanyaaaakkk sangat...tapi yang kat belakang tu..kat dinding tu ada dipamerkan sejarah Logo's Hope ni..mainly about GBA Ships dari awal sampai lah sekarang. Selain gambar-gambar yang bersejarah tu..ada jugak introduction session dalam bentuk media elektronik diberikan kepada pengunjung.



Below photo: Dik Na with bonda...nasib baik bonda sporting bila diajak hari tu, takut dia bosan je temankan anakanda berdua yang tenggelam in their own world.




Buku yang dibeli.."What Women Want", now with Dik Na. Entah dah baca sampai mana tak tahu le ke dia..! Pen tu part of souvenir item yang dijual kat sana. Semua buku dijual dalam bentuk unit. Every rack ada display conversion unit ke RM. Harga tak mahal..berpatutan. Yang penting titles yang dijual jarang jumpa kat bookstore.


Mug pun ada...tapi tak beli..dah lupa jugak berapa harga. See carefully.."Bringing Knowledge, Help and Hope"..it's their motto I guess!




And cukup seronok tengok crew yang kerja kat Logo's Hope ni..datang dari pelbagai negara and I guess..diorang really enjoy working on board! Meeting new peoples..travel around the world...uwaaahh..besh!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails