About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

Pasta In Love

Harap title entry kat atas tu tidak menyebabkan salah faham yer..bukan nak cerita pasal makan pasta..tapi cerita pasal korean drama yang saban hari menyebabkan saya rushing nak balik dari office...hihihi



Pasta In Love

TV2
Rushing sebab takut tak sempat tengok. Tiap-tiap hari pun sempat tengok setengah jam terakhir...provided saya balik sharp pukul 5..kalau tak..hmm..jangan harap lah..melepas nokss..
Isnin-Jumaat, 5.00 ptg.   

Pasta in Love ni cerita pasal chef yang hensem lagi romantik bertugas di dapur La Sfera...sebuah restoran eksklusif.

Ini lah chef yang hensem lagi romantik tapi sangat bad temper, chef Choi Hyun Wook dilakonkan oleh Lee Sun Gyun.

Oh..okey..si Ikan Emas..haha..nama gelaran untuk watak Seo Yoo Kyung. Macam saya lah...chef yang hensem & garang tu cakap..dia tak lawa langsung...tapi tak tau lah macammana dia boleh jatuh hati sama ini perempuan! Haha..
Alkisahnya Chef yang hensem tu tak suka female cooks dalam dapur beliau..sebab beliau pernah frust..ex-gf beliau pernah bekerja satu dapur dengan beliau tetapi akhirnya mengkhianati beliau yang hensem gara-gara cita-cita bergelar chef tersohor dan men'spoil' beliau dalam pertandingan yang ala-ala 'Battle of the Chef' gitu. So..since that day..chef yang hensem ni macam anti sikit la dengan femfuan..sampai lah ketibaan Ms. Seo yang sangat degil..tak reti putus asa semata-mata nak dapatkan pengalaman bekerja di dapur La Sfera. Bertugas sebagai kitchen assistant pada mulanya membuatkan dia selalu kena tempelak...dah la the only female kat situ..lain-lain semuanya male cooks. Kesian dia, tapi dia tetap tak give up jugak nak meraih cinta dari si sombong, stubborn, mulut jahat chef yang hensem tu. Hmmm...taste sama macam saya la pulak! Opps...termengaku...


amboi-amboi..romantiknya, bergurau-senda...jeles ok!

the cast
Disebalik kegarangan chef hensem tu..sebenarnya terselit mesej yang perlu kita fahami. Dia sebenarnya sangat-sangat menekankan aspek disiplin, tak boleh suka-suka main-main waktu kerja. Tak suka dapat aduan dari customer yang tak puas hati dengan makanan..so masakan pasta yang jadi fokus dalam siri ni kena lah the best..! And the best part, secara tak langsung dapat jugak tips makan pasta or mainly makan kat tempat high-end ni....

Dan disebalik ketegasan..romantik rupanya! Hikhik..hat ni paling best okey...^_^ Ada la macam orang tu..serius je ngan saya..macam nak telan..tapi saya tau..sebenarnya dia pun sayang kat saya...kan..kan...hahaa..see..tengah senyum sendiri..dok baca entry ni la tu..

Layan korean drama ni best jugak..hilang kusut otak kat pejabat seharian..hihi...tambah-tambah bila baca sub-title diorang..haha..ayat tak menahan..macam-macam pulak pepatah diorang keluar.

Now tak sabar nak tengok ending..dah terlepas beberapa episode..macam tak pueh ati je nih..download kang baru tau.




Thursday, October 27, 2011

Tea Time @ Winter Warmers Coffee & Tea House, Juru Auto-City

Kami sambut Deepavali kat sini....haha....yer la sangat..apalah maknanya Deepavali tanpa muruku..!! Actually memang dapat invitation dari seorang rakan untuk sama-sama meraikan Deepavali open house kat rumah dia..tapi tak sempat nak pi semalam sebab dah meronggeng dengan adinda..pi bundle Lee kat Kubang Semang kemudian lajak minum teh ala-ala mat salih kat Auto-City.


Iced Melon Milk untuk adik ipar dan Lavender Herbal Tea pilihan saya untuk bonda..both are priced at RM 8.90 & RM 9.90 each. Lavendar Herbal Tea tu saya kongsi minum dengan mak..special untuk reduce stress kami berdua. Bonda berkenan tea pot yang ada candle kat bawah tu..hehe...adehh...mana la nak cari set tea-pot tu...mentang-mentang la dia suka minum teh. Adinda saya berdua tu ketawakan saya..."nak reduce stress kunun...kot-kot nanti hang yang stress kalau mak bonda addicted dengan herbal tea tu..." haha..hampes punya adik2..:-)


Chocolate Mint Coffee ni Ahmad Albab Dik Na yang punyaaaa....rege nya adalah sebanyak RM 7.00. Suka Mint flavor...mulut pun berbau harum dan nafas pun segar lepas hirup kopi ni. Sayangnya dan rasa sedikit rugi sebab saya dah tak boleh minum kopi gila-gilaaaa macam dulu....:-(


Tadaaa.....Lavender Cheese Cake, RM 6.50 sahaja. Dik Na kata macam makan softlan! Aiyoyo....sedap ja chek rasa kek tu...maybe aroma lavender yang wangi kot. Yang penting ada cheese...orang nak gemok kena makan banyakkkkkk cheese...tapi jangan sampai lupa diri..kena la balance kan pemakanan jugak. Kalau once in a while ambik cheese..takde hal nyer senah oi....cheese pun sumber kalsium jugak.

Overall -- Ambience is nice..cool ala-ala English gitu! Just semalam masa visit ke sini tak ada music background pulak. Attractive deco tapi kurang spacious lah outlet kat Auto-City ni. Erm...what else..price vise..sama standard Secret Recipe and acceptable untuk restoran kelas A yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai. Patrons pun agak ramai petang kelmarin. Restoran dilengkapi Wi-Fi dan ada open air seating jugak kalau yang nak pergi waktu malam yang tak hujan..hihi.

Sampai disini saja program "Jalan-Jalan Perabih Duit" untuk minggu ini..jumpa lagi di minggu hadapan pada waktu dan hari yang belum diketahui..insyaallah.







Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #9: Suci







Tuesday, October 25, 2011

Express car wash

Menanggalkan kotoran degil pada badan...


Sental jangan tak sental..make sure tanggal semua sisa make-up dan bedak yang tak perlu..


Maskara pun sama..make sure tanggal yer bang...

Arrhhh...much better!

Ehem..I'm refreshed! Baru la confident sikit nak men'tackle' while on the road..hihi


Sorry..kepala ting tong sikit. Yang kat atas tu bukan dialog saya yer, tu dialog baby black. I'm just a messenger. Entri ni sekadar nak share pengalaman pertama cuci kereta kat Express car wash Caltex, Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam. RM 6 without vacuum cleaning. Tapi puas hati jugak, cucian bersih bersinar-sinar. Tak payah keluar menunggu..just duduk je dalam kereta layan lagu.Queue tak panjang sangat sebab car wash ni baru je bukak. Dah tu main pandu lalu je..mudah kan.

Dan nak buat pengakuan -- saya memang agak takut kalau cuci kereta kat bubble wash..alahh...yang masuk dalam machine tu. Memang la murah..tapi takut occay...! Tengok berus-berus raksasa yang menggosok seluruh badan baby black kesayangan saya tu..disental-sentalnya ikut suka hati. First time cuci through mesin tu..masa pakai cik biru (satria) dulu...mak aihh..rasa macam nak menangis! Masa tu jugak terbayang macam-macam...what happen if kereta tersangkut dalam machine tu..and what happen if besi penghadang kat depan tu tak nak angkat and suddenly keta kita 'bang' besi kat depan tuu...uuhhh..gerunnn!! Ndak2 pulak kalau teringat scene-scene dari filem Final Destination tu..huhu...seram bulu roma chek!

Sebab tu saya selalu lebih suka menunggu kadang-kadang sampai sejam lebih untuk cuci kereta kat tempat yang buat cucian tangan. Rasanya lebih bersih dari cucian mesin tu. Lagipun orang kata...kalau cuci guna mesin tu, tak baik untuk cat baru. Hmm...u all pulak macammana? Prefer yang mudah, cepat dan murah -- cuci mesin atau yang jenuh nak menunggu, kadang-kadang susah nak parking dan mahal sikit?

Ce citer...ce citer...


Sunday, October 23, 2011

Mean Machine 2011 @ Auto-City, Juru

Mean Machine 2011 event telah pun berlalu, last week 15th-16th Oct 2011. This crowd-pulling event has never failed many of visitors and photographers too....sebagai wartawan yang tidak berada di lokasi..hehe..I am about to present some of the pictures taken by Dik Na....layannnn...




From classic cars, modified cars to supercars!

Gallardo yang jangan mimpi saya boleh dapat..:-( Kalo dapat pun tak reti bawok..kahkah..

Kereta idaman saya yang entah bila baru boleh dapat! Sakit hati..I just need to pay extra RM30 for instalment untuk dapat keta ni..so sad! Suzuki buat promotion recently with attractive interest rate...haihh..Siti Murni..enough said! Bersyukur apa yang ada!

Yang ini really scares me..hehe..tak pernah missed any event..extremely modified

Owh yang ini my level..hehe...

Nak tengok siapa wartawan kat lokasi....

Nyah ko dari situ! Caitt...ape punya Perodua supporter posing kat booth Proton!


Hmmm...ni baru betul! Proton at heart! Harussss kena posing lebey kat situ kans..my adik ipaq...psst..pinjam cik kelabu nak pi meronggeng Deepavali nanti...hehe....

Wednesday, October 12, 2011

D'Legend of Roundabout Burger, Jln Tenggiri, Seberang Jaya

Makan memang ubat kesedihan dan tension yang paling mujarab, occay! And when the two sister's are together...volume makanan yang diambil selalunya melebihi dosage yang dibenarkan! Provided kondisi kesihatan kedua-duanya berada pada tahap optimum lah! hikhik...

Recently ni..budak berdua ni pergi men'try' burger yang sangat famous di facebook, group Penang Halal Food yang terletak di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya. Nama stall burger ni -- D' Legend of Roundabout Burger.

Order dah sampai..nyum2..sebelum ngap posing dulu.


 Masa kami berdua pi men'try' burger kat sini, sempat lah saya tanyakan pada owner stall burger, abg Bil..kenapa dinamakan Roundabout Burger. He simply said..sebab stall dia tak jauh dari roundabout Seberang Jaya yang comel lote tuh! Okey..jawapan diterima.

Oblong Beef + Cheese
 Inilah dua jenis burger yang kami berdua try pada malam sabtu yang funky itu..mak aih..besaq gilaaa...dan gilaaa kenyang makan burger abang Bil ni. Sebijik RM4-RM5 macam tu depending on what type of burger. Oblong beef + cheese tu saya punya...memang tak abih makan..roti je la..hikhik..daging tu semua saya tibai walaupun dah dekat nak abis tu speed makan dan2 merudum..yelah..kenyang sangat. Saya suka rasa manis pineapple di celah-celah aksesori lain oblong ni.

Beef + Egg Burger
Dik Na order Beef + Egg Burger..pun sama..letih nak habiskan. Tapi saya takjub! Pinggan dia licin! Tak sangka noo...tengok kuruih! Hehehe...burger Dik Na order ni pun sama..ada pineapple. Agaknya memang diorang gantikan timun kot...sebab memang tak jumpa timun pun.

Menu special kat sini
* Round Island Roundabout Burger (Chicken/Beef)
* Drum Cone Roundabout Burger (Chicken/Beef)
* Big Tree Roundabout Burger (Chicken/Beef)
 
Harusss bergambar depan stall Roundabout Burger!
Overall, burger kat sini sedap. Kedai bersih, price reasonable. Sebab kalau burger McDonalds, KFC, A&W atau Burger King sekalipun, harganya lebih kurang jugak. Location vise, okay sebab boleh parking tepi jalan dan owner stall kata boleh drive-thru jugak..hehe..diorang tak kesah. Delivery pun ada, tapi limited sampai area Bandar Perda sahaja. Minimum order mestilah RM 10.00 onwards. Business hour are from 5.00pm-3.00am. Satu je kurengg....lampu nye romantik sangat lah! Hikhik..harap tuan kedai boleh terang benderang kan lagi stall ni. Syiok sikit customer nak dine-in kat sini..leh lepak lama-lama. Kalau ada wi-fi laaaaagi lama boleh lepak..hehe.

Sebagai panduan, stall burger abang Bil ni letak sebelah je dengan kedai Nona, opposite ESSO Seberang Jaya. For further enquiries/order, kindly call  +6012-486 2901.

Tuesday, October 11, 2011

Don't come back when October ends!

October..hmm..tiba jugak kan..dah nak sampai middle of the month pun. It's been 10 months..melupakan tidak..dilupakan mungkin iya. Belajar memaafkan dan meng'halal'kan..that's what I've been trying to do for this past 10mths..susah ya amat. Even till now, marah itu masih bersisa.


I did not expect anything dengan kehadiran October..mungkin cuma sebuah lagi mimpi yang tidak akan jadi realiti. This entry is about to share what I feel -- I'm grateful..walaupun berakhir begitu..persepsi saya tentang tujuan hidup sebenarnya berubah sejak dari hari itu. So, terima kasih berbanyak kerana mengenalkan saya dengan sesuatu yang dah lama hilang -- pegangan hidup. Benar, petunjuk dan hidayah datang dari Nya. Tapi kamu, telah menyedarkan saya tentang banyak perkara yang menjadi kealpaan saya selama ini.


Terima kasih -- kerana menyedarkan saya tentang kasih sayang, jasa dan pengorbanan mak dan ayah. Kagum dengan kasih sayang yang kamu curahkan buat arwah.

Terima kasih -- kerana diberi kesempatan menumpang kasih sayang seorang 'ayah' -- ayah kamu.

Terima kasih -- kerana menyedarkan saya betapa bertuahnya saya dilahirkan di dalam keluarga yang tak berpecah belah, bercerai berai..mewah kasih sayang.

Terima kasih -- apa jua layanan kamu selama ini yang telah membuatkan hati saya remuk redam...tetapi sebenarnya telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari apa yang kamu sangka.

Don't come back when October ends~ Tolong lahhh.....




Sunday, October 9, 2011

Tomato Soup

What a gloomy sunday..nak pi dating..'adikonda' pulak kena jaga hubby yang baru terlibat kemalangan pagi kelmarin. Kesian adik ipaq kesayanganku. Namun Alhamdulillah..tidak ada apa-apa yang serius. Cuma lebam dan luka-luka and now berharap pergelangan tangan dia yang berkemungkinan terseliuh tu segera sembuh seperti sediakala.

Mood mendung ala-ala nak hujan antara jadi dengan tidak ni kalau dapat sup panas-panas dengan toast kan ke bahagia perut kempis ku ini..kan..kan..

A set of Tomato Soup with toast. Having this at Gurney Plaza Food Court, sometime last week.


Hmm...teringat pulak akan 'Tomato Soup' yang saya pekena minggu lepas di Food Court, Gurney Plaza. Haih...sabo aje lah..

Sambil-sambil tu sempat lah saya google resipi Tomato Soup ni..tak susah pon! Boleh buat sendiri lepas ni..haih..cetek sungguh ilmu memasak saya kan..harus nak kena berguru dengan Benny Gemok nih..pandai masak and pandai makan budak tu...hehe.

Nah..saya tepek je resipi Tomato Soup yang simple kat sini untuk dijadikan panduan bersama....sharing is not bermadu! caring...

  • 6 tomato ranum (sederhana besar)
  • 1 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit bawang puteh
  • kiub ayam

Cara-cara

  1. tumiskan bawang puteh dan bawang besar
  2. kemudian masukkan tomato dan kentang , dan masak hingga ia sedikit layu. masukkan air dan tunggu hingga tomato dan ketang jadi lembik/lembut
  3. masukkan kiub ayam, kacau hingga rata
  4. tunggu sejuk sikit pastu kisar/blend bahan2 yg kita masak tadi tu
  5. masukkan balik bahan yg kita da kisar td dalam kuali, panaskan dalam 5 minit jgn sampai sup tu mendidih, masukkan garam, black paper ikot citarase masing2. siap hidang dgn daun basil utk wangi2 cket ;) bole juga kalo nak tabur cheese powder mesti sedap 

Happy trying!


Source: myresipi.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails