Monday, December 31, 2012

Kembara Cik Siti: Transit di Bangkok, shopaholic on the move!

Assalammualaikum....

I'm back! Rindu kat chek dak...??? Perasan la hang, Murni. Takdak sapa rindu kat hang pun! Takpa la..chek tetap rindu ampa semua okey! Rindu nak pi terjah blog kawan-kawan...walaupun ada banyak kekangan...insyaallah...chek pi buat lawatan cik kiah one by one naaa...

Mai nak update cerita pasaipa lama sangat hilang pi holiday....*lama ka..??

17th Dec 2012 : 

From Penang International Airport, depart at 8.10am, we finally reached Suvarnabhumi Airport at around 8.50am local time. Terpegun seketika dengan segala kemudahan kat sini. Segala-galanya jauh lebih baik berbanding KLIA. Bukan nak membangga kemudahan di bumi asing, tapi, itu la hakikat yang harus diterima. Setiap 5-10min, Suvarnabhumi Airport tak pernah sunyi dengan pelepasan dan ketibaan pesawat-pesawat..local mahupun international.




Seronok tengok kekerapan pesawat keluar masuk..kaya la airport depa, sure untung banyak. Gate-gate pelepasan dan ketibaan semuanya jauh-jauh nauzubillah. Sistem lebih kurang sama macam di Doha..menggunakan komuter untuk kemudahan penumpang. 

Thai Airways, walaupun steward & stewardess boleh dikira ja yang hensem dan cun-cun, akan tetapi layanan tetap mesra. Qenyih memanjang...dan tak lekang dengan ucapan 'Sawadeekap'. MAS macammanapun tetap no. 1 in hospitality la.. :-)

We were then transferred from Airport by van to the hotel where we're going to stay until midnight today, Grand Mercure Fortune Bangkok. Driver van depa drive macam masuk F1..laju gilaaa..macam terlupa pedal brek!





Let's see the room conditions and facility.



Nice...hmm...



During our stay, some part of this hotel macam still under renovation..tapi langsung tak mengganggu pun.




Enjoy eh...hehehe....tengok la dulu keselesaan facility di hotel asia ini..later u'll only read my grumbling on european hotel...hehehe...






Cars with striking and fancy color. Toyota everywhere...hehehe


View dari bilik hotel kami...Ratchadaphisek Road yang very busy. Ni lunch time...I've forgotten to snap the pic during peak hours. Terribly congested. 




Free wifi fully utilised semasa di Grand Mercure. The only opportunities to stay update and keep-in-touch with the loved ones. Only available in hotel lobby...hehehe. Andrea Chong suka-suka hati candid gambor ni....haisy..kantoi sudah!

Ni baru lepas balik shopping di Central Plaza Rama 9, which located just opposite of the hotel where we were staying, Grand Mercure Fortune Bangkok. Nampak tak beg Uniqlo itewww...*motip?? u nak show-off eh..? 




Haha...bukan nak show-off, tapi nak bagitau..sangat berbaloi shopping di Bangkok waktu tu..Uniqlo sale meriah gilerr..terrrrrbeli sehelai baju. Sehelai je...pastu sempat rembat sling bag. In average, harga barangan di Bangkok slightly cheaper dari Malaysia. Shopping is encourage ya. Nasib baik sikit ja tukar Thai Baht...tidak ler terlajak shopping..hehe.



Central Plaza Rama 9 view during night, from Grand Mercure Fortune Bangkok

Central Plaza Rama 9 ni memang letih nak panjat setiap satu floor..tinggi amat! Shopping floors dia kalau tak silap 8 level. Butik-butik and sportwear outlet, Adidas, Billabong, Mango, Doroty Perkins, GAP, Mark & Spencer, Swarovski..bla bla..semua ada kat sini. Uniqlo is one of the anchor tenant. Letih kan....letih nak keluar fuluss...hehe. Sapa-sapa nak mai sini..on your own...kalau tak mau tersangkut dalam jem, boleh naik MRT,  ada direct access ke basement level Central Plaza ni dari Rama IX Station. 

Selain shopping dan jalan-jalan cuci mata di Central Plaza, we all merayap ke Fortune Town or also known as Fortune Tower. Fortune Town ni attached dengan hotel yang we all stay. Ada IT Mall dan Tesco Lotus...tempat we all beli serba sedikit barang keperluan sementara transit kat sini. Mineral water 50sen... mineral water 50sen... hehehehe.... moraaahhhhh! Cafe-cafe kat sini memang banyak..and their coffee smells extremely good!  Pastries pun banyak.



We all tak keluar pun dari area Ratchadaphisek. Kalau nak ke tempat lain di Bangkok kena ambik cab. Tengok condition jalan diorang yang jem..risau jugak kang tersangkut dalam jem ke..masalah lain pulak yang timbul ke..tak pasal-pasal rosak program. So, we all decide lepas merayap tu, terus balik hotel dan rehat dalam bilik sementara tunggu dinner pukul 6 petang. Dalam hati sebenarnya teringin nak pegi Siam Paragon, one of the largest shopping mall in Asia..nampaknya, simpan sahajalah hajat itu ke lain tahun jika ada rezeki..huhu.. :-(



Menu dinner, some bread and butter spread, potato wedges & pumpkin soup

At around 9.00pm local time, we all check-out from Grand Mercure and heading to Suvarnabhumi Airport for our connecting flight to destination. 


Sedikit nervous with this long hours flight. Dalam hati berdoa dan berharap semuanya berjalan baik dan dipermudahkan Allah SWT. Alhamdulillah jugak, alergik dan bengkak tangan hari tu mulai surut..gatal dah berkurangan. Harapan tak padam supaya trip kali ini tidak menyulitkan keadaan.



Ok..till then ya. I'll update very soon..insyaallah...destinasi pertama di bumi Eropah. 


p/s: Happy new year 2013 buat semua rakan-rakan dan teman-teman blogger. Semoga 2013 memberi harapan baru buat kita semua.


XOXO :D Publish!


Love, 
Murni Alfathunnisa Ishak




Sunday, December 16, 2012

Akak pulak bawak diri..

Finally...packing done! Lega aih...among the things I hate..bab mengemas luggage.

Esok nak bawak diri. Hopefully, cuti 9D6N ni dapat merehatkan otak.


Setakat pagi ni..kedua-dua belah tangan yang bengkak akibat alergi sepi, masih tidak menunjukkan sebarang kesan yang baik. Lain kali hang guna la lagi segala mak nenek cologne..naaa murni..sakit macam ni baru nak reti. 

Pergi klinik jumpa doc ensem yang baik hati...dicocok dengan injection sebab ubat yang doc lain bagi sebelum ini, tidak memberikan kesan positif. Mood nak bawak diri pun ala-ala 50-50 gitu. Antara nak pi dengan tak mau pi. Sebab -- bila sakit ni rasa tak best nak pi mana-mana pun.

Lepas injection, gatal dah kurang dan bengkak pun mulai surut. Alhamdulillah. Doc Cheam yang ensem itu turut membekalkan cetirizine sebagai ubat tambahan & dermosol untuk sapuan kat tangan budak degil tu!




Dear frens and family..doakan kembara I mempelajari, mengamati dan menghayati keindahan ciptaan Allah dan budaya di tempat orang dipermudahkan, diberikan kesihatan serta semua program dapat berjalan dengan lancar, selamat tiba ke destinasi dan selamat kembali ke tanahair.. ya.


kalau ada salah & khilaf, 
I mintak maaf..

pegi 7E beli bateri,
sila lah jaga diri..

Terima kasih daun keladi..
nanti I balik..I blogging lagi. 

Bawak kereta pegi puspakom..
Assalammualaikum.. :-)



XOXO :D Publish!


Love,
Murni Alfathunnisa Ishak

Tuesday, December 11, 2012

Adik away from home..


I miss blog! I miss u all..friends. sisters. brothers. our family. Keluarga maya. So, where have you been, Murni..? Soalan perasan. Nobody ask. Syok sendiri nak jawab....




Kuala Perlis. I was here..last weekend. Bukan vacation. Bukan holiday. Bukan makan angin keluar asap..but was here kerana menghantar adik lelaki kesayangan mendaftar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau.

Current mood: masih blur dan sedikit bengong. Rumah sunyi. Tak ada orang untuk dibebelkan dan tak ada orang untuk diusik. Tak dengar bunyi bising dari computer games..tak dengar bunyi orang hempas barang..so quiet. Mak bonda..? Orang paling frust..gaya orang frust bercinta. Letih jugak nak pujuk bila anak kesayangan tak ada depan mata dia. Semalaman tak nak makan..menangis. Walhal..bukan jauh pun..sementara nak biasa agaknya, sebab tak pernah berenggang sejak kecil.



I bukan boleh tengok orang nangis...sebak sama! Redho lah...dia pi belajaq...doakan yang terbaik. Macam la dia tak reti nak balik cuti weekend...kannn...

At the moment: Assignment essay masih terbengkalai. Kena submit before 15th Dec. 17th Dec sudah nak away....really membantutkan mood cuti-cuti. Sedang cuba mempositifkan diri. Tiada perkara yang mustahil di atasi. There's always a way. Di office, cuba buat kerja secepat dan selengkap mungkin. Clear yang pending. Dan beberapa persediaan sebelum shut-the-door next week.

I owe a visit or more to those visiting this blog during my absence this last few days. Mohon maaf. Ada masa chek curi-curi terjah naaa....rindu nak tau perkembangan semua.. :-)



Love,
Murni Alfathunnisa Ishak


XOXO :D Publish!




Tuesday, December 4, 2012

Makan Trip: 111 Durian Balik Pulau & Mee Ketam Pondok Upeh

Ingat lagi tak...last year...dalam bulan jun macam tu I pernah buat review pasal durian Balik Pulau kat gerai my friend..? Durian kat gerai 111 tuuuuu...

Well...tahun ni ada pi lagi. Last weekend..program bersama group "makan-makan". Sempoi nak habaq hang...hehehe





See the flesh...rasa macam nak terkam lagi! * tak sedaq diri, tekak dah rasa perit macam ada duri..panas seh!

As usual..setiap program group sama ada ramai atau tak ramai yang join, tetap meriah dan havoc gitu. Bergegar jugak tapak gerai Puan Alfa Ayfa dan abam misai beliau, Encik Fuad menyambut kedatangan we all. Yang bergegaq tu bukan pasai we all pi hentak-hentak kaki ka apa semua, tapi sebab incik bos merangkap emcee pada hari berkenaan la...siap dengan P.A system beliau. Walaupun bergegak gempita, konsentrasi menjamah durian tidak terganggu ya..tuan-tuan dan puan-puan.




Ni la tokey durian, gerai 111...tengok aksi beliau selinap durian tu...takjub okes. Banyak pengalaman...macam tu la.





Makan la sampai "termonyeh-monyeh"...eh silap..termengah-mengah..hehe...sendawa pun bau durian. Pakej yang we all ambik adalah secara buffet dan dapat harga yang dikira terbaik kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Tokey bermurah hati bagi rambutan dan mineral water percuma untuk ahli group dan dalam masa yang sama setiap harga sekepala off RM2-00 dan dimasukkan ke tabung Gaza. Alhamdulillah..makan sambil beramal.






Kenduri sakan...



Durian gergasi.. 10kg beratnya



Tokey sampai tak menang tangan..customer lain pun kena layan jugak



See..very the meriah kannn...


Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, agenda wajib setiap kali event, mesti lah bergambar kenangan. Okey, untuk yang berminat nak mengetahui lebih lanjut atau nak buat tempahan boleh la jenguk facebook page 111 Durian Balik Pulau





Tak jauh pun kedai mee ketam ni dari gerai durian tadi..lebih kurang 1km je. Agak susah nak cari bagi orang yang tak biasa sampai sebab gerai ni bukan tepi jalan. Kena masuk melalui lorong kecil dan hanya berpandukan papan tanda pada pagar zink warna biru di Jalan Pondok Upeh. Tengok lah muka-muka tak sabar menikmati mee ketam itew....hehe

Mohon bersabaq banyak-banyak tengok gambar di bawah ni ya...






Mee udang, Mee Ketam, Mee Ketam Special dan Mee kuah biasa..semua ada. And one thing for sure..kuah sedap, pedas, rasa manis seafood, portion mee pun banyak, harga pun reasonable.




Wajah-wajah ceria selepas menikmati mee ketam

To those yang terasa nak try keenakan mee ketam tersebut boleh la call 019-5609838, Achik Leen. Kedai dibuka setiap hari kecuali Jumaat, dari 1.00 petang hingga 10.00 malam. Yang dah pi pun rasa nak pi lagi..hari tu pi tak ambik mee ketam..makan mee biasa sebab dah termonyeh-monyeh..ish..silap lagi..termengah-mengah makan durian..hehe.




Bingkisan dari Pondok Upeh...lovely natures! 


P/s: terima kasih En. Fuad dan Pn. Alfa Ayfa atas kemurahan hati dan ke'sporting'an anda menyambut delegasi "makan-makan" dengan hati terbuka dan penuh komited, walaupun di saat-saat akhir ada sedikit kekecohan. Terima kasih daun keladi..takdak ka durian free...??ekekek... Durian sempoi..insyaallah..tahun depan nak pi lagi.





Friday, November 30, 2012

Bapak melampau dan terlampau!


Nicooooooooo! Agak melampau aksi itu ya!



Ni bukan manja lagi dah...dah masuk tahap mengada-ngada. Mummy redho ja dia mai dok mencelah di tengah kemesraan mummy & daddy. Tidoq nyenyak dan nampak sedap sangat pulak tu. Tak sampai hati nak tolak pi jauh-jauh. Kacau daun sungguh! Entah bila masa dia curi-curi masuk bilik, mentang-mentang pintu tutup tak rapat..ambik kesempatan la dia pun, nak tidoq sedap.

Mummy dia merengkam sampai ke pagi. Yang tau pun..the next morning tu tengok mummy dia dah meraban kat facebook...hehe...gara-gara tido terganggu dek bunyi 'snoring' dari si Nico ni..macam 'propeller'...hikhik.




Anak dia, si Muffin & Coffee pun dah cecah 3months...tapi si bapak ni tak tau la bila nak matang. Matang tang bergaduh hari tu sampai calar balar kat muka je la.....selain dari tu, masih tak menunjukkan sifat kebapaan dalam diri beliau. Nico..nico...buleh lagi dok mai tidoq celah orang. Tak malu sungguh.




Ni senario di suatu petang yang panas. Zon paling sejuk dalam rumah. Depan pintu bilik air dan bilik mandi. Mood bermalas-malasan lepas kenyang makan la ni....nak tengok tv pun mummy dok melepak kat sofa depan tu..dengan dok main lappy bagai. Kalau pi kacau, confirm kena marah sedas dua..baik lepak tang ni.




Pose melentik dari queen of the house, cik pong...mak bonda muffin & coffee. Kurus dah cik pong ni..kena buli dengan nico. Nico tu kalau buleh makan..bukan reti ingat anak bini. Muka dia saja dah conquer satu bowl berisi penuh brit tu. Nengok cik Pong ni kadang-kadang kesian, macam ratu dah turun takhta. 

Dulu, dia la the one and only dalam rumah tu..tidoq pun ala-ala ratu, atas katil master bedroom. La ni, tidoq kat stor belakang, kadang-kadang dalam cage dengan anak-anak.

Dulu, makan mewah, tak payah kongsi mangkok, tak payah catu makan. La ni..berebut dengan laki sendiri.

Dulu, tak dak anak-anak..boleh berhias dan melawa. La ni kena tata-rias anak-anak sekali. Tu pun, selalu jadi mangsa tamparan dan cepukan anak-anak. Mana nak layan karenah laki lagi...kesian cik Pong. Sabaq dik non...banyak dugaan hidup di dunia fana ni. Ikhlas naa... :p



Ibu dan anak yang sehati sejiwa. Depa dua ni rasanya ada persamaan dari segi karakter. Si coffee ni dia playful tapi tak sehebat si Muffin. Dan dia..biasanya beraksi sendirian. Buat hal sendiri. Macam mak dia. Agaknya pasai dia hitam macam dayang senandung, so dia low-profile dan humble gituu! Mak dia jaga ketat si hitam manis ni.....berbanding si Muffin yang memang saling tak tumpah macam pak dia. Ada sikit belagak sebab keputehan bulus mereka.

Kucing pun ada gak perasaan....agaknya, perasaan dua beranak ni macam perasaan I jugak...sensitip lagi emosi bila direndahkan sesuka hati dan sesedap mulut oleh orang lain.
Eh, apesal dok mai cerita perasaan sendiri pulak. Dah..dah..!



Tuesday, November 27, 2012

Exit Zon Selesa: Sejauhmanakah Keberanian itu..?

Out from your comfort zone..how far you able to cope with it..?? Woo..woo! Topik berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Wikipedia defines 'comfort zone' as --  behavioural state within which a person operates in an anxiety-neutral condition, using a limited set of behaviours to deliver a steady level of performance, usually without a sense of risk (White 2009).[1] A person's personality can be described by his or her comfort zones. Highly successful persons may routinely step outside their comfort zones, to accomplish what they wish. A comfort zone is a type of mental conditioning that causes a person to create and operate mental boundaries. Such boundaries create an unfounded sense of security. Like inertia, a person who has established a comfort zone in a particular axis of his or her life, will tend to stay within that zone without stepping outside of it. To step outside a comfort zone, a person must experiment with new and different behaviours, and then experience the new and different responses that then occur within their environment.

I am someone with kind of inertia lah macam tu..previously la..! Now, I guess no more. Sekiranya I masih seseorang yang takut untuk keluar dari zon selesa, I would rather, pi keja balik keja...balik keja boleh relax depan tv, main dengan anak, layan asben, hujung minggu boleh riadah, santai-santai, lepak-lepak, hujung bulan dapat gaji, keja macam nak mampuih pun takpa sampai tak bermasyarakat dengan orang and will not think about self-development, sort of, asyik risau pasal jodoh yang tak sampai-sampai, setia la sangat menunggu walaupun boyfren sedia ada macam 'harun' je tak nak bagi komitmen! Repeat..and repeat..and repeat...that's my earlier 'comfort zone'! Sangat shallow minded. *uuuuih..panjangnya bebel!


Out from my comfort zone, novel-novel yang best menjadi korban..hanya bahan ilmiah jadi peneman


Selama mana should I refrain myself from doing things differently..? Selama mana could I go on like that..? Bosan kan..? I woke up..from slumber..one day. Thinking that, my future not on the other people's hand..not my boyfriend (ada ka..?) ..not even my boss. Because you know why...only we, can make up our future. So, I make up my mind..force myself to do something totally different.

If you choose not to work, then full stop. Don't work. If you benci like hell tengok muka boss, you quit, don't ever patah balik. If you choose to study, u study hard like tomorrow you're going to sit for exam.


But, what happen is..u quit from A company, but u still go back to A company, rejecting an opportunity at B company sebab you are so sayang to leave behind friends and benefit yang sedikit itu yang u dah comfortable with. U choose to study tapi malas-malas nak bukak buku because you feel like tak enjoy lah baca modul yang tak paham satu hapa teori menatang mak nenek tu! oh em gee...not me kannn...?? Ramai yang gagal melakukan semua ni kerana terlalu selesa dan rasa tak best meninggalkan keselesaan yang ada, demi sebuah risiko yang hanya bermain di fikiran orang yang sentiasa was-was dalam tindakan mereka!

It's so sickening bila terpaksa berhadapan dengan orang yang hangat-hangat taik ayam..dalam berani tapi tetap bacul dan penakut. Berazam bagai nak rak tapi sekerat jalan. Itu la budaya orang penakut nak keluar dari zon selesa. Sorry, tak respect orang macam ni.

Actually, entri ni just nak habaq kat uols semua out there, keluarlah dari kepompong yang membelenggu diri kita semua. Do something different untuk memajukan diri, tinggalkan rutin yang membosankan, hilangkan rasa takut kepada risiko yang belum pasti dan hadapi ketakutan tu dengan tenang..solat..istikharah..zikir.


p/s: entri ni bukan nak habaq chek ni baguih sangat, sebab chek pun learning in progress..sekadar nak meluahkan rasa annoying dan nak melihat orang lain turut sama menyahut cabaran ini. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Saturday, November 24, 2012

Gambar tak ada kena mengena dengan cherita #1


Tekanannnnnn sangat this few days. Macam-macam hea berlaku. Office dengan masalah staf, karenah yang macam-macam sampai tak terlayan. Kawan-kawan dengan karenah kawan-kawan. Diri sendiri pun ter'emosi' terlebih-lebih, hormon tak stabil during waktu tertentu dalam setiap bulan. Mana dengan hal keluarga, ada beberapa urusan lagi yang masih 'tergantung'. 


Commercial break sat...breakfast bujang di pagi ahad yang entah bila.


Office -- nak bawak gi bercuti pun ada yang buat perangai. Ce bersyukur sikit..buat persediaan elok-elok, jangan over-demanding, jangan nak cari pasal, jangan nak cari gaduh. Yang freshie kena dengar cakap superior...yang lebih tahu, lebih experience dalam sesuatu hal. Jangan skip superior, jangan tunjuk pandai dan jangan suka-suka me'report' untuk sesetengah perkara kecil yang tak perlu sampai ke pengetahuan bos. Haisy...tu la budak2 muda sekarang! *ecece...bajet makan garam terlebih dahulu namfak! Seriously lah, kita dulu-dulu tak ada nya nak memandai sendiri tanpa nasihat superior....


Commercial break lagi..lunch box berisi nasi goreng cina di satu pagi yang sangat indah dan rajin


Study -- tahniah la untuk diri sendiri. Konon refrain myself la tak nak jenguk portal dalam seminggu dua sebab 3 assignment, ekonomi, english dan bahasa melayu dah siap submit ke PPPJJ. Tup tup opocot kau meletup....dapat pulak assignment kedua untuk sains politik....hehehe...terbaik lah! 4000 words essay, teori kedaulatan tradisional dan kedaulatan pluralisme serta hubungkait dengan demokrasi moden! 

Hehehehe...gelak dalam ke'tension'an -- sebab tak paham satu apa benda pun pasal tajuk ni. Rajin kannnn...ada modul tak nak baca! Entah apa nak di'kelentong'kan dalam essay ni nanti...library, he we come this weekend.


ABC @  Gurney Plaza food court, last thursday. Layan gambar aje la ye..


Adik hero -- dah semakin dekat hari nak mendaftarkan diri beliau di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Dan semakin membuatku rasa kosong..kosong....oooh *najwa latip!!!  Banyak lagi persediaan nak kena buat walaupun ahkaknya ni support gitu-gitu aje dari belakang, dia yang uruskan semua. Dalam manja, kena jugak independent bila dah tiba masanya. Yang paling sedih, of course la mak bonda, anak jantans kesayangan kann...banyak sangat yang dirisaukan sampai sometimes tu both anak perempuannya ni naik rimas, macam tak nak lepas je adik tu nak gi berjuang di medan ilmu, walhal selang satu negeri je pun jaraknya. Haisyy..takkan la sampai ke tuo nak dok celah ketiak mak.



Pari bakar set yang sangat tipu, belacan over quota.  Di sini menyesallll.....! Aaachooom!


Self-conflict -- there will be times, we need to be alone, lost in our own world. Have a sip of coffee, laid back and enjoy the rhythm of nature. Soooo seronok...a definition for 'peace of mind'. Really looking forward for a day macam tu..but when..? My poor time-management is to be blame.

To you beautiful peeps, reading this blog -- enjoy and have a great weekend. Semoga semuanya baik-baik, indah dan 'smooth' belaka buat kalian semua... nak pi bancuh kopi sat. Daaaaa!








Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #42: Gaza








photo credit: national geographic





Monday, November 19, 2012

Berlalu sudah APBIM 2012






Yup, for no particular reason, I decided to partaking Allianz Penang Bridge International Marathon 2012, yesterday. Fill up an entry form about a month ago, I'm not very sure whether I could finish 10KM Fun Run or not...since I left all my jogging, walking, trekking activities behind for this past few years.




Alhamdulillah....a bright sunday morning. Woke up early for a little run and walk is totally a big big challenge untuk orang yang dah lama meninggalkan segala senaman dan seketurunan dengannya. Plus, a marathon! Luckily bukan competition category..kalau tak....laaaaaagi tekanan. Anyway, congrats untuk my friend yang berjaya habiskan 10KM competition category! Anda kuat okeh!

The event for this category started at 7.00am. Category full marathon sejauh 42.195km begins at 2.00am, tak dayo den tengok route bagi full and half marathon. Each category takes 7hrs and 3.5hrs to finished. Tu stipulated times je..yang otai confirm la boleh habis within that time-period given.
 



Yellow shirt, also sponsored by Digi for this category, 10KM Fun Run. Bukan 'perhimpunan bersih' ya. Besides, dapat la jugak goodie bag yang di dalamnya ada plaster, instant white coffee, discount voucher, pil viagra tonik, wristbands etc etc etc.

Ramai yang tak run sangat pun...just walk..for fun. So, both me and my sis pun...ala-ala lenggang mak limah gitu..!




Sekejap run, sekejap walk..depends on stamina. Yang penting, we all just stop once..here..sebab view cantik kat sini. Lovely sunrise..with lovely peoples around! 




Only on yesterday. You'll never see this route setenang ini..trust me.




And only yesterday, dapat capture such a nice scenery macam ni.



A beautiful sunrise.




Siti Murni, ekau menghayati keindahan alam ke ekau marathon ni..? Haha....ade I ols kesah...? Ikut suka la kan...tak kacau uols pun!



Finally..sampai jugak finished line within 1 hour 30 mins, dapat la certificate sebab under qualifying time. Dan dapat eskrem jagung serta drinking water.




Lega sat....tapi...kena menapak lagi, dari Eastin, tempat bermula dan berakhirnya acara ke tempat letak kereta kat Krystal Point. So, overall bukan 10km lah...more than that..13-15km kot.
 

Masa nak dekat sampai Krystal Point, we all ternampak sorang akak ni menjual nasi lomak dan kueh mueh..perut lapar kottttt...haha....tapau lah! Balik late breakfast kat rumah...adik iols kata, penat dia kumpul lemak..pagi ni dah abis terbakor gara-gara marathon, so dia cover balik dengan menikmati kesedapan nasi lomak berkenaan. 

Congratulations to all winners. Ada yang dapat trophy, medals, cash prizes. We all dapat jugak.....kejayaan besar mengorbankan pagi ahad, menikmati keindahan Penang sambil berlari dan berjalan beramai-ramai! Dan sejak petang semalam dapat lagi satu -- dapat sakit kaki! *sambil urut-urut betis dengan minyak...sakit oi..


 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails