About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, January 5, 2012

Kembara Cik Siti ke Istanbul, Turkey ~ Part II

Day 2: 23rd December 2011

Tour kami pada hari kedua bermula seawal jam 7.30 pagi. Seusai sarapan di hotel kami memulakan tour sekitar bandaraya Isketambola Istanbul.




Dalam coach kami diberikan penerangan serba sedikit tentang Istanbul yang merupakan bandaraya terbesar di Turkey serta mempunyai populasi 16 million penduduk termasuk bukan warganegara. Top photo -- the old City Walls of Istanbul yang panjangnya sejauh 6.5km. Panjang gilaaa! Sebahagian struktur memang dah luluh ditelan zaman..dan proses memulihara masih lagi berjalan.

Istanbul memang sibuk..dan paling obvious diorang memang suka bunyikan hon kenderaan. Bising okey...kita kat sini kira masih tahap sayang nak bunyikan hon..tapi kat sana...huh..sikit2 hon.

Aya Sofia dan Topkapi Palace antara yang termasuk dalam itinerary hari ini.

Saya...enjoy tengok pemandangan sekitar kat luar..observe turkish people just from coach's window dan tengok senibina sepanjang jalan! At least..that is one of the reason why chek seronok travel tempat orang okey! Starting from this point saya dah start switch place dalam coach..chek tak tahan duduk belakang bas dengan bunyi pot pet orang tua yang rasa diri dia masih muda...aiyooo..geli isi perut macam nak terkeluaq balik makanan breakfast. Sepatah haram chek tak dapat dengaq apa yang tour guide kami, Mr. Recep cakap kat depan nuu..sora depa lagi kuat dari mic.

Sebelum tu..chek nak warning siap2..this is gonna be a long long entry...I'm writing this for self reference dan to those yang berminat untuk buat reference...

Hippodrome comes from Greek word Hippos and Dromos (Horse and Path/Way)


Group makcik-makcik belakang bas di hadapan Obelisk. (kecuali saya je bukan makcik)..haha

Bas menurunkan kami di hadapan Hippodrome or now officially known as Sultanahmet Square. Dahulunya adalah social centre dan horse track tapi sekarang fully converted into pavement road untuk pejalan kaki and managed by Turkish authority. Kat sini banyak anjing yang tinggi dan besar berkeliaran. Risau jugak..sebab dia jinak sangat dengan pengunjung kat sini dan hanya garang, marah dan kejar kenderaan yang lalu lalang. Mr. Recep kata anjing pun tau kenderaan tak dibenarkan lalu..so dia hanya kejar kenderaan yang lalu kat situ..haha! Cerdik anjing kat sini.

Sempat snap beberapa photo sekitar Sultanahmet Square. Obelisk of Theodosius tu yang menarik perhatian sebab struktur ni dibawa dari Egypt dan usianya dah mencecah ribuan tahun tapi masih berkeadaan baik, terletak di tengah-tengah Sultanahmet Square.


Sultanahmet Mosque dengan pengaruh senibina masjid Ottoman dan Byzantine church..the only mosque with 6 minarets
Dari Hippodrome, kami menelusuri lorong kecil memasuki pekarangan masjid Sultanahmet, tak jauh pun. Suspen je lebih!


Alolo...sopan nya posing..anak dara sapa la ni!

Our tour guide, Mr. Recep, sedang bagi briefing. Dia punya English sangat excellent occay...[sebut occay dengan dengung ala Mr. Recep]

Popularly known as Blue Mosque, itulah masjid Sultanahmet.

Interior dengan 20,000 handmade ceramic tiles buatan pakar dari Iznik dan 200 stained glass window

deco kaligrafi dari Al-Quran menghiasi ruang dalam masjid Sultanahmet
Cantik bukan? Terpesona? Teruja? Semua nya saya dah rasa..tapi feel tu tak sama kalau kita sendiri di tempat tu kan..:-)

Dari Sultanahmet, kami berjalan kaki menuju Basilica of Hagia Sophia / Aya Sofia..waktu tu cuaca mendung dan agak windy. Sejuk tak usah cakap la...baru masing-masing reti nak sarung hand-glove. Orang Turkish boleh relax je tak pakai glove...dah lali dengan cuaca sejuk. Even tour guide kami bila diberitahu cuaca kat Malaysia is 30 celcius onwards throughout the year..macam terkejut beruk je dia..hampeh kan! Haha...


Hagia Sophia...once upon a time was a cathedral church..and later converted into mosque. Since 1935 it was transformed into museum.

Tak ada yang lebih boleh saya katakan..melainkan sangat-sangat impressed dengan kecantikan Hagia Sophia. Kalau selalu tengok dalam tv, majalah dan internet, tapi hari ni saya dah disini! It's Byzantine architecture..again.

Pandai diorang transform sebuah gereja kepada masjid. See top photo -- notice tak lukisan kat tengah half dome tu...? It's Virgin Mary and child..(menurut kepercayaan kristian lah..)

Di dalam nya -- a large collection of holy relics dari Eastern Orthodox Church dan lukisan-lukisan berbentuk keagamaan. Selepas dijajah Ottoman, gereja ni di'convert' menjadi masjid. Dan sejak itu lah loceng, altar dan lain-lain barangan ritual kristian dialihkan dan plastered over with islamic features.

Ciri-ciri islamik seperti mihrab, mimbar & 4 minarets kemudian ditambah ke Hagia Sophia menjadikan ia antara model masjid paling banyak diaplikasikan di masjid-masjid lain yang bercirikan senibina Ottoman and satu lagi fakta..Hagia Sophia served muslims for 500 years!

Hagia Sophia akhirnya kami tinggalkan...sayu la jugak..sebab tak puas lagi jalan kat dalam tu..nak mengamati puas-puas keindahan senibinanya. Kat sini jugak secara rasminya nama chek telah bertukar menjadi 'Fatima'..kahkah..ape kes Mr. Recep lidah tergeliat tak reti nyebut nama se'simple' dan se'simply' Siti...sudahnya tak pasal-pasal chek dapat nama baru..! "owhh...you look more like 'Fatima' to me..so, can I call you Fatima?"...lantak ngko la pakcik wei...janji namanya bermaksud baik...!

Lawatan diteruskan ke Topkapi Palace pula. Dalam letih berjalan sempat lagi excited nak bergambar..surrounding memang cantik..maklum la suasana tak ada kat Malaysia..masih jakun lagi..hehe

Entrance ke istana Topkapi. Waktu ni hujan dah start nak turun. Ada yang dah buka payung dan capai raincoat. Betul rupanya ramalan bos saya...dah siap stand-by raincoat untuk kami semua..tapi bukan FOC la..kena bayar okey!

Replika Topkapi Palace secara keseluruhannya..luas gila!

Imperial Council Hall
Topkapi Palace was once a residential to Sultan and administrative centre..tempat bermusyawarah dan membuat keputusan penting politik, sosio-ekonomi dan keagaaman. Di dalamnya..I mean the 2nd courtyard ada banyak bangunan-bangunan kecil termasuk masjid, dapur yang memuatkan beratus tukang masak dan maid, bakery, hospital, quarters dan stables. Mula dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mehmed..istana ni dibina with certain features untuk impressed tetamu-tetamu diraja pada waktu tu.


Syiok dan leka melangut..tuuu..tengok ukiran dome kat atas kepala tu..halussss je buatannya dan most importantly..bertahan sehingga kini.


The second courtyard

Istana Topkapi ni punya la strategik..sampai sited mengadap selat Bosphorus dan lautan Marmara. Dan nallla punya luas sampai sesetengah bahagian istana ni tak boleh diakses..kira hakmilik eksklusif sultan la. Bilik-bilik kecil dekat 2nd courtyard tu dijadikan galeri mempamerkan semua koleksi pakaian, jewellery
termasuklah ruby dan diamond, alat muzik diraja, aksesori porcelain dan perhiasan serta harta-harta ismeth ulam raja diraja..tapi semuanya dikawal okey..jangan mimpi nak sentuh..ambil gambar pun diharamkan sama sekali.

Okey..letih sudah...kering tekak, kopi o pun takde neh! Next part -- cerita pasal our lunch break and our next tour on that same day. Sambung nanti2 yer...daaa...

12 comments:

  1. sangat kagum dengan kesenian dan bangunan persekitaran turkey...owh alangkah bestnya kalau ada rezeki...memang dah masuk list nak lawat kat situ satu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. kakcik datang tumpang baca dan menghayati pengalam Siti - nak pergi sendiri mungkin tak tercapai dek akalku. :)

    ReplyDelete
  3. Europe antara tempat yang sangat seronok dikunjungi sebab memang banyak bangunan lama yang cantik senibinanya. Akak kagum sangat tapi kali ni tengok gamba je nampaknya. Terimakasih, dik.

    ReplyDelete
  4. best3X tgk pic tu semua..xsabar nk tgk part seterusnya....

    ReplyDelete
  5. waaaa bestnya.... nak gi jugak la sana..... lagi satu teringin nak pi Iran...

    ReplyDelete
  6. baca pun letih .. apalagi jalan2 kat sana. memang mengagumkan senibina mereka. agaknya masa bangunan itu dibina, kita masih apa ya ?

    pakngah dah baca part 1 dan komen juga sikit di sana.

    ReplyDelete
  7. very nice!!! rasa sejukkkk jer tengok gambar2 nih!!!

    ReplyDelete
  8. Melopong akak tengok ni dik..melopong..Bak kata orang Penang, akak dah peghak buuih sangat dah nih..

    Seronok dapat tengok gambar2 orang melancong nih :)

    ReplyDelete
  9. Cantik sesangat-sangatnya.... nak kena kumpul duit ni.. nak pergi ke sana juga, sebabnya bila tengok gambar dalam blog ni, hati dah jatuh cinta..:)

    ReplyDelete
  10. kagum..lebih kagum awak dah sampai

    ReplyDelete
  11. kat sana nasi pakai minyak ghee.. cepat muak .. kan kan kan :D

    ReplyDelete
  12. untungnya dapat jalan nengok tempat orang :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails