About Me

My Photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Friday, January 6, 2012

Kembara Cik Siti ke Istanbul, Turkey ~ Part III

Day 2: 23rd December 2011

....Sambungan entry semalam..

Dari Topkapi Palace..kami berhimpit-himpit keluar di pintu utama sebab dengan tiba-tibanya terserempak dengan satu group besar kanak-kanak sekolah yang baru masuk buat lawatan kat situ. Mak aii...sopan tau..siap bagi salam..say hello dan lambai-lambai tangan kat tourist.

Kami terpaksa menapak lagi lebih kurang 1km jauhnya..heading for our lunch di salah satu restoran di Sura Design Hotel & Suites. Kalau tak silap, nama restoran nya 'Gurme Kebap'.

Walaupun bukan penggemar roti macam ni..tapi bila dah lapar, semuanya sedap

salad tak okey! terlebih lemon!


my colleagues...seronok dapat makan! haha...sejuk membuatkan kami kebuluran..
Pintu antik kat belakang tu katanya berusia 500 tahun...klasik kan! Very nice ambience here. Sesuai lah classified as boutique hotel. Even washroom dia..bila masuk macam tak nak keluar okey, selesa gila! Ada separate powder room lagi! Interior deco semuanya eksklusif..mixture antara ancient and modern features.

Meatball, cabai sumbat & tomato berjaya dilicinkan...except nasi yang tak serupa nasi, pulut tak serupa pulut tu..entah ape ke nama hidangan ni..

Desert ni sedap

Not tomato soup..and not even lentil soup..tak tau apa nama dia..tapi tastes ok, provided sprinkle more salt n peppa..
Lepas makan, harus lah bakar kalori balik. Dalam hujan kami menapak lagi..payung dan raincoat jadi peneman. Next destination is 'Kapalicarsi'....atau lebih dikenali sebagai 'Grand Bazaar' di kalangan pelancong. Dari Sura nak ke Grand Bazaar..it's about 10 minutes walk. Grand Bazaar is the largest and oldest covered market in the world. Memang besar..kena hati-hati dan ingat nombor gate supaya tak sesat especially bila lalu lorong-lorong kecil kat dalam tu.

Nah..rambang mata kan...? Turkish Delight yang berjenis-jenis..nak flavour apa..? nak yang ada nuts..? Just name it!

Dari sekecil-kecil souvenir, key-chain bermotifkan 'evil eye', fridge magnet sehingga lah ke sebesar-besar souvenir...porcelain and ceramic wares..pashmina..dan sebagainya...all you can get under one roof.

Dan kat sini lah terjadi nya peristiwa menyayat hati..kami diberi masa hanya 20mins kat sini and we have to gather at Gate 1 selepas tu..but what happen is..bila dah berpecah group, masing-masing dah mabuk shopping..teruja tengok macam-macam souvenir...four of us r late another 20mins..ended-up kena marah la beb! Sedih! Bukan apa..peniaga kat sini friendly gila, nak lariskan jualan diorang siap belanja kami Apple Tea! Dalam kena marah..banyak jugak yang sempat dirembat kawan-kawan saya. Saya moderate spending...daku bukan jutawan kan..hehe. Alah..diorang takut tak sempat nak naik 'boat cruise' petang tu..mencik!

Sebagai tanda protes, masa our group singgah di Spice Market..kami berempat tak berani nak jalan ke mana-mana. 20 mins yang Mr. Recep bagi untuk walk around kami gunakan dengan mengemas back-pack..haha..! Siot..merajuk okey! Jalan pun tak berani jauh-jauh, takut kena marah lagi.

Our next program lepas tu -- Bosphorus Boat Cruise


Orang kata, tak sah kunjungan ke Istanbul kalau tak ambil package Bosphorus Boat Cruise. Dah macam pergi HK dulu pulak..ada boat cruise jugak dekat Aberdeen Fishing Village. Tapi boat cruise kat sini jauh lebih lama..I think more than 1 hour kat atas boat tu. Ada jugak package night tour + dinner on boat, tapi memandangkan musim sejuk..schedule boat cruise ni agak berbeza berbanding musim lain. Suggestion -- yang ada masalah pening, meloya, mabuk laut dan sebagainya dinasihatkan jangan ambil risiko. Saya pening jugak, tapi kawan saya sorang tu laaaaagi pening..padahnya dua hari tak okey..hilang selera makan, muntah-muntah until dehydrate dan terpaksa berkejar ke 'hastanesi'..hospital daa! hehe..



Pemandangan sepanjang selat Bosphorus ni memang mengasyikkan..ada private mansion yang besar, villas, macam istana pun ada dan paling banyak sekali..holiday homes & apartment. Kaya diorang ni..! Hurmm..katanya property kat situ majoriti nya cecah multi-million figures. Prime area la katakan..view cantik..menghadap selat..each holiday homes kat sini ada private balcony menghadap Bosphorus. Orang macam saya ni mampu observe je la...huhu...nak merasa..ibarat jauh barbeque dari api..

Meloya bagai nak rak..akhirnya boat-cruise pun settle. Coach jemput kami di hadapan jetty..and terus nak pergi dinner sebelum dihantar balik ke hotel...

Our dinner malam tu...di 'Valentino Kartallar Restaurant', it's a seafood restaurant.


Soup..tastes more like sardines to me..tapi okey jugak..cicah dengan roti sementara tunggu main course sampai..

Main course untuk kucing-kucing dari Malaysia yang sedang kebuluran..haha...stray cats in Istanbul..kesiannn...

And again..kami sendiri pun tak tak tau exactly apa nama meal tu..nobody dare to ask..perut lapar, mana berani nak cerewet bagai. Jadi kucing lah sekaliannya...haha..meratah lauk. Yang lembik tu nak kata porridge, tak macam porridge, nasi pun tak macam nasi. Sudahnya lauk tu again kena sprinkle dengan pepper and luckily our Malaysian tour guide, Mr. Victor dah menyelamatkan keadaan yang darurat tu dengan mengeluarkan sebiji botol ajaib yang dapat menyedapkan makanan secara automatik....tadaaa....! A green thai sauce...!! Buatan Malaysia ye uols...haha....sedap gila lauk ikan tu dicicah sos thai!

Perut kenyang...masa untuk balik tido!


.............Esok..Kembara Cik Siti ke Turkey ~ Canakkale ~ Part IV



11 comments:

  1. baru terbaca entry kak ct ni...
    nak kena baca dari mula, baru leh rasa menghayati perjalanan tu :)

    ReplyDelete
  2. Akak paling suka bab turkish delight tu. Apa kejap sangat utk shopping, dik. 20 minit mana cukup kan. Akak pi pasar malam batu feringgi tu pun berjam2. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. Ohoooo.... yang 4 orang terlewat 20 minit tu termasuklah Cik Siti, ya? :)

    ReplyDelete
  4. cntinya view dr bot 2.hihi.suka2.kalau mabuk laut,jawabnya kena duduk snyap2 jela dlm bot 2.pndg luar pun xleh.hihi

    ReplyDelete
  5. BELALANG:
    Baca dari part I tau..insyaallah malam ni ada entry lagi.

    KAK AIDAH:
    Itu lah pasal...ape kes bagi 20min je. The next day tu baru la tour guide tu bagitau yang sebenarnya banyak lagi tempat shopping dia nak bawak..so tak perlu shopping banyak-banyak kat Grand Bazaar tu.
    Hampeh kan...

    KAKCIK:
    Yalah kakcik..saya salah seorang yang terlewat...kesian..kena marah..dah spoil sikit mood petang tu.

    ZATI:
    Akak pening sebab curi a few minutes berdiri belakang boat..diorang nak bergambar.bahagian belakang tu memang terasa sangat bergoncang, itu yang tiba-tiba meloya. Kalau duduk rileks dalam boat tu..minum teh..memang tak rasa sangat.

    ReplyDelete
  6. Jeles tengok orang dapat pegi Istanbul!

    ReplyDelete
  7. lawak pun ada entri ni... tapi memang betul pun, tekak Malaysia tetap tak hilang walau dimana bumi dipijak..

    ReplyDelete
  8. Assallammualaikum,

    Sis, hidangan yang terakhir tu namanya balik ekmek :)
    Kalau nak rasa yang buatan tradisional, yang dibakar atas bot, kena ke pelabuhan Eminonu.. lazattttttttttt!
    (www.ayufatarina.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lovelypresents4u,

      sorry for late late reply...and thanks untuk nama hidangan yang terakhir tu. :-) kami ni semuanya malu dan takut nak bertanya kat waiter restaurant tu...garang je muka diorang..haha.

      Delete
  9. wah...seronoknya..rasa mcm nak pegi jugak..boleh tanya x cik siti guna kamera apa? gmbr clear dan cantek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cahaya kejayaan,

      canon digital cam yang biasa je. ada setengahnya guna handphone dan cam kawan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails