About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, January 10, 2012

Kembara Cik Siti ke Turkey ~ Canakkale ~ Part IV

Day 3: 24th December 2011

Kembara saya bersambung lagi..hari ke tiga kami akan bergerak meninggalkan kota Istanbul. Semalam saya dah perasan something melalui jendela bilik hotel -- salji dah mula turun! Sangat-sangat lah teruja, uols! Sampai kan bila terjaga dari tido terus celapak kat tingkap tu..nak tengok salji! Haha..jakun!

Breakfast masih di hotel, menu sarapan masih lagi sama -- pastries, jams, olives, butter, cheeses, salad & sucuk (sour & spicy sausage). No way la boleh dapat roti canai atau nasi lemak..! Terbeliak mata yang mengantuk tengok pinggan bos..penuh dengan cheese! Seketul pun saya tak mampu nak habiskan, inikan pulak sepinggan! Selamba je dia makan dengan roti dan olives. Bukan selalu dapat observe perangai orang kan..especially bos sendiri.

Kami check-out after 1 hour. Owh, sayu nya nak tinggalkan Istanbul yang baru dihujani salji!

Sambil dalam hati..saya berangan-angan mudah-mudahan dapat mai Istanbul lagi..

Okey..perjalanan hari ni seperti yang dijanjikan Mr. Recep -- would be a very interesting journey as we will drive along the Sea of Marmara to the Gallipoli Peninsula (Gelibolu). Sebut betul-betul yer..Gelibolu..! Saya pun tak boleh agak interesting macammana..redah aje lah. It would be a long drive to Canakkale..salah satu daerah di Turkey and it's about 320km away from Istanbul.

Kawasan perumahan yang teratur di sepanjang jalan utama menuju Gallipoli

Sea of Marmara
Lepas 3 jam travelling by coach sampai lenguh dan kematu 'pungkok' (sorry..oqang utaqa memang cakap kasaq...)..we stop at this one rest area, standard la, ada cafe, shop, petrol station dan toilet.
P.O stands for 'Petrol Ofisi'...setesyen minyak lah!
Harga petrol seliter in between 3.50 TL - 4.70 TL...berbeza ikut petrol station yang bermacam-macam jenis kat Turkey ni. Convert balik dengan RM it would be RM 6.00 to RM 8.00 seliter. Mahal seh! But Turkish people, they can live with it..sebab diorang dah melalui kepayahan hidup dalam inflasi selama bertahun-tahun tak lama dulu..I think back in early 2000.

Masuk toilet atau WC kat kat sini kena bayar 1 TL yang bersamaan RM 1.70 yer tuan-tuan dan puan-puan. Kalau kat Malaysia sure yang jaga toilet tu kena sumpah seranah..."hang gila ka apa..nak kencing kena bayaq mahai lagu tu?!" Well...pilih la..nak pakai pampers..? Nak terkucil dalam bas? atau nak proper way qada hajat..? Haha....! So, jangan ditanya pasaipa duit Turkish Lira chek cepat je menipis..apalah sangat dengan duit tu..pengalaman dan knowledge yang kita dapat tu tak ternilai, okey...kat sini la baru kami semua mengenal perkataan Bayan & Bay. Bukan Bayan Bay kat Penang nih...! It's about gender lah..bayan = female, bay = male.

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah ke terminal feri Gelibolu di mana kami akan dibawa melintasi Selat Dardanells ke Lapseki dan seterusnya ke Canakkale.

Nampak tu... 4 degree celcius yer!

Pemandangan dari dek paling atas feri ni. Nasib baik la tak menunggu lama macam kat Jeti Sultan Abdul Halim ataupun Raja Tun Uda. Maybe sebab sistem kat sini lebih simple kot.

Apartment di pesisir Selat Dardanells.
Masa kat dek yang paling atas tu punya lah sejuk dan windy. Tak boleh duduk dalam bas..rasa bergoncang lebih teruk berbanding berdiri kat dek tu. pening kang tak pasal-pasal uwek pulak..baik dok kat luar and photoshoot dalam kesejukan.


And we finally arrived Canakkale..specifically, the place is Hisarlik. And here it is.. the Ancient City of Troy (Troia). Ramai yang tengok film Troy kan..epik teragung Greek. I bet, most of us only remember the beautiful Helen, bab-bab salasilah sejarah Troy dan peperangan Trojan ni mesti ramai yang malas nak ambil tau..including me..haha. Well, di sebalik setiap kisah lagenda / epik..mesti ada seorang perempuan di sebaliknya kan..how powerful a woman can be..bangga sekejap..hehe.

The theater..everywhere kat relics diorang mesti ada mendalah ni..it's Roman & Greek punya pengaruh..

This is the ruins..yang tinggal selepas beribu-ribu tahun lamanya. Namun boleh dibanggakan..struktur tu masih ada. Troia, once a upon a time memang terkenal sebagai pusat ekonomi & kebudayaan kerana lokasi nya yang strategik di tengah-tengah Eropah & Asia. Troia was abandoned after Trojan War, diduduki semula oleh Greek, ditawan semula oleh Roman and finally..tenggelam begitu sahaja. That was the story..a great love between Prince Paris and beautiful Helen, that had ended a civilization.


Merupakan salah satu tempat warisan yang disenaraikan di bawah UNESCO World Heritage site.

Telah diklasikkan -- saja nak mengimbau 4,000 tahun dahulu

Beautiful Murni berlatar belakangkan si kuda kepang! Percaya la sangat! Tu la replika Trojan Horse, situated at the entrance, City of Troy. Mana boleh missed such a landmark, kan...
City of Troy is the only relic yang we all sempat visit on that day. We make a move lewat petang tu, heading to our next hotel...one night stay lagi hari ni..Kolin Hotel, Canakkale.



our room @ Kolin's, biasa je bilik nye



Sejurus check-in lewat petang tu, rehat santai sekejap kat bilik dan gegas keluar pulak untuk open buffet dinner at hotel's restaurant.

seperti biasa..Malaysian's tradition..semuanya telah selamat dirembat untuk koleksi peribadi saya..ngeh2..

Dinner di Kolin's Hotel boleh dikatakan yang the best sepanjang percutian di Turkey. They have loads of food..cukup untuk hotel's guests yang ramai and more variety compare to the other hotel throughout our vacation. And most importantly..makanannya lebih sedap even more sedap than Double Tree by Hilton. Mintak maaf..but it is..really a fact.

Chicken kebap

my dinner plate..penne pasta with mushroom sauce, tomato cheese ape kebenda tah..lady's finger yang comel..buttered rice & some veges..

Dessert..caramel pudding je yang best..yang lain sweeeeet sangat-sangat..
Selepas dinner ada acara lain menunggu..it's shopping time at Kipa. Kipa? Apa menatang tu?

Kipa. Kualiti gambar kurang memuaskan. Harap maaf.

Rasanya promotion Coca-Cola ni tak ada kat Malaysia. Tertarik dengan bentuk botol tu..orang yang buat collection mesti tak nak miss. One of my colleagues terkebil-kebil tengok..nak beli susah pulak nak bawak balik. Harusss pecah dalam luggage nanti.

Nenjiaaa....Tesco Kipa! Kat Malaysia, Tesco lah..kat sana, Kipa. The only chance untuk we all beli barang-barang keperluan yang tak cukup for the next few days dan usha-usha local products yang ada kat hypermarket diorang ni.

Khabar nya rangkaian pasaraya / hypermarket Kipa ni lebih kurang 100 lebih cawangannya di seluruh Turkey..for public convenient kan. Crowd nya lebih kurang Tesco kat sini. Display vise pun sama macam di Malaysia. Kipa ni just located opposite of Kolin Hotel. We all menapak je ke sini. Saya sempat beli kuaci. Orang Turki kuat makan kuaci..kata nyer...:) Sempat jugak sambar snack dan chocolate buatan sana. Sedap...lemak pistachio gitu..menyesal pulak tak beli banyak. Bila balik Malaysia pakat berebut...tak cukup.

Okey..enough for this time..esok lusa saya sambung Part V ye...daaa...

13 comments:

  1. Weeeehhhh sonookkkkk!

    Kematu pungkoq, kihkihkih!

    Tu diaaa, nak masuk toilet kena sampai singget 7 kupang! Kalau akak jenoh la dok bok keluaq duit pasai 2 jam sekali asyik nak terkucil ja kejanya, hehe..

    ReplyDelete
  2. betullah orang kata petrol kat malaysia yang paling murah..
    syukur jadi warganegara malaysia.. amin


    dik, part kebab dalam gelas tu.. mmg mengiurkan, tak terpikir pulak kalau nak boh dalam gelas yang panjang., hehehheh


    dan.. baru tau kipa tu mcm tesco....

    best2. entry nie buat kak sampai kesana sudah,
    FM kak ada simpan>> nanti pos dan kak bayar ke akaun kamu ya dik

    ReplyDelete
  3. Kakcik tunggu catatan selanjutnya. :)

    ReplyDelete
  4. Aduih, kena bawak baju tebal dan yang penting sekali poket pun kena tebal, dik. Tapi suami akak selalu cakap, kalau nak jalan buat cara nak jalan kan. Mana nak dapat memori yang berharga tak ternilai tu kan. Looking forward for part V.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    terima kasih kerana membawa kami ke turki..

    jauh perjalanan luas pemandangan kan..

    ReplyDelete
  6. Umang aiiiii....sodap nyo jalan2 kat Turki...patut le tak layak dpt duit rm500 tu...hang sure gaji besaq ni...pehhhhhh

    ReplyDelete
  7. Salam kenal

    Bestnyaaa...dapat pegi Turki...tumpang tanya berapa kosnya? Konon nak kumpul duit...nak pegi jugak.

    ReplyDelete
  8. seronok yer !!
    singgah follow ..

    ReplyDelete
  9. best nyer melancong ke turki....jeles siot...

    ReplyDelete
  10. wah.. mesti sejuk bangat di sana... Suka masuk blog Siti ni sebab mesti ada gambar makanan..hehe.

    ReplyDelete
  11. yang, barangan kat sana kira mahal or murah dari sini?? aiyohh...i dah kenan dah ngan turkey nih!!!

    ReplyDelete
  12. DINAS:
    masa nak terkucil, tak ingat dah hat singgit 7 kupang tu...janji legaa...haha.

    CITARASA RINDUAN:
    betul ayu...bila tengok tanda harga kat setiap petrol station yang kami lalu dan buat kira-kira balik..rakyat malaysia sebenarnya masih bersyukur..bayar petrol tak semahal tu.

    KAKCIK:
    Bahagian ke5 telah selamat saya posting kan..terima kasih..sudi baca catatan saya yang tak seberapa ni ye kakcik..thanks.

    KAK AIDAH:
    betul kata husband kak aidah tu. Pengalaman mana boleh kita beli kan...infinity tu! Pengetahuan lagi yang kita dapat..hurm..saya pun tak bawak banyak fulus..tapi alhamdulillah..cukup2 sampai hari balik.

    SAHROM:
    Wkmsalam..t.kasih sahrom. Dalam hati saya..cuma berharap perkongsian ni dapat beri manfaat pada yang lain2nya..sebab masa saya nak pi susah jugak nak cari sumber rujukan dari local blogs dan website.

    JEBAT:
    Jangan la kata lagu tuu..haha. Gaji besaq..sama la macam periuk nasi..lagi besaq..lagi banyak kerak nya. Alhamdulillah..tak mewah..sederhana saja. Chek beruntung..company sudi bawak..spare cash untuk shopping dan lain2 saja.

    FARID:
    Salam kenal utk awak juga.
    Saya pergi dengan syarikat..kos sebenar tak pasti. tapi jika nak bawa ahli keluarga, staff kena bayar lebih kurang 7K per person.

    MUCHUKZ:
    terima kasih ya. senang2 nanti saya balas kunjungan...

    PAPA MIFZ:
    eh2..jangan2 nanti papa mifz lak yang travelling merata..mana tau..rezeki...saya pulak yang jeles kang..hihi.

    KAK NIDA:
    Sejuk..tapi alhamdulillah..takde timbul masalah kesihatan yang kronik. Gambar makan tu harusss kak..kalau tak akak mesti rasa macam silap masuk blog kan..hehehe.

    ReplyDelete
  13. LCA:

    Barang mahal la beb. Tapi as for souvenir..semakin u masuk ke rural area...semakin murah u boleh dapat. Yang penting sila bargain. Jatuh cinta dah dengan turkey? apa lagi...moh le...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails