About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, January 16, 2012

Kembara Cik Siti ke Turkey, Kusadasi ~ Part V


Day 4: 25th December 2011

A new day and a new journey. Hari ni merentas sejauh 200km dari Canakkale menuju ke Bergama, Turkey. 3 jam perjalanan dengan bermacam-macam warna alam yang kami lihat di sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah..our coach's driver, Mr. Kadeer memang cukup expert dengan keadaan jalan dan cukup pakar menangani karenah pemandu lain yang asyik 'honk' asal ada saja yang tak kena. Sesekali terdengar jugak Mr. Kadeer memaki hamun (agaknya la..mana chek paham Turkish..bunyi macam marah je kan..) pemandu lain yang biadap dan parking sesuka hati. Dan sesekali jugak dia disabarkan oleh Mr. Recep..kihkih...cool je pakcik ni eh. Bentuk muka bumi kat sini boleh tahan berbukit bukau..banyak kona dan simpang siur..agak challenging sebab jalannya sempit. Tapi keadaan jalan memang best..smooth dan tak berlubang sana-sini.



semakin sedar yang kami mulai jauh dari hiruk pikuk kota besar menuju ke pedalaman

Rumah percutian musim panas

kedai kopi dan 'port' melepak, gebang-gebang politik, Turkish people suka bersembang dan pandai bercakap dalam segala hal berkaitan politk, ekonomi dan isu semasa...this is a fact..dan semuanya bermula dari kedai kopi.
Kiosk ATM

Singgahan pertama kami ialah di Akropolis (city of Pergamon), Bergama. Let me tell you briefly on Bergama (nama moden bandar ini)...erm, one of the district located within region of Izmir iaitu di Aegean, Semenanjung Anatolia...dan mempunyai penduduk yang agak padat. Bergama dalam bahasa Hittite bermaksud "high settlement/base" atau "pergamos" dalam bahasa Greek bermaksud "people of high city".

Pergamon a.k.a Akropolis (nama kuno nyer) is one of ancient Greek city yang terdapat di Turkey. Akropolis berperanan sebagai pusat pendidikan (sebab ada the outstanding library kat sini), sosial, kebudayaan dan keagamaan di zaman Hellenistic. So, monumen-monumen peninggalan ini lah yang akan kami telusuri sepanjang berada di sini. For some people..this maybe nothing..but to me..this is one of most expensive experience..setiap perjalanan adalah adalah knowledge untuk kita timba, there's no limit for it.

Cable car station

Penyambut tetamu..banyak ekor pulak tu yang berkerumun depan ticket entrance


Harus lah high city kan...nak sampai ke Akropolis kena guna cable car. Tapi tak lah sepanjang trek kabel Genting Highland ataupun Ngong Ping 360 di HK. Pendek je jaraknya, tapi tinggi tetap tinggi. Kata nyer..ada jugak laluan untuk kenderaan ke atas, tapi tak pasti lah kondisi laluan nya macammana. Once we reach at the top, melepasi ticket entrance dah terpaksa memanjat lagi. Very the senaman trip lah uols!

Mr. Recep..dah macam kurdish kan..haha..sedang menunggu kami..tak sabaq dia nak explain pasal Great Altar tu.

The Great Altar (Zeus Altar), seperti yang terkandung dalam Book of Revelation bagi penganut Kristian.


Akropolis memang sangat fabulous as we can see the district of Bergama dari atas bukit ni..and the Theater is absolutely amazing..besar dan sayuppp je. Gayat jugak pada mulanya..but I managed to fight the 'gayat' feel very well. Congrats to me!



View from the Theater..sayup kan..

My bestie, SLR beliau and city of Pergamon..
Breathtaking view..itu je dapat saya rungkai kan. Kalau boleh nak berlama-lama kat sini dan jerit sepuas hati. Reda sikit tekanan perasaan dan segala marah, sebak, sedih, kecewa, merana, lara, gelora rindu dendam yang terperuk dalam dada saya yang sangat susah nak keluar tu! Haih...senapas je ayat saya! haha....

Inilah the Theater tempat kami berdiri tadi..see the clear picture of it? Besar kan..80 rows that can fit 10,000 people..rasa macam nak buat konsert kat sini kan..haha
The Theater yang ada di Akropolis ni adalah yang tercuram di dunia yer..tuan-tuan dan puan-puan..the steepest!
30 minit masa diberikan untuk kami explore the upper part of Akropolis. Pemandangan sangat cantik dan senibina Temple of Trajan..mempesonakan! Untung my bestie bawak SLR..berbaloi-baloi. Saya? Malas nak mengangkut harta ismeth ulam raja adik saya tu.

Naik tangga, turun tangga..balik hotel kang pengsan ler jawab nya..
Cantik kan..?awek dalam gambar tu..haha..sila muntah ijau!
Top & below pics: Temple of Trajan.

Similar yang ada di Athen.
Beautiful Roman architecture..dan pohon yang kontang itewww..
Dari upper part Akropolis kami menuruni bukit menuju ke stesen kabel. Berhadapan dengan stesen kabel adalah deretan kedai menjual souvenir yang pelbagai, aksesori, pashmina dan fresh pomegranate juice. Pomegranate atau buah delima kat sini memang besar-besar, merah merekah dan segar bugar. Geram tengok!


Kena pandai bargain..tapi souvenir yang dijual kat sini lebih murah berbanding di Grand Bazaar.

Tulip-shaped glasses ni memang sangat popular di Turkey..it is part of their culture. Kalau tak kerana bimbang pecah, mesti saya dah borong cawan-cawan ni. Even masa sampai Esenboga Airport untuk flight balik ke Doha , dekat kedai duty free pun saya masih rasa 50-50 nak beli...adehh...gerammm!

Aksesori perhiasan wanita dengan motif  'evil eye'. Datang Turkey kena beli 'evil eye'..merata-rata boleh jumpa bendalah ni..just beli sebagai tanda kenangan atau hadiah..jangan percaya cerita mistik di sebalik nya ya....khurafat lak kang...

Gerai menjual jus buah delima yang fresh
And among the best part being here..peniaga kat sini sepatah dua boleh berbahasa melayu..they will ask if we are from Malaysia..dan lepas tu mula la dengan kempen diorang.."Lelong..lelong...! Murah..murah...! " Hahaha..bet..that's the only malay word yang diorang pandai kot.

Okey..soon after that perjalanan kami teruskan ke one of restaurant di Bergama..for our lunch. Tak best..so takde photos. Masa kat sini, my boss said.."food are really terrible". Mr. Recep sampai terkelu tak terkata apa. Haha..yes, it is..restaurant tu punya menu memang sucks! I just able to finished tomato soup and bread (again...). Pilaf rice, chicken menu..beef menu semua nya out dan rasa masam..maybe the way they cooked lah..and the recipe macam something wrong. Semua muka tak best je..! Haha..menyesal tak bawak maggi cup!

Ladang zaitun..bukan Zaitun atau Mak Ton punya ladang..
Sejurus selepas lunch perjalanan kami teruskan ke Ephesus. Kali ni kami disajikan dengan pemandangan ladang olives..ladang zaitun. Turkey merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport zaitun terbesar di dunia. No wonder la kiri kanan jalan nya penuh dengan pokok zaitun. And the land is not even private owned, it could be government land tapi boleh diusahakan dengan tanaman zaitun oleh rakyat..erm..with certain terms and conditions of course. And no wonder jugak lah..olives with bread and white cheese became traditional and common breakfast menu here. Baru la chek tauuuuu....

Tapi sebelum tu singgah sebentar di 'Anatolian Taste'. Masa untuk shopping!!


Turkish Delight dengan beraneka flavor

Teh atau 'Cay'..the famous one is of course Apple Tea or 'Elma Cay'. Turkish Coffee juga tak ketinggalan.
Okey..selingan membebel sekejap pasal teh dan culture kat Turkey ni. Erm..teh ni boleh dikira minuman kebangsaan la kat sini. It's everywhere u go..they will serve u a good hot tea as a sign of hospitality and friendship, it's the way they greet guess with an open heart. There's also a saying about tea, berbunyi macam ni, "Conversations without tea are like a night sky without the moon".  

Pendek kata, ke mana-mana saja pergi..mesti ada teh.It's part of turkish culture..and another thing..Turks never add milk to their tea! For coffee vise..walaupun saya penggemar coffee but sadly..saya tak suka Turkish Coffee..not up to my taste. Susah saya nak rungkaikan kenapa..tapi bila dah minum sekali, takde rasa nak ulang minum lagi..kenikmatannya tak sampai klimaks..hehe...

Saffron..rempah ratus paling mahal di dunia

Nak rempah apa..?...just name it. Yang sedia untuk ditimbang..atau pun yang dah dibotolkan in a set..tapi tak murah jugak harganya..tempat tourist kan..harus la harga kerat leher punya..


Anatolian Taste kami tinggalkan dengan beg-beg yang penuh dengan turkish delight, halvah, dried prunes, nuts, apple tea dan coffee di tangan. Saya membeli sekadar patut saja, hanya kopi dan  pistachio halvah.

Perjalanan ke Ephesus kami teruskan. Ephesus merupakan salah satu dari 7 keajaiban dunia, salah satu bandar kuno Roman yang menempatkan gereja, library, pusat penempatan, public toilet & baths, dan kuil di dalamnya. Gereja di Ephesus juga tercatat dalam 'Book of Revelation' sama seperti Zeus Altar. Kepercayaan agama is another issue, we are here just to discover the other part of this world..jauh perjalanan luas pengetahuan..:-)

Gambar-gambar di Ephesus memang cantik-cantik belaka...tak ter'upload' kat entry ni. Saya pilih randomly dan mana yang sempat saja ya...

Our group photo
Kucing gemok yang tengah on-heat..jinak melampau..bila digosok nak menyeringai pulak..sekeh kang..

Terrace house zaman dahulu kala

Temple of Hadrian
Group photo again di hadapan monumen yang sangat popular..

Roman Library of Celsus
Kami antara group pelancong yang bernasib baik pada lewat petang itu, kerana sewaktu kunjungan tak ada tour group lain berasak-asak..so peluang bergambar di hadapan Library of Celsus yang cukup popular ni sangat lah 'rare'..susah nak dapat peluang macam ni..diakui oleh Mr. Recep. And kerana peluang itu lah I manage to get this shot..pic atas tu..ingat senang ke nak ambik kalau ramai tourist..? Susah beb! Asyik snap kepala, kaki, tangan orang lain je...meluats tau!

The theater...(again..)haih..nak buat macammana..zaman dulu mana ada hiburan lain..kat sini la tempat diorang berhibur.

Theater kat sini memang antara yang the best..can accomodate 25,000 people. Kat sini lah kami disuruh menyanyikan lagu Negaraku..no one dares! Takut salah tatabahasa atau lupa lirik la tu. Bergema-gema tau tak uols...stage nya kat tengah-tengah..from the point I shoot this photo. Saya siap membayangkan 25,000 penonton tengah memberikan tepukan gemuruh kat saya yang nak perform lagu-lagu Kelly Clarkson..haha...boleh..?? Bajet retis gitu!

Jauh jugak nak menapak balik ke bas..demi menghiburkan hati yang tension penat berjalan..kami meneruskan langkah sambil memetik buah zaitun..ada pokok nya tapi tak banyak kat kawasan Ephesus ni.

Badan dah letih..dok nampak bilik hotel yang tak boleh dibayangkan lagi macammana rupa bentuk nya hari ni...dan makanannya entah yang macammana pulak kami kena hadap.

Nantikan sambungannya episod esok lusa...atau tulat tungging terbalik..boleh...? daa...


21 comments:

  1. lapor diri dulu .. belum sempat baca. gambar lambat sangat turun.

    ReplyDelete
  2. kucingnya comel-comel okay!! i takleh kucing sangat, sebab asthma but...gomoks gomoks kucing sana yer...kenduri makan!!

    ReplyDelete
  3. AL LAVENDARI:
    Gigih pakngah ni..dalam masa yang sama kesian jugak..haih..kenapa la lambat sangat gambar nak loading. saya view kat sini..masih okey. terima kasih pakngah..datang punch-card dulu..appreciate sangat. :)

    LCA:
    Me too! Tapi dengan kucing susah nak resist..they're just toooo cute! dan gemoks! Agaknya banyak makan kebaps lah.

    ReplyDelete
  4. Tengok gmbr pon dh bnyk.. Tentu2 murni kt sana jenjalan bnyk dn penat. Tapi pepepon walaupon penat berbaloi2 dpt g sana.. Mmg best tengok. Jauh perjlnn luas pandangn.

    ReplyDelete
  5. Kakcik pernah dapat souviner evil eye tu. :)

    ReplyDelete
  6. Dasatnya tinggalan sejarah diorang. Akak paling suke roman library tuh. Cantiklah. Bertuahnya badan dapat ke sana, dik.

    ReplyDelete
  7. haku jeles......huhuhu.
    ada kekosongan lagi tak kat tempat ko keje tu siti. SHO ada? hahaha

    ReplyDelete
  8. next time bring me lah.. i can take nice nice photo..kekeekkeke!

    ReplyDelete
  9. Awek dalam gambar tu memang sangat cantik..:)

    Suka pergi tempat bersejarah.. tapi tak sesuai ler bawa anak-anak akak ni.. nanti playground yang depa tanya dulu..

    ReplyDelete
  10. KAK ZANA:
    Penat..tapi fun! :)
    tak larat saya nak upload semua gambar kak...tambah2 kat fb..slow sangat.

    IMANSHAH:
    kalau macam tu sesuai turki ni untuk imanshah datang melawat..banyak sejarah nya.

    KAKCIK:
    'evil eye' tu macam souvenir rasmi kat sini..datang dalam pelbagai bentuk.

    KAK AIDAH:
    Sama la kak..saya pun suka rekabentuk roman library tu. Unik. Dan nasib baik lah..tinggalan tu masih elok sampai sekarang ni.

    SALEEM:
    Sorry..no vacancy at the moment. Hehehe..biasa la bro..ada masa dapat bercuti..dah balik cuti kena la keja ekstra gigih lagi. Time kena bantai..kena jugak..hehe

    BEN:
    haha..nanti i proposed kat bos dulu.

    KAK NIDA:
    hehe...dah nama pun budak-budak kan kak...asal ada tempat bermain dah cukup bagi diorang..ke mana pun takpe.

    ReplyDelete
  11. pemandangan yg amat brbeza dr Msia....dpt tgk gambar pn jadilah..bila la nk p sana????hu.hu.hu....

    ReplyDelete
  12. amazing! evil eyes.....i likeeeeee....hehehehe sini ada bentuk sama tapi tak de mata di tengah tuh...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  13. Bestlah! Pueh hati tengok gambaq2 tu, rasa macam akak pun pi jugak, hehe!

    Eh, awek dalam gambaq tu memang cun okeh, tak muntah hijau aih! :)

    ReplyDelete
  14. puas hati kalau dapat pergi sana... gambar amatur pun dah nampak cantik...

    kumpul duit la...

    cik ct... mana ole2??

    ReplyDelete
  15. KAK NZA:
    Insyaallah kak..kumpul duit..doa..mana tau ada rezeki satu hari..itu yg saya kongsikan pengalaman tu..supaya orang lain boleh merasainya sama2.

    BITT:
    A'ah..kat Msia pun ada yang lebih kurang sama..tapi not really 'evil eye'. Even key-chain evil eye ni pun memang cantik..nyesal betul tak beli banyak2..

    DINAS:
    tu la..chek nak bawak kawan2 pi satu batalion tak boleh..so chek buat virtual tour kat blog aje lah kak dinas oi..takpa kot noo..:)

    SYIMA:
    Photographer wajib pi! sila kumpul duit! :) check out my next entry..i bet u lagi mengedik nak pi wahai adik. nak..sila pm di pesbuk alamat anda...kikiki.

    ReplyDelete
  16. hye nak tanya... sy tertarik sangat dengan ur trip ke Istanbul ni. sepanjang berada kat sana, u g sana ikut travel agent atau group yang berjalan sendiri? boleh tak nak privately berbual and tanya banyak benda via email? natashaintan@live.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasha,

      sorry for late reply. holiday trip ni semuanya diuruskan oleh travel agency, sa tours penang.

      Delete
  17. Assalamualaykum seronok baca trip ke Istanbul,terima kasih dapat sedikit tips,insyAllah saya akan ke sana bulan 5 ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminah,

      glad it helps u. :-) enjoy your holiday in istanbul k. :-)

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails