About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, February 24, 2012

Jom pakat-pakat bawak bekal...


Lunch tengahari kelmarin, saya tengok sorang adik ni yang sedang menikmati makan tengahari kat food court tempat keja dia. Suddenly hati saya tersentuh sangat...*tak semena-mena kans.. Dia makan bekal yang dibawa dari rumah...tengok pic tu.



Okey, balik cerita yang saya tetiba sayu tengok adik ni...kerja kat hypermarket tu memang tak seberapa gaji nya, penat pulak tak berbaloi dengan hasil..my adik bongsu pun pernah buat kerja yang sama..tak tahan sebulan dah cabotttt.

Bagi adik ni..probably dia takde option lain selain bawak bekal and save on expenses rather than makan kat foodcourt yang price nye agak mahal la...or probably..dah jemu tiap-tiap hari menu yang sama kat foodcourt @ cafetaria yang disediakan majikan. Or maybe, macam certain people..tak tahan makan kat luar kerana kandungan MSG yang tinggi dalam masakan boleh buat diorang sakit peyottt....kan..kan..*statement menyedapkan ati ke chek ni.


Whatever the reason yang menyebabkan adik ni bawak bekal -- dalam hati saya mendoakan mudah-mudahan suatu hari nanti adik ni tak perlu lagi bawak bekal tiap-tiap hari dan ada masanya boleh menikmati makanan sebagaimana layaknya..enjoy having good food dan dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dengan rezeki dariNya.

Teringat pengalaman sendiri masa baru setahun dua bekerja kat company sekarang. Gaji di tahun-tahun terawal tu tak lah setinggi mana untuk menampung diri sendiri dan family of 4, bonda dan 2 orang adik saya. Adik bongsu masih sekolah waktu tu, adik yang tengah walaupun dah bekerja tapi masih goyah, tak stabil la der. Boleh kata tiap-tiap hari saya bawak bekal dari rumah untuk makan tengahari di office just to make ends meet. Biasanya menu nasi, kari, sambal tumis, lauk ikan atau telur goreng dengan vege, and sometimes kalau dah takde benda sangat nak masak, nasi goreng telur pun cukup dah. And that's one of the reason -- to make ends meet. The second reason is tak banyak pilihan nak makan kat luar...tempat baru nak developed waktu tu, tak banyak restoran dan kedai makan macam sekarang.One of my officemates selalu tanya, "tak jemu ke tiap-tiap hari bawak bekal?" Haih...tak la sentap, cuma terfikir, "If you're in my shoe, u mesti akan faham..sempat tak nak rasa jemu".


Ampun ler entry sedih pulak malam ni....saya bab-bab ni memang sensitip sket. And to conclude things -- that's why saya tak suka orang mempersoalkan, "eh..banyaknya duit ko, sakan..selalu nyer makan tempat best-best". Eh, macam nak aje saya jawab, "eh..banyaknya masa ko selalu perati tang mana aje aku makan kan..", tapi takde la saya jawab macam tu, tak suka masam-masam muka...hikhik.

As for me..I lived as it is...masa ada bersyukur apa yang ada, makan lah selagi halal, pamper yourself and appreciate your loved ones with good food. We work hard to earn money, apa salahnya once in a while manjakan perut dan tekak..explore good food. Masa tak ada, redho saja...setakat itu rezeki dan keberadaan kita. Kadang-kadang masa ada..selera pulak ditarik balik. So, simple kan...:) Live life as it is...insyaallah...yang penting jangan lupa dia yang maha Pemurah dan sentiasa memberi.

Sekarang pun ada rasa macam nak start bawak bekal balik macam kak Dinas kita yang ada sebab musababnya yang tersendiri...kan..kan..? For me, bukan apa,  tahun ni berazam nak buat sesuatu yang memerlukan perbelanjaan lebih...so terfikir-fikir jugak idea bawak bekal ke pejabat tu, dah lama saya tak buat except bekal breakfast ke office kadang-kadang tu. Hurm...let see if I able to make it happen again....




16 comments:

  1. http://al-lavendari.blogspot.com/2011/06/hari-terakhir-mengetik-kad-perakam.html

    link kat atas menceritakan kenapa uncle bawa bekal ke pejabat masa kerja dulu. rasanya awak belum baca. kalau dah baca, apa salahnya baca sekali lagi kerana ia relevan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Lavendari,

      terima kasih pakngah..saya dah baca semalam, tapi tak tinggalkan komen.
      tak sangka pakngah jadikan budaya bawak bekal dari rumah...hurmm..patut la sayang bebenor dengan makngah nyer....hihi...

      Delete
  2. Sedih jugak baca entri ni. Akak masa mula2 keja dulu pun sama jugak, tak senang pun tapi tang perut tu susah nak ikat, ku jaga perut dulu, tang lain susah takpa, kahkahkah! Pasai tu la asyik maintain gebu kentang ja. Sabaq jalah.

    Hidup ni sentiasa ada ja orang yg nak menyakitkan hati. Kalau kita dok sedih bila depa kata apa2 tu, maknanya depa menang. So toksah layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas..

      tu la kan...kita hidup tak semuanya bermula dengan senang. tang makan memang kena jaga...chek kalau boleh memang nak gebu kentang macam kak dinas jugak...sempoiiii...:)

      kalau dok pikir apa orang kata memang susah...tak kemana la jawabnya..

      Delete
  3. suka sgt bwk bekal sbb food from homemade lg best dr luar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sufatihanur,

      ya la kan..ndak2 pulak kalau bawak bekal dengan bekas tahan haba panas tu...fresh je makanan kita...dah la masak dari rumah kan...

      Delete
  4. Budaya bawa bekal ni sebenarnya antara budaya orang Melayu. Tidak bersalahan langsung, digalakkan dan sangatlah bagus.

    Kak Azie pun sekali sekala bawa, sebab memang memasak setiap hari. Tapi as U said la, sekali sekala nak juga makan yang sedap sikit sekali sekala.

    Banyak kelebihan bawak bekal sendiri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      cina & india pun ada tradisi bawak bekal ni...ingat tak mangkuk tingkat depa tu..yang buat daripada steel...tahan haba panas..makanan pun fresh.

      lepas ni nak bawak bekal balik la...kena rajin masak macam kak azie...ngeee....:D

      Delete
  5. Rasanya bawa bekal lagi bagus. Selain dapat berjimat, kita juga tahu tahap kebersihan dan kehalalannya. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      Dah lama saya tinggalkan budaya bawak bekal ni...agak liat nak mula balik..harap-harap boleh buat macam dulu. selain save on budget...macam kakcik komen tu ada betulnya, tahap kebersihan di bawah kawalan kita..terjamin la kan..insyaallah.

      Delete
  6. salam..
    saya dah biasa bawa bekal ni..
    seminggu paling kurang 2 hari
    bawa bekal ke opis...


    www.zulkbo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Zul,

      Alhamdulillah...suka saya baca komen tu...ramai jugak di kalangan lelaki yang bawak bekal ke tempat kerja...nak buat contoh jugak lah macam ni...

      Delete
  7. Sedih akak baca. Akak rasa ramai orang akan melalui fasa ikat perut ni dalam hidup dia. Memang sedih dan sensitip. Akak kalau bukak citer lama masa zaman susah, memang mengalir air mata. Tapi kan, sekarang ni pun akak masih rasa nasi panas + kicap + telur goreng SEDAAAAAP. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah..

      nasi panas + kicap + telur goreng sentiasa di hati saya..kadang-kadang sampai teringin nak makan simple macam tu..and just buat saja. nikmatnya lebih dari makan lauk mewah2 kan...:) betul kak..itu pun rezeki..syukur alhamdulillah.

      Delete
  8. Hello Siti, can see you are very observant. Good for you. I too love to observe people at malls, supermarkets discreetly of course, while waiting for my wife.
    Ya, maybe you're right, she's on a tight budget, or saving her lunch money.
    Life can be tough sometimes.....
    You keep well, keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,

      yes I am..an observer. I'd always love to observe people..by this way..we learn to understand more, not just ppl around us..but our inner-self too.

      life can be tough sometimes..agreed! :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails