About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, February 15, 2012

Kembara cik Siti ke Turkey ~ Cappadocia : Part IX

Day 7: 28th December 2011

Today, we r going to enjoy an adventure journey and sightseeing of beautiful Cappadocia, the land of fairy chimney. Tapi sebelum tu, yuk breakfast dulu...kumpul tenaga.



menu breakfast kami lebih kurang sama, either telur mata kobau, scrambled egg or omellete
Time-gap within breakfast and our next program agak lama. So, masa yang ada kami gunakan berlegar-legar sekitar outdoor pool. Main snowball dalam keadaan 'sejuk gedi'..*bukan gedik yer. Kalau di Istanbul tak berkesempatan nak main salji, kat sini berbeza pula senario nya. Seluruh Cappadocia diliputi salji yang memutih.





Opps, nak celah -- time-gap yang lama tu because separuh dari member tour kami masih lagi enjoy sakan dan menikmati pemandangan jauh dari udara -- hot air baloon. Cappadocia sememangnya famous for it's hot air baloon, the cheapest in the world. Kalau tak silap fee yang dikenakan adalah sebanyak 200-300USD per person*ingat-ingat lupa rate nyer. Yang bestnya, diorang yang naik hot air baloon ni dapat certificate...aduiii..jeles! Kalau lah loaded..mau jugak try, once in a lifetime experience kan.





First destination on itinerary today -- sightseeing of 'fairy chimney'. Fairy chimney is one of natural wonders..terbentuk hasil pengumpulan batu tasik, sungai dan lembah serta sisa batu dan larva gunung berapi.

Fairy chimney yang terletak di sepanjang trunk road Pigeon Valley ini terbentuk sejak 3mil tahun yang dulu..lama gilaaa! Ketamadunan manusia sudah berjaya merubah bentuk rock formation ni dan dipahat sehingga menjadi rumah, gereja..in another words..they have formed a new village here. Goreme juga merupakan pusat penyebaran agama kristian, terdapat puluhan gereja kecil diwujudkan dalam struktur batu batan tu. Just can't imagine..how people could live di bawah struktur batu-batan yang bermacam-macam bentuk ni.





Unique isn't it..? rumah dalam batu...! Rupa-rupanya bukan setakat ulat je boleh hidup dalam batu...hehehe. Moral is, yang penting kita ada ikhtiar untuk terus hidup..teruskan survival walaupun tanpa orang yang kita sayang...

Dari sini kami singgah ke dua lagi pemandangan indah di Goreme. I'm wondering, how Cappadocia looks like in summer.

mari tunggang unta...seriously..takut tengok unta sebab saiz fizikal dia tu..huhu..besau gedabak, takut kena lenyek!


Antique lamps

Tak pasti decorations ni menggambarkan apa..either Mevlana ataupun folk dance di Cappadocia
Besides enjoying scenic view, shopping untuk souvenir tak dilupakan. Malah dah jadi perkara wajib pulak..macam banyak je yang dipesan kawan-kawan & saudara kat Malaysia. Tak patut pulak kalau pulang dengan tangan kosong..at least..biar la orang lain happy kan...:) Acara pun bukannya selalu..once a year pun belum tentu..kalau ada rezeki lebih..performance bagus...tahun depan merasa la lagi.

Haaa...main la salji tu sampai puas..esok balik Malaysia takde lagi dah..

Next destination is Kaymakli Underground City. Mari hidup di bawah tanah. Tempat ni memang betul-betul menguji ketahanan individu..tambah-tambah lagi bagi 'si renjong' dan 'si gembrot'...hikhik...tinggi dan gevus daaa! Tak percaya? tengok je gambar-gambar kat bawah ni...


kaymakli underground city was built to accommodate more than half a million people during Roman occupation and linked by underground tunnel to the other cities. Impressive kan..


Semakin kami jauh ke dalam..semakin sempit laluan di underground city ni. Ada banyak level..udara pun agak pengap sebab dah jauh ke dasar tanah. So, just imagine orang yang agak tinggi dan gempal..memang suffer la nak lalu terowong kecil macam dalam gambar tu. Tapi diorang ni kreatif lah...ada kitchen, ada ruang untuk prayer, ada ruang rehat...ada ruang untuk 'make love' kikiki *tu Mr. Recep yang bagitau okey..bukan memandai buat cerita. Bilik storage untuk wine dan bilik persembunyian pun ada..wahhh...challenging diorang main aci nyorok dalam ni..hmmm. Sempot dennn....sekejap membongkok..sekejap macam lompat katak, sekejap macam baby merangkak...mau jugak tersagat sekali dua dengan batu-batu kecil kat dinding tu. Lifetime experience punya pasal..redah jugak lah. Orang yang paling tak ada masalah kat underground city ni is for sure my assistant yang kecik molek tu..selamba rileks macam tak ada apa je.

Sementara menunggu yang lain-lain ke WC --  we all cuci mata tengok souvenir di deretan kedai souvenir sepanjang laluan keluar masuk ke Kaymakli Underground City. Lebih murah berbanding beberapa tempat lain sebelumnya, tapi kena pandai bargain.

Bonda Jijah, maafkan anakandamu yang kadang-kadang ada perangai pelik sket.! Actually, tengah tak tahan sejuk..pedih hidung yang mancung tu.

Souvenir shop lagi..

Kat sini, surrender...tak shopping dah.
We proceed with our lunch at Kaya Hotel Restaurant. Macam nama melayu. And once again, kami antara tour group yang beruntung dapat book restaurant yang mempunyai view paling cantik. Berdindingkan kaca...pemandangan di luar semuanya nampak putih..dan sayup..subhanallah!

Tank dah isi penuh..masing-masing semak itinerary...lawatan ke kilang carpet. Okey good...dah confirm-confirm cuma boleh tengok, takkan mampu nak beli..mahal siot.


Rupanya nak tenun carpet ni pun ada banyak teknik, teknik tenunan carpet ni hanya ada di Turkey. That's why turkish carpet antara yang paling lasak.
Pekerja yang menenun carpet cuma boleh berkerja selama 5hrs a day..not more than that untuk mengelakkan kabur penglihatan. Hmm...macam tu susah untuk cari rezeki kan...bukan sebarang orang mampu bersabar dengan benda yang halus gitu.

tengok cara pembuatan carpet, semuanya bersumberkan natural fibres..wool, cotton & silk

We ended-up buy nothing from here...hehe..except my boss. Price per pieces dengar-dengarnya macam lebih kurang 4000USD dan boleh menjangkau puluhan ribu USD...and of course it depends on material used, design & size.

Next, we proceed to Goreme Valley Open-Air Museum which holds the region's best collection of painted cave-churches...layan gambar....



Lenguh gak menapak jalan berbukit tu..


Keletihan hari ni tak lah terasa sangat berbanding keletihan di awal-awal tour..dah a bit free & easy. We all pulang ke hotel pun a bit early...sempat lagi rehat..dan berjacuzzi...kikiki. Harussss lah rehat dulu...malamnya ada program lagi....'belly dancing performance'.





Tempat persembahan belly dancing ni tak jauh dari hotel penginapan dan dipenuhi tour group semata-mata.
Turkish forklore dance menjadi persembahan pembukaan pada malam tu. Really entertaining..!
Persembahan kemuncak akhirnya tiba jua...jeng jeng jeng...u people...pls close ur eyes....tutup mata semuaaaaaaaa.....!

meliuk lintuk wa cakap lu..huhu
gambar sengaja dimalapkan..sekian, mekacih.

Jangan sentap tengok gambar ye..baca dari sudut general knowledge..so that u know..what is so special about Turkey, their customs and culture....jangan sempitkan fikiran dengan memandang dari sudut seksual walaupun tak dinafikan steps, movement and costume si penari sememangnya 'erotic'..tengok la...the way they move and shake and shake and shake...ey brapa banyak shake daaa ..hehehe..their hips, shoulder, chest, stomach...bukan senang nak buat tu :-) ooppsss...terlebih 'basuh' sudah.

Belly dancing show merupakan event terakhir pada hari ini..alhamdulillah..sepanjang 7 hari masih diberikan kesihatan dan kekuatan dalam mengikuti tour ni.

FYI, entri ni ditaip selama 3 hari 3 malam tanpa bintang...huhu... it's really hard to come out with something to show people that u r happy sedangkan u r not. Too many things happen..too drastically...and now I'm feeling unwell just because membebankan kepala dengan masalah yang orang lain cipta. Semoga Allah beri kekuatan untuk saya menempuh hari-hari akan datang yang belum pasti lagi bagaimana....

See u in next entry..insyaallah..jika panjang umur....daaaaa.... :-)


10 comments:

  1. really interesting place la u pegi kalini..terpaku saya...hehehe

    btw, saya selalu tengok belly dancing...jeles tengok derang yg pandai melentukk riuk tu...hehhe kalau nak difikirkan mereka lebih advance dari country yg baru nak membangun dari segi social activities :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bitt,

      kan...? rasa macam teringin nak buat tapi tahu..susah amat tu..diorang dah trained since younger days..memang tak ada masalah bagi diorang.

      Delete
  2. Walaupun seronok baca pasal pengembaraan dik Murni ni, tetap terasa kesayuan nada tu. Sedih. Banyakkan bersabar na dik.

    Cerah bijik mata tengok belly dancer tu, kihkih!

    Kagum sungguh dengan fairy chimney tu, subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      tocey kakak! :-) cuba bersabar sebanyak mungkin

      aik..gelap2 pun boleh cerah mata nooo...tu kita yang perempuan...hikhik..kalau lelaki yg tengok..haih..tak tau lah tahap mana kecerahan mata tu.

      Delete
  3. Pelik, kenapa entry ni tak de makanan yang lebih banyakkkk??? Hehehehee...sorry, Siti, time I leave comment ni, I tengah lapar....

    Best na hangpa dapat pi sana, dapat main seleji (salji)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. LCA,

      U know why sha..?sebab throughout this tour, kami semua memang sentiasa kelaparan..so..tak semua meal sempat ambik gambar...most of them..tak sempat nak snap..dah masuk perut..hehe..

      Delete
  4. memang best kan..tahniah pasai dalam dok sebok2 tu dan lagi pi melancong...baguih.
    lagi satu..teman dok pikiaq lah jugak..lagu mana keadaan sipenari golek tu...bila mana dah tua...takdak masalah pinggang dan tulang belakang lari kah ek? hhmm..kesian depa terpaksa mencari rezeki dgn keadaan begitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan lana bulu,

      alhamdulillah rezeki..:) sebab sibuk la dapat pi..kalau asyik senang dan goyang kaki..alamat nya tak merasa la orang makan gaji macam kami ni..

      alignment macammana pun sampai masa nya mesti lari..tapi dah rezeki depa dapat dengan cara tu cara tu...nak buat mcm mana kan...

      Delete
  5. Suka sangat gambar rumah dalam batu tu... teringat cerika ink heart..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nida,

      cerita ink heart..? urm macam mana tu..jap nak google...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails