About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, February 8, 2012

Kembara Cik Siti ke Turkey, Konya-Cappadocia ~ Part VIII

Day 6: 27th December 2011

Satu malam yang dingin dan membeku di Pamukkale..! Just one night..nasib baik lah malam di sini tak membosankan dengan banyak aktiviti dalam hotel yang tersedia untuk kami. Hari ni bertolak untuk perjalanan sejauh 720km in total sehingga ke Cappadocia melalui bandar Konya. Spa Colossae Hotel kami tinggalkan dengan kenangan lucu..melarikan diri dari si penari gelek! hehehe...sampai ke tuooo chek ingat okey..


Today's journey is all about sleep..wake up, eat..stop for toilet..then continue again with sleep. Seharian dalam bas memang memenatkan..legs are all cramp..belakang pun sakit..tido dalam bas dengan macam-macam posisi..kuak lentang je yang tak boleh nak buat! And during this journey, entah berapa banyak pula foto-foto kami semua ketiduran dalam bas telah dengan sengaja diambil secara illegal oleh photographer tak bertauliah...Andrea..my bestie!

Pemandangan sepanjang jalan lebih kurang sama..just like a deserted lands and no trees at all! Dah la diiringi dengan classical turkish instrumental dalam bas..aiyoo..mata asyik nak pejam je..tak nak celik-celik. But once dah celik..ini je la keja nya..snap photo sana-sini.




Every once in a while, we will pass by a small villages


We stop for lunch at Kirazlibahce. Again kena beratur panjang untuk masuk toilet. And we spend a lot of our Turkish Lira for Lays and any other junk food. Serius kelaparan yang amat sangat. Dalam kelaparan..I wonder how some people can survive from the urge of buying foods..but instead looking for some souvenirs! Hello..!! Normal ke tak ni..masih ada mood shopping..????

Owh..Mr. Kadeer...mengapakah tiba-tiba dikau 'menjengolkan' kepala mu iteww di saat chek nak snap photo...aiyooo!


After 40mins..we make a move to our bus..perjalanan yang 'mengantuk' ini harus diteruskan..tak mungkin lagi dapat patah balik ke Malaysia dan kembali ke zon keselesaan masing-masing. Terlambat sudah! Tunggu lah 4 hari lagi sebelum dapat dihantar balik...

Finally! Konya...legaaaa....

Destinasi pertama kami di bandar Konya -- Mevlana Museum ataupun Green Dome. Mevlana or known as Jalal Ad-Din Muhammad Rumi merupakan ahli sufi yang sangat terkenal. Disinilah terletaknya makam beliau. Bacaan Yassin secara beramai-ramai di sekitar makamnya cukup indah sekali didengar. Timbul keinsafan di situ!

Ampun..gambar tak penuh..terkejar-kejar takut kena tinggal dengan kawan-kawan

Makam Jalal Ad-Din Muhammad Rumi

Selain makam Jalal Ad-Din Rumi, ada jugak beberapa makam lain..probably his immediately family ataupun ahli-ahli sufi yang lain nya. Interior vise -- penuh dengan kaligrafi islam, lampu hiasan dan beberapa artifak penting dalam sufism (tasawwuf). Koleksi kitab dan Al-Quran juga turut memenuhi ruang mausoleum ni. Tempat-tempat macam ni ada sesetengah bahagian nya tak dibenarkan mengambil gambar..what a loss!

Sebenarnya terasa nak berlama-lama membelek koleksi kitab dan lain-lain bahan penulisan kat situ tapi kesuntukan masa. That's the disadvantages kalau ikut tour..asyik rushing je!

Dari Konya kami meneruskan perjalanan ke Cappadocia. It's already night upon arriving Cappadocia. Rasa teruja membuak-buak sebab dengan sengaja Mr. Recep bikin surprise! Malam ni punya night stay will be superb hotel stay! Double Tree by Hilton occay! Alamat tido tak hengat-hengat la malam ni...lalalala..


Okey..mengaku..kadang-kadang memang ada sikit poyo! Vangga sikit je...Double Tree welcomes their guests macam ni...

Pengalaman 2 nights stay di Double Tree, Avanos ni memang sangat mengujakan. Guests tak ramai..so memang feeling VIP sangat. Sila jeles dengan gambar-gambar berikut nya...

Not just a wall deco..boleh main 'cilut cak' dengan orang yang sedang berada kat bathroom. Ada berani..???hehehe
Yeay..berjaya merebut bed yang ini! Thanks Double Tree..truih mimpi indah chek malam tu!


Tanpa sempat memanjakan diri..kami turun ke hotel's restaurant untuk memanjakan perut dulu. Sebabnya dari tengahari tadi hanya memenuhkan perut dengan kopok Lays..asam (bagi menghilangkan pening & mual)..buah delima & plums (yang berjaya diseludup dari Spa Colossae Hotel...). Haha...dah macam Ali Baba dengan 40 penyamun...lapar punya pasal habis semua roti ngan buah kena smuggle dari hotel.

Pasta..rice..potato wedges..dan chicken wings kegilaan ramai!

koktel dan kek

Kami dengan ini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia kerana dengan tak semena-menanya telah memalukan diri sendiri dan kita seluruhnya.....dengan sifat tamak akan Chicken Wings yang di dalam pinggan itu! Rare food beb! Berhari-hari tak jumpa....hahaha...nasib baik chek ambil 1pc je..yang lain-lain entah berapa round dengan chicken wings tu. Sabo aje lah!

Dingin yang menusuk tulang dan perut yang kenyang memaksa kami balik ke bilik yang sungguh indah bak kamar honeymoon! Tapi cerita tak habis di situ..Andrea telah mengangkut geng beliau ke bilik kami...bilik 'taiko' la katakan..maka nya malam tu kami adakan mesyuarat tergempar..hangat dan hangit dengan cerita panas pasal salah seorang ahli rombongan. Perjumpaan gelap lagi rahsia itu..telah berjaya dirahsiakan sehinggalah entry ini dikeluarkan....tak ada lagi rahsia!

Okeh..sekian..bebelan untuk hari ni..esok-esok sambung lagi k....

17 comments:

  1. Tu diaa tabah sungguh dok dalam bas untuk perjalanan yg sangat jauh tuu! Tabik spring!

    Akak rasa kalau akak pun konpem berapa round punya dok ulang chicken wings tu, kehkeh!

    Oh ya, bagus encek Kadeer enter frame, dari kejauhan ni nampak encem jugak dia..kahkahkah sabor jalah dengan akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      toing3x...hehe..spring u! menu chicken wings tu macam rare je kat sana..sebab tu semua pakat pulun yang itu je. encek kadeer dah tuo pun masih ensem...apekan lagi yang muda-muda..hehe

      Delete
  2. Alahai...den suka betul koleksi sabun2 tu.....kalau den...dah kebas dah...ahakz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      kebas jugak..tapi ada yang rosak dalam perjalanan balik..sebab masa sampai doha suhu panas nauzubillah...sabun pun cair...huhu.

      Delete
  3. salam kenai Siti. Bila u snap gambar dari dalam bas tu teringat la pulak kenangan akak ke sana setahun lepas. musim beku jugak....yg penting happy ok. enjoy ur trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia pengembara,

      salam kenal kembali..:)
      alhamdulillah happy..walaupun banyak cabarannya tapi bila dah balik Malaysia laaaagi banyak cabaran terus rasa macam nak balik turkey dan tak nak balik Malaysia lagi..*merajuk mode on! hehe...
      thanks singgah sini..nanti saya balas kunjungan ya.

      Delete
  4. Akak memang tabik lah dgn siti sebab boleh tahan duduk dalam bas tu. Tapi bila nampak pemandangan yang cantik2 memang rugi orang tua macam akak ni yang tak larat nak jalan jauh. Bathroom stail cam tu pun ada kat hotel di Mesia ni. Ada 2 hotel yang akak pernah pergi macam tu lah citernya. Sambil rendam dalam bathtub boleh tengok TV kat luar. Hihihi. Tak sanggup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      boleh kak..cuma kena extra sabar..hihi..lama kan. tu pun ter'mengeluh' jugak. owh...ada ye kak kat mesia bathroom mcm tu..hmm..pusing tak abis lg sy ni kak oi..hehe.

      Delete
  5. assalamualikum siti murni,
    kak ayu kan.. lama tak singgah sini,..
    bila baca kisah kamu ttg di turkey, terasa sangat2 k,ayu join sekali pengembaraan kamu..
    serius seronoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu c.r,

      wkmsalam...
      ye ke..t.kasih ayu..masih kuat hati singgah..bukan apa ramai yang mengadu..page ni lambat loading..kesian jgk kt kawan blogger yg dtg..sbb byk sgt gambar nya.

      Delete
  6. Cantik sesangat, makanan pun nampak sedap.. terutama koktel dan kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nida..

      thanks naa.. :) koktel, kek dan meal kat double tree ni alhamdulillah...masih boleh diterima. menu nya tak banyak tp sekurang-kurang nya masih boleh memenuhi citarasa org malaysia.

      Delete
  7. terliur ila tgk koktel dan kek tu kak..hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ila,

      kek tu sedap..koktel tu biasa2 saja.

      Delete
  8. wahhhhhhhhhhhhh
    bestnya
    kek tu memang sedap kan?
    bila lah saya nak sampai tempat nih


    P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum.. awk pi ngan pakej mana ye? menarik nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruziani Radzi,

      wkmsalam..
      kitorang pergi through SA Tours. Boleh check dengan diorang untuk pakej2 ke turkey ni..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails