About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, April 9, 2012

Maxwell Hill, saat ku tawan puncakmu!


75km driving semata-mata nak feeling-feeling sejuk di puncak awan. Tiba di Kamunting pun dah nampak puncaknya memanggil-manggil. Kabus tebal menyeliputi puncak Maxwell Hill pada pagi nan syahdu itu...aduhai..



Namun sayang seribu kali sayang..... sampai at around 10.00 am dah jadi macam ni...




Sedih woo..! Abang kat kaunter tiket jeep Kerajaan Negeri Perak bagitau, "Dik, lain kali datang awal. Kami buka kaunter jam 7.30 pagi. Tiket hujung minggu memang cepat habis.". Ahkak frust uols..perasaan yang sama seperti ditinggalkan buah hati yang pergi outstation 3 minggu!


Demi menggembirakan hati bonda..I pujuk dia.."takpa lah mak, alang-alang dah mai sini, meh la kakak ambik gambaq mak dengan adik. Sampai tempat menunggu pun jadi lah dari takdak langsung!". Kesian bonda...tapi lagi kesian I. Insyaallah...ada rezeki, ada umur panjang...ada sumur di ladang...ada tulip di Bukit Larut..lain kali kita mai lagi.




20 comments:

  1. mmg susah nk naIK bukit ni..2 x pergi,tiket sold out.sis,masa sek dlu ada join english club dtg sini x?tu first time kami naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shah,

      akak tak berkesempatan nak join masa lawatan tu..tengok gambaq kawan2 saja.
      sebelum ni mai Taiping berkali-kali tapi tak pernah terasa nak naik bukit larut..tak sangka pulak bila betul-betul teringin nak naik, tiket pulak habis.

      Delete
  2. Salam Siti, ehh siannya...tapi Taiping ni bandar yg menarik. Taman dia best utk lepak-lepak dan bandar dia pun besar gak utk shopping2. Lain kali plan awal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Halima,

      Salam..

      Taiping ni consider aman tenteram gitu kak..suka dengan kehijauan taiping..especially area lake garden tu. Memang dok mai selalu..cuma bukit larut..tak dapat naik...itu yang kuciwa tu..takpe yong, next time teman plan awai2..

      Delete
  3. pg jenjalan lg...best nye jadik dia...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SufatihaNur

      Tak la selalu jalan-jalan..ini pun dekat je..sebab nak habiskan cuti hujung minggu..:)

      Delete
  4. Takpa, jangan putus asa, lain kali cuba lagi. Insyaallah lain kali try pi lagi awal dari tu, moga2 dapat naik ke atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Dok nampak gaya lepas ni kalau pi nak overnite teruih kot..balas dendam tak dapat naik kali ni.

      Delete
  5. Alolololo.. Muka bonda pun frust.. Hehehe.. Macam best je tempat ni sampai tiket pun sold out.. Nanti nak jugak lah pegi.. Satu hari nanti.. Insya Allah.. Heehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tieah,

      Peranginan tanah tinggi kat Malaysia ni limited sangat...ramai pelancong tertumpu kat tempat-tempat macam ni. Tak sure la best ke tak kat atas tu..insyallah..sama2 kita usaha pi tempat ni..one day..!

      Delete
  6. Akak tak pernah pergi, info pun sikit je yang akak tahu pasal Maxwell Hill ni. Kenapa kena pakai tiket? Lepas tu, kena daki ke atau ada keretapi yang bawak naik macam Penang Hill tu? Sori ya, banyaaaak soklan akak. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Saya agak yang dikatakan tiket habis tu sebab bilangan jeep yang naik ke puncak tak banyak kot. Sebab hanya jeep milik SUK Perak saja yang boleh naik sampai ke puncak Maxwell.

      Private cars/mpv/suv or whatever tak dibenarkan sama sekali naik atas. Other alternative, kena hiking la kak. Kat sini takde train macam Penang Hill.

      takpe kak..i loike questions!

      Delete
  7. Aiiik ada kuota ka nk masuk sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shazrul,

      Entah la sama ada sebab kuota atau bilangan jeep terhad, depa tak mau buat banyak trip ke puncak tu.

      Delete
  8. aduhai frustnya......xde rezeki nk wat camnekan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nza,

      Tu la pasal kak..kuciwa sangat! Takpe..next time saya mesti pi lebih awal...

      Delete
  9. muka nyer nmpk kekecewaan nyer...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa Mifz,

      Kan..mak bonda kecewa..i laaaagi kecewa.

      Delete
  10. Replies
    1. Zeq,

      tak sempat nak tawan pun...dah kena angkat bendera putih! sedih..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails