About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 1, 2012

Bonsai Paklong

Eh eh...nak pi mana tu..? Mai sini..baca dulu sampai habis...uols tak salah blog okey! Hehe...tetiba je masuk blog ni nampak pokok  bonsai..biar bonar!


Gaya Moyogi..*agak je, itupun sebab refer wiki...hehe...

But that's the fact..tetiba je jadi blog seni taman..! Hehehe...bukan ape, teruja tengok pokok bonsai yang paklong tanam. Last weekend lah kesah nya..meng'antor' tok yang dah lama bebenau nak jumpa maklong & paklong kat Sg. Petani. 

Since my last visit, dah bertambah bilangan pasu bonsai yang paklong tanam. Sila abaikan projek tergendala berdekatan pasu2 berkenaan...

Perkataan bonsai ni adalah sebutan Jepun yang berasal daripada perkataan cina, 'pen zai'. Al-kesah nya..sejak ribuan tahun dahulu lagi dah wujud seni bonsai ni. Golongan elit memelihara tanaman pasu ni sebagai hiasan disebabkan nilainya yang tinggi dan sebagai simbolik kebudayaan cina.




Bukan senang nak maintain bonsai ni. Bonsai yang terbaik mempunyai mirip pokok sebenar dalam bentuk mini. I guess, memang perlukan ketekunan dan ketelitian nak membentuk pokok bonsai tu sendiri. Pokok tua yang kenit...that's it! Last few years, masa kerap ulang alik ke SP..selalu jugak tengok paklong gunting dan belek-belek pokok-pokok bonsai kesayangan dia ni. Sometimes, siap bercakap-cakap dengan pokok yang ditanamnya..sabar sungguh! I...? Hmm...don't think so dapat bersabar dan tekun tahap gitu, pelihara green plants dalam air je yang subur elok...kalau jenis tanam atas tanah ni...huh..harammmm....takde nya nak idop lama...tangan panas gamaknya!

Nah...sebagai membuktikan uols tak salah blog...tepek sikit gambor makan-makan...

Santapan tengahari rakyat marhaen -- sambal belacan, ikan kembong goreng, ulam salad, bendi rebus, acar timun dan kobes goreng!

Sambal belacan tuuuu..yang super duper pedassss tu..haaa....ini lah dia pembuatnya...maklong!

Maklong, kakak kepada my mak bonda. Persamaan mereka berdua ialah -- kebolehan untuk membawakan 'high-notes' tanpa lari walau sedikit pitching pun bila dalam keadaan marah! Hahaha.....oooppss...larikk! 

Sebelum uols tanya, mana paklong, baik I bagitau siap-siap, my paklong memang camera shy. Susah nak ambil gambar dia. Mungkin dia takut bila dipromosikan ramai pulak yang menempah bonsai dari dia...hehehe.....*okey...larikkkK!



8 comments:

  1. Salam,

    Waaah tayang lauk pauk dia!
    Bonsai mmg cantik Yong Siti, tapi nak kena rajin jaga! Sabor je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moh Kembara a.k.a Yong Halima,

      Hehe...tayang lauk pauk tu dah macam keharusan yong oi....takut orang ingat salah masuk blog sebab takde gambor lauk pauk.

      tu la pasal...bab rajin jaga tu yang lemah tu..

      Delete
  2. Berbakat betul Pak Long tu ya. Kalau beli tu memang mahal sungguh. Cubalah menuntut ilmu bonsai tu, dik. Mana tahu menjadi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Dia minat..orang kata minat ni mengatasi segala2nya. Macam saya ni, minat tengok je..tapi bila nak detail2 mula la bosan dan malas. Sayang la..paklong tak nak pula turn bakat dia tu ke bisnes...ramai yang datang tanya, beria-ia dia taknak jual pokok2 bonsai dia tu.

      Delete
  3. hahaha.. memang kompom blog Siti sebab ada gambar makanan.... :p

    Ni kalau suami Kak Nida tengok bonsai tu mahu meroyan dia.. dulu masa di malaysia sanggup habis ratusan ringgit sebab nak beli pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nida,

      Oh..husband kak nida pun minat bonsai ya...? Jangan kan ratusan..kalau kena dengan gaya pokok bonsai yang cantik..cecah ribuan ringgit pun ada kan...

      Delete
  4. Replies
    1. Zeq,

      Wkmsalam...
      sila la baca....tak ada apa yang menarik..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails