About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 22, 2012

Manifestasi Lemahnya Seorang Hamba II





Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.



Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu


Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merungut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.


Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah… namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran. Ada masanya kami goyah keimanan. Ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini….. Kami ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Kami ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Kami ingin selalu mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.


Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini agar sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.


Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami… bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.



Ya Hakim... berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat. Berkatilah ilmu yang Engkau kurniakan kepada kami dan jadikanlah kami beramal dengan ilmu-ilmu kami.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kami ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..



Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…



Terimalah pemohonan hamba-hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.


Amin Ya Rabbil-Alamin.






p/s: Sekadar berkongsi, yang telah saya baca dari blog seseorang. Tak ingat bila dan di mana. Terima kasih kepada yang empunya catatan. Salam 1 Rejab.





10 comments:

  1. Terima kasih siti...
    Saling ingat mengingati sesama manusia...

    Selamat malam...

    ReplyDelete
  2. Lemah kerdil, dipinjam kakitangan dan minda utk fikir memakmurkan tolong sesama mshkluk.
    Pinjam semua, esok ambil balik

    ReplyDelete
  3. salam
    Rejab..Syaaban..Ramadhan...bulan penuh kemuliaan..keberkatan...

    ReplyDelete
  4. Kalau jantungbker,,hati ker kena curi kira halal la yer,,pinjam juga tu

    ReplyDelete
  5. Salam 1 Rejab, dik. Terima kasih atas perkongsian penuh syahdu ni.

    P/S: Titi Kerawang tu pi Sabtu lepaih. Akak pun ingat lagi beberapa tahun lepaih masa musim kemarau ayaq terjun tu pernah kering. Macam tercabut jantung baca berita tu dalam paper masa tu. Tapi lepas tu alhamdulillah meriah balik ayaq dia :)

    ReplyDelete
  6. Amin Ya Rabbal 'alamin. Doa yang sangat tulus kepada Pencipta. Siapalah kita untuk tidak menyembah dan taat pada Yang Maha Esa ni. Terima kasih dik.

    ReplyDelete
  7. Salams.

    Sharing is caring. Trimas kak Siti

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails