About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, May 18, 2012

Nasi Ayam MB & Kari Kepala Ikan, Mutiara Bonda @ Auto-City

Hidangan tengahari dua tiga hari lepas. Entri nya hari ni baru sempat nak buat. Ini dah kira kekeringan idea nak pilih tempat makan. Lunch sorang-sorang sangat lah tak best. Kalau tak kerana memang perlu keluar beli office's stationery, memang lebih rela bawa bawak bekal dan makan dengan santai je kat opis tu...jimat belanja.


Nasi Ayam Marry Brown @ Carrefour, Bukit Minyak.

Petang hari yang sama, uncle ajak makan bersama dengan dua orang kawannya. Mulanya berhajat benar beliau nak makan bawal panas dekat 'Warung Kelapa Sawit', tapi apakan daya..dah petang sangat. Tauke dan pekerja kedai tu pun perlu rehat, dari pagi kalut dengan customer yang berduyon-duyon kan. Lain kali kita cerita pasal bawal panas.


Ended up petang tu eating out kami berempat yang ditaja uncle bertempat di Mutiara Bonda, Auto-City. Dah lama teringin nak mai makan kat sini, tapi office chek ni takde partner yang ngam selera nak makan tempat macam ni. Nak ajak family..hmm..bagai di kata.....weekend je Penang, Penang je weekend! Kan..!

Kari Kepala Ikan..berasap ketika dihidangkan.
Telur Dadar, Kangkung Goreng Belacan & Calamansi Juice

Rasanya ikan Jenahak yang dibuat ikan bakar ni...isi halusssss je. Nak bukak baju balutan pun malu-malu gitew!


Alhamdulillah...rezeki...jangan ditanya total bill untuk 4 orang makan. Tak sopan pulak kalau tanya kepada yang nak membelanja. Apa pun, syukur adanya. ^_^. 

"Terima kasih daun keladi, 
buat uncle yang daku sayangi;
lain kali belanja lah lagi, 
insyaallah...sentiasa free....! "

ekeke..makan free punya pasal, sanggup bagi pantun tuuuu....




p/s: Itu cerita last few days, hari ni pulak sebiji butir nasi pun belum masuk tekak lagi as at pukul 6.30 petang. Selera hilang. Badan tak sihat sekali lagi. Tengahari dah ke klinik. Sebab nak makan ubat, maka gagahkan juga menyuap fries, separuh mangkuk mee rebus dan sepotong epal.



20 comments:

  1. Rezeki jangan ditolak, hehe.

    Tak sihat rupanya. Semoga dik Murni cepat sembuh, makan ubat betoi2 naa. Isi betoi2 perut tu sebelum makan ubat, kalau tidak nanti penyakit lain pulak mai, na'zubillah. Take care naa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *na'uzubillah* Kalut sangat eja pun silap.

      Delete
    2. Kak Dinas,

      terima kasih kakak! :)
      alhamdulillah..hari ni selera dah pulih sikit.
      ubat memang makan ikut aturan.

      Delete
  2. la x sht rupenye cik murni kita ni ye...balik2 penang...wah anak mami sungguh depa naaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sufatiha,

      anak mami?huhu...anak mama ada lah..dah memang anak sejati penang..balik2 situ jugak lah.

      Delete
  3. wahhh balik2 penang..anak mami depa nooo

    ReplyDelete
  4. akak tak berapa tau tempat makan yang best2 kat pulau pinang ni..lagi2 yang belah seberang perai ni...susah nak jumpa yang sedap..
    kadang2 kat tekak orang kata sedap tekak akak lain pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana,

      Ada..cuma betul lah, sedap atau tak bergantung kepada selera masing-masing. kalau kat belah seberang perai ni, restoran baru yang sedang meningkat naik, de pauh garden. itu yg paling latest. time to time, kalau saya pi makan tempat best area seberang ni, saya buat review naa..

      Delete
  5. Semoga cepat sembuh ya, dik. Cuaca sekarang ni tak menentu. Kejap panas terik, tetiba hujan sampai ribut. Minum air banyak2 dan rehat pun kena cukup tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      thanx for your advice..appreciate it. Doc pun advise gitu, kena lebih kan plain water..doc kata saya kena UTI..kadang2 demam gigil, kejap panas...pinggang ni pun asyik sakit ja..

      Delete
  6. Salam kenal siti...:)
    Blog yang menarik..akak dah folo!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azi,

      hai azi..salam kenal dari saya jugee..:)
      terima kasih. insyaallah ada kelapangan saya buat lawatan balas ya...

      Delete
  7. Kari kepala ikan memang kegemaran IM dan ibu_suri.

    Satu lagi kat Nasi Pelita di Auto City, kalau penjaga kaunter itu nama Febi, sebut ibu mesti dia kenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Rajin jugak IM dan ibu suri makan2 kat Pelita Auto-City..insyaallah..ada rezeki, manalah tau kan..kot2 terserempak kat sana. Penjaga kaunter pun dah kenal..mesti loyal customer ni.

      Delete
  8. dah lamo rasa nyer x mkn MB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa Mifz,

      MB ni sekali sekala ok..kalau selalu sangat pun boring dan kadang2 rasanya harga lebih mahal berbanding McD

      Delete
  9. sodap ea tgk. belum raso laiee :)

    ReplyDelete
  10. Salams kak Siti,

    Petang2 di musim hujan macamni tengok gambar makanan memang lapar dibuatnya. Ikan bakar tu tentu sedap kan kak?

    ReplyDelete
  11. mana lebih sedap bonda mutiara kari kapla ikan or kari kapla ikan pen-mutiara

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails