About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 8, 2012

the number you have dial is not in service


Masa tengah panas, jangan gatal-gatal nak simbah petrol kat api. Api lagi marak. Benda simple macam tu, tak perlu diajar. Bila orang diam, maknanya memang betul dia nak diam, tak nak bercakap, tak nak diganggu. Hormat dan menurut saja boleh kan? Tak payah nak tembak SMS bertubi-tubi, no need to call, do not whatsapp, and please don't send any PM. Sampai masa dia dah cool down, dia tau la mana nak cari.
Tak payah nak berkepit dan nak 'updates' sangat-sangat macam pasangan bercinta..rimas, tak minat. Titik.







Gambar sekadar hiasan. Edit sendiri.




Sekarang tengah sakit kepala, tekak rasa perit, badan pun bukan energetic sangat...hati cuma nakkan ketenangan. Suddenly muncul pulak sesetengah orang yang tak faham. Kalau setakat nak bakar ideologi dan kata hati dia, lebih baik jangan berhubung. Kalau terasa hanya nak membangkang bukan nak men'support', lebih baik diam..pandangan sinis tak diperlukan at the moment. Waktu-waktu macam ni, rasa nak jawab macam ni jer kalau ada orang call, "the number you have dial is not in service"...boleh?? So, jangan kacau sat bleh dak? Letihhhhhhhhhhh.....






Nota ada kena mengena dengan entry:
Diam sebentar di FB. Makin lama, makin annoying.

12 comments:

  1. Marah dengan siapa ni Cik Siti? Ok... tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2...

    Pedulikan seketika hiruk pikuk di sekeliling na.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      Banyak kali jugak tarik napas, hembus..reda la sikit.
      Kadang2 rasa nak buat macam tu, tenggelam sekejap dalam hiruk pikuk, tapi bila terikat dengan tugas kat tempat kerja, memang tak boleh lari, kita sendiri turut 'menyumbang' kepada hiruk pikuk, tak dan nak lega stress

      Delete
  2. Masuk dgr lagu,,tumpang lalu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zeq,

      banyak tempat boleh lalu...tempat org pempuan bersembang jugak dia nak lalu...pi sana...jauh sikit..awak org lelaki..bukan paham hati perempuan.

      Delete
  3. Tak pa, tak pa. Pi mandi bagi sejuk sikit badan. Akak tolong tumpangkan bahu ni utk adik rehat seketika, ya. Bahu akak ni empuk tau. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Bahu empuk..?wah...ni yang suka dengar ni...tak cukup riba empuk mak bonda..nak cari bahu empuk kak aidah pulak lah...:) semuanya 'rojak' kak...senario hormon tak balance sebulan sekali + penyakit kena tinggal incik petronas outsetesen + pagi2 dah dengar bos berleter..haha...adehh..sakit kepala...

      Delete
  4. alamak tak tau apa yg dah terjadi ni...tapi nak jenguk jugak cik siti..stay cute n be happy always ey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tihara,

      T.kasih sudi menjenguk keadaan siti kat sini...:) i'm glad. biasa lah..hormon tak seimbang mungkin salah satu penyebabnya.

      Delete
  5. Salam Siti,


    U need space...everyone needs space occassionally,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong,

      Betoi sesangat la tu..i need space..macam sesak kepala otak ni..sarat dan berat hati menanggung, itu yang rasa lebih baik diam dan takmo kena kacau. thanks for ur advise yong...hadiah menceriakan sikit kegusaran hati..hehe.

      Delete
  6. AS-salam Siti...

    Rehatlah... bercutilah, carilah ketenangan dan kedamaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kak Nida,

      Plan nak bercuti tu memang ada, tapi tak dapat nak proceed sehingga lah selepas Jun..tengah berdebar-debar tunggu keputusan. Thanks kak nida..insyaalah..minggu ni pun akan berehat..:) yang dekat2 aje.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails