About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, June 6, 2012

Another foodie episode in KL

Apa yang we ols mamam masa weekend getaway di KL awal mei hari tu....? Tak special dan tak se-exclusive mana pun...makan yang biasa-biasa je. Janji perut kenyang dan bertenaga nak jelajah shopping mall dan Jalan TAR...hehe.

Sunday morning brunch at Rasa Food Arena, KLCC....

Kentang goreng dengan cili tu memang sedap!

Nasi Padang pilihan bonda.




Pilihan si hero jugak. Sedap sangat katanya. Hahaha....baru dia tau penangan nasi padang. Asyik..nasi, ayam goreng..ayam goreng, nasi...nasi goreng..beger..! Bila dah travel cenggini idok ler sibuk nak makan benda yang sama je.....heran I..tak reti ndak jemu. 2 dishes di atas tak sampai RM 10 pun. Morahhh la pulak kalau nak compare dengan kat Penang.



Pilihan ahkak-ahkak berdua, koay teow & noodle soup. Taste vise, so-so aje. RM 12.00 for both meals.


Sebelum tu, lunch on saturday afternoon hanya sempat makan di CM. Just some noodles, nasi lemak, hot and cold drinks to refreshen up sebelum boleh check-in and rest kat hotel. Pun begitu, sesampai je hotel, dik Na dah kelaparan semula. No wonder la kelam kabut masuk 7E opposite Low Yatt petang tu...rupa-rupanya beli maggi cup mereka bertiga itewww!

Saturday nite dinner cum supper at restoran Pelita, Bangsar...




Masakan ala Penang jugak yang tetap di hati. Darah arwah abah yang mengalir dalam tubuh kami tiga beradik memang kuat...kalau sehari tak kena kari okey lagi. Masuk hari kedua memang ting-tong dibuatnya. Rencana asalnya nak dinner kat IKEA malam tu, tapi dah lewat sangat...memang takde rezeki nak pekena meatball kat sana..huhu. :-(


Plan nak makan-makan kat Murni Discovery, JM Bariani House & Nasi Lemak Antarabangsa, Kampung Baru terpaksa ditunda sehinggalah trip seterusnya ke KL. Memang tak sempat sebab both of us....sorang drive, sorang lagi kena pening kepala dengan GPS. Ended up..bercekau la kedua-dua ahkak berkenaan. Teringat pepatah tu..."men don't listen and women can't read maps". Lari topik sudaaaa...


Our sunday tea-break cum early dinner at Restoran Jejantas Sg. Buluh..




Pekena sate Hj. Samuri. Mantoppp wa cakap lu...hehehehe...nasib baik perut tak berapa sedap. Kalau perut tengah sedap..takut dengan lidi nya sekali hilang...hikhik..ganaih bebenor! Dik Na siap tapau untuk hubby beliau, incik bolats. Tau dah...nak buat upah sebab tinggalkan hubby dia! Next time pegi jangan tinggalkan encik asben......susah hati ler tewww!

Supper we all malam tu di R&R Bukit Gantang. Singgah membeli buah-buahan tropika yang sememangnya fofular kat R&R ni. Teh o panas will do for me meanwhile the rest, bihun sup, burger untuk si kaki burger adik hero I tu..and kacang rebus. Gambor tak ada. Letih driving. Co-pilot dok sebelah asik main tabbbbbb je..nyamfah!




P/s: Insyaallah..sekiranya semua yang dirancang berjalan dengan lancar, lepas ni lebih selalu ke KL. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.



13 comments:

  1. Akak kalau pi KL, masa balik tak singgah beli sate Hj. Samuri ni kat Hentian Sg Buluh untuk mak, boleh dianggap anak derhaka gitu, kahkahkah! Okla takla sampai gitu tapi selalunya mesti beli bawak balik untuk dia. Kalau tak beli, rasa mengkelan gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      kira compulsary gitu kan..hehe. Sini takdak lagi cawangan sate samuri...semua sebelah sana...

      Delete
  2. Salam..
    alahai..selalu sangat dah saya makan
    kat medan selera RASA Klcc tu..sampai
    tak tak mau dah..he he..kerja around
    tu je..sesekali makan kat banggunan
    sebelah Wisma Central..jauh lebih murah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulkbo,

      Ya ka...pelanggan tetap lah kiranya ni. Kami ikut sempat saja hari tu...mana yang nampak ok pada pandangan mata..singgah & layan saja.

      Delete
  3. lain kali kalau turun lagi, habaq mai la... boleh pergi makan sate di Satay Station. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      Pernah tengok review pasal satay station kat tv..rancangan warung kita kalau tak silap. Nampak best, tapi memang tak sempat nak explore la kakcik..dua hari je kat kl. Insyaallah..kalau next time pegi lama sikit..boleh habaq kat kakcik..jumpa kat mana2..& makan2. :)

      Delete
  4. awat la mata ni tak berkelip kalau tgk makanan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah,

      Baik-baik..teringin nanti saya tak tanggungjawab naaa...hehehe

      Delete
  5. Salam sis

    Paling suka sekali satay Samuri tu, mabeles. Teringat time jelajah Penang, yang dicarinya jeruk jeruk jeruk. Masing2 pesan beli jeruk.


    Semoga yang dirancang terlaksana dengan jayanya. Chaiyokk sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seri,

      Penang dengan jeruk memang sinonim. and of course, jeruk pala is one of a must-buy-item.

      insyaallah..thanx sis. :)

      Delete
  6. Salam Siti,

    Makan sesaja yek?
    Gi bercuti ler nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Halima,

      Masa sihat selera makan memang baik...cemerlang gitoo! :)
      Ini bercuti hujung minggu kat KL je..bawak mak bonda dan adik bongsu yang dah lama tak jejak KL.

      Delete
  7. Alahai, sorang lagi geng Penang yang akak tak de rezeki nak jumpa. Akak selalu jugak makan2 kat Rasa KLCC tu. Coffe latte hazelnut kat situ sangat terbaiiikk. Tak jemu2 minum. Siap tapau bawak balik lagi si Farah yang hantu coffee tu. Akak dapat dua sip pun dah cukup bagus. Lenkali kalau turun KL roger2lah akak ya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails