About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, June 20, 2012

Kawan kaki pompang

Ada hari, I boleh sabar & diam. Ada hari, macam hari ni...sentap sampai tak boleh nak sabar-sabar lagi. Masa tak angkat 'bendera jepun' boleh jugak bawak-bawak ambil wudhu', solat...tapi kalau dah time angkat 'bendera jepun', emotional memang terlebih-lebih meluap-luap.

Sebab tu I kata, tak mau ber'online' lama-lama kat facebook tu..buat menambah dosa ja, sentap sana sini. Kadang-kadang attitude kawan-kawan ni buat I berasa hati. Tak pernah nak support apa yang I buat, tak pernah 'like', tak pernah 'comment, tak pernah nak menunjukkan any positive reaction sebagai seorang kawan. Baik tak payah add friend kan...? Sometimes tu terasa hati jugak, kenapa ada di kalangan kawan-kawan perangai macam ni..walhal, status atau post orang lain, boleh ja dia like atau comment..post I ja dia buat tak tau...maybe sebab tak sama 'darjat' kot, atau sebab I pakai kereta tempatan, dia drive kereta import gitoo? okey2..maybe sebab dia kentut wangi kot...ekekeke...atau sebab I tak pandai mengampu..? Haih, entah lah..I dah cuba berfikir se'positif' mungkin.

Masa orang lain sibuk wish tahniah, good luck kat I...mana dia pi?? Macam ni kah kawan? Moral support pun tak dapat. Kawan yang tak rapat, jarang nak bertegur sapa pun reti budi bahasa, siap hantar mesej bagai tanya khabar kita, ucap tahniah for happiness, wish good luck...itu pun dah cukup sebagai tanda bagi sokongan moral. Time tak sihat pun dia buat pekak donno...time happy pun buat macam tak nampak..semuanya serba tak hadir dalam alam facebook I...pelik nooh. Kalau kawan ribu riban...wajar la tak nampak feed I tu.

I bukan artis, atau selebriti harapkan perhatian...cuma kawan-kawan, tak boleh kah saling menghargai selain daripada asyik syok sendiri dengan post / status pompang depa. Bak kata Jumie Samsudin dalam post beliau di entry ini. I pun kadang-kadang pompang jugak..especially bab makan. Food lover gitoo kan! Bukan niat nak show-off pun...tapi dah adat macam tu..makan apa pun mesti nak cerita, sama la macam kat blog. Tapi pompang yang keterlaluan biasanya buat orang meluat dalam hati. I pun nak mintak maaf, kalau2 selama ni ada pompang yang keterlaluan sehingga mengguris hati orang lain. Tapi pompang mu iteww kawan....sangat-sangat tak boleh diterima akal fikir ku.

I'm sorry to say, I terpaksa hide all feed daripada my friend yang satu ni...I just treat her, the way she treat me. U tak mau pedulikan hal seorang kawan....and me too, I pun tak mau dah ambil peduli pasal u, ur life or whatever yours. Perasaan sentap, tak puas hati ni sebenarnya bukan mengganggu fikiran I seorang, rupanya ada lagi sorang dua kawan lain pun berperasaan yang sama...hmmm...jauh sekali entry ni untuk mengata  but just to clarify my next action. Apologize for my absent in future naa..no heart feelings..u buat I macam ni, so I have to treat u the way u want it to be.

To my friend yang I maksudkan...kalau u faham, u faham lah..kalau u tak faham..I think u just pretend u don't know what's happening, self-denying. I forgive u, my friend. And I apologize kerana I adalah seorang kawan yang tak pandai mengampu or telling u lies, praising u for something I don't feel to, dan maybe I seorang kawan yang tak boleh bagi u apa-apa business benefit. Forgive me my friend..:-)





Tamo layan feeling anymore...nak layan jambu bola *ada orang panggil jambu golok dari Sg. Petani. Thanks uncle...bawak buah tangan fresh dari pokok depan rumah. Dah habis...tinggal banyak ni saja dalam freezer. I dah semai biji buah jambu bola ni depan ofis..mudah-mudahan pokok tu tumbuh membesar bagai johan dan bukan bagai uncle yang maintain kurus tapi ensem! Hahaha....macih naa...semoga dimurahkan rezeki uncle, dapat la I makan nasi minyak tak lama lagi. Amin~



16 comments:

  1. Kira Murni baik jugakla masih simpan lagi kawan macam tu kat friend list. Kalau akak, ku remove saja. Dah dia pun tak bagi apa2 respon pada kita, mungkin dia tak suka kat kita dah, lebih baik buat hal masing2. Tapi itu pendapat akak yg jahat ni la, jangan diikut cara jahat akak ni kalau masih ada perasaan kasih sayang pada kawan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Actually, dah pernah saya remove dia dari friend list..tapi mengenangkan kawan lama, add balik. Rupa-rupanya tak pernah nak belajar jugak respek perasaan kawan-kawan.

      Delete
  2. Salam sis.

    Situasi kita sama. Tapi saya ambil jalan mudah, saya x dedahkan wall saya pada semua. Hanya yang tertentu sahaja. Kadang2 ada yang duduk dalam FB kita tu nak jadi spy supaya boleh menyampaikan status kita yang dia faham dan salah faham selalunya kepada orang lain. Bahaya BOLEH MENDATANGKAN FITNAH.

    Kalau dah tak boleh nak buat apa, saya blocked terus sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seri,

      Memang patut buat macam tu. I dah edit friends..masuk dia & a few more in one group called "tak ambil kesah punya orang"..wakaka..so each time I nak post something, i will custom the post..org tertentu je boleh nampak. that would be fair kan..?

      Delete
  3. papa mifz dah jarang sgt bukak FB...tak best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa Mifz,

      Ada hari nya memang tak best. bagus la papamifz dah jarang bukak pun. saya pun dah kurangkan masa online kat sana..baik online kat blog je..lagi best.

      Delete
  4. Cikguu saya tak tau pompang itu apa..maaf tanya cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zeq,

      Pompang tak ada dalam kamus yer. jangan cari. i tau u sasterawan..ekeke... pompang tu lebih macam 'hingaq' la..suka kecoh-kecoh..bising2 kat wall..pom pang...pom pang...gitu la...

      Delete
  5. Hurmm...

    Senyum sikit siti Murni .. bagi manis. :)

    Ini cerita attitude problem. Terjadi kat mana2 pejabat, especially bila staff ramai young ladies and mak ladies.

    Bila kita tunjuk emo, dia pasti sgt suka. Melonjak2 dlm hati. Sbb dia rasa dia sudah menang. If you stay cool, seems you don't see any of her doing. She will definitely feel uneasy. ** kecuali dia tu bebetul batu pejal.. Haha

    Now, kita biarkan dia kat situuuu...

    Jom kita habiskan jambu golok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deru Ombak,

      Tima kasih kak...tengah senyum ni sambil baca komen akak..meh jamah jambu golok..heee...
      betul akak kata tu...kalau kita cool, itu lagi afdhal...i will not let this kind of ppl win...

      Delete
  6. huhu...benda tu byk org lalui cik murni.sama la kite pun..mmg sumtimes sentap gak tp wat bodoh je la...

    x mati pun if xde kwn camtu..anyway u sgt cool..haha jambu Sg Petani..kg i ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatiha,

      u punya comment tu similar to wht my sis said...bukan mati pun takde kawan macam tu..bior ke dia, kan.

      A'ah sg lalang specifically...tak balik kampung ke u..?

      Delete
  7. Ramaiii yg macam tu tau. Kalau kawan, boleh jugak unfriend. Tapi kalau sedara, lagi haruuu, dik. Akak dan mak dah kena. Entah kenapa dan di mana salahnya, tetiba membisu seribu bahasa. Mak akak yg dok bela dia dari kecik lagi pun tak dipedulikan lagi. Sedih, dik. Tapi tak pa, ada hikmahnya tu. Tak luak sikit pun, dik tanpa kawan mcm tu. Ada ramai lagi kawan lain, insyaAllah. Jgn fikir2 lagi. Nanti buat penyakit pulak dalam badan. Pi makan jambu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Ye tak ye gak kan..kalau sedara lagi haru..! telan mati mak, luah mati bapak..serba tak kena. Kadang-kadang spesis ni tak boleh tengok orang lebih atau selesa sikit dari depa, kak. saya akur ja..saya ni tak punya apa2 untuk dicemburui atau didengki. dia tu lebih segala-galanya dari saya, takde pulak saya nak kesahkan kelebihan dia tu, cuma harapnya..jangan la terlebih war-war kat sana tu haa...sebab gaya war-war yang ada unsur riak di hujung ayat..sangat2 la tak baik..kannnnn...

      betoi kak..lapaq teruih asyik dok berletiaq..meh makan sekali, jambu golok yang bukan dari golok..ekeke

      Delete
  8. kadang2 i punya emo pon melampau tau...skang dah tau dah kalau emo dtg bulan konpem i jarang online sama ada blog atay fb...kena kejap2 jek...hehe semoga cepat habis emo awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bitt,

      thanks bit..emo dah abis selepas abis buat entry ni semalam. tp i bulatkan tekad..not to care anymore pasal orang tu..lantak la dia nak apa sekalipun..yang penting life goes on. nak selamat, saya turunkan je kuota online saya kat fb tu....amannnnn jiwa...like u do..hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails