About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, June 8, 2012

Otai taik kucen!

Mood terbakaq hati hari ni. Lama dah menjeruk rasa dengan someone kat office ni. Walaupun u otai..tak semestinya u tau semuanya, pandai dalam segala hal, arif dalam segala bidang, semuanya betul, tak bertindak ikut emosi??

Before, I memang respect dia sebagai 'orang lama', walaupun berlainan bangsa *please note..I dont like to mention about bangsa here..but I really have to, just to differentiate beliefs. Respect sebab dah banyak tahun pengalaman dalam industri. Respect sebab dia boleh dikatakan orang kanan bos.

But, sejak insiden I tak boleh nak bersolat dalam bilik conference banyak pulak insiden lain yang terjadi selepas itu. Insiden di bilik conference tu kerana bilik tu selalu dikotorkan oleh si otai ni. Tau la dia selalu pi site dan bawak balik segala pasir, tanah merah melekat kat lantai jubin bilik tu. Tapi..sekurang-kurangnya ringankan la tangan tu dengan menyapu dan mengelap setiap hari lepas abis keja. Jangan tinggai pasiaq untuk orang yang nak semayang pi tolong sapu untuk u. U ingat I khadam u...? Tiap-tiap hari tolong menyapu bilik tu untuk u sedangkan I hanya guna bilik tu tak sampai setengah jam pun! *nah haih...geram sudaaa....hilang abis budi bahasa!

Untuk tak mau bergaduh panjang, I diamkan saja & beralah. Solat lah di celah antara filing cabinet. Itupun dah cukup syukur alhamdulillah sebab tempat tu sejuk dan bertutup walaupun sempit dan letaknya di hujung office, tempat keluar masuk ke pantry. Tak puas hati lagi, lunch time yang sejam tu la time makan I dan ambik sikit masa untuk I solat dan masa tu jugak la si otai ni nak menyelit...ada saja hal dia nak buat. Dok lalu lalang kat situ...nak fotostat la..nak memerot la...nak bancoh ayaq milo la. So, apa lagi I boleh kata? tak hormat kepercayaan orang? tak hormat privacy orang?

Memang biadap la pada I. Biarpun benda ni I tak suarakan secara terus kat si otai...tapi I percaya dia pun tau dan faham ketidaksenangan yang berlaku ni, tapi lebih suka pretend tak tau. Layak kah I untuk masih terus hormat pada si otai ni? I don't want to be racist...company ni bukan company melayu islam. Bos atasan tak pernah complaint pasal staf bersolat, cuma tak diperuntukkan ruang sahaja. Cuma tak faham pasaipa si otai ni care sangat hal I nak bersolat tu....?

Hari ni dia cari pasai lagi. Fotostat mesin pun tak reti nak handle...? Otai taik kucen! Ngek sungguh...kalau dah benda tu tak boleh nak ON, u tak reti ka nak check segala cable? ON-OFF balik..kot-kot ada cable yang tak engage properly? Yang u tau nak temper pastu buat memek muka seolah-olah I ni kuli yang tak buat keja untuk check fotostat mesin yang kononnya ROSAK tu. Bongok kan....dengan ego u pi tanya orang lain yang 2x5 macam u...tak reti tapi suka tunjuk besaq. Sudahnya I jugak kena pi check...ropa-ropanyaaaaaaa...nenjiaa...cable pun tak rapat u nak pi ON mai tang mana apek?? Belagak pulak tu pi tanya orang lain..tang mana yang rosak, yang tak betui, suruh orang tu pi tunjuk kat u. U ingat I ada masa nak sabotaj benda tu takmo bagi U guna..??? Akai ada ka? Bukan mesin fotostat I..kalau nak, u ambik la bawak balik....fotostat sampai tengah malam . Ada aku kesah??

Seriously, I rasa sungguh tak professional dengan mencarut di sini. Tapi..geram dan dah tak tau kemana lagi nak diluahkan perasaan geram ni. Kat facebook? No way..kaki kutuk dalam hati ramai la situ. Serik sudah! Dan si otai...sorry, I dah hilang respect of 9yrs towards him. Sebab attitude yang seakan-akan orang nak menopause ni tak boleh diterima dalam pejabat yang majmuk dan pelbagai peringkat umur. In fact, not just about photostat machine..sebelum ni hal stapler, hal stationery..hal fax machine...semua dia nak bubuh atas kepala I. Macam mental sudaaa....

Dah pening, tak tau macammana lagi nak handle orang macam ni.

Layan Nasi Kandaq Ahmad, Simpang Empat. Makanan sedap dapat mengubat sebentar jiwa lara.

24 comments:

  1. Dia sengaja cari pasal la tu...

    Tapiiiii... burger Otai sedap tau Siti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      ya, saya pun rasa macam tu. sengaja nak cari kesalahan saya. burger otai..? kakcik belanja ya..t. kasih..hehe

      Delete
  2. chik na yg baca pun rasa sakit hati... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chik Na,

      Sakit hati chik na membaca...sakit hati lagi saya ni yang merasa huhu...kesian saya, chik na... :-(

      Delete
  3. Hurmm..

    U shud fight for your right. Bawak this matter pada top management.yang you perlukan space untuk solat.otherwise boleh panjangkan perkara ni ke RI. For a time being cool yourself down.harus Ada strategy bertindak. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deru Ombak,

      thanks for d advise. U r right..should fight for it. :)
      selalunya macam tu lah...bila rasa geram..sekejap je mcm nak mengamuk..lepas tu cool down.

      Delete
  4. meluahkan lebih baik dr memendam...

    jangan risau, otai tu takkan baca.. sbb dia sentiasa sibuk PERASAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu,

      Otai tu tak baca, tapi my big bos in KL selalu baca blog i.. :p

      Delete
  5. Lebih baik diluahkan, jangan simpan, nanti lama2 meletup. Takkan depa tak boleh sediakan satu ruang untuk staf Islam bersolat? Tak patut sangat eh. Takda ka cara untuk bincang dengan bos mintak ruang tu? Akak doakan semoga segala urusan dik Murni dipermudahkan & semoga masalah ni akan dapat diatasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      So far hanya sempat sembang dengan officemates yang lain. Depa pun takde idea macammana nak settle sebab dia ni orang berpengaruh & paling senior kat situ. Dan mungkin takut kena tempias nya pulak..huhu. t.kasih kak dinas...

      Delete
  6. marah makan, marah makan .. lama-lama nanti bulat !

    saya pun tak respect orang cenggini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakngah,

      lagi marah, lagi banyak saya makan..bulat nya tidak jugak.

      Delete
  7. geram jugak ye...tapi biasalah...mana2 tempat pun sama...ada Otai yg OK...ada Otai yg KO...
    Anyway, be my blogger frens. TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs. R,

      Nice to know u and thanx drop by kat sini ya.
      I've been working for 9yrs..and suddenly menjadi-jadi perangai si otai ni..dulu tak macam ni pun. :-(

      Delete
  8. ermm sabaq cik murni...itu namanya org minta kaki...org camtu lnsg x layak direspect...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FatihaNur,

      sabaq lama dah..huhu. Kalau bagi kaki nanti..chek nak jalan cmna..kaki dah takdak....hehe...loyar buruk kan..

      Delete
  9. Hi Siti, yes, office tentu ada orang ada angin ke chari pasal.
    But often its the fault of the boss for letting things get out of hand, thus causing unhappiness among staff, or tension.
    Supervisors, managers should keep their eyes open for any such situations and nip it in the bud, fast!
    You stay easy, ya....don't let whatever get you down.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,

      Sometimes..boss become the reason, miscommunication happens among staff. u r right.
      thanks uncle...

      Delete
  10. dok 1 bumbung mcm2 prangai yg kita jumpa....trkdg prangai mcm tu boleh buat kita stress....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      kadang2 hal yang sikit2 tu saya pun pejam mata je..tapi ada masanya letih jugak melayan perangai orang macam ni.

      Delete
  11. Woh! Suda lebih itu taik kucen! Akak pernah kena ni. Akak pernah gak keje kat 1 company tu. Bila nak solat, dia bagi guna meeting room tapi muka macam nak marah ja. Last2 akak cari surau terdekat tempat lain. Lepas tu mmg tak diizinkan Allah keje kat situ. Hari kedua keje akak terjumpa sesuatu yang haram yang terpaksa akak handle, serbuk babi. Letak campur2 pulak tu dgn serbuk lain2. Ini semua utk perencah dalam masakan macam mee segera sume tu tau. Apa lagi, berenti keje 24 jam. Saja diorang nak uji kita tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Masyaallah, sampai tahap tu sekali kan diorang nak uji kita. Memang padan benar la kalau kak berhenti sekalipun..tak pasal subahat pulak kan.
      Setakat ni bos dan pengurusan atasan tak pernah bising mahupun tak puas hati pasal solat ni. Diorang tau respek. Yang si otai ni je..suka cari pasal. Rasanya..ada yang dia tak puas hati dengan saya. So semua ni seolah-olah penyebab je.

      Delete
  12. Itu sudah main pijak kepala....kalau kita lebih2 dia kata RASIS......kalau dia yg macam nak berlebih2....apa citer plak erk....siul.... betui....



    Wehhh....JENGOI tu apa wehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      Yalah jebat..kita kalau boleh nak bersatu padu dalam satu syarikat. tak mau timbulkan isu RACIST. Tapi tengok lah apa dia buat. kita tak kacau hal dia pun. melampau.

      JENGOI tu macam MUNCUL la..dah lama hilang tiba2 jengoi..hehe...camtu.. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails