About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, June 17, 2012

Prologue masa lalu

Ada waktunya..semakin kita berlari ke depan, mengejar impian dan kisah akan datang yang buat kita berteka-teki, tak tahu apa bakal terjadi....pada waktu itu lah masa lalu kita datang menjengah.

'Masa lalu' yang pernah suatu masa kita pahat dalam hati supaya kita tak ingat lagi. 'Masa  lalu' yang pernah sekilas kita lupa selari dengan peredaran masa. 'Masa lalu' yang pernah buat kita senyum. 'Masa lalu' yang pernah buat kita menangis. 'Masa lalu' yang mengajar kita erti cinta dan 'masa lalu' yang buat kita tak percaya lagi pada cinta.

Tidak semua masa lalu menjadi sesuatu yang tak baik untuk kita kenang. And part of masa lalu...sebenarnya baik untuk kita ingat...masa lalu yang dapat membakar semula semangat dan harapan yang hampir padam.

Masa lalu yang mengajak kita bangkit setelah kita jatuh dan rasa seperti tak mahu bangun lagi. Masa lalu yang datang pimpin tangan kita keluar dari kegelapan. Masa lalu yang mendorong kita supaya menjadi insan yang lebih baik.



Jangan pernah menolak kemungkinan, cepat mengatakan TIDAK kepada masa lalu kita. Mungkin masa yang dulu, boleh mencipta sejarah baru hari ni..esok ataupun lusa. Mungkin masa lalu tidak seperti dulu..kan? Peluang kedua sentiasa ada untuk sesiapa yang tahu menghargai dan mengambilnya secara bijaksana. Tapi, jangan pula kerana tiba-tiba muncul nya masa lalu membuatkan kita menutup semua pintu lain yang ada.*ni mengata diri sendiri ke ni? haha...

Sebenarnya..seseorang yang dah lama kita kenal mewujudkan sense of comfortable, kenal hati budi, tahu citarasa, sangat fun dan tak boring in communicating...sensitif menghidu rajukan, marah dan kecewa masing-masing. Sudah tak susah menangani. Bukan me'limit'kan pilihan yang ada, bukan berhenti mencari...tapi memang itu lah yang ada di hati sejak dulu lagi.




p/s: pakcik petronas pun masa lalu. tapi perkataan 'kami' tu mewakili dua orang yang sangat rapat, dulu, kini, selamanya kerana pertalian darah. Dan 'kami' tu, walaupun jauh berlari dari 'masa lalu' akhirnya tetap 'masa lalu' yang ada di hati....sama kan? that's why we are niece and auntie! Kalau kelmarin kita lari dari masa lalu tapi hari ni bolehkah kita berjalan bersama dengan nya..?? Insyaallah...boleh..dengan izinNya.



18 comments:

  1. Masa lalu yang pedih itu pun kekadang manis bila dikenang-kenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Hehe..ya, ada masa2nya, kenangan pahit bertukar jadi lawak..tapi walau apa pun ia tetap sebuah memori yang mahal nilainya.

      Delete
  2. Masa lalu mungkin hanya untuk dikenang2 kerana masa tak mungkin akan berulang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      Masa tak mungkin berulang..betul. tapi kalau masa lalu menjengah, kena la bagi kemaafan kat dia. kita tak maksum...tak lepas dari melakukan kesilapan. memaafkan itu lebih baik..kan. :)

      Delete
  3. Akak selalu rasa seriau terutamanya mengenang masa lalu yg byk dosa. Mohon pada Allah agar menjadikan masa lalu itu suatu waktu yg dimaafkan agar tidak perlu kita galas nanti di hari perhitungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Sama kak. tapi takpa..baguih kita kenang dosa kita supaya timbul keinsafan dan taubat kepadaNya. Alhamdulillah..saya dan 'masa lalu' saya tu dah lama saling memaafkan..mudah2an tidak ada lagi yang terpendam di hati hendaknya. Amin.

      Delete
  4. masa lalu tu pengalaman.. jadi tauladan/sempadan

    tapi bila dah macam makchaq banyak yg terdelete sendiri.... memory full..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      Manusia kena belajar dari pengalaman.
      Alamak..memory full, kena tambah ram la macam tu..ehehehe.

      Delete
  5. Baik pahit mahupun manis, waktu tu telah berlalu. Kita terus ke hadapan, dik. Biarkan masa lalu di tempatnya. Namun jika tiba2 sebahagian dari masa lalu itu muncul di depan mata hari ini, pasti ada sebab dan hikmahnya. Kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Ya, betul. Suatu masa dulu kita mungkin menganggap itu pilihan kita yang salah..tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

      Delete
  6. belajar kesilapan masa lalu kan...

    ReplyDelete
  7. Himpunan ceritera masa lalu

    Adalah hembusan nafas hari ini .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deru Ombak..

      tiada yang dulu, maka tiada lah kini...kan..:)

      Delete
  8. Alangkah bagusnya andai sistem otak kita ni macam komputer.. boleh delete perkara yg tak diperlukan.. andaikata ianya benar-benar terjadi, ingin sekali Kak Nida memadam kenangan masa lalu yang memeritkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nida,

      Kalau boleh buat macam tu kak nida..memang ndak sangat ler...:-)
      buang memori yang tak best.

      Delete
  9. masa lalu juga mendewasakan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chik Na,

      Ya, sebab masa lalu yang dilalui kesilapan demi kesilapan itu lah yang membimbing kita supaya tak ulang kesilapan yang sama.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails