Tuesday, July 31, 2012

Dia menyampah kat Siti Murni ka Siti Murni menyampah kat dia...??


Tak tau lah blog siapa. 

Yang pastinya dia menyampah sungguh dengan Siti Murni.

Ahkak sentap yaa uols....tatkala melintasi blog berkenaan yang telah terbiar sepi. Apa ke hea la dia benci sangat dengan Siti Murni..? Siti Murni buat dosa apa la kat dia agaknya....




Is it me..? Siti Murni lain kot nooo...macam lah kita sorang saja nama Siti Murni kannnnn....

Tak kesah la Siti Murni mana sekalipun...I apologize for any mistakes made. Manusia mana tak buat silap. Tidak ada yang sempurna, pasti ada kekhilafan di mana-mana. Ampun banyak-banyak naa...


p/s: Alhamdulillah dah dapat recover balik fail-fail yang hilang pagi tadi. And now, dalam proses mem'back-up', takut kejadian yang sama berulang lagi. Pakcik nak balik dah...yeay!





Everything has gone!


Everything has gone! I sedih ya uols....sedih ni...tolong la jangan gelak. Semuanya telah hilang....tiada ertinya lagi...:-(

U all ingat apa yang hilang....???

Huhuhu....semuanya...! Semua report, paperwork office, personal documents, mp3 lagu sentimental, gambaq-gambaq boypren...semuanya telah hilang dari lappy! Uwaaa....rasa nak meraung bagi satu Penang bergegaq tau! Paling sayang sekali gambar-gambar masa trip Hong Kong, Langkawi, Genting, Turkey, KK, Perlis, Kedah..semua abis. Punah impian I nak memenuhkan album. Kononnya merancang-rancang nak print batch by batch lah...sekarang dah takdo makno eh. Dah la tu, baru je habis download lagu-lagu abang Maher Zain last nite! Tak sempat nak burn into CD. Hancur hatiku berkecai-kecai!

Entah apa masalah lappy ni. Nak kata virus, boleh kata every week buat scanning. Semalam guna okey je. Suddenly pagi ni, bila login user account, keluar error message problem registry, ke local profile setting ape entah. I kalau baca error message ni tetiba je jadi tak paham bahase...ibarat baca bahase jerman gitu! Lepas dua kali restart, dan cuba tukar setting desktop, semuanya tak berjaya, maka jalan terakhirnya, pasrah saja lah!

Now, login through user account dik Na. Ada hikmahnya jugak I belum start buat assignment. Kalau tak double bonanza raungan tu sampai Kedah & Perak la pulak gayanya!


Gambar penghias entry. Gambar-gambar yang tunggu nak published kat blog punah sudah!


p/s: of all those bad things happen today, there's still a thing or two that make my day! Hari ni 31st July kannnnnnnnnn.......maknanya esok....jeng jeng jeng......

Sunday, July 29, 2012

Iftar Ramadhan 9


Menu iftar untuk Ramadhan 9....simple but irresistible! Garlic bread and mushroom soup. Mushroom soup tu just from can..campbells, tanpa editing..hehe. Malas nak add-in button mushroom lagi. But garlic bread tu memang buat sendiri. Just guna roti gardenia. Daripada bazir tak ada orang sudi nak jamah roti di bulan bulan puasa ni, baik buat toast.




Garlic bread ni kalau guna french loaf or baguette lagi laaaa sedap nye. Cuma kalau guna french loaf, kena bakar guna oven lah jawabnya. Dan bab nak guna oven laaaa yang paling tak digemari! Nak mudah, guna je roti gardenia, boleh bakar guna toaster. 

Resipi dia pun simple...kalau mintak orang yang dah sedia terer buat, silap-silap sambil pejam mata je dah siap...hihi...kalau suruh I, still kena celik mata la kanss. Garlic tu rebus dulu sampai dah lembut, then tapis, lumatkan dengan butter, serbuk lada, sedikit garam. Kalau nak cantik & wangi, tambahlah parsley. Kalau tak ada, tak payah bubuh. Macam yang I buat tadi, just sprinkle some mixed herbs..wangi sudahhh..!

Alhamdulillah...rezeki untuk dua orang hari ni...I dengan mak bonda saja. Nanti dah lewat sikit baru ambil nasi. Hidangan kurma daging dan sayur kacang panjang goreng sedia menanti untuk dijamah, cukup sehingga sahur nanti.

Uols...berbuka apa tadi...ce citer..ce citer....


p/s: entri ni didedikasikan buat incik hang jebat & kak linda, as per your request di facebook yaa...:-)




Friday, July 27, 2012

Islamic Relief: Working Together for a Better World


Dah seminggu kita berpuasa, how is it so far...? Ecece...tanya orang kunun..mentang-mentang la tengah 'bendera jepun' kannnn! Letih dan lapar itu sudah sinonim dengan bulan bagi membuktikan kesabaran ni. Tapi di sebalik lapar, dahaga, letih dan lelah tu, pernahkah kita mengalihkan sudut pandang kita ke satu sisi dunia yang lain...?

Rasanya kat Malaysia ni, kebuluran adalah kes yang jarang-jarang kita dengar/lihat. Setidak-tidaknya bumi Malaysia yang subur mewah lagi aman ni masih mampu memberikan sumber makanan dalam pelbagai bentuk.

Entri ni sekadar berkongsi foto-foto, of which, in my opinion..menginsafkan kita yang seakan terlupa dek kerana keasyikan memborong di pasar-pasar ramadhan dan menghadiri majlis-majlis iftar di hotel dan restoran terkemuka. Just for sharing, no prejudice okess...tidak ada salahnya berbuka di hotel..tidak ada salahnya membeli di pasar ramadhan, cuma perlu berhemat dan beringat.



Foto 1:
Food distribution sempena Ramadhan di Murshidabad, West Bengal, India. Murshidabad terdiri dari 70% populasi muslim, kadar literasi purata hanyalah 66%. Kanak-kanak berusia 6yrs below pula adalah sebanyak 12% daripada jumlah penduduk.

Well, u know India...penduduknya yang padat..bandar-bandar dan pekan kecil yang sesak macam sardin..kebersihan entah ke mana, bumi yang panas dan kering...macam dalam pilem-pilem diorang lah kan.

For information, foto-foto ni I cedok dari Islamic Relief, sebuah NGO yang diasaskan di UK dengan misi membantu individu, kumpulan & institusi supaya dapat memupuk safe & caring communities serta membantu golongan miskin supaya dapat berdikari dengan penuh bermaruah! Misi yang dijalankan adalah berasaskan nilai-nilai dan norma hidup Islam. Good isn't it...... ^_^





Foto 2:
Anak-anak Mali! Captured from Islamic Relief Orphan and Child Welfare Project Mali. Walaupun kekurangan...there's a glimpse of hopes..see it through their eyes..kurang tapi masih mampu tersenyum.

Mali adalah negara termiskin di dunia ya tuan-tuan dan puan-puan, dengan kadar kematian bayi yang tinggi, masalah kemiskinan, kebersihan, sanitasi, kekurangan zat, kadar immunisasi yang rendah, shortage untuk medical supplies, masalah dalam sistem pendidikan, kekurangan guru dan material dan macam-macam lagi isu. 90% from Malians are Muslims.

How lucky we are as Malaysians. Alhamdulillah syukur kannnn..




Foto 3:
Gadis cilik sedang mengisi bekalan air bersih untuk keluarganya, bagi meneruskan kelangsungan hidup di bulan Ramadhan. Bekalan air disediakan oleh Islamic Relief. Photo captured in one village in Afghanistan.

Kalau suruh I, confirm pengsan nak angkat bekas air yang sebesar tu..bukan sebekas..berbekas-bekas pulak tu. Yang ni memang confirm 100% kena kat batang hidung sendiri. Dilahirkan dengan kemudahan, pusing je tap pili tu air keluar...walaupun tak la 100% bersih, tapi takde la jenuh nak mengangkut macam ni kan. Itu pun kita bising. Mandi dan ambil wuduk pun kita boleh membazir air sampai lencun. Walhal kat sana nuu...dengan segelas air pun dah boleh berwuduk.

Betapa pentingnya bekalan air bersih...nadi kehidupan, as I mentioned in my older entry. Tanpa air, tiadalah tumbuhan yang hidup subur, haiwan ternakan sebagai bekalan daging, dan kita yang tak bernutrisi.


Foto 4: "Even a smile is charity" -- Prophet Muhammad (PBUH). We know we cite that phrase a lot, but it's so fitting here. Masha'Allah, look at his beautiful smile, brought to you all the way from Siliga camp in Somalia.

This sounds like a campaign, melobi gitu...PRU kan dah dekat...haha....but yes it is. This is part of my effort to help spread the message. Bagi yang berkemampuan, you may channel your donation sempena bulan yang penuh barakah ini ke Islamic Relief (website seperti di bawah). Besides, bagi yang berminat mungkin jugak boleh participate in their fundraising events. Tapi jika tak mampu jugak, sebarkan lah agar orang-orang lain turut sama merasa erti syukur dengan penuh keinsafan. Tak gitu....:-) 

Source:

P/s: Panjang pulak I membebel hari ni eh...sapa larat baca, yang tak larat, chek pun tak bleh paksa.









Wednesday, July 25, 2012

Bila Ramadhan...... shopping baju raya stail dulu-dulu



Bila Ramadhan.... terimbau-imbau lagi nostalgia bulan puasa di zaman kanak-kanak 'kandos' (sebab budak-budak suka makan cekelat kandos). Setiap dua minggu sekali kami dua beradik akan menunggu ketibaan kereta apek ni...tapi tak sama keterujaan menunggu pada awal bulan puasa tauuu...


kereta apek macam dalam gambo ni akan sarat dengan kain-kain ela, kain batik, kain pelekat, baju siap, baju tido, baju dalam....oopps! Hehehe...naughty u! In fact semuanya ada la kat dia...sampai la ke alas meja, cadar dan kelambu...hmmm..mana la tak sarat kereta apek tu kan...





Bila apek masuk kampung....terdengar-dengar la hon kereta dibunyikan sepanjang jalan masuk sampai la kereta dia selamat parking kat laman rumah jiran bertentang dengan rumah kami. Apek tu pilih rumah yang paling luas laman dia, senang nak berjual-beli, dan hampar segala macam kain-kain jualan dia...


Apek sangat efisien, simpan semua rekod-rekod hutang customer dia dalam buku 555 tu...ambik je, bayor ikut suka hati, janji bayor...kalau tak bayor sekali dua tu, apek pun paham. Masa tu banyak orang keja kampung...duit upah tak menentu...yang keja kilang macam arwah abah pun sama.


Bila dia dah hampar kain-kain tu...kami dua beradik yang gedik ni pun ape lagi....kasi pungggahhhh....pilih je mana berkenan lepas tu tunjuk kat mak, mak pikir-pikir sambil garu-garu kepala yang tak gatal..lepas tu try letak kain tu kat badan kami..tengok matching tak untuk anak-anak dia...then baru la beli. 


Excited kemain walaupun kain tu harga morah-morah je. Dan si anak-anak bertuah ni pulak dah dibeli kain, si adik pulak tak berkenan kain yang dia pilih tadi....dia berkenan kain yang akak dia pilih plak! Haruuuu...budak tu suka tau bebal, hempas-hempas kaki...(untut kang baru tau!). Kalau nasib baik, kain ela tu banyak lagi, mak boleh la beli kain yang sama. Kalau nasib tak baik, akak nye ni lah yang mengalah....dia asik moncong sedepa je selagi tak dapat yang dia ndak..! Geram I tau....eiiii.....(boleh geram je la, tak berani tampor..kang dia report sama abah, ahkak jugak yang kena!)


Itu senario kalau masa tuuuu jugak dia tak berkenan....ada jugak sekali raya tu, baju dah siap mak jahit...boleh, baju kita jugak dia ndak...?? Sekali lagi, ahkakkkkkk jugak kena give-up, terpaksa la swap baju kitorang. Nasib baik la dari dulu hingga kini, baju kitorang saiz lebih kurang je...boleh tukar-tukar. Dan ada ketikanya mak terpaksa belikan kain yang sama untuk we all dua beradik, nak mengelakkan daripada bergaduh. Raya dulu-dulu mana ada tema bagai...so, masa beraya dalam kampung tu, glam giler la dua beradik hot ni kan...baju sama! Haha....masa tu langsung tak rasa hot, hampeh je baju sama dengan adik!


Itu cerita zaman sekolah rendah dulu lah, bila dah masuk secondary school dah pandai demand sikit, tak layan dah baju kat apek ni. Mesti nak ajak arwah abah & mak beli baju yang "kellllas kau jah". Dan sekarang ni...dah tuo2 gaya gini, beli ready-made je. Melambak kat shopping complex tu. And as usual, I bukan choosy type of person. Selesa, color sesuai, tak pricey sangat, yang itu lah yang I rembat. Malas nak pikir stail-stail bagai. Dannnnn....kalau dulu bergaduh pasal baju, sekarang pulak we all memang ada mutual understanding pasal baju. Kadang-kadang, boleh tukar suka sama suka...contract seminggu, dua minggu...hehe..lepas tu tukar balik...provided saiz yang we both boleh pakai lah. Ternyata sekali darah yang sama mengalir dalam tubuh we all......same taste..!

 
Anyway, very the nostalgic kan...budak-budak zaman sekarang ni mana rasa dah semua ni..those born in 70's and 80's kalau bernasib baik, merasa la kenangan macam ni. Pengalaman u all pulak macammana yer...ce citer..ce share kat sini...nak gelak sama-sama. :D





Wordless Wednesday #32: Sup terbaek 'Pulau Mutiara'









Tuesday, July 24, 2012

First Challenge Has Begun


Tediaaaa......my first challenge! Setebal 474 halaman occay. And progress as at todate...baru masuk halaman 31. Chapter 1 pun tak habis lagi. Yang ini modul kedua yang I sentuh selepas bergelar siswi. Modul pertama, Hubungan Etnik, so far tidak menyebabkan I terasa tegang urat kepala but when come to this one...masyaallah...entah berapa kali tersengguk kat meja, atas katil, atas sofa....dan mendatangkan denyutan melampau di kepala selama dua hari berturut-turut.




So, hari ni, I mulakan dengan approach yang agak berbeza berbanding last 3 days. Pasang CD slow and instrumental.... and alhamdulillah..khusyuk berbanding biasa.


Ini baru cabaran pertama, Siti Murni. A lot more to come. Sabar. Tenang. Ingat tauuuuu.....u r still the same person yang tak pernah takut to strive harder..and will always inspired dengan kejayaan orang lain. Ingat tauuuuuu.....



entry mode: menguatkan hati dan perasaan sendiri...
p/s: Pakcik, I need your support!!!!!!! balik la cepat...






Monday, July 23, 2012

Snapshot: Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-MuDi Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu by Hasrizal Abdul Jamil

My rating: 4 of 5 stars


rentetan perjalanan hidup Ust. Hazrizal di UK yang digarap dengan baik sekali. Membawa pembaca bersama merasai pengalaman suka duka...all the ups and downs di London, Belfast, Galway. Tertarik dengan pengalaman ust. sebagai tahanan imigresen dan sebagai imam di Belfast Islamic Centre. Full of knowledge, high in emotion.



**************


Dah lama habis baca buku tulisan Ustaz Hasrizal ni..tapi tak sempat nak buat entry kat blog. Seperti biasa..menyalahkan masa, sedang diri sendiri yang tak cekap mengurus masa.

Beli dua buah buku, termasuk Ensiklopedia Amalan Muslim masa Popular buat sales promotion last june. Dapat lah 20% discount for each naskhah tu..Alhamdulillah. ^_^






Anyway, memang tak pernah menyesal beli buku travelog Ust. Hasrizal ni. Ditambah pulak minat I yang semakin menebal dengan karya travelog. 

Macam-macam perasaan datang sewaktu membaca 'Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu'. Even in certain part of the book, airmata boleh mengalir. Sebak. Banyak pelajaran yang boleh diambil dari pengalaman dan ujian kehidupan di rantau orang. 

Kisah berkisar di sekitar kota Belfast, London dan Galway. Keseluruhan buku memang menarik, dari zaman bergelar siswa di Jordan, pekerja restoran di London sehinggalah ke zaman bergelar suami dan bapa. 

Tapi antara yang banyak memberi kesan, kisah keperitan menjadi tahanan imigresen di Glasgow gara-gara visa expired dan pengalaman menarik menyandang tanggungjawab sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, juga pengetua di Belfast Islamic School. 

Bermacam-macam kisah -- mengislamkan saudara baru, menangani pelajar dyslexia, isu perkahwinan wanita muslim dengan ahli kitab...and kagum sangat sesi soaljawab ustaz dengan paderi arab yang datang dengan tuduhan ustaz telah 'memurtadkan' penduduk tempatan!

In fact..memang best lah! Tak larat nak cerita semua kat sini. Sila beli or boleh baca tentang buku ni di saifulislam.com...okesss... :-)


p/s: tak terlambat lagi kan nak ucap -- Salam Ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kita kali ini dirahmati dan diberkatiNya. Amin.



 

Thursday, July 19, 2012

Mee Kuah bersos mood ditutup bercampur-campur


Ramadhan nak 'jengoi' dah. Bermakna sesi tayang makan cuma boleh berlangsung lepas waktu berbuka saja la ya..hehe..no more tayang mayang bagai. Kisah Mee Kuah ni nak kata entry penutup sebelum Ramadhan pun boleh jugak la. Nanti dah tak boleh post di siang hari, kesian, boleh menimbulkan godaan melampau kat orang yang berpuasa dan yang tak berpuasa..ekeke.




Hari ahad lepas bonda buat Mee Kuah ni..just gunakan daging je. Sebab tau anakanda dia yang sorang ni tak boleh makan udang & sotong. Terharu I....sebak gitu. Mee Kuah kalau buat sendiri ni memang mewah dengan aksesori..tomato la, daun bawang la, sawi, fishball, fishcake..tauhu..tauge. In fact, segalanya cukup rasa lah. Kat restoran pun tak dapat macam ni punya rich with garnishing.


******************


Current mood -- macam-macam ada, macam Astro! 

Bengang -- dengan kaki mengungkit. Buat baik, niat kena ikhlas, jangan mengungkit. Allah akan memberkati orang macam ni. Tapi kalau setakat buat baik tak banyak mana, mengungkit pulak lebih, bagi pulak orang yang teraniaya tu menangis, sakit hati dan sebagainya....nanti-nanti jawab la kat sana naa. Bila marah berpada-pada. Buat baik tak rugi sebenarnya, jadi jangan kondem orang cuba jadi baik dan berlemah-lembut. Itu kan nilai MURNI gitu!

Terawang-awang -- seronok dapat mimpi pakcik Petronas..gue kangen bangat sama kamu! Nasib baik la nampak wajah kesayangan hamba tu dengan jelas....terubat la sikit. Tak lama lagi dah nak August. Tapi, dalam mimpi tu ada sedikit lawak. Ini lah akibatnya kalau dirundung rasa bersalah. Pesanan kepada diri sendiri, lain kali jangan nak engkar tak tentu pasai kat calon somi pakcik.

Kejutan Budaya -- masih belum dapat menyesuaikan diri dengan status baru. Memang cabaran sangat nak meletakkan satu-satu tempoh masa yang tertentu, ikut jadual untuk menelaah modul. Ditambah dengan emosi yang terbeban memikirkan hal tugasan, kerja di pejabat, kursus luar, keluarga, kewangan...uwaaa..macam nak pecah kepala. Apa2 pun..harus teneng2 aja kok...nggak mau sih ribut-ribut. Balik rumah malam nanti kena duduk dan sort one by one dengan tenang. Insyaallah.



Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday #31: Beruk Makyeh Kesayangan Saya











Monday, July 16, 2012

Insta #5: Kuetiau Kuah, Roti Pisang wit Kuah Kima & the superb Nasi Campur


Minggu orientasi memang kelaparan..! Cafetaria sekitar kampus dibuka tapi pekerja dan menu yang disediakan tak berapa nak meriah. Memandangkan kampus hanya dibuka untuk pekerja dan siswa-siswi PJJ sahaja, sedangkan siswa-siswa sepenuh masa masih lagi dalam cuti sem. Bayangkan nak beli sarapan nasi lemak @ bihun goreng je kena beratur setengah jam..baru la dapat beli.




Lewat petang hari rabu tu, lepas habis sesi taklimat dekan di DTSP, I dengan dik Na menapak la cari makan, Perut lapo! Just redah je mana-mana restoran area Sg. Dua tu. Nasib baik la depan entrance je Restoran Berkat Permai ni. Alhamdulillah...sedap jugak rasanya. Mungkin sebab lapo sangat kot...ekekeke...2 bowl of kuetiau kuah daging + watermelon juice + fresh orange = RM 14.00. Kenyang sampai malam sebab kuetiau dalam mangkok ayon tu dengan isi daging memang banyak sangat-sangat, okey. Ada orang tu kannnnn....tengok tomato dalam mangkok ayon pun sebak, teringatkan incik somi. Tak ada orang curi tomato dia hari tu...katanya ler!

Setelah insiden beratur setengah jam di cafetaria pagi khamis tu dan menyebabkan kami terlewat 5minit untuk masuk ke dewan, maka..pagi berikutnya, we all telah belajar dari kesilapan. Stand-by gardenia butterscotch dan bawak turun makan kat cafetaria..order air panas je..ekekeke...harusssss lah bijak..!




Pagi sabtu we all diberi rehat sekejap. Dapat la balik rumah kat Sir Hussien, bukak kedai dobi adanya..hehehe. Cuci baju untuk stok beberapa hari. Taknak la bawak balik baju busuk untuk mak bonda cuci..kesian dia. Sebenarnya, boleh je cuci kat desasiswa, tapi we all berdua ni bukan pemberani sangat orangnya. Pegi toilet pun siap berteman bagai. Errk..nak cerita breakfast, tapi terkeluaq topik pulak! Ni haaa....roti pisang dengan kuah kima. Menu santapan we all kat Restoran Wawasan Mutiara, bawah Komtar. Port breakfast dik Na saban pagi hari bekerja. Mamak kat restoran tu siap hafal nama adik I tu..hahaha..mesti dia pun pelik gitu tak nampak batang idung 'anak tiri' dia buat beberapa hari..! Nak bagitau..kuah kima dia sangat best. I pun jatuh chenta dibuatnya...! Daging cincang yang dimasak ala-ala rendang dan diletakkan sekali kacang peas. Wallla sangat! Roti Pisang + Kuah Kima + Roti Telur + Daging Hitam + Teh Ais + Kopi = RM 4.80 sahajeee.. :-) Ceria pagi sabtu I..dapat kopi....hahaha...seminggu tak dapat tauuuu!





Yang ni pulak makan tengahari hari ahad sebelum balik ke rumah...orientasi dah tamat. Balas dendam secukupnya. Pari Bakar + Ayaq Asam + Ulam Kacang Botol + Sup Sayur Petola...taruk kuah gulai! Hmmm...mak mentua lalu kot belakang pun tak perasan macam ni punya stail. Makan kat Sg. Pinang, gerai Mama Nasi Campur. Pricey gila..! Memanglah sedap, tapi akak tu kira stail cincai je. First dia kira yang dalam pinggan adik I..bergedil + ikan kembung bakar je pun...RM 6.00. Then we all suruh dia kira sekali yang dalam pinggan I pulak..RM 7.00. Tapi tiba-tiba time nak bayar yang RM 6.00 terus jadi RM 4.00... huhu...kira harga borong ke hape akak ni. Kalau nak cari pasal la..macam nak suruh je dia congak satu demi satu harga lauk ngan sayur tu...tapi, tak mau cari gaduh je, customer tengah ramai.





Sunday, July 15, 2012

Back to school

Esok dah last day orientasi! Yippie! Just need to attend orientasi perpustakaan, ambil modul & kad matrik..then settle kan a few things kat PPPJJ and lepas tu..dah boleh balik peluk cium bonda, boleh guling-guling atas katil dengan bantal bucuk!


Beg sekolah....hehe

Kitorang pun ada beg sekolah tau! Jangan tak tau...hehe...:D Beg ni je yang memudahkan pergerakan masa orientasi. Semua pun boleh throw dalam beg tu. Malas nak berhangkut handbag dengan fail-fail bagai. Dugaan di hari pertama pendaftaran memang banyak sangat mengajar. Dugaan beratur panjang...dugaan menapak jalan bukit bukau dengan kaki tersarung 'wedges' dan bukannya sandals ataupun sport shoes, dugaan beratur setengah jam di cafetaria untuk breakfast, dugaan tunggu bas komuter dan kadang-kadang menyebabkan lewat masuk dewan.......namun semuanya dugaan yang bersifat sementara. Semua dugaan ni masih belum melunturkan semangat I..mudah-mudahan tidak akan yaa..:-)


Our room for 5 days, blok K03 Desasiswa Aman Damai

And..you know what is the best part..? The best part is..we never expect that we will end up furthering our studies together..! We..? Yup..me and my sis..dik Na. I'm 6 yrs older..and now I study sekali dengan dia. Same course with different major. Memilih Ekonomi sebagai kursus major pun satu cabaran. Diberitahu masa kuliah pengenalan kelmarin that for this sidang akademik 2012/2013, hanya 10 orang yang pilih major Ekonomi. I don't know whether this is an opportunity or a threat. Langkah tak goyang..just because I memang minat ekonomi...among subject yang I boleh score "A" since secondary school until my diploma. And hopefully, kali ni pun boleh!!! Aminnnn. And my adik, memilih bidang Antropologi & Sosiologi, masih lagi di bawah kursus Social Science. Ada a bit seronok and weird feeling study sekali dengan adik.


Dewan Tuanku Syed Putra

Di DTSP ni lah kami mendengar satu demi satu taklimat dan DTSP juga yang menjadi saksi ikrar kami di hadapan Naib Canselor, para Dekan dan pensyarah...ecece...


Taklimat Dekan - 11th July 2012

Ada rasa hiba, sebak dan syahdu gituu..di pagi jumaat yang mendamaikan sewaktu bacaan doa diadakan untuk memulakan majlis ikrar. Meleleh ayaq mata...cepat-cepat sapu lepas habis doa. Takut orang nampak..! Masa tu, yang ada dalam hati hanyalah ingatan kepada arwah abah. Now, it's the time for me to fulfill my long lost dream.


Majlis Ikrar - 13 July 2012

Sentimental kansss....apa nak buat, memang dah begitu by nature. Take it or leave it. Tak paksa kalau tak suka.

Next week and another week ahead, bakal bermula lah rutin menjelajahi portal campus online. It will replace waktu keudara di facebook..ngee! Tugasan antara misi penting sebagai siswa/siswi dan menyeimbangkan masa antara karier dengan pelajaran juga bukan satu tanggungjawab mudah. Semester pertama inilah medan ujian. Mudah-mudahan terus diberikan kesihatan yang baik, kekuatan dan ketabahan hati menempuh kehidupan bergelar anak, kakak, pekerja dan pelajar dalam satu masa..amin.




Thursday, July 12, 2012

Gath "makan-makan" yang entah kali ke berapa @ Boy Burger, Penanti

Update cerita last friday. Lama benor ambik masa nak update...kesibukan melanda. Ini pun sempat update sebab dah tengah malam. Hari ni dah bermula langkah pertama I sebagai siswi PJJ di kampus induk USM. Orientasi bermula. Letih dengan hal pendaftaran. Tengok sehari dua lagi I buat entry pasal minggu orientasi ni. 

Now nak story pasal gathering "makan-makan" di Boy Burger, Penanti..hari jemaat malam sabtu yang lepas. Punya lah banyak gathering, dah tak ter-follow gathering kali ke berapa. It just me je yang asyik meng'absent'kan diri atas sebab-sebab kesihatan dan sebagainya.

Hopefully, tak ada la di kalangan member yang berasa hati or what...lagipun join event @ group ni semua just for fun & expand social network..erat silaturrahim gitu. Masa berkesempatan, tak ada yang menyekat boleh la join.

Lets the pictures do the talking, okeh...



Would like to thank Boy Burger untuk event malam tu, menyediakan tempat, servis dan sponsor burger yang kaw-kaw belake during that night. Dan...siap sponsor burger yang I and my sis tapau malam tu. *gambar paling bawah kiri, yang tengah-tengah tu la big boss nyer! Thank you so much. Moga-moga dimurahkan rezeki dan bertambah maju bisnes nya yer. 

For info, selain outlet di Penanti..boleh lah kalau nak merasa keenakan burger with special sambal bilis beliau di outlet Boy Burger di De Pauh Garden, Permatang Pauh dan jugak di Bertam Putra.


That's all for now, I guess....letih sangat-sangat. Need to get my beautiful sleep. Insyaallah, will update soon.

Daaa...



Monday, July 9, 2012

Bila lagi nak makan nasi minyak...

Kelmarin tengahari, nyongket gi umoh kenuri..umoh kawan bonda...nuuuun kat Permatang Pasior Pasir. *Yong Halima, chek pinjam sat perkataan 'nyongket' tu yer..hehe.

Pergi bertiga..wit bonda and dik Na. Kawan mak nyambut menantu perempuan yang kedua rasanya. Tahniah kat pasangan mempelai..Shaifullah & Nurul. *Gambor pengantin tengah makan beradap..lupa nak snap! Kelam kelibut nak balik, ada tetamu kat rumoh.

Sesekali tu memang datang teringin nak jamah nasi kenuri. Apa lagi, pucuk dicita, ulam mendatang. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Memenuhi undangan tu pulak kan dah jatuh hukum wajib gitu..! 




At first, ada jugak expectation..kot-kot hidangan gulai daging batang pisang termasuk dalam juadah yang bakal dihidangkan untuk tetamu masa kenduri tu, tapi apakan daya, nan hado! Apa yang orang hidangkan, makan sajalah..mengada pulak kan..! Hehehe...apa pun, nasi kenduri dengan air sirap memang wallla! Ndak-ndak kalau dah lama tak dapat jemputan makan nasi minyak kan...




Tapai Pulut yang delicious sangat. Sayangnya, I makan sebungkus saja tapi kesannya amat mendalam. Alah rupanya dengan Tapai Pulut ni. Dah la lama tak pekena..sekali pekena, terus bersin, selsema bagai.



Laksa pun sama, tak boleh makan. Layak ambil bau je. Nasib baik la tak datang teringin yang amat sangat tengok bonda & dik Na makan laksa kelmarin. So far, alhamdulillah...bab-bab pantang makan ni memang boleh berdisiplin. Demi kesihatan sejagat la katakan.



Sunday, July 8, 2012

Insta #4: Rosebud Tea & Wantan Mee




Here it is...pink rosebud tea from Paqis France. Orang kata minum rosebud tea ni bagus untuk kecantikan kulit *natural beauty katanya, helps to relieve menstrual pain and digestive problems. Orang yang kata..maybe betul la tu kot. For me, I just simply love the aroma...wangi gitu! Rosebud tea ni hadiah dari RHB Bank untuk our sales team. So, dapat la I enjoy the light taste and flowery aroma dari rosebud tea ni di pejabat. Boleh brew macam tu saja or else can mix with other types of tea...macam black tea ke. Price per packet kalau dibeli secara online lebih kurang RM 10. Tercari-cari jugak tempat untuk beli rosebud tea ni rather than beli online...uols tau tak mana nak cari ek..? Dah fall in love ni.....




Last friday, mood nak makan nasi memang hilang sama sekali. Tekak rasa nak jamah makanan ala-ala cantonese gitu. So, pergi la mencari Wantan Mee versi halal...tak ada char siu naaa..! Just chicken slices and fishcakes..yang pastinya sedap sangat! *untuk tekak orang tak berapa sihat

Macam tak cukup sepinggan lahhhhh...tapi takkan lah nak order 2nd round pulak kan.....kang ada orang cakap membela pulak..huhu...tak sayang mulut! Yang dikatakan tak cukup sepinggan sebab a day before tak ada selera makan, just makan buah..mana la nak kenyang...kannnnn....~ walaupun makan sendirian...lone ranger gitu...layan je jugak. Dah terbiasa ke mana-mana pun sorang, apa nak dihairankan sangat.

Now, nak siap-siap gi nyongket umoh kenuri....moh le.....


p/s: balik la cepatttttttttt.........:-( nak mengadu ni...






Friday, July 6, 2012

Insta #3: Spicy Vege Penne Pasta & Cheesy Bites Steak Pizza


It's been 3 days home alone. Bonda ada overtime work @ PSP, my Azri pun dah back to work yesterday.............so, there's no difference macam living single gitu. Kena sendiri masak, sendiri makan....sedihhhhhh.... :-(

Di kala bonda tak ada, boleh pulak I buat keja macam lipas kudung...lipas kudung yang efektif gitu..ko ade? Haha...kain baju berbasuh, berlipat, berkemas, air teh pun siap dibancuh, air masak pun memang ready je kat thermos tu, pinggan mangkuk kat sinki semua clear...no backlog at all, pokok-pokok kat balkoni je terlupa nak siram and most of all, perut lapar kena masak sendiri. Apa-apa pun alhamdulillah..kesihatan getting better untuk 3 hari ni, dapat lah tolong apa-apa yang patut kat rumah tu.



Kelmarin petang berperanglah dengan kuali dan periuk...keletung keletang anak dara yang kononnya efektif tu kat dapur. Masak apa yang ada je la labu.....*suka-suka kata orang labu kannnn...

Spicy vege penne pasta inspired tah dari mana. Lepas solat maghrib baru la makan.....tengok kemain lagi presentation, rasa...takat boleh tahan je, resipi main baling campak, acceptable la kan. Menyesal pulak letak ranting suri / daun saderi banyak-banyak..bau daun tu dah spoil the taste! The rest..cukup pedas dan garam perasa. Takpe..don't ever give-up....next time, kita olah lagi resipi ni. Even masterchef pun once dari zero knowledge jugak kannnnnn *statement menyedapkan hati sendiri.

The ingredients is very simple..beef sausage, salt, olive oil *kalau takde, minyak masak seri murni pun ok...chilli sauce, chilli paste, sikit rempah daging, broccoli, carrot, penne pasta of course, tomatoes, onions, daun bawang & sikittttttt daun saderi...tamo banyak2 yer, kang tak sedap. Campak je semua dalam kuali...sampai masak...wahahaha...macam tak ikhlas je bagi resipi kannn! As usual lah, tumis segala rempah mak nenek bagai dengan cili & bawang tu...then masuk je bahan2 lain. As simple as that.



Yang kat atas ni..dah tentu-tentu lah bukan I masak sendiri. Ni masak kat restoran Pizza Hut..heheheh...ada gak nak kena sekeh kan? Cheesy Bites Steak Pizza yang baru....u all dah rasa ke..?

It's last week, can't remember the date tapi memang dinner together dengan mak bonda & Azri. Eating out during weekdays memang jarang I buat. Sebetulnya, malas nak naik turun rumah-kereta, nak bersiap bagai...satu hal lagi, bila balik susah nak cari parking..tak suka..tak suka! Ini pun just co-incidence keluar untuk beli barang-barang keperluan dapur. Kalau tak..I'd prefer stay at home je..maklumlah.....umur dah kian lanjut ni kan, tak kose nak berpoya-poya kat luar...takde pekdah dek non!

That nite, we all order yang chicken steak. Sedap tang steak chunks and cheese lah of course. Maybe kalau ambik beef, rasa lagi ummphh kot. Beef kan lagi manis dari chicken. Pizza Hut punya western menu je belum cuba lagi....urmmm...dok berkira-kira dah ni..bila nak pegi lagi.....




Thursday, July 5, 2012

Nadi & therapy

Sepetang di Penang Municipal / Youth Park.....


Sejuk dan mendamaikan. No senaman, no jogging, no exercising..no hiking. Cuma hirup udara segar, jamu mata dengan kehijauan alam...dengar bunyi air mengalir.....nadi hidup~that's it.



Kalau pegi mana-mana..jangan lah terjumpa water fountain....memang melekattttt kat situ! Boleh layan termenung berjam-jam lamanya. Khusyuk pulak tu. Dengar bunyi air pun macam therapy jugak. Ada satu ketenangan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.


p/s: 
masih mencari-cari port sunset dulu-dulu..zaman duet lagu 'Senja Nan Merah' dengan abang 'sawi' yang kini masih berada di Yokohama. Ada bahagian darinya seperti sudah amnesia...perlu digali sampai jumpa supaya lebih mengerti jauh di lubuk hati nan sekeping ini.

Tuesday, July 3, 2012

An apple a day keeps the doctor away

Rich in anti-oxidant and vitamin c, besides good for skin and immune system, ia menyokong kesihatan paru-paru dan baik untuk mengawal asthma, 5 biji epal atau lebih seminggu. Ia jugak tinggi serat dan dapat mengurangkan risiko colon cancer, prostate & breast cancer. Sifatnya yang low in calory dan mempunyai gula boleh menghilangkan keinginan dan ketagihan terhadap coklat dan candy. Epal mengandungi phenol yang boleh memusnahkan kolestrol jahat dan menambahkan kolesterol baik. Juga ada phytonutrient, baik untuk kesihatan otak dan mengelak penyakit seperti Parkinson & Alzheimer. Bagi mendapatkan jantung yang sihat serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular ni, makan lah epal sebab it's rich with flavonoids.




And most of all -- ia sedap sangat!

Tapi...tu la kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn......dulu-dulu ketegaq, tak mau makan buah. Arwah abah tiap-tiap bulan lepas dapat gaji, mesti beli buah epal merah ni. Penoh kasih sayang nak bagi anak-anak makan supaya sihat dan membesar bagai johan. Tapi, anak-anak..nampak buah epal merah siap juih bibir...cemuih kata nya. La ni...baru ada akai. Tak reti nak bersyukur, maklumlah..nangoi lagi waktu tu. 


Red Delicious, Fuji Apples, Royal Gala, Granny Smith *epal hijau!, Pacific Rose.....this is among the varieties...from 7,500 in total yer..banyak kan!?!

Walau apa jenis epal sekalipun, jangan sampai terjadinya tragedi buah epal sudah!! *tangan terhiris masa potong epal...last year I guess!


p/s: where's the apple of my eye...?

glosari:
nangoi = budak kecik, tak matang.




Monday, July 2, 2012

Semoga kekuatan ini berpanjangan

Rindunyaaaaaaaaaaaaaa nak conteng-conteng kat blog ni! Dah banyak hari sepi tak ber'update' kerana keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan..mood pun jadi terbantut.

Baru beberapa hari Allah tarik nikmat makan, bercakap...terus jadi murung, semangat pun down..belum lagi ditariknya nikmat melihat..mendengar...subhanallah.

Hidup solo single mingle ni lebih teruji dalam waktu-waktu sakit macam ni, tak ada orang nak ambil berat, takde orang sudi nak tadahkan telinga mendengar rintihan. Maybe that's why la keluarga dan kawan-kawan asyik mendesak supaya cepat-cepat kawin. Kahwin boleh selesai masalah ke..? Kahwin boleh kurangkan sakit..?

Entah...for me, sakit itu kifarah dosa. Kahwin bukan jalan penyelesaian untuk masalah sakit ni. Allah berikan ujian supaya kita jadi manusia yang bersyukur dan tidak menyombongkan diri. Ada orang kahwin, time sakit, asben/wife tak peduli...pun ada. Takdir tiap-tiap manusia tak sama. Buatnya takdir tertulis jadi bini no. 2, sudah dapat dibayangkan..tak akan ada masa yang 100% occupy for me, maybe selalu berjauhan dan dah tentu-tentu tak tinggal sekali. Oleh itu, conclusionnya berharaplah dan memohon lah hanya pada Dia...maha penyembuh. Eh..apesal I sebut bini no. 2........???? huhuhuhu....



Sakit kena cucuk masa buat blood test hari tu taklah seberapa sangat..dibandingkan sakit sinus yang sedang I face sekarang ni. Dah tiga kali ke klinik, termasuk the latest by lunch time today. Mudah-mudahan lepas habis orientasi dapat lah mintak doctor untuk terus rujuk I ke pakar ENT..dan berharap agar tak ada yang serius melangkaui kemampuan I sebagai hambaNya..nauzubillah.

At this moment...hanya mak bonda & adik menjadi sumber kekuatan I. Hanya dengan memandang wajah-wajah mereka, cukup untuk menyuntik semangat. Mohon kekuatan ini berpanjangan demi orang-orang yang I kasihi dunia & akhirat. Amin.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails