About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, July 15, 2012

Back to school

Esok dah last day orientasi! Yippie! Just need to attend orientasi perpustakaan, ambil modul & kad matrik..then settle kan a few things kat PPPJJ and lepas tu..dah boleh balik peluk cium bonda, boleh guling-guling atas katil dengan bantal bucuk!


Beg sekolah....hehe

Kitorang pun ada beg sekolah tau! Jangan tak tau...hehe...:D Beg ni je yang memudahkan pergerakan masa orientasi. Semua pun boleh throw dalam beg tu. Malas nak berhangkut handbag dengan fail-fail bagai. Dugaan di hari pertama pendaftaran memang banyak sangat mengajar. Dugaan beratur panjang...dugaan menapak jalan bukit bukau dengan kaki tersarung 'wedges' dan bukannya sandals ataupun sport shoes, dugaan beratur setengah jam di cafetaria untuk breakfast, dugaan tunggu bas komuter dan kadang-kadang menyebabkan lewat masuk dewan.......namun semuanya dugaan yang bersifat sementara. Semua dugaan ni masih belum melunturkan semangat I..mudah-mudahan tidak akan yaa..:-)


Our room for 5 days, blok K03 Desasiswa Aman Damai

And..you know what is the best part..? The best part is..we never expect that we will end up furthering our studies together..! We..? Yup..me and my sis..dik Na. I'm 6 yrs older..and now I study sekali dengan dia. Same course with different major. Memilih Ekonomi sebagai kursus major pun satu cabaran. Diberitahu masa kuliah pengenalan kelmarin that for this sidang akademik 2012/2013, hanya 10 orang yang pilih major Ekonomi. I don't know whether this is an opportunity or a threat. Langkah tak goyang..just because I memang minat ekonomi...among subject yang I boleh score "A" since secondary school until my diploma. And hopefully, kali ni pun boleh!!! Aminnnn. And my adik, memilih bidang Antropologi & Sosiologi, masih lagi di bawah kursus Social Science. Ada a bit seronok and weird feeling study sekali dengan adik.


Dewan Tuanku Syed Putra

Di DTSP ni lah kami mendengar satu demi satu taklimat dan DTSP juga yang menjadi saksi ikrar kami di hadapan Naib Canselor, para Dekan dan pensyarah...ecece...


Taklimat Dekan - 11th July 2012

Ada rasa hiba, sebak dan syahdu gituu..di pagi jumaat yang mendamaikan sewaktu bacaan doa diadakan untuk memulakan majlis ikrar. Meleleh ayaq mata...cepat-cepat sapu lepas habis doa. Takut orang nampak..! Masa tu, yang ada dalam hati hanyalah ingatan kepada arwah abah. Now, it's the time for me to fulfill my long lost dream.


Majlis Ikrar - 13 July 2012

Sentimental kansss....apa nak buat, memang dah begitu by nature. Take it or leave it. Tak paksa kalau tak suka.

Next week and another week ahead, bakal bermula lah rutin menjelajahi portal campus online. It will replace waktu keudara di facebook..ngee! Tugasan antara misi penting sebagai siswa/siswi dan menyeimbangkan masa antara karier dengan pelajaran juga bukan satu tanggungjawab mudah. Semester pertama inilah medan ujian. Mudah-mudahan terus diberikan kesihatan yang baik, kekuatan dan ketabahan hati menempuh kehidupan bergelar anak, kakak, pekerja dan pelajar dalam satu masa..amin.




20 comments:

  1. Subhannallah ...
    baca cerita awak , ada sedih, suka duka ..
    teringat zaman saya belajar dulu-dulu-duluuuuu.....

    semangat okess... mmuach

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Linda,

      Alhamdulillah...masih bersemangat...malam ni dah boleh start baca modul.. :-)

      Delete
  2. Salam Dik Murni

    Wahhhhh.....mashuk sekolah dah.....semoga berjaya mencapai cita2. Kuatkan semangat, pejam celik pejam celik nanti cepat jer abih tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Seorang Pengembara,

      Thanks kak.. :-) itu lah..mudah2an 4 tahun mendatang ni cepat berlalu..dan dapat dilalui dengan kuat & sabar..amin.

      Delete
  3. Bravo dik Murni, selamat kembali ke alam pengajian! Tabiklah! Memang besar cabaran buat PJJ gini, kena galas banyak tanggungjawab pada masa yg sama, jadi akak doakan semoga segala urusan dik Murni dipermudahkan olehNya, amin!

    Akak tau konpem Murni akan belajaq rajin2, mesti punyalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Macih kakak :-) nanti kalau chek ter'merungut' malas..tension atau sebagainya bawak2 la teguq chek naa...betapa susah payahnya baru dapat cont. dgn PJJ ni...tauu..ingat tau..teguq chek naa..jangan malu2..kak dinas, chek anggap macam kakak chek sendiri...kalau adik tak betui..kakak kena teguq..okess.. :-)

      Delete
  4. Selamat bersekolah semula...don play play aaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harrizam,

      terima kasih...:-) play sikit2 takpa kan...ekekeke

      Delete
  5. Assalamualaikum wbth...

    Salam perkenalan dari
    TiranaAduka...
    Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..

    From TiranaAduka.....: Sakit Itu penghapus Dosa..

    Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....

    Wasalam..
    Ikhlas,
    TiranaAduka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TiranaAduka,

      Wkmsalam..salam perkenalan jugak utk awak. insyaallah..ada masa nanti sy melawat ya..

      Delete
  6. best nye study sekali dgn adik...akk teringin sgt dulu2 tp terpaksa study sorang2...sebab adik adalah kawan baik yg paling terbaik..akak takde kawan yang terbaik selain adik except kawan yang dah meninggal duni baru-baru ni...good luck yea both of you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      setuju statement kak tiha.adik selalunya adalah kawan baik yg paling baik.
      terima kasih kak...

      Delete
  7. Tahniah....carilh ilmu selagi kita mampu....rakan2 guru di sk akak pn ramai yg sambung blajar utk dptkan master n phd....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      Thanks kak...tengok school postgraduate pun ramai org...seronok kan...yg bt master n phd pun dah semakin ramai bilangannya sekarang.

      Delete
  8. saat paling best dalam hidup ialah ketika menjadi student. so, jangan sia-siakan masa keemasan ini.

    guna sebaiknya untuk kebaikan dan kebajikan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      terima kasih atas nasihat tu..kalau saya terlupa..selalu2 lah ingatkan saya..ya...

      Delete
  9. Replies
    1. Nort...

      lama tak nampak..mana hilang..? terima kasih...

      Delete
  10. Teringat akak masa hari last orientasi di UPM tahun 1990. Jauuuuuh flashback. Memang sebak masa baca ikrar dan kemudian timbul pulak semangat berkobar2 utk jadi pelajar cemerlang. Tahniah, dik. Semoga Allah permudahkan adik dan your sis mencapai kecemerlangan dalam pengajian utk kali kedua ini.

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan..jaa pun wat pjj usm gak hari tu...kita sama la kan? sidang 2012/2013. amik course ape? ada gak jaa wat entry psl orientasi pjj dulu..hehe...

    http://www.jaakechik.com/2012/07/hari-pertama-orientasi-usm.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails