About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, July 9, 2012

Bila lagi nak makan nasi minyak...

Kelmarin tengahari, nyongket gi umoh kenuri..umoh kawan bonda...nuuuun kat Permatang Pasior Pasir. *Yong Halima, chek pinjam sat perkataan 'nyongket' tu yer..hehe.

Pergi bertiga..wit bonda and dik Na. Kawan mak nyambut menantu perempuan yang kedua rasanya. Tahniah kat pasangan mempelai..Shaifullah & Nurul. *Gambor pengantin tengah makan beradap..lupa nak snap! Kelam kelibut nak balik, ada tetamu kat rumoh.

Sesekali tu memang datang teringin nak jamah nasi kenuri. Apa lagi, pucuk dicita, ulam mendatang. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Memenuhi undangan tu pulak kan dah jatuh hukum wajib gitu..! 




At first, ada jugak expectation..kot-kot hidangan gulai daging batang pisang termasuk dalam juadah yang bakal dihidangkan untuk tetamu masa kenduri tu, tapi apakan daya, nan hado! Apa yang orang hidangkan, makan sajalah..mengada pulak kan..! Hehehe...apa pun, nasi kenduri dengan air sirap memang wallla! Ndak-ndak kalau dah lama tak dapat jemputan makan nasi minyak kan...




Tapai Pulut yang delicious sangat. Sayangnya, I makan sebungkus saja tapi kesannya amat mendalam. Alah rupanya dengan Tapai Pulut ni. Dah la lama tak pekena..sekali pekena, terus bersin, selsema bagai.



Laksa pun sama, tak boleh makan. Layak ambil bau je. Nasib baik la tak datang teringin yang amat sangat tengok bonda & dik Na makan laksa kelmarin. So far, alhamdulillah...bab-bab pantang makan ni memang boleh berdisiplin. Demi kesihatan sejagat la katakan.



20 comments:

  1. akak pun selalu mcm tu.. bila pergi kenduri selalu berharap kot2lah dpt makan lauk kenduri yg lain sikit dari biasa.. he..he.. wp mmg sepatutnya kita makan aje apa yg org dah hidangkan.. ala siannya dia alah dgn tapai dan laksa.. tp betullah kesihatan lebih penting.. so apa yg kita tak boleh nak makan tu terpaksalah dielak2kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hanis Azla,

      Orang kata..pantang ni sementara nak biasa je kan. Alah bisa tegal biasa.

      Delete
  2. Kalau kenuri belah Permatang Pasiaq, Sg. Dua, Lahaq Yooi, Jarak & lain2 yg sewaktu dengannya - nasik & lauk mesti camtu. Makan jalah kan. Hehe baru ja makan tapai pulut 2 hari lepaih, sedaaaaaap, alhamdulillah! Tapi makan 1 saja. Takda alahan tapi maneh melecaih. Takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Alhamdulillah...syok la takdak alahan. Chek ni boleh teringin kot jauh ja la next time....huhu. Paling suka masak kurma...perghhh sangat. Apakan daya tak dapat gulai batang pisang, masak kurma pun jadi lah.

      Delete
  3. Uikk...kenduri kat sana mmg ada laksa erk....best lah mcm tu...sebab den hantu laksa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      Laksa tu macam side-dish gitu..kadang-kadang tak buat laksa, tapi ada satay, bubur kacang, ais kacang, mee kuah...etc..

      Delete
  4. Akak sukeeee sangat makan lauk kenduri. Tak kiralah apa jua pun lauknya, sangat sukeee. Agaknya sebab dah biasa dari sekolah makan lauk dan nasi kawah. Siap ada bau asap lagik. Hehehe. Yang alah jangan dimakan tau. Akak ni dah biasa sangat dgn berpantang ni. Macam2 yang akak allergic. Sedih tapi nak buat macamana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Akak pun kena pantang makan jugak noo. hmm..senasib la kita kak, dah tak boleh makan ikut suka hati. kalau langgar jugak..merana badan la jawabnya. sabaq la kita kan...nak buat macammana.

      Delete
  5. semalam pun PM pergi kenduri kawen...merasa la nasik minyak..dah lama gak tak merasa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa Mifz,

      Alhamdulillah...ada jugak rezeki merasa makan nasi minyak..kan.

      Delete
  6. Lauk kenduri selalu memikat selera. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      Bau lauk pauk kenduri saja pun dah cukup menggoda kan..

      Delete
  7. Teman pun udoh lame tak makan gulei batang pisang kat Kepala Bataih. Memang iyer.... sedap bebeno Yong oii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Wah...IM pun suka gulei batang pisang..! Kepala bataih tang mana tu..habaq mai..bila2 boleh pi terjah.

      Delete
  8. Kalau kakak tak boleh nak sekat makan macam nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      Hehehe....makan sikit kalau takdak kesan, takpa kot..kan...:-)

      Delete
  9. Replies
    1. Eyndayusoff,

      Nasi minyak ni kalau ikutkan saya..makan saja pun boleh jadi..tak payah lauk...hehe

      Delete
  10. sekarang rumah kenduri suka buat ayam golek tu, mmg pantang tgk tewus terkamm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha..

      Ayam golek kalau...memang tak boleh tahannnnn.....kan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails