About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, July 12, 2012

Gath "makan-makan" yang entah kali ke berapa @ Boy Burger, Penanti

Update cerita last friday. Lama benor ambik masa nak update...kesibukan melanda. Ini pun sempat update sebab dah tengah malam. Hari ni dah bermula langkah pertama I sebagai siswi PJJ di kampus induk USM. Orientasi bermula. Letih dengan hal pendaftaran. Tengok sehari dua lagi I buat entry pasal minggu orientasi ni. 

Now nak story pasal gathering "makan-makan" di Boy Burger, Penanti..hari jemaat malam sabtu yang lepas. Punya lah banyak gathering, dah tak ter-follow gathering kali ke berapa. It just me je yang asyik meng'absent'kan diri atas sebab-sebab kesihatan dan sebagainya.

Hopefully, tak ada la di kalangan member yang berasa hati or what...lagipun join event @ group ni semua just for fun & expand social network..erat silaturrahim gitu. Masa berkesempatan, tak ada yang menyekat boleh la join.

Lets the pictures do the talking, okeh...



Would like to thank Boy Burger untuk event malam tu, menyediakan tempat, servis dan sponsor burger yang kaw-kaw belake during that night. Dan...siap sponsor burger yang I and my sis tapau malam tu. *gambar paling bawah kiri, yang tengah-tengah tu la big boss nyer! Thank you so much. Moga-moga dimurahkan rezeki dan bertambah maju bisnes nya yer. 

For info, selain outlet di Penanti..boleh lah kalau nak merasa keenakan burger with special sambal bilis beliau di outlet Boy Burger di De Pauh Garden, Permatang Pauh dan jugak di Bertam Putra.


That's all for now, I guess....letih sangat-sangat. Need to get my beautiful sleep. Insyaallah, will update soon.

Daaa...



22 comments:

  1. Menarik jer tengok makanan tuu..kalau keutara mahu mencubanya tuu..

    ReplyDelete
  2. Salam Siti,

    semoga bertambah sihat naa.
    Ni grup makan-makan ke? Restoren burger ni ada cawangan luar PP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Halima,

      terima kasih yong. a'ah..group ronda2 dan makan2 ni yong. Setakat ni tak ada cawangan luar pulau pinang..kalau nak try kena mai penang ya...hehe.. :-)

      Delete
  3. P.S Tahniah dpt sambung belajar!

    ReplyDelete
  4. Tiba2 jadi teringin pada berger....uhukz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      sila dapatkan di gerai beger berdekatan anda..ekekeke.

      Delete
  5. Perasannnnnn, ingat dia sorg buzy, makan laaa burger segera byk byk, mana tau boleh BF segera atau minda segera, ,kekuatannsegera,, semua serba serbi segera, bab umur jer nak lambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zeq,

      ada ke i cakap orang lain tak busy...tak pun..lalala. Mana ada I makan selalu pun..setakat sekali buat entry burger sedap je tuduh kita makan bendalah tu selalu...jeles melampau..hehe!

      Delete
  6. Huihhh besaq sungguh burger dalam gambaq atas tengah tu. Sakaaaannn!

    Tahniah dah bergelar siswi USM. Teringat pulak zaman akak student kat situ dulu, bestlah. Yg paling best ialah aktiviti menapak ke seluruh kampus sampai longgaq habeh segala lemak di badan, kehkeh! Selamat memulakan fasa baru, dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Burger yang paling besaq tu pun makan kongsi ramai2..memang banyak portion nya. yang attend malam tu dalam 20 org..itupun semput nak habiskan, sebab banyak round, burger2 tu dihantar ke meja.

      Macih kak dinas...tumit ni dah macam nak terkehel..kejap menapak..kejap kejar bas..hehe..lawak..tapi fun la..macam muda 10 tahun lak rasa..di alam student gitu!

      Delete
  7. Best tak jadi student balik. Selamat belajar dan buat assignment ya, dik. Tapi dalam sibuk2 tu, jaga kesihatan tau. Meals jangan ponteng ya. Dan sambil2 tu boleh gak akak menjamu selera di alam maya bila singgah blog ni. Selera kita kan lebih kurang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Macam-macam perasaan ada..seronok, teruja, nervous, takut..pressure pun dah ada sikit2 sebab dah diberitahu pasal assignment and work group nanti. Kat campus ni nak makan agak susah walaupun cafe sebelah desasiswa je, banyak gerai tutup sebab student full-time tengah cuti sem. nak order pun kena queue setengah jam. thanks kak atas doa & ingatan..naa.. :-)

      Delete
  8. Selamat belajaq Murni.. Semoga berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      Terima kasih naa, makchaq..amin. :-)

      Delete
  9. Replies
    1. Kak Tiha,

      yang uniknya burger ni ada sambal bilis tau.. :)

      Delete
  10. hai hai..cawangan yang di bertam tu bukan di kiosk bertam tau.di bertam putra :)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheyantie,

      tq kerana betulkan. i dah ubah kat entry tu. tak pernah pegi cawangan BB kat Bertam. Selalu kat De Pauh je..dekat..hehe.

      Delete
  11. Replies
    1. Nort,

      boleh aje....nort tolong bayarkan..ekeke.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails