About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, July 16, 2012

Insta #5: Kuetiau Kuah, Roti Pisang wit Kuah Kima & the superb Nasi Campur


Minggu orientasi memang kelaparan..! Cafetaria sekitar kampus dibuka tapi pekerja dan menu yang disediakan tak berapa nak meriah. Memandangkan kampus hanya dibuka untuk pekerja dan siswa-siswi PJJ sahaja, sedangkan siswa-siswa sepenuh masa masih lagi dalam cuti sem. Bayangkan nak beli sarapan nasi lemak @ bihun goreng je kena beratur setengah jam..baru la dapat beli.




Lewat petang hari rabu tu, lepas habis sesi taklimat dekan di DTSP, I dengan dik Na menapak la cari makan, Perut lapo! Just redah je mana-mana restoran area Sg. Dua tu. Nasib baik la depan entrance je Restoran Berkat Permai ni. Alhamdulillah...sedap jugak rasanya. Mungkin sebab lapo sangat kot...ekekeke...2 bowl of kuetiau kuah daging + watermelon juice + fresh orange = RM 14.00. Kenyang sampai malam sebab kuetiau dalam mangkok ayon tu dengan isi daging memang banyak sangat-sangat, okey. Ada orang tu kannnnn....tengok tomato dalam mangkok ayon pun sebak, teringatkan incik somi. Tak ada orang curi tomato dia hari tu...katanya ler!

Setelah insiden beratur setengah jam di cafetaria pagi khamis tu dan menyebabkan kami terlewat 5minit untuk masuk ke dewan, maka..pagi berikutnya, we all telah belajar dari kesilapan. Stand-by gardenia butterscotch dan bawak turun makan kat cafetaria..order air panas je..ekekeke...harusssss lah bijak..!




Pagi sabtu we all diberi rehat sekejap. Dapat la balik rumah kat Sir Hussien, bukak kedai dobi adanya..hehehe. Cuci baju untuk stok beberapa hari. Taknak la bawak balik baju busuk untuk mak bonda cuci..kesian dia. Sebenarnya, boleh je cuci kat desasiswa, tapi we all berdua ni bukan pemberani sangat orangnya. Pegi toilet pun siap berteman bagai. Errk..nak cerita breakfast, tapi terkeluaq topik pulak! Ni haaa....roti pisang dengan kuah kima. Menu santapan we all kat Restoran Wawasan Mutiara, bawah Komtar. Port breakfast dik Na saban pagi hari bekerja. Mamak kat restoran tu siap hafal nama adik I tu..hahaha..mesti dia pun pelik gitu tak nampak batang idung 'anak tiri' dia buat beberapa hari..! Nak bagitau..kuah kima dia sangat best. I pun jatuh chenta dibuatnya...! Daging cincang yang dimasak ala-ala rendang dan diletakkan sekali kacang peas. Wallla sangat! Roti Pisang + Kuah Kima + Roti Telur + Daging Hitam + Teh Ais + Kopi = RM 4.80 sahajeee.. :-) Ceria pagi sabtu I..dapat kopi....hahaha...seminggu tak dapat tauuuu!





Yang ni pulak makan tengahari hari ahad sebelum balik ke rumah...orientasi dah tamat. Balas dendam secukupnya. Pari Bakar + Ayaq Asam + Ulam Kacang Botol + Sup Sayur Petola...taruk kuah gulai! Hmmm...mak mentua lalu kot belakang pun tak perasan macam ni punya stail. Makan kat Sg. Pinang, gerai Mama Nasi Campur. Pricey gila..! Memanglah sedap, tapi akak tu kira stail cincai je. First dia kira yang dalam pinggan adik I..bergedil + ikan kembung bakar je pun...RM 6.00. Then we all suruh dia kira sekali yang dalam pinggan I pulak..RM 7.00. Tapi tiba-tiba time nak bayar yang RM 6.00 terus jadi RM 4.00... huhu...kira harga borong ke hape akak ni. Kalau nak cari pasal la..macam nak suruh je dia congak satu demi satu harga lauk ngan sayur tu...tapi, tak mau cari gaduh je, customer tengah ramai.





18 comments:

  1. Nak start belajaq pun masih JJcM..
    Ok la tu... Mesti tak tension masa belajaq kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      haruss lah makchaq...kalau tak JJCM nanti lembik la chek..macam sayuq...hehe....

      Delete
  2. Wahhh....tang pi toilet sesama tu yg menarik tu.....ada hantu ke kat sana...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      Malam pertama & kedua kat sana steady ja, takdak rasa takut. tapi bila hari ketiga...gatai sangat pi google yang bukan2...sekali baca cerita hantu kat USM daaaa.....teruih takut...teruih menyesal baca.

      Delete
  3. Minggu orientasi akak dulu banyak cilok merata, kehkeh! Ni betoi2 budak2 baik ni ikut semua, baguihhh! Susah jugak orientasi masa cuti camtu na, nak cari makanan pun susah, hapa la depa buat camtu. Patutnya dah tau ada orientasi, kena la bagitau orang cafe suruh sediakan makanan secukupnya. Akak bab tak cukup makan atau kena beratoq lama2 nak makan ni pantang sungguh! Maklumla gebu kentang. Nangeh haku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      chek siap sembang ngan makcik berniaga kat cafe tu. Dia pun mengeluh, pekerja takdak, so depa kalut sikit. Gamaknya pekerja pun cuti sekali la tu. lembik macam sayuq la kalau tak cukup makan, kak dinas oi...sama ja kita...hehe

      Delete
  4. owh...cik murni wat PJJ degree ke kat USM??? ke Master...wahhh x sngka kan...huhu leh jd 1 geng ni...huhu rindu sama USM...

    hostel kat Aman Damai ekh...dulu i kat Indah kembara...sebelah je kan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatiha,

      A'ah buat PJJ degree. Indah Kembara nampak macam bangunan baru...kan... :-)

      Delete
  5. Replies
    1. Ardini Humaira,

      Alhamdulillah...rezeki. Kadang-kadang sedap, kadang-kadang sekadar boleh alas perut saja. :-)

      Delete
  6. sedap2 nya..terliur walopon dah lunch..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      Kuetiau Kuah tu serius sedap. Kalau mai Penang..boleh la singgah, restoran ni biasa saja..betui2 opposite gate USM entrance sg. dua. First time jugak makan kat situ.

      Delete
  7. Orientasi dulu dgn sekarang beza betul bab makanan ni. Akak dulu mewah betul dgn makanan. Asik2 diberi makan. Free pulak tu. Baru2 ni Farah pun susah jugak nak makan masa orientasi dia. Boleh ke catering tu tak cukup makanan yang disediakan. Hampir separuh budak terpaksa menahan lapar. Kesian akak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Eh2..saya pun senasib dengan farah..huhu. :-( Dah la beratur panjang, sampai depan kaunter, makcik tu cakap..telur goreng utk nasi lemak dah habis, kalau nak kena tunggu lagi..ended up, beli meehoon goreng je, itupun macam dah last2 batch punya bihun. Lapar punya pasal, takut tak pasal2 kena gastrik...makan jugak lah apa adanya.

      Delete
  8. bagus2 belajar dari kesilapan.. kuah kima tu, first time akak dgr.. mmg ada kat kedai mamak aje ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis Azla,

      Kedai mamak pun tak semua ada rasanya...sebab kedai mamak macam Pelita, menu daging limited sangat, selalu nampak yang masak hitam tu je.

      Delete
  9. Siti, kuah kima tu, kima apa? I selalu makan kat Ampang, KL kuah kima kambing!! Terbaikkkkk :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shasha,

      Kima daging lembu. Kalau kambing sure i dah pening2...@$#^&*...hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails