About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, July 27, 2012

Islamic Relief: Working Together for a Better World


Dah seminggu kita berpuasa, how is it so far...? Ecece...tanya orang kunun..mentang-mentang la tengah 'bendera jepun' kannnn! Letih dan lapar itu sudah sinonim dengan bulan bagi membuktikan kesabaran ni. Tapi di sebalik lapar, dahaga, letih dan lelah tu, pernahkah kita mengalihkan sudut pandang kita ke satu sisi dunia yang lain...?

Rasanya kat Malaysia ni, kebuluran adalah kes yang jarang-jarang kita dengar/lihat. Setidak-tidaknya bumi Malaysia yang subur mewah lagi aman ni masih mampu memberikan sumber makanan dalam pelbagai bentuk.

Entri ni sekadar berkongsi foto-foto, of which, in my opinion..menginsafkan kita yang seakan terlupa dek kerana keasyikan memborong di pasar-pasar ramadhan dan menghadiri majlis-majlis iftar di hotel dan restoran terkemuka. Just for sharing, no prejudice okess...tidak ada salahnya berbuka di hotel..tidak ada salahnya membeli di pasar ramadhan, cuma perlu berhemat dan beringat.



Foto 1:
Food distribution sempena Ramadhan di Murshidabad, West Bengal, India. Murshidabad terdiri dari 70% populasi muslim, kadar literasi purata hanyalah 66%. Kanak-kanak berusia 6yrs below pula adalah sebanyak 12% daripada jumlah penduduk.

Well, u know India...penduduknya yang padat..bandar-bandar dan pekan kecil yang sesak macam sardin..kebersihan entah ke mana, bumi yang panas dan kering...macam dalam pilem-pilem diorang lah kan.

For information, foto-foto ni I cedok dari Islamic Relief, sebuah NGO yang diasaskan di UK dengan misi membantu individu, kumpulan & institusi supaya dapat memupuk safe & caring communities serta membantu golongan miskin supaya dapat berdikari dengan penuh bermaruah! Misi yang dijalankan adalah berasaskan nilai-nilai dan norma hidup Islam. Good isn't it...... ^_^





Foto 2:
Anak-anak Mali! Captured from Islamic Relief Orphan and Child Welfare Project Mali. Walaupun kekurangan...there's a glimpse of hopes..see it through their eyes..kurang tapi masih mampu tersenyum.

Mali adalah negara termiskin di dunia ya tuan-tuan dan puan-puan, dengan kadar kematian bayi yang tinggi, masalah kemiskinan, kebersihan, sanitasi, kekurangan zat, kadar immunisasi yang rendah, shortage untuk medical supplies, masalah dalam sistem pendidikan, kekurangan guru dan material dan macam-macam lagi isu. 90% from Malians are Muslims.

How lucky we are as Malaysians. Alhamdulillah syukur kannnn..




Foto 3:
Gadis cilik sedang mengisi bekalan air bersih untuk keluarganya, bagi meneruskan kelangsungan hidup di bulan Ramadhan. Bekalan air disediakan oleh Islamic Relief. Photo captured in one village in Afghanistan.

Kalau suruh I, confirm pengsan nak angkat bekas air yang sebesar tu..bukan sebekas..berbekas-bekas pulak tu. Yang ni memang confirm 100% kena kat batang hidung sendiri. Dilahirkan dengan kemudahan, pusing je tap pili tu air keluar...walaupun tak la 100% bersih, tapi takde la jenuh nak mengangkut macam ni kan. Itu pun kita bising. Mandi dan ambil wuduk pun kita boleh membazir air sampai lencun. Walhal kat sana nuu...dengan segelas air pun dah boleh berwuduk.

Betapa pentingnya bekalan air bersih...nadi kehidupan, as I mentioned in my older entry. Tanpa air, tiadalah tumbuhan yang hidup subur, haiwan ternakan sebagai bekalan daging, dan kita yang tak bernutrisi.


Foto 4: "Even a smile is charity" -- Prophet Muhammad (PBUH). We know we cite that phrase a lot, but it's so fitting here. Masha'Allah, look at his beautiful smile, brought to you all the way from Siliga camp in Somalia.

This sounds like a campaign, melobi gitu...PRU kan dah dekat...haha....but yes it is. This is part of my effort to help spread the message. Bagi yang berkemampuan, you may channel your donation sempena bulan yang penuh barakah ini ke Islamic Relief (website seperti di bawah). Besides, bagi yang berminat mungkin jugak boleh participate in their fundraising events. Tapi jika tak mampu jugak, sebarkan lah agar orang-orang lain turut sama merasa erti syukur dengan penuh keinsafan. Tak gitu....:-) 

Source:

P/s: Panjang pulak I membebel hari ni eh...sapa larat baca, yang tak larat, chek pun tak bleh paksa.









10 comments:

  1. Kalau sampai nak membaca pun dah tak larat, tak dapek la nak nolong eh.

    Sangat menginsafkan entri ni, dik Murni. Kita hanya merasai keletihan, lapar dahaga tu sekali sekala tapi mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Adaaaaa kak...yang tak larat membaca dek dijangkiti vitamin M...hehe...chek pun kadang2 terlekat tabiat tu..no good..no good..kan.

      Kita hanya berpuasa 30 hari...tapi diorang ni silap2 ada yang sepanjang masa berpuasa..makan bila ada rezeki saja.

      Delete
  2. Assalamualaikum Siti, tengok gambar2 ni teringat masa akak keja volunteer kat Sri Lanka dan Bangladesh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Halima,

      wkmsalam...
      yong pernah ikut volunteer ye...auwww..i loike! yong buat la entry kat blog..teringin nak baca pengalaman yong buat kerja volunteer kat sana. Ada jugak la terpendam hasrat di hati..mana tau one day dapat buat kerja volunteer kat negara luar jugak..pelisss yong....pelisss...*sambil buat muka merayu...*

      Delete
  3. marilah kita bersama-sama melibatkan diri bersama NGO seperti ini daripada hanya menjadi pembaca atau penonton sahaja.

    IM insyaAllah esok akan bersama ngo IKRAM untuk beri sumbangan kepada yang memerlukan selepas iftar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Kalau berkemampuan..sapa la yang tak mau kan..pahala ni..ada ka orang tak mau pahala..

      Syabas IM, teruskan usaha murni mu..:-)

      Delete
  4. Even dalam Malaysia pun ada masyarakat yg kurang bernasib baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eynda,

      Memang pun! Kalau nak tau further yang kat dalam Malaysia ni boleh ikuti perkembangan melalui Islamic Relief Malaysia. Tapi...Malaysia ni alhamdulillah syukur....hospital, klinik, sekolah, air, elektrik, jalan semua ada....diorang ni??

      Delete
  5. Kalau anak2 komplen penat time puasa, akak selalu suruh diorang bayangkan mereka yang terpaksa berpuasa sentiasa sebab susah nak dpt makanan dan air. Sedih kan. Amat bersyukur dgn kehidupan sekarang. Walau tak mewah, tapi masih ada tempat berteduh dan makan minum pun cukup. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Hehe..dalam serius2 baca komen akak ni, teringat pulak saya kat bonda saya tu..dia pun sama...kalau nak ingatkan kami pasal bab2 membazir makanan ni mesti dia nak kaitkan dengan isu kebuluran kat somalia nuu..hmm..tapi betul pun kan..dok malaysia ni bersyukur, makanan, air, tempat berteduh..semua cukup..alhamdulillah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails