About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, July 19, 2012

Mee Kuah bersos mood ditutup bercampur-campur


Ramadhan nak 'jengoi' dah. Bermakna sesi tayang makan cuma boleh berlangsung lepas waktu berbuka saja la ya..hehe..no more tayang mayang bagai. Kisah Mee Kuah ni nak kata entry penutup sebelum Ramadhan pun boleh jugak la. Nanti dah tak boleh post di siang hari, kesian, boleh menimbulkan godaan melampau kat orang yang berpuasa dan yang tak berpuasa..ekeke.




Hari ahad lepas bonda buat Mee Kuah ni..just gunakan daging je. Sebab tau anakanda dia yang sorang ni tak boleh makan udang & sotong. Terharu I....sebak gitu. Mee Kuah kalau buat sendiri ni memang mewah dengan aksesori..tomato la, daun bawang la, sawi, fishball, fishcake..tauhu..tauge. In fact, segalanya cukup rasa lah. Kat restoran pun tak dapat macam ni punya rich with garnishing.


******************


Current mood -- macam-macam ada, macam Astro! 

Bengang -- dengan kaki mengungkit. Buat baik, niat kena ikhlas, jangan mengungkit. Allah akan memberkati orang macam ni. Tapi kalau setakat buat baik tak banyak mana, mengungkit pulak lebih, bagi pulak orang yang teraniaya tu menangis, sakit hati dan sebagainya....nanti-nanti jawab la kat sana naa. Bila marah berpada-pada. Buat baik tak rugi sebenarnya, jadi jangan kondem orang cuba jadi baik dan berlemah-lembut. Itu kan nilai MURNI gitu!

Terawang-awang -- seronok dapat mimpi pakcik Petronas..gue kangen bangat sama kamu! Nasib baik la nampak wajah kesayangan hamba tu dengan jelas....terubat la sikit. Tak lama lagi dah nak August. Tapi, dalam mimpi tu ada sedikit lawak. Ini lah akibatnya kalau dirundung rasa bersalah. Pesanan kepada diri sendiri, lain kali jangan nak engkar tak tentu pasai kat calon somi pakcik.

Kejutan Budaya -- masih belum dapat menyesuaikan diri dengan status baru. Memang cabaran sangat nak meletakkan satu-satu tempoh masa yang tertentu, ikut jadual untuk menelaah modul. Ditambah dengan emosi yang terbeban memikirkan hal tugasan, kerja di pejabat, kursus luar, keluarga, kewangan...uwaaa..macam nak pecah kepala. Apa2 pun..harus teneng2 aja kok...nggak mau sih ribut-ribut. Balik rumah malam nanti kena duduk dan sort one by one dengan tenang. Insyaallah.



18 comments:

  1. Akak doakan semoga Murni tenang menghadapi semua benda bertimbun tu, insyaallah boleh nya! Tarik napaih dalam2, tenangkan fikiran & pelan2 kayuh. Murni boleh! BOLEH!

    Engkar kat calon somi ehh? Kehkehkeh tumpang seronot nih. Bukan seronot pasai engkar, seronot tang calon somi tuh, okeh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      hehehe...baru calon ja kak oi..belum 'bakal' lagi..anything can happen. kalau semuanya baik..boleh la upgrade jadi 'bakal'..doakan naa. :-)
      thanks kerana membakar semangat adikmu ini..insyaallah..mesti buleh..kan.

      Delete
  2. Salam Siti,
    benda baru, kita kena pelan-pelan buat. Doa dan minta dariNya supaya dipermudahkan. Kolay gelsin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, Yong Halima..


      tu la yong..gelojoh pulak teman..semua nak buat in a day..mana nak boleh kan....mudah2an Allah mempermudahkan jalan utk saya..amin. tq yong....

      Delete
  3. Akak pun sama tumpang seronok baca citer murni dgn en. Petronas. Citer akak dah lama lepas, jadi tumpang seronok dgn citer cik murni, boleh? Masalah dtg utk orang yg gagah perkasa je, dik sebab Dia tahu kita boleh menghadapinya. Tarik nafas dalam2 pastu hembus sambil sebut Subhanallah. InsyaAllah boleh.

    Mee kuah tu nampak mcm mee bandung, pulak. Sampaikan salam akak pada mak, ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Seronok ka..alhamdulillah..saya takut orang jemu baca cerita saya yang tak berapa best..hukhuk. macih naa...doakan la utk kami naa..mana tau ada rezeki kak aidah makan nasi minyak..ekekeke...tergediks pulak saya.

      Betul jugak..insan yang selalu diuji adalah insan yang Allah pilih kerana kekuatan & kemampuan dia...kan..:-)syukur alhamdulillah..apa2 pun.

      mee kuah dan mee bandung pada saya sama saja. insyaallah, nanti saya sampaikan salam kak aidah kat mak bonda, okess..

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Murni.

    semoga semuanya baik2 saja dan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak, ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam, Kakcik...

      Salam Ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa utk kakcik sekeluarga..semoga ramadhan kita kali ini diberkatiNya..amin.

      Delete
  5. Replies
    1. Ardini Humaira,

      hehe...macam hape je kan...lawak plak tu. Almaklumlah..dah dekat bulan tanpa berita..sorang sebelah sana..sorang sebelah sini..sampai termimpi-mimpi la.

      Delete
  6. Pehhhh....tekanan bangat ni bu.....elok2 nya berehat dulu kok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      nggak boleh ribut2..stress dong..!hehe..

      Delete
  7. wahh sedapnya, selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      salam ramadhan n selamat berpuasa utk kak tiha sekeluarga ya...

      Delete
  8. Semoga semuo nyer betjalan lancar yer :-)

    Selamat berpuaso yer :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa Mifz,

      Salam ramadhan & selamat berpuasa utk papamifz, wife n mifz okess...semoga ramadhan kita kali ini dirahmati dan diberkati olehNya..amin.

      Delete
  9. Salam....
    singgah lepas tarawih...
    Tang tajuk tu yang buatkan nak komen.....
    mengancam....

    ReplyDelete
  10. kat sini mee pak ngah memang termasyhur...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails