About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, July 2, 2012

Semoga kekuatan ini berpanjangan

Rindunyaaaaaaaaaaaaaa nak conteng-conteng kat blog ni! Dah banyak hari sepi tak ber'update' kerana keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan..mood pun jadi terbantut.

Baru beberapa hari Allah tarik nikmat makan, bercakap...terus jadi murung, semangat pun down..belum lagi ditariknya nikmat melihat..mendengar...subhanallah.

Hidup solo single mingle ni lebih teruji dalam waktu-waktu sakit macam ni, tak ada orang nak ambil berat, takde orang sudi nak tadahkan telinga mendengar rintihan. Maybe that's why la keluarga dan kawan-kawan asyik mendesak supaya cepat-cepat kawin. Kahwin boleh selesai masalah ke..? Kahwin boleh kurangkan sakit..?

Entah...for me, sakit itu kifarah dosa. Kahwin bukan jalan penyelesaian untuk masalah sakit ni. Allah berikan ujian supaya kita jadi manusia yang bersyukur dan tidak menyombongkan diri. Ada orang kahwin, time sakit, asben/wife tak peduli...pun ada. Takdir tiap-tiap manusia tak sama. Buatnya takdir tertulis jadi bini no. 2, sudah dapat dibayangkan..tak akan ada masa yang 100% occupy for me, maybe selalu berjauhan dan dah tentu-tentu tak tinggal sekali. Oleh itu, conclusionnya berharaplah dan memohon lah hanya pada Dia...maha penyembuh. Eh..apesal I sebut bini no. 2........???? huhuhuhu....



Sakit kena cucuk masa buat blood test hari tu taklah seberapa sangat..dibandingkan sakit sinus yang sedang I face sekarang ni. Dah tiga kali ke klinik, termasuk the latest by lunch time today. Mudah-mudahan lepas habis orientasi dapat lah mintak doctor untuk terus rujuk I ke pakar ENT..dan berharap agar tak ada yang serius melangkaui kemampuan I sebagai hambaNya..nauzubillah.

At this moment...hanya mak bonda & adik menjadi sumber kekuatan I. Hanya dengan memandang wajah-wajah mereka, cukup untuk menyuntik semangat. Mohon kekuatan ini berpanjangan demi orang-orang yang I kasihi dunia & akhirat. Amin.






14 comments:

  1. Patutla senyap ja dik Murni beberapa hari ni, tak sihat rupanya. Aiseh sedih la pulak...

    Betoi jugak kata Murni tu, nikah kawin tu memang mulia tapi bukanla sebab terdesak sekadar nakkan teman mengadu sakit demam. Akak pun pernah kena tolong hantar sorang kawan ni ke hospital sebab husband dia tak peduli, adoihhh, pedih tuh. Tapi ok ja depa, masa tu anak 2 orang, la ni dah 4 orang, kahkah!

    Akak doakan semoga kesihatan Murni akan bertambah baik. Kuatkan semangat dik, selain mak & adik, akak pun ada jugak di sini, okeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      t.kasih kak dinas...terharu chek baca komen.. :-) Ada jugak kawan2 sudi mendengar...
      tu la kak..depa kata macam ni.. "hang ni kena kawin, baru la tak sakit2 selalu..kurang2 ada orang jaga.."hukhuk...sebak sungguh.

      Delete
  2. Akak doakan semoga murni sihat semula. Sakit tu buktinya Allah peduli dan sygkan kita. Semoga kesabaran adik dinilai Allah sebagai pahala yg besar. Amin.
    Akak nak citer sikit nih, kahwin mmg bukan satu penyelesai masalah kalau kita masuk ke gerbang perkahwinan dgn harapan sebesar itu. Belum tentu kita dijaga, kadang2 kita pulak yg perlu menjaga dan penyelesai masalah. Tapi dari segi pahala Allah bagi double sikitlah. Ramai yg rapat dgn akak yg lagi fenin lps kahwin. Lagi byk menuntut kesabaran. Cuma kita mintak Allah beri terbaik utk kita dan lindungi kita dari ujian yg tak mampu kita tanggung, kan.
    Adik jgn susah hati. Akak pun sama dgn kak dinas selalu ada di sini. Offer utk bahu akak yg empuk tu unlimited tau. Boleh saja bila2 nak tuntut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Akak2 ku berdua yang sangat baik hati..t.kasih banyak2 sudi menumpangkan bahu yang empok..i loike! :D
      tu yang saya harap..biar lah saya berkawin kerana jodoh tertulis macam tu..dan bukan datang dari desakan...dan kalau boleh biarlah perkahwinan tu sesuatu yang membahagiakan..to suppport each other..namun, siapalah kita untuk melawan kehendakNya.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Murni.

    Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesembuhan buatmu Dik.

    Kakcik dah dua kali menjalani pembedahan membuang sinus, tapi ia bukanlah penyelesaian yang benar2 baik. Apa2pun, usaha tetap kena ada kan?

    Senyumlah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam kakcik,

      terima kasih atas doamu, kakcik.
      kakcik, saya kalau boleh nak tau pengalaman kakcik lalui pembedahan sinus tu..kakcik ada buat entry kat blog tak..? untuk persediaan dan panduan...

      dalam banyak2 ubat...senyum adalah ubat yang paling utama dan dapat reduce stress, tq..kakcik..bg saya bersemangat balik. :-)

      Delete
  4. Salam Siti,
    semoga sabaq menjalani ujian ni. Akak kalau sakit pun sorang - suami jauh, mak jauh, adik-beradik jauh, tak kisah...jiran ada, Alhamdulillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yong Halima,

      sama2 lah kita sabaq ya kak. daku kagum ketabahan & kekuatan mu yong. sekiranya takdir tertulis...kita pun akan senasib. sebab tu lah saya tak expect perkahwinan membolehkan si suami sentiasa ada tak kira waktu sakit demam mahupun tidak...kena buat persediaan mental & fizikal.

      Delete
  5. Assalamualaikum my Siti Murni.

    Kakya pun dah 4 hari x jenguk blog. I am still on my RUNAWAY. Kakya doakan get well to the fullest soon.

    When talking about marriage. I do prefer to reserve my comments. But I don't say marriage is a disaster.

    Luck setiap hamba Allah dimuka bumi ini tidak sama. Yet when I look at the positif side. Bersyukur kerana I have 3 beautiful children, doesn't matter about the marriage which is broken to pieces.

    So,,, get married soon! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam kak ya...

      thanks for your pieces of advice..appreciate sangat. :-) saya pun doakan agar semua urusan akak running here and there dan menguruskan anak2 agar dipermudahkan Allah SWT..insyaallah ya. :-) take care, kak ya.

      Delete
  6. Salam...
    kesiannya..nampak pucat
    tangan tu..semoga Allah
    kurniakan Sis kesabaran
    dalam menghadapi dugaanNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulkbo,

      salam bro...
      t.kasih...mudah2an macam tu lah. amin.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails