About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, July 23, 2012

Snapshot: Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-MuDi Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu by Hasrizal Abdul Jamil

My rating: 4 of 5 stars


rentetan perjalanan hidup Ust. Hazrizal di UK yang digarap dengan baik sekali. Membawa pembaca bersama merasai pengalaman suka duka...all the ups and downs di London, Belfast, Galway. Tertarik dengan pengalaman ust. sebagai tahanan imigresen dan sebagai imam di Belfast Islamic Centre. Full of knowledge, high in emotion.



**************


Dah lama habis baca buku tulisan Ustaz Hasrizal ni..tapi tak sempat nak buat entry kat blog. Seperti biasa..menyalahkan masa, sedang diri sendiri yang tak cekap mengurus masa.

Beli dua buah buku, termasuk Ensiklopedia Amalan Muslim masa Popular buat sales promotion last june. Dapat lah 20% discount for each naskhah tu..Alhamdulillah. ^_^






Anyway, memang tak pernah menyesal beli buku travelog Ust. Hasrizal ni. Ditambah pulak minat I yang semakin menebal dengan karya travelog. 

Macam-macam perasaan datang sewaktu membaca 'Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu'. Even in certain part of the book, airmata boleh mengalir. Sebak. Banyak pelajaran yang boleh diambil dari pengalaman dan ujian kehidupan di rantau orang. 

Kisah berkisar di sekitar kota Belfast, London dan Galway. Keseluruhan buku memang menarik, dari zaman bergelar siswa di Jordan, pekerja restoran di London sehinggalah ke zaman bergelar suami dan bapa. 

Tapi antara yang banyak memberi kesan, kisah keperitan menjadi tahanan imigresen di Glasgow gara-gara visa expired dan pengalaman menarik menyandang tanggungjawab sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, juga pengetua di Belfast Islamic School. 

Bermacam-macam kisah -- mengislamkan saudara baru, menangani pelajar dyslexia, isu perkahwinan wanita muslim dengan ahli kitab...and kagum sangat sesi soaljawab ustaz dengan paderi arab yang datang dengan tuduhan ustaz telah 'memurtadkan' penduduk tempatan!

In fact..memang best lah! Tak larat nak cerita semua kat sini. Sila beli or boleh baca tentang buku ni di saifulislam.com...okesss... :-)


p/s: tak terlambat lagi kan nak ucap -- Salam Ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kita kali ini dirahmati dan diberkatiNya. Amin.



 

14 comments:

  1. Hari Jumaat lepas ada orang bawa buku ini ke pejabat kakcik, tapi dia tinggalkan macam tu saja. Tak berani pula kakcik nak ambil. Bila tengok semula, dia dah ambil balik. Selalunya dia tinggalkan dengan senarai dan harga tapi kali ini dia tak keluarkan dari dalam beg plastik. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      Dalam RM25.00 saja harganya kakcik..saya ingat2 lupa, lebih kurang harga tu lah. Tapi, isi kandungannya memang bermanfaat..dan menginsafkan.

      Delete
  2. Uikkkk....kena carik ni.....dlm bahasa malaysia kan..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      Ya jebat..dalam bahasa malaysia..dont worry...ayat2 dia pun best, tak boring bila baca. Kadang2 diselitkan dengan ayat al-quran & hadis...

      Delete
  3. Menarik sungguh bunyinya. Tapi akak berdosa nih pasai ada lagi 2 memoir tebai yg belum habeh baca padahal beli awal Jun haritu. Kena perabeh baca 2 memoir tu dulu baru boleh pi cari buku lain. Hukuman kepada diri, huwaaahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Hahaha....memang selalu macam tu....kena habiskan satu-satu, lepas tu jadi macam satu tekanan plak kat kita bila tengok buku-buku lain masih tak terusik, kannnn...:-) kak dinas boleh punya habiskan dua2 buku tu...meh kita gunakan masa sebaik2nya di bulan posa ni...jom...

      Delete
  4. baguihh..banyakkan membacaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nort,

      Alhamdulillah..setakat ni kadang2 ja dilanda penyakit malas baca buku...

      Delete
  5. uiks....cam best je buku ni...ermmm nak kena cari dijadikan koleksi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatiha,

      Best...memang tak syak lagi! hehe..

      Delete
  6. Kat PSS pn akak ada beli ttp blm brkesmptan lg nk baca....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      Kena tunggu mood membaca datang dulu...baru best nak khatam satu buku tu..kan..:-)

      Delete
  7. Akak nak beli jugaklah. Kena beli online ke, dik. Akak pun suka buku stail travelog ni. Pengalaman hidup orang yang boleh kita jadikan iktibar dan panduan kan. Tq for the review. Suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Cuba akak godek2 kat saifulislam.com. Rasanya boleh beli online tu. Kat website tu akak boleh baca a little bit tiap2 buku travelog yang ust hasrizal dah tulis.

      sama2 kak...sharing is caring...:-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails