Friday, August 31, 2012

Broaden your horizon





Blank. Plans for a few things to be settle today, but been disrupted. No contingency plans have been made, regret. Lesson learned.

Next time, no more last minute tauuuu. If not, things repeat!

I suka benda repeat kah..? Tak suka. But certain things, need to be repeat. Pakcik jugak adalah repeat. Repeat good..? No good..? 

I'm not sure of it either. Jangan nak hampakan I naa...I just hate it kalau tak serius sebab I memang born serious, and to pakcik,  i'm seriously in 'laf' wit u since our earlier days. Jangan nak main-main...I potong kangggg! Kalau takut terjatuh gaung, jangan nak berani buat banglo atas bukit!


You must learn day by day, year by year to broaden your horizon. The more things you love, the more you are interested in, the more you enjoy, the more you are indignant about, the more you have left when anything happens ~ Ethel Barrymore 


I pi cari ilmu, I want knowledge...bukan I pi cari jodoh..bukan I pi cari potential husband. So, u better shadap rather than talking sh*t to me macam tadi...I sunat u lagi sekali nanti kot..baru u tau jambatan pulau pinang tu panjang ka pendek..okey, silap..baru u tau laut selat melaka tu dalam ka cetek...ok, fair is it? Urm, marah ni. Suka-suka hati noo dok buat statement lagu tu. Nak mogok lama-lama pun tak bleh, duit raya tak dapat lagi! Sentap!

U too..broaden your horizon. Jangan dok sempitkan sangat akal fikiran tu..an engineer, act like an engineer...jangan dok bajet I macam 'gadis pingitan' tunggu orang masuk minang gittoo...buleh??


Tolong bank-in duit raya 1000 kupang a.s.a.p. Anda akan dimaafkan.




Thursday, August 30, 2012

Insta #6: Syawal on Insta


Masih dalam bulan Syawal kannnnn....tak salah kan post cerita Syawal? Salah tak salah, tetap nak cherita jugak...do I care...?? Ide-ide nak mengarang harus ditajamkan walaupun tatabahasa, grammar tak berapa nak betul. Orang kata, prektis mek perfek (practice makes perfect)..demi mempersiapkan diri mengarang esei paper bahasa melayu dan preparatory english lepas ni...assignment menunggu!




Okeh..syawal..persiapan, merata shopping complex. As usual...I love to captures shopping mall decorations sempena any festival, tak kira la raya melayu ka, raya cina ka...raya india ka...we all 1 Malaysia maa! Sunway Carnival, deko raya tahun lepas lebih grand dari tahun ni. So simple. Tapi, mood shopping takdak kena mengena dengan deko dekat mall ya...shopping tetap bagai nak rak.




Sehari sebelum Syawal, kami menyambut kehadiran dua ekor baby meow-meow a.k.a cik pong. Sekor hitam, sekor lagi sejibik bulu bapak nya...pakcik Nico O'Neil..sekor lagi meninggal masa dilahirkan. Gambor cik pong tengah terjegil bijik mata, risau we all kidnap anak dia ler tu...tak koser! Cik pong suddenly je bertukar sifat, nampak penyayang, manja dengan orang, dah ada sifat keibuan dan protective towards her 'kids'. Dulu, menyombong kemain, bukan ndak orang usap-usap dia. Bila diusap sibuk je jilat bulus dia tu....macam la tangan kita ni kotor sangat, huh! Entah apa nama dik Na nak kasi untuk dua ekor bulus ni...takkan Aidil & Fitri kot.....?? Hikkhik...




Setelah digodek segenap jenis kamera, dari yang cap ayam & itik hatta ke kamera mahal hok orang lain, memang tak jumpa jugak gambor ketupat lemang & rendang. Yang ada...ni haaa....gambor nasi impit yang tak nampak kuah kacang. Ini pun ambil masa beraya kat Sg. Petani, rumah maklong masa raya ketiga ituhari. Sedih la haiiih...



Akibat kurang beraya, kunjung mengunjung, tandang menyandang...(erk, ada ke vocab ni....), memang tak merasa makan lontong dan kuah lodeh. Memang teringin sangat-sangat. Disebabkan raya ke4 dah mula bertugas di pejabat, meraban la jugak dengan harapan kot-kot ada kawan-kawan yang masih cuti nak datang buat lawatan sambil belajar dan bawak sekali buah tangan lontong.....namun.....hampa hatiku! Last resort, buat sendiri je la kat rumah. Bukan susah pong! Nasi impit boleh rebus yang instant je, kuah lodeh...huk aloh....at my fingertips je la! (riak nya statement....). Makan dengan serunding ayam yang maklong buat..perghhh. Apa diharap lontong dan kuah lodeh orang......


I masih belum dapat duit raya ni. Ada orang janji nak bagi. Tapi asyik ngelat je, ntah bila dapat beraya....hurmm. (Tetap mengharap duit raya dari orang!!) Dah la best beraya kat kampong, sampai duit nafkah pun terlupa bagi.....! Sentap! :p







Monday, August 27, 2012

Potret Syawal 2012

Rindunyaaaaaa.....!!! Lama tak bersiaran kannnnn.....mish me..? mish me not..? Jangan perasan la Siti Murni, takdak sapa rindu kat hang, okey~

Hari ni entry up potret Syawal tahun ni saja, tak dan nak sembang panjang. Semalam tido jam 2am sebab nak siapkan assignment sistem politik. Sejak tengahari tadi dok tersengguk-sengguh kat meja opis.



Terasa janggal yang pakai baju kelabu *toot* hanjeng tu..tidak sedondon.

Seronok dak raya, uols...?? Best noo..depa semua pakat balik kampung. I balik 'bandor' je la tahun ni..and insyaallah..akan jadi tradisi beraya di Greenlane untuk tahun-tahun ke depan. Itupun kalau panjang umur, ada rezeki dan belum berjodoh la kot...ngeee... :D



yang paling comei of course laaaaaa.....yg tepi sekali baju kelabu tu kannnnnnn.....confident tak hengat!


Gedik okey..mentang-mentang asben bagi duit raya....hehehe


Juadah raya makan sampai lebam. Baru teringat, langsung tak terfikir nak ambik gambor ketupat rendang & nasi impit.


Ayam bakor...bbq malam raya..sangat best occay!


satay pun ado! Tomato n cheese tu pasal ada orang bajet mat saleh gitu!


Tukang panggang & bibik of the day! Di bawah rumpun inai gitu! hehehe....larikkkkk!




Ini pulak bukannya wak masturr ya...ini adalah 'ah chey'. Beliau bertindak sebagai ketua pemanggang pada malam tersebut dan mengkoordinasikan arang2 sekaliannya. Beliau sedang menikmati ketulan ayam pertama...muahaha.


suasana malam raya di laman rumah sementara menanti hidangan bbq dan ketibaan def-def kehormat yang berhenti berbuka di Tapah dan sampai nya agak lewat. Nasib baik kami tak perabih satay dan home-made beef patties yang delises itu.


sekian melaporkan dari atas katil. Nak sambung baca modul. free sikit nanti i jalan2 beraya kat blog uols yaaa....daaa... :-)



Friday, August 17, 2012

Have a blessed Eid-Ul-Fitr


Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di kampung sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat hari raya



Budak-budak main mercun
Jangan sampai terbakar tangan
Di Aidilfitri kita berhimpun
Hulurkan tangan bermaaf-maafan


Have a blessed Eid-ul-fitr to all friends and family, maaf zahir batin.




p/s: raya greetings guna pic muka tembon! just to be inspired supaya bertambah tembon & sihat...aminnn.





Wednesday, August 15, 2012

"Sayuuuuuu....hati ini makin sayuuuu....."


Dah hujung-hujung Ramadhan ni makin sayu hati. Sayu sebab Ramadhan dah nak tinggalkan kita...dan sayu jugak sebab, terasa macam masih tak cukup je amalan di bulan mulia ni. Belum tentu dapat jumpa next Ramadhan..entahkan ada umur dan rezeki atau tidak.


Sayu lagi satu....raya semakin dekat. Orang lain semua pakat excited nak balik kampung. Chek...?? Uwaaa....dah takde kampung lagi dah. So, tahun ni, we all satu family balik 'bandor' Georgetown aje lah!





Untuk menaikkan 'the kampong feel'..dik Na and my BIL dengan giat dan gigihnya menghias laman rumah diorang ni. And now, dah jadi perang lampu dan pelita peringkat neighbourhood pulak...hehe...takpe lah, janji meriah. Den ado..ekau ado...??


Dan kesayuan semakin terasa, sebab di awal-awal Ramadhan tak pergi teraweh, walhal 'mesjid' dekat sejemput je dengan rumah. Namun, alhamdulillah...di malam-malam terakhir ni dapat la menguatkan diri melawan napsu malas tu dengan berteraweh. Chek lone ranger ja ke mesjid..mak bonda tak boleh nak berdiri atau duduk lama..sakit kaki.


Lagi sayu.....orang tuuuuuu...nak balik Kota Tinggi. Sikit tak ajak I join sekali (kalau ajak pun belum tentu nak join sebenaqnya...sajaaaa...cari pasai!). Mood meradang I masih tak abis lagi yaaa...lepas satu, satu hal dibuatnya. Malas nak saratkan kepala otak...concentrate je hal dengan family dan hal study yang I tak mintak ijin beliau tu kannn. Jangan ingat dia sorang ja boleh buat...I pun boleh buat. Marah...?? Tak marah aih...sukaa....buat la selalu-selalu kalau rasa diri I ni seropa takdak meaning dalam hidup dia..buat..buat..!


Alhamdulillah...hari ni gaji bersama ekstra dah masuk account. Ini pun penyebab sayu lately. Lambat dapat...orang lain dah meriah shopping bagai. I...?? Hmm....terpinga-pinga di celahan orang ramai yang berebut-rebut pilih baju, seluar masa 70% sale kat PDI. Macam orang budus okey...! Tapi, takpa....tak budus jugak...adik hero I dah sempat rembat 5 pcs masa sale hari tu. Tak ralat sangat, okey. Baju raya gayanya..baju yang sedia ada dan jarang pakai saja lah. Ada sehelai yang dah beli lama sebelum puasa, tak terpakai lagi dan sehelai dua yang baru pakai sekali. Nasib baik lah I ni jenis yang suka peram baju dalam lemari lama-lama...esok dah outdated baru pakai...haha....sorry naa..baju kurung dan kebaya adalah baju yang tidak lapuk ditelan masa naaa....







Dan peniaga-peniaga kat Pasar Ramadhan Bandar Perda semalam pun sayu jugak. Kesian depa. Canopy depa terbalik. Angin kuat dengan tiba-tiba katanya. Dalam setengah jam lepas tu..hujan pulak turun dengan lebat. Masyaallah..kesian. Apa nak buat. Dugaan. Dan I.....lencun okessss.....nasib baik la pi membeli secara berjemaah dengan adik-adik sepupu kelmarin. Kalau tak....confirm chek tak berlari-larian di dalam ujan, dok jadi patung cendana bawah canopy gerai-gerai lain la gamaknya...








Sunday, August 12, 2012

Sombre



"Tiada istilah raya tahun ini"

Sombre bunyinya. Pudar. Sedih. Tiada semangat.

"R u okay? What happen??"

"Entah la, tak terungkap dengan kata-kata"


It's been a week macam ni. Bila kita tanya, diam, tak nak jawab. Bila kita diam, dia mencari-cari pulak. Seriously, I tak pandai pujuk-pujuk orang. Dua kali tanya, tak nak cerita..okey, fine, kehabisan kata-kata. Bila rasa ready to share, pandai-pandai lah cari I yaa.

But the problem is, I yang tak tahan macam ni. Tido mampos tak lena, mandi tak basah, tak makan pun rasa kenyang. Kalau tak nak cerita, jangan hint kat I..like something amiss. Rasa tak puas hati selagi tak dapat explanation yang sepatutnya.

Now, I pun dah tak pasal-pasal terkena aura 'sombre' moods...

Nak paksa dah tua bangka, dah bapak budak. Surely, it's something not good, tapi tak pasti 'apakah' ia. speak lah...pelissss.....jangan buat I meroyan macam si meow-meow tunggu masa nak bersalin.


Teratai layu di tasik madu (gambar tak ada kena mengena, sekadar penghias entry)




Thursday, August 9, 2012

Bila Ramadhan....Nasi Ulam Tok Amah




Kalau dulu masa kecil, Tok Amah yang buat Nasi Ulam ni untuk anak cucu dia. Tapi la ni...cucu dia pulak buat Nasi Ulam ni untuk tok dia.

Tok Amah my one and only grandma, sebelah mak..*tok sebelah arwah abah dah lama meninggal. Tok Amah dah tak sesihat dulu. Dah mula ingat-ingat lupa. Macam arwah tok wan, bila cerita kena sabar...kena ulang banyak-banyak kali. Pertanyaan dia pun sama. Macam-macam jenis soalan, semua kena jawab..dan repeat memang confirmlah, kena repeat jawapan. Yang herannya kalau jawapan tak sama..boleh pulak dia ingat jawapan yang mula-mula tu..hehe...tok...tok...celaru sudah.

Okey...lari topik pulak.

Nak cerita kesah Nasi Ulam dia lah...menyesal betul la dulu tak nak belajar betul-betul buat Nasi Ulam ni. Orang tua-tua memang pandai combine jenis ulam yang sesuai. Macam yang I buat recently...tak sesedap yang Tok Amah buat. Rindu seh!




Tiap kali bulan puasa, Tok Amah mesti buat Nasi Ulam ni as breaking fast menu. Dalam sebulan Ramadhan tu mau jugak berkali-kali diulangnya buat. I can't remember exactly siapa yang suka sangat makan Nasi Ulam dia...it's either tok wan itself atau anak-anak manja dia...hehe....pakteh & makcik.

Masa mengutip daun-daun ulam tu yang best. Ngekor je bontot tok nya...sibuk nak memetik jugak. Tapi dah nama cucu kesayangan kannnn....tok mana marah! Kombinasi ulam nya dah tak berapa ingat...cuma pokok-pokok ulam yang selalu ada kat rumah tu macam ulam raja, daun selom, pucuk janggus, pucuk kaduk, pucuk mengkudu, daun kunyit....hmm...yang itu je I bleh recall...*kena makan banyak kismis ni...! Petik fresh dari ladang gitu! Belakang dapur je uols! Alangkah bestnya waktu tu...nak apa semua ada, petik je. Ingat sekarang je semua di hujung jari...dulu pun dah ada la. Tak payah pergi 'merket' bagai.....

Dah habis sessi memetik, sessi menghiris pulak....yang ni I ols paling suka yaaaa.....! Potong guna pisau lipat, pisau biasa pun boleh, tapi kalau guna pisau lipat...hasilnya lebih halusssss, mulussss, tulussss gitu. Habis bersepah meja kat dapur tu I kerjakan. Tok pening kepala....hehehe...

Habis semua daun-daun tu dihiris halus....sampai lah giliran tok pulak nak menggaul ulam-ulaman tu bersama nasi, kerisik dan ikan kering yang sudah diracik halus. Hasilnya...memang wallla...! Awat la dulu takdak henpon dengan kamera canggih manggih....kalau tak mesti dah boleh publish kat blog ni...tutorial prepare nasi ulam.....hehehe.

Seriously, nostalgia Nasi Ulam Tok Amah ni lah yang membuatkan I terasa teringin sangat-sangat nak makan in the early Ramadhan this year. Gagah dan gigih I buat. Alhamdulillah jadi...cuma rasanya dah tentu-tentu lah tak sama. Sempat I kirimkan satu bekas untuk Tok Amah, now residing with my pakteh.

Tok...I mish u..I mish Ramadhan wit u....and I mish my childhood Ramadhan very much.



p/s: Ada masalah kena habaq...bukan dok diam. 


Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday #34: ssshhh..ibu mengandung tengah tido.









Tuesday, August 7, 2012

Iftar @ The Ridge, Teja by the Sea

Pahang bertemu Melaka..ibarat kisah Tun Teja dan Hang Tuah. Begitu jugalah kisah di sebalik nama "Teja by The Sea". Pemilik restoran, "The Ridge, Teja by The Sea" berasal dari Pahang manakala isteri beliau berasal dari Melaka. Selain Teja @ Wetland, Precint 13, Putrajaya, "The Ridge, Teja by The Sea" di Batu Kawan pula baru saja beroperasi sekitar mac tahun ni.




4 August lalu..we had our iftar together, a group of 17! Wow...that's quite a crowd. Meriah sangat. Event buka puasa ni sepatutnya dianjurkan oleh JRRCMDU, but unfortunately atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, event tersebut dibatalkan. Butttt....ada tapi tuu...hmm, biasalah..we were born stubborn..hehehe..yelah, sebab dah janji with Andrea Chong nak datang makan-makan kat sini plus permintaan kawan-kawan dari group yang memang teringin nak merasa makanan kat sini, so program berjalan jugak..more to personal event lah. Alhamdulillah..successful event. Big thanks untuk semua kawan-kawan from Penang Halal Food yang join untuk memeriahkan majlis berbuka ni. Tanpa uols, kami tetap datang, tapi tidak lah semeriah & se'havoc' tempohari.




feeling-feeling kat Hawaii gitoo!



Satisfied with good food, disediakan secara buffet, RM 38 per pax. Kami menerima layanan yang sangat 'warm & friendly' di sini. Ambience..environment..toksah cakap lah! Memang awesome. Menikmati sunset sambil menghirup bayu laut, cool breeze sewaktu berbuka.

Lets layan the senery first...

Romantik kannnn...^_^....tetiba datang mood nak ajak 'orang tuuuu'


Sila concentrate on the background ya..

Okey, now,  we may proceed to food...for info, The Ridge cuma menyediakan hidangan buffet untuk bulan Ramadhan ni. Kalau nak makan ala carte, you have to wait until lepas raya. They have Malay, Thai, Chinese, Asian Fusion and Western cuisine. Actually, both me and my sis memang dah tak sabaq to try their ala carte menu, especially the seafood pineapple rice and western mix grill yang sangat popular tu.

Buffet line-up







Ada kemudahan surau jugak di The Ridge. Sepanjang Ramadhan ni, ada imam jemputan yang mengimamkan solat maghrib, isyak & tarawih...not to worry okeh! And one more, please note that this restaurant only accept CASH here.





Location vise, bagi yang tak biasa, sila biasa-biasakan diri dengan google maps..hehe. Okey, situated just next to Jeti Batu Musang yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Aman. From Juru Toll take the next exit, Bukit Tambun/Batu Kawan. The Ridge ni further up from Stadium Batu Kawan & Bandar Cassia. If u reach both landmarks, tak payah kona-kona lagi dah..terus je..it will lead u to Jeti...and The Ridge just beside Jeti.




Jeti Batu Musang & Pulau Aman, view from The Ridge



Our group photo..sengih sokmo!


To summarise, tempat ni memang best. Suitable untuk romantic dinner, family get together and group events. Ample parking space, suasana menarik, makanan sedap, service yang mesra pelanggan cuma..lokasi saja a bit jauh from the hustle bustle city, sebab bandar Batu Kawan ni baru nak membangun, wait until the completion of 2nd bridge, pasti tempat ni akan lebih meletops kebaboom...hehehe..:D



Model Poplook by The Sea...mencelah sat...wakakakaka...


Okeh..sekian review untuk hari ni. Untuk pertanyaan / tempahan boleh hubungi The Ridge, Teja by The Sea or kindly call 019-4581996 / 013-9891995 / 019-4761994 / 013-7231997.







Friday, August 3, 2012

The Battle of Street Burger #2: Rock Ya Mouth, Rockstarz Burger


What...?? Burger again...? Mohon jangan 'melugai' ya tuan-tuan dan puan-puan. Demam burger melanda. Sementelah..kembara 'The Battle of Street Burger' sedang giat dilaksanakan oleh my adik and the crew. Me..? Tukang menyampai maklumat saja. Not to worry, I'll make sure akan try jugak each street burger yang di'publish'kan di blog ni dari semasa ke semasa. Insyaallah.

My Carbonara Romance & The Santanaz

Last few night, dik Na a.k.a Puan Sugarhoney with hubby and crew from Penang Halal Food (PHF) telah berkesempatan me-'rockin' mulut mereka dengan keenakan burger di Sg. Ara, Penang.. yes, Rockstarz Burger. Located at Taman Tunas Muda, Sg. Ara, right in front of Tunas Muda's office. Okay, now..let the pictures do the talking yaa...







Untuk bulan puasa, Rockstarz beroperasi dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam (sebelum berbuka) dan beroperasi semula jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi. For normal business hours, contact number and any other additional info serta gambar-gambar yang menggoda, boleh la rujuk di sini.

the menu
Rockstarz Burger ni katanya baru je run their business in about one and half month. Sambutan nampaknya begitu memberangsangkan. And, in my opinion, perniagaan bumiputra yang kreatif macam ni memang patut diberi sokongan. Stiff competition in food industries sepatutnya menjadi pemangkin untuk usahawan-usahawan muda to come up with fresh idea to attract the youngsters yang suka kan something yang mengikut aliran hidup mereka...totally like with this rock concept! Keep up, Rockstarz.


Crowd is always there! Order bro, jangan tak order!


Ramadhan Special -- Papa Rendang

For info, Papa Rendang is the signature menu along the month of Ramadhan until a week of raya puasa. So, to those yang berhajat nak try, I think it's a good idea to opt for this Papa Rendang too..since it can be consider as seasonal menu kannn.. and heard from my sis, Rockstarz will come up with another theme / signature menu for Merdeka month nanti.

Amboi...adik ipaq I...takkan thumbs-up ja kot...bila nak belanja..???????




Susah jugak nak review without own experience. But based from other comments through their facebook page...hard to deny yang burger ni really sedap..awesome. Just take a look at the sauce yang meleleh tu (1st photo)...especially The Santanaz (bolognaise) and Carbonara Romance...sentuhan Italian gitooo!


wrapping paper -- memang rock abes!!

So, Rockstarz..I'll catch up very soon! Insyaallah.


p/s: Puan Sugarhoney...u still owe me four (4) burgers up to this date. Sekian, mekacehhhhh. Belanja kakak, murah rezeki....hehe...:-)



Thursday, August 2, 2012

The Battle of Street Burger #1 : Street Grill Burger Bakar, Penang


JRRCMDU & Penang Halal Food (PHF) buat pertama kalinya membuat 'lawatan bersama', me-review burger bakar sekitar Penang. Bermula di Penang Street Grill (Burger Bakar) on last Friday nite.




Street Grill (Burger Bakar Penang) is located next to Ocean View Apartment, Bandar Sri Pinang, Sg. Pinang. Ala-ala food-truck gitu kan...Street Grill ni operates just by the road side. Katanya..akan melebarkan sayap perniagaan tak lama lagi.





Menggunakan home-made patties, diperap dengan 'sos rahsia', and grilled to perfection with hot flaming grill, Street Grill menyajikan burger bakar yang enak, tender and juicy. (harun hang dik Na...telan ayaq liuq I buat entry ni tauuuuuu....len kali hang yang pi telan n review..hang saja lah yang buat entry naaaa....!)




Menu and price list -- quite reasonable. 


Triple Bonanza

Some post and comment from their fb's page.


For more information, more photos, maps, kindly visit https://www.facebook.com/streetgrillburger or just simply call this number 012-5711050 / 012-4659066.





Chef Street Grill in action bersama orang kuat di depan dan belakang tabir banner JRRCMDU. Insyaallah, there will be more food review coming your way..dan akan lebih giat lagi aktiviti meronda & me-review selepas Ramadhan.



Image by: 
Sugarhoney
Street Grill Burger


P/s: Mintak ampun naa...post boleh menggangu-gugat ketenteraman jiwa di siang hari. Tiada pilihan, kena post jugak sebab dah banyak hari peram dalam draft.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails