About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, August 30, 2012

Insta #6: Syawal on Insta


Masih dalam bulan Syawal kannnnn....tak salah kan post cerita Syawal? Salah tak salah, tetap nak cherita jugak...do I care...?? Ide-ide nak mengarang harus ditajamkan walaupun tatabahasa, grammar tak berapa nak betul. Orang kata, prektis mek perfek (practice makes perfect)..demi mempersiapkan diri mengarang esei paper bahasa melayu dan preparatory english lepas ni...assignment menunggu!




Okeh..syawal..persiapan, merata shopping complex. As usual...I love to captures shopping mall decorations sempena any festival, tak kira la raya melayu ka, raya cina ka...raya india ka...we all 1 Malaysia maa! Sunway Carnival, deko raya tahun lepas lebih grand dari tahun ni. So simple. Tapi, mood shopping takdak kena mengena dengan deko dekat mall ya...shopping tetap bagai nak rak.




Sehari sebelum Syawal, kami menyambut kehadiran dua ekor baby meow-meow a.k.a cik pong. Sekor hitam, sekor lagi sejibik bulu bapak nya...pakcik Nico O'Neil..sekor lagi meninggal masa dilahirkan. Gambor cik pong tengah terjegil bijik mata, risau we all kidnap anak dia ler tu...tak koser! Cik pong suddenly je bertukar sifat, nampak penyayang, manja dengan orang, dah ada sifat keibuan dan protective towards her 'kids'. Dulu, menyombong kemain, bukan ndak orang usap-usap dia. Bila diusap sibuk je jilat bulus dia tu....macam la tangan kita ni kotor sangat, huh! Entah apa nama dik Na nak kasi untuk dua ekor bulus ni...takkan Aidil & Fitri kot.....?? Hikkhik...




Setelah digodek segenap jenis kamera, dari yang cap ayam & itik hatta ke kamera mahal hok orang lain, memang tak jumpa jugak gambor ketupat lemang & rendang. Yang ada...ni haaa....gambor nasi impit yang tak nampak kuah kacang. Ini pun ambil masa beraya kat Sg. Petani, rumah maklong masa raya ketiga ituhari. Sedih la haiiih...



Akibat kurang beraya, kunjung mengunjung, tandang menyandang...(erk, ada ke vocab ni....), memang tak merasa makan lontong dan kuah lodeh. Memang teringin sangat-sangat. Disebabkan raya ke4 dah mula bertugas di pejabat, meraban la jugak dengan harapan kot-kot ada kawan-kawan yang masih cuti nak datang buat lawatan sambil belajar dan bawak sekali buah tangan lontong.....namun.....hampa hatiku! Last resort, buat sendiri je la kat rumah. Bukan susah pong! Nasi impit boleh rebus yang instant je, kuah lodeh...huk aloh....at my fingertips je la! (riak nya statement....). Makan dengan serunding ayam yang maklong buat..perghhh. Apa diharap lontong dan kuah lodeh orang......


I masih belum dapat duit raya ni. Ada orang janji nak bagi. Tapi asyik ngelat je, ntah bila dapat beraya....hurmm. (Tetap mengharap duit raya dari orang!!) Dah la best beraya kat kampong, sampai duit nafkah pun terlupa bagi.....! Sentap! :p







14 comments:

  1. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin Murni.. makchaq terlambat pasai lama cuti berblog..

    Selamat bertungkus lumus buat assignment jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      selamat hari raya, maaf zahir batin. tu la..dok tengok blog makchaq sunyi ja, takdak update, sampai lah dua hari lepas..kan..

      tq makchaq..:-)

      Delete
  2. PM pagi raya dah pekena lodeh...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM,

      Sebelah sana lodeh ni kira menu common dah kan. Sini jarang2...sebab tu la kalau tak banyak beraya, alamat tak merasa la..

      Delete
  3. Fullamak! Dapat anak2 bulus malam raya. Tak de interview masuk tv ke dik. Hihihi.
    Kelakar je akak baca bab 'apa diharap lontong orang' tu. Akak nak sambunglah, Lontong sendiri dihujung jari...kan, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      tu statement frust la tu kak aidah oi..haha. sudahnya, teringin punya pasal, buat sendiri je..ada nada merajuk di situ.
      anak2 bulus tu camera shy belaka...esok2 dah cergas sikit boleh la exposed kan diorang dengan media...hehe

      Delete
  4. i love instaa!!! nice
    bestnye dpt baby kitten..tomey momel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      Baby2 syawal ni muka nya tak nampak jelas lagi. Hari kedua tu baru la nampak celik sikit mata...tapi memang serius lah comel...:-)

      Delete
  5. kalau kt johor ni masih meriah beraya.....penat melayan tetamu smpai ptg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      Melayan tetamu memang penat, tapi puas dan seronok..kan. :-)

      Delete
  6. Replies
    1. Sharinginfoz,

      Hari ni tak pi beraya mana-mana, memerap kat rumah, baca nota, online...esok kuliah... :-(

      Delete
  7. Begitulah.. akhirnya masak sendiri juga yang puas kan? Kalu gitu, boh duit sendiri dalam sampul, dan kirim ke alamat sendiri. Haaa puas. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      Sendiri masak, sendiri makan..suka-suka hati boleh tambah...hehehe. Alaaa....tak mau..itu kena masuk duit sendiri jugak...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails