About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, August 15, 2012

"Sayuuuuuu....hati ini makin sayuuuu....."


Dah hujung-hujung Ramadhan ni makin sayu hati. Sayu sebab Ramadhan dah nak tinggalkan kita...dan sayu jugak sebab, terasa macam masih tak cukup je amalan di bulan mulia ni. Belum tentu dapat jumpa next Ramadhan..entahkan ada umur dan rezeki atau tidak.


Sayu lagi satu....raya semakin dekat. Orang lain semua pakat excited nak balik kampung. Chek...?? Uwaaa....dah takde kampung lagi dah. So, tahun ni, we all satu family balik 'bandor' Georgetown aje lah!





Untuk menaikkan 'the kampong feel'..dik Na and my BIL dengan giat dan gigihnya menghias laman rumah diorang ni. And now, dah jadi perang lampu dan pelita peringkat neighbourhood pulak...hehe...takpe lah, janji meriah. Den ado..ekau ado...??


Dan kesayuan semakin terasa, sebab di awal-awal Ramadhan tak pergi teraweh, walhal 'mesjid' dekat sejemput je dengan rumah. Namun, alhamdulillah...di malam-malam terakhir ni dapat la menguatkan diri melawan napsu malas tu dengan berteraweh. Chek lone ranger ja ke mesjid..mak bonda tak boleh nak berdiri atau duduk lama..sakit kaki.


Lagi sayu.....orang tuuuuuu...nak balik Kota Tinggi. Sikit tak ajak I join sekali (kalau ajak pun belum tentu nak join sebenaqnya...sajaaaa...cari pasai!). Mood meradang I masih tak abis lagi yaaa...lepas satu, satu hal dibuatnya. Malas nak saratkan kepala otak...concentrate je hal dengan family dan hal study yang I tak mintak ijin beliau tu kannn. Jangan ingat dia sorang ja boleh buat...I pun boleh buat. Marah...?? Tak marah aih...sukaa....buat la selalu-selalu kalau rasa diri I ni seropa takdak meaning dalam hidup dia..buat..buat..!


Alhamdulillah...hari ni gaji bersama ekstra dah masuk account. Ini pun penyebab sayu lately. Lambat dapat...orang lain dah meriah shopping bagai. I...?? Hmm....terpinga-pinga di celahan orang ramai yang berebut-rebut pilih baju, seluar masa 70% sale kat PDI. Macam orang budus okey...! Tapi, takpa....tak budus jugak...adik hero I dah sempat rembat 5 pcs masa sale hari tu. Tak ralat sangat, okey. Baju raya gayanya..baju yang sedia ada dan jarang pakai saja lah. Ada sehelai yang dah beli lama sebelum puasa, tak terpakai lagi dan sehelai dua yang baru pakai sekali. Nasib baik lah I ni jenis yang suka peram baju dalam lemari lama-lama...esok dah outdated baru pakai...haha....sorry naa..baju kurung dan kebaya adalah baju yang tidak lapuk ditelan masa naaa....







Dan peniaga-peniaga kat Pasar Ramadhan Bandar Perda semalam pun sayu jugak. Kesian depa. Canopy depa terbalik. Angin kuat dengan tiba-tiba katanya. Dalam setengah jam lepas tu..hujan pulak turun dengan lebat. Masyaallah..kesian. Apa nak buat. Dugaan. Dan I.....lencun okessss.....nasib baik la pi membeli secara berjemaah dengan adik-adik sepupu kelmarin. Kalau tak....confirm chek tak berlari-larian di dalam ujan, dok jadi patung cendana bawah canopy gerai-gerai lain la gamaknya...








17 comments:

  1. Raya sama adik beradik pun tak pa. Meriah jugak janji masih bermanja bawah ketiak mak sendiri. Hehehe.
    Pak cik buat hal ka? Nanti akak pakat dgn Dinas sebut nama dia ulang2 kali. Lagi best kalau dia tengah makan kuih makmur. Tersedak menyembur satu meja nanti tau. Kihkihkih.
    Akak gurau ja, dik. Biaq pi lah dia tu. Nanti dia tahulah kerugiannya tak menghargai seorang yang istimewa macam murni ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Adik beradik dah la tak ramai. itu yang bertambah sedih tu. harapkan adik2 sepupu..depa pun excited nak jenguk kampung sendiri. kami 3 beradik ja..pakat takdak anak mahupun anak buah lagi. memang sunyi la sikit kan. pakcik tu saja nak bagi chek marah kat dia...biaq pi dia...tau la chek ajaq nanti...

      Delete
  2. selamat ahri raya...maaf ku phon dari jauh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      Selamat hari raya..kak tiha, maaf zahir batin naa... :-)makan ketupat lemang ingat kami kat sini...

      Delete
  3. As Salam Siti Murni...

    Sayu, hiba, sedey nak say babai to Ramadan.. Panjang umur kita berpesata ibadah lagi tahun depan. Inshallah.

    Xde kampung xpe, keluarga masih Ada. Kakya ni, anak yang sulung je dapat balik lagi dua orang dok beraya dengan autumn sana nun... Xdpat cuti panjang katanya.

    Jangan marah2 dengan orang tu.. Marah2 manja xpe.. Hehe..

    Meriah sungguh tengok lampu lip lap itu.. Kakya pun nak memanjat pasang lampu jugak lah ( hiburkan hati sendiri) haha

    By the way.. Selamat menyambut hari raya okeh.. Let's jimba2 dengan nikmat kemenangan yang Allah beri. :) tc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam kak ya,

      betul sangat tu. rasa tak cukup lagi amalan di bulan barakah ni. sat sangat masa berlalu. awal2 tu leka sangat. hmm..ruginya rasa.
      bukan marah sangat pun...geram je!
      pasang jangan tak pasang..kasi meriah sikit. baik2 panjat kerusi/tangga nak gantung lampu tu naa...

      Delete
  4. Dah baca komen kak Aidah kat ataih tu. Kalau nak, habaq ja, kami sebut sungguh nama dia banyak2 kali, kehkeh! Adoih jahat la pulak dok ngusik. Encek Petronas, jangan marah naa, kami gurau2 saja, okeh.

    Jangan sayu2 di hari raya yg mulia nanti, dik. Ceriakan dirimu. Pasti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Kalau dah jenis hati beku..keras macam batu..seru nama dia banyak kali pun tak jadi apa kak oi. biaq pi ke dia. dia kira dia punya feel ja...kita punya feel dok tunggu dia ni dia tak kira pulak. chek pulak raya nak sepak dia...haha...berjangkit sudah!

      tq kak dinas, insyaallah, esok mood okay la ni...kan dah nak raya.

      Delete
  5. wah dh brseri2 rumaah adik siti nie....
    Sayu hati hendak meninggalkn ramadhan kali ini..semoga Allah pnjangkan umur utk brsua ramadhan yg akn dtg....

    SELAMAT HARI RAYA dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      Itulah, kemain semangat lagi dia. tup tup dua hari ni datang semput pulak..la haih..kesian. harap2 cepat dia recover.
      selamat hari raya kak, maaf zahir batin.

      Delete
  6. selamat menyambut hari raya dari kakain..
    maaf dipinta jika terdapat silap dan salah ye siti sepanjang perkenalan kita di alam maya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ain,

      Selamat menyambut lebaran jugak untuk kak ain sekeluarga. sama lah saya..mintak ampun maaf banyak2 ya..

      Delete
  7. Salam Lebaran, Siti...I pun sedih nak raya nih...sedih, sayu, semua ada! :-)

    P/S: Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shasha,

      salam aidilfitri sha...i mintak ampun maaf banyak2 dari u ya..for any wrongdoings towards u selama kita kenal okes...:-)

      Delete
  8. Hi Siti, here's wishing you all the very best of hari raya.....
    You take it easy, ya....jangan la sedih....You a beautiful young lady.....
    Enjoy the holiday.
    Selamat hari raya to you and all at home.
    Keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,

      Thank you for the wishes uncle lee. i tolong makan ketupat rendang untuk u ya. thanks again.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails