Wednesday, September 26, 2012

Senja di Tanjung Dawai






Ya, kisah di suatu senja di musim yang lalu, ketika itu hujan rintik... di Tanjung Dawai. 

Berjalan berpimpin tangan, tatkala pipi ku dicuit..kami lari berkejar-kejaran. Sesekali si dia menyimbah air laut masin kepada ku....
muahaha....novel jenis apa ni....??! 

Takdak makna nya yaa nak berkejaran di pantai Tanjung Dawai ni. Saja nak ambik mood romantik layan sunset boleh laaa....

Tanjung Dawai is a small town in Kedah, more specifically, 30km away from Sg. Petani. Kegiatan ekonomi penduduknya more to bertani dan sebagai nelayan...memang fishing village pun..! Kak Dinas Aldi pernah buat entry Tanjung Dawai. Boleh klik di kedua-dua link beliau dan layan gambar-gambar cun di sana.






Kesinambungan dari entri lepas -- selepas menerjah restoran usop mee udang di Pulau Sayak, we all terus ke Pantai Merdeka. Tak semua ahli konvoi ikut serta, ada yang dah balik ke pangkal jalan dan ada yang masih tak patah semangat meneruskan misi walaupun kalau ikutkan badan dah memang penat sangat *okey, mengata diri sendiri. 

Dari Pantai Merdeka, we all sekali lagi naik bot *last week naik bot pi Pulau Aman. Tambang sehala adalah RM 2.00. Perjalanan melalui bot dari Pantai Merdeka menuju ke Tanjung Dawai adalah sekitar 10min. Tapi best, sebab tak pening macam bot ke Pulau Aman. Bayu laut memang menyamankan! We all naik bot lebih kurang pukul 6 petang, hanya ada sejam untuk beraktiviti di Tanjung Dawai sebelum bot terakhir pukul 7 malam.





 
Bagai kanak-kanak riang mereka berjalan-jalan sejurus turun dari bot...majority of us, tak pernah sampai. Dan paling menggemparkan adik iols yang bajet bangsawan tu pun tak pernah sampai...oh-em-gee....this is sooooo surprising! Macammana I boleh leading..dah empat lima kali pi Tanjung Dawai.




Apa yang best kat Tanjung Dawai...? 





Kecik je pekan dia..aman tenteram gitu. Dulu...tak ada orang berjual tepi jalan macam tu, harapkan arked kat jeti tu saja..itu pun di hujung minggu baru la ada orang luar datang memukat membeli hasil laut seperti ikan bilis, belacan, ikan, udang dan sotong kering, keropok lekor, keropok tanpa kaler, keropok kaler maler...memandai je tokok tambah kan.....

 
Variety of keropok







 
Yaa, itu dia, kelihatan mereka sedang memukat hasil laut....laut ganas bergelora bagi Cikgu Junita manakala Puan Sugarhoney masih terkapai-kapai dilambung ombak..meneliti keropok lekor dan ikan kering sambil otak beliau ligat mengira-ngira sekiranya duit gaji masih berbaki..! That's why la dah pesan, kalau bot kecik, time musim tengkujuh macam ni jangan la keluaq memukat...esok-esok iols jugak jadi peminjam wang tak berlesen...dan tak balik modai pulak tu!







We ols bersama hasil tangkapan! Mujur la ombak besor tak mengganas..dua plastik je uols..hanya keropok lekor dan satay ikan di dalamnya.




Buah tangan paling mahal dari Tanjung Dawai!! I love sunset.....!!! Sunset not just meant for couple in love.....sunset tu anugerah Allah untuk manusia yang mahu berfikir, mahu mencari diri dengannya.... :-) 







“There's a sunrise and a sunset every single day, and they're absolutely free. Don't miss so many of them.”
Jo Walton


The Pirates of Tanjung Dawai....hehe...sila percaya.

Gambar atas -- diambil dari dalam bot sewaktu perjalanan balik menuju Pantai Merdeka. It's a rare experience...tak pernah rasa tengok bot nelayan besar macam ni, sehampir ini.
 
Overall -- Puan Sugarhoney so satisfied with this trip. Rare experience..that she's able to capture those beautiful sunset dan dapat membeli keropok lekor kegemaran beliau. 

For me, it's more like giving in. Sometimes, life could be even more beautiful when u see other peoples around u, happy...in their own way. Me...? I'll treat this as a cure...time..will heal.



p/s: entah mana pulak depa nak terjah lepas ni...hmm..mood mari menabung di tabung buluh...lalalala..




Monday, September 24, 2012

Pulau Sayak Day Trip: Mee Udang, Nasi Goreng Udang or Me?

Last saturday, we ols, team member, bersama organizer JRRCMDU menuju ke Pulau Sayak. Masih lagi dengan edisi Panggilan Pulau bertemakan Mee Udang.

Brief information on Pulau Sayak -- a remote village located at Kuala Muda, Kedah. Reachable via Penaga, Kuala Muda, Seberang Perai Utara or via Butterworth-Sg. Petani main road, exit at Tikam Batu.



 

Sebagai orang yang tak arif jalan sebelah sana, kami mengikut je la..jadi ahli konvoi saja kali ni. Route yang dipilih adalah melalui jalan Penaga, Kuala Muda, SPU. Entah jalan mana depa cerodong, kami pun tak tau. Pendek kata, kalau dikata cubaan kidnap oleh organizer pun, kami redho je la masa tu. 

Dari sawah bendang, pokok nyiurrr, dan hutan kampung..hmm..nyaman! Memang adventurous journey! Bukan senang nak menikmati kehijauan alam dan suasana kampung. Namun, kau dipaksa jadi photographer, aku pula terpaksa jadi driver....hehehe..feeling-feeling di kampung tu tak menyerap 100%....kennnnn Pn. Sugarhoney...?*takdak sapa yang paksa, sendiri yang mau....




 


Riben kuning kat antena kereta masing-masing tak kelihatan di dalam gambar. At this stage, ada 7 buah kereta yang ikut konvoi. Seronok tauuu ramai-ramai konvoi pi makan-makan macam ni.....



 

Sejurus melepasi FRI, Pulau Sayak di sebelah kiri jalan...we ols pun sampai lah ke destinasi yang dituju. 'Usof Mee Udang Pulau Sayak'. *Usop pun boleh.




 


Kawalan trafik semasa sampai ke kedai ni memang perfect. Enough parking space! Cuma sepanjang jalan tu ada beberapa stop secara mengejut dan terkejut agak mencacatkan sedikit mood perjalanan.





Breathtaking view! Pemandangan pantai Pulau Sayak, memang cantik. Hilang letih...terperanjat, terkujat dan sebagainya. Next time nak mai lagi tengok sunset kat sini..sebab masa pi last saturday we ols menikmati pemandangan senja kat tempat lain...bukan kat sini. Nak tau kat mana kena tunggu next entry okess..





Riuh-rendah kedai usop yang sebelum ini sunyi...just ada a few customers sewaktu ketibaan kami.





Ini my pren...cik Masreen..duta mee udang pulau sayak! Begitu bersemangat lagi beliau bersama pinggan mee udang berkenaan...





Me and my sis, we opt for Nasi Goreng Udang. Dah tak boleh nak terima mee..sebab baru je hadap mee udang minggu sebelumnya di Pulau Aman. Nasi Goreng Udang (biasa) priced at RM 8. Unfortunately, udang berkenaan tak lah semanis yang we all expect. There's so many version of Nasi Goreng Udang. In Kuala Juru, one of restaurant they serve plain fried rice with prawn soup..not a plain soup...tapi macam kuah mee udang tu..spicy! Yang ni pulak, udang nya rasa macam direbus asing, then letak atas nasi goreng tu. Taste vise, so-so sahaja.










Yang ni nampak special sangat kannnnnnn.... ketam wei!! At first, memang berhajat nak order mee ketam je, tapi terbantut takut ayaq mata menitik terkenangkan pakcik saat mee ketam tu arrive in front of me...no no no! Adegan yang tak ingin dilihat. Well, ketam dan pakcik begitu sinonim. :-(

 

 

Mee Udang Special priced at RM 10. Not very sure udang nya 4 atau 5 ekor.  But comment rata-rata mengatakan kemanisan udang tak begitu obvious pada hari lawatan dibuat. 

For info, menu mee udang & nasi goreng udang price adalah sama, RM 8, RM 10 dan RM 12. Yang RM 12 tu tak tau la macammana punya saiz. Yang pastinya yang sekali dengan ketam tu bukan price yang disebutkan ya.  

Nahhhh..group photo yang masih tak cukup kuorum..untuk tatapan dan kejelesan anda semua...terimalah... 








 

Last but not least..big thanks to Puan Sugarhoney (puannnn yaa...) dan Mr. Vick Nesh for lovely photos. 

Kudos to organizer, kak samina mina ieh ieh..! Kak Salmina Desa & Kak Arieza atas kesungguhan menjayakan misi keamanan kali ini. haha...mampuih kena ligan satgi...!



P/s: Entri esok...kisah di suatu senja.








Friday, September 21, 2012

Coffee & Muffin


Yaa...Coffee & Muffin.. bukan ayaq kopi dan kek cawan muffin.



Tapi nama dua ekor anak-anak bulus, cucunda Sugarhoney...hehe. Foto keluarga, tak sempat nak letak atas kerusi mahupun sofa loren, sebab usually depa satu family tak together-gether. Dan bila together-gether camera pulak tah kemana letak duduknya. Papa Nico buat muka cengei. Mummy Cik Pong, letih masih dalam tempoh pantang.




Meh nak introduce, yang hitam macam dayang senandung tu namanya Coffee, sebab dia hitam. Kesian dia. Rasanya dia ni turun mak dia, Cik Pong. Tengok macam ada tabby sikit kat tangan & muka dia. Esok besaq mungkin dia akan cerrrrraahhhh sikit, sebab dia ni asyik dengan nenen mak dia, so kemungkinan akan cerrrraahhh la jugak nanti. Kalau tak cerah jugak, nanti kita suruh tok Sugarhoney beli Fair & Lovely naaa....




Yang kuat mentido dalam pic atas tu Loki Muffin (Little Orange Kitten). Tok Sugarhoney bagi nama depa dua setelah diperkenankan oleh penyimpan mohor besar yam tuan awet muda puteri nur murni alfathunnisa serta pak tuan besar nasir bukan satay ah basri berkenan akan nama-nama yang telah di-short-listed-kan. Okeh, muffin tu dapat nama sebab kaler dia lite oren..macam muffin hampir nak masak gitu.




Loki Muffin ni dia more look alike macam pak dia Mr. Nico orang putih perasan lagi belagak tak makan lauk yaa...

Dan dia ni dari lahir asyik posing je kejanya...get used with camera and photo-shooting gitu. Mentang-mentang segak, lawaaaaaaaa! Tak macam dayang senandung tu. Dia a bit low-profile dan suka jugak mentido pada masa lapang. Kalau tak mentido, dia cari nenen mak dia. Kalau tak dapat nenen, dia nanti sorok muka celah-celah sofa loren...sampai tertonggeng dibuatnya. Puas kami pakat gelak mentengok video depa. So, both of them ada keistimewaan masing-masing. Dan paling best...they have blue eyes! Ampa ada..???! Dark blue okes...so dayang senandung versi upgrade la si Coffee tu.

At this time, umur diorang baru ja cecah sebulan. Jantina kedua-duanya masih tidak dapat dikenalpasti. Herannn kan...tak tau la tok depa ni...tak mau nak eksperimen. Tapi, we all suspek, si Coffee tu jantan, si Loki Muffin tu betina. Tafsiran tersebut adalah berdasarkan pembawakan dan tahap kerajinan masing-masing. Tiada unsur-unsur battle of the sexes di sini yaa..harap maklum.

Lapaq muffin cicah coffee la....zaassss...!









Wednesday, September 19, 2012

Pulau Aman Day Trip: Misi Mee Udang

Hye uols...! Gue kangen bangat sama lo.....! Nak update tapi macam-macam kekangan. Dan seperti selalunya...alasan sama yang langsung tidak kukuh. Except kepala dan gusi yang berdenyut-denyut akibat cabutan gigi secara rakus oleh tuan 'doktot' tengahari kelmarin. Okeh, tipu...tak rakus. The handsome and gentle dentist! Serius...tak tipu! Jatuh chenta terguling-guling! Haha....

Okeh sudah...mula la nak out of topic!





Nak cerita misi sempena cuti Hari Malaysia..monday yang baru lepas, group Penang Halal Food buat unofficial trip lagi. Kali ni pi Pulau Aman, kesian depa...teringin nak makan mee udang. For me and my sis yang dah biasa pi, sekadar join seronok-seronok pening-pening naik bot and usha kot-kot ada marka ensem ka apa ka...okeh, tipu lagi! Usha buah sukun....unfortunately, sukun masih muda di atas pokok.







 
Soon after landed Pulau Aman by boat, *Nampat sangat menipu, bajet nak flight bagai nak landed2., We all sempat tinjau makcik-makcik and the perusahaan kecil-kecilan buat kuih sepit or kuih kapit..or in modern names, love letters! Bukan takat sempat tinjau, malah sempat merasa kerak dan kuih sepit reject...hehe..alaaa batch yang terrrr garing sikit tu...dan la merasa...hehe. Sedap la kuih kapit makcik ni..tapi takdak rezeki nak beli hari tu. Ramai la berwajah frust....






At first, we all bercadang nak makan kat Restoran Terapung yang glamer sangat tu....*glamour with certain aspects...tapi full-house. Public holiday...so crowd sangat restoran tu. Bad experience..berlaku lagi. Mak bonda kena sound dengan pakcik restoran tu pasal dok berdiri tunggu meja yang masih penuh. At least show la some respect to customer, guna ayat yang berhemah. Takpalah, malas nak tarik muka panjang, we all decide, mana yang nak stay makan kat restoran terapung, they may proceed, while the rest, opt to makan mee udang kat Warung Kak Timah, just next to masjid. 

Sebelum ke Warung Kak Timah, si Sugarhoney sempat la membeli ketam bunga dan ketam rimau yang amat la murah nya ni...11 ekor..dapat RM 10 jer! Telah selamat di'gulai-nenas'kan oleh mak bonda on the same evening! Berebut gak nak beli ketam ni..alasan macam-macam..nak export la..customer lain dah booking la..ape la..dengan kuasa suara selunak mungkin, dapat la beli.



Kak Timah dah ada business card! Hang ada....??! haha...



Nenjiaaa....penyebab resdong! Makan mee, tapi udang nya pass ke pinggan jiran depan


In my humble opinion, kuah mee udang kat sini lagi sweet dari kuah mee udang kat restoran terapung tu. Sebab sebelum ni dah try kat terapung, and first time try kat sini, tak kecewa la.. okey la..walaupun tahap so-so saja. Kalau kuah dia pekat lagi....lagi laaaa superb!




To win customer heart -- memang simple. Do apologize kalau salah ambik order, hantar order lambat...itu saja sudah memadai, sejuk sikit hati customer. Servis memang agak slow, customer ramai. 3 of us lambat dapat order, rupa-rupanya order tertinggal, tapi ada permohonan maaf. Bagus la team Kak Timah...hehe. Pic atas tu bukan pic Kak Timah mahupun crew dia naa...tu crew kami di PHF...hehe... Kak Mawar and Cikgu Junita. Havoc depa dua ni...sporting habes! Photo candid lepas makan.


Group photo, tapi beberapa orang tak kelihatan dalam gambar sebab jadi photographer


Chalet terapung. Only some of it.

Lupa nak habaq, Kak Timah pun boleh arrange kalau ada sapa-sapa berminat nak stay kat chalet. Kalau tak silap dah boleh dapat semurah RM 70 semalam. Further info, contact sendiri la kot nombor kat kad bisnes tu..penat kawan buat kad.....



Scenic view of Pulau Aman. Memang amannnn....

 
Sebelum balik, we all isi masa dengan merapu dan jalan-jalan sekitar pulau...







 
Dan membeli sikit bekalan makanan laut kering. Stok ni je ada. Belacan Pulau Aman yang glamour tu pun abis dibeli orang lain dulu sebelum kami..*nasib baik tak makan belacan! Beli ikan gelama masin, 1 pek 4 ekor, RM 10.00. Semalam mak bonda dah goreng bawang cabai...pergh...aroma tak menahan, rasa macam nak tokak-tokak ja....tapi apakan daya, cita-cita ja tinggi, gusi sakit lagi, tak boleh nak makan nasi.




And more info on bicycle and canoe..for rent in Pulau Aman.




Sapa dia ntah.....hakhak....model kununnn..! Cik photographer yang suka 'enterprem' kat my blog entry....






Babai Pulau Aman. Gambar dalam perjalanan balik. Sembang, qenyih, gelak-gelak...tu dok plan nak pi holiday jalan-jalan cari makan lagi la tu....hikhik...

Entry terdahulu berkenaan Pulau Aman juga ada di sini.

We all satu family, tamat sesi setelah menghantar saki-baki team tadi ke Warung Pak Su Nasi Ketam, Juru. Sebagai calon menantu tok penghulu Kuala Juru, haruss la I yang mengepalai konvoi...ekekek...tipu je la! Hantar diorang, kitorang balik sebab tak tahan rengekan catch-of-the-day yang menunggu untuk digulaikan....haha...

Apa pun...congrats to all members  yang telah menjayakan misi tak rasmi ini. Walaupun sikit tetap meriah. Tima kaseyyy....*alleycats sikit...sampaikan la salam cinta ku padanya....lalalala

Buah tangan dari Pulau Aman untuk ampa semua...terimalah.....







Friday, September 14, 2012

Kek Batik Suci Murni

Rajinnya....marka sapa la ni...ish ish... *puji diri sendiri boleh meningkatkan tahap confidence.




Takda maknanya yaa. Rajin ikut musim. Dan kalau rajin tetiba tu, memang ada hidden agenda. But not this time yaa...nama pun suci murni, ikhlas dari hati gitu ya. 

The only kek yang memang menjadi kepakaran I adalah, kek batik yaa...sebab ia tidak memerlukan pembakaran dari ketuhar yang boleh dibuat tukun. *kutuk ketuhar mak bonda...lepas ni confirm la diharamkan penggunaannya oleh beliau.

The ingredients adalah seperti berikut...buttercup 1 buku, biskut marie 1 peket 350gm, milo 1 pek kecil rega dalam RM 6-7.50 camtu mengikut pasaraya, susu pekat manis (kalau nak sakit gigi atau kencing manis instant boleh perabis satu tin, kalau tak mau penyakit, sikit sudah memadai) dan kalau ada stok lebihan kacang tanah, almond, hazelnut atau walnut kat kitchen boleh la ditambah sekali ya. 

Mola-mola, panaskan kuali dan cairkan buttercup, masukkan 1 pek sekali harung milo dituang sekali dan kacau dengan speed maximum punyaaa....jangan sampai berketul-ketul ya. Tuangkan susu dan kacau lagi sehingga sebati. Oh ya..kalau nak rasa cekelat pekat, boleh tambah sedikit serbuk koko, kalau tak, milo only will do. Bila dah nampak permukaan adunan milo, susu dan buttercup dalam kuali tu agak berkilauan shining gitoo dan ada letusan-letusan kecil (mendidih la) boleh la masukkan biskut maria marie yang sudah pun dipatah-patahkan. 

Tips semasa mematahkan biskut marie, sila control kemarahan, takut biskut marie hancoq ya. Tak payah la patahkan ikut bentuk sekata...simply pi bagi patah saja, aiyooo!



Kacau lagi, sampai sebati. Tak payah lama-lama..sat cukup...agak-agak dah sebati boleh tuangkan dalam acuan kek yang telah digris dengan butter. Kalau tak mau guna acuan kek, boleh gulungkan adunan dengan plastik. Kalau guna bekas/loyang ni sila mampatkan sebaiknya, tapi jangan la mampat macam nak buat nasi impit ya tuan-tuan dan puan-puan...ni bukan resipi nasi impit, ni resepi kek batik suci morni. In my humble opinion, lagi senang guna plastik..bila potong nampak bolat, lawa ja coraknya. Lepas dimasukkan dalam acuan, sejukkan dan masuk dalam freezer untuk dibekukan..at least 4 hours. Kalau semalaman lagi la cantekkk...sebab tu tandanya kesabaran tinggi.




Tadaaaa....dah siap dipotong. Ini la hasilnya. Sat...sat....tak puas tengok, kita zoom sikit....




Nenjiaaa......super chocolatey good kek batik suci murni. Nampak tak almond bit kat dalam tu..? Tukang masak pun dan makan dua tiga ketoi sahaja...takpa lah..sekali sekala bersedekah kat orang. Best tau masak bagi orang makan....ustad kata morah rezeki....amin.




Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday #36: Pandan Cendol anyone?










Monday, September 10, 2012

Discovering Armenian Street


Sunday, discovering little Armenian Street with my sis. Not for just suka-suki, but with some purpose, of course. And if u all remember, I once promised to discover few places here in Georgetown. So to prove that we're pure Penangites, harussss lah kena explore tempat ni kannn...


Armenian Street, tiny road, yang fit just for one car to pass-by..sekarang dah jadi laluan berbasikal juga.

Popular and now trending mural-painted wall


Sangat frust...and tiring menunggu untuk posing bersama 3D mural painting ini. Mereka sangat popular sekarang yaaa...huhu. Habis satu tour-group bergambar, mai pulak lagi satu tour group...sampai bila mau abes daaa. Sudahnya ambik pic mereka saja tanpa pic we ols. Lukisan mural ni terdapat di sebelah kanan jalan, Armenian Street, just after we enter the junction.

Amelie Cafe

I called it "jungle-in-the-middle-of-the-city". It's a cafe, claimed to be cozy and served delicious cuisine (non-halal), ala home-made and full with tourist. Sungguh comel~ the cafe lah. Takkan la I nak pi masuk makan kat kedai ni pulak....

14 Living Story

14 Living Story is actually some sort of classic and antique gift shop, macam-macam adaaaaa...and nampak unik jugak kedai ni.



Nyonya Beaded Shoes

Nyonya Beaded Shoes, sat not far from Cheah Kongsi & 14 Living Story...next door gitu.
 
We ols feeling-feeling tourist jugak kat sini, as we stroll along this street pun dengan tourist and a few groups of photographer. Lepas tu feeling-feeling macam terasing di bumi sendiri. Dia punya hustle-bustle is not because of cars...but cyclist. But..seronok lah that weird feeling. 


Straits Heritage, Retail, Residence & Restaurant

And, seriously, we don't really know that Penang ada tempat macam ni. Similar to Malacca. *Melaka dah sampai..Penang tak jelajah habis...apa daa cik photographer! Straits Heritage...design yang sangat walla for me! Baba & Nyonya style..with gold-plated carving I guess. Awesome! It's actually a boutique hotel, and if I'm not mistaken, under the same management of Bon Ton Langkawi. They have a few chinese, baba nyonya style shophouse here and open for night-stay. Further information, click here.




Sun Yat Sen Museum or earlier known as his base. Tak masuk dalam pun. Tembak dari luaq sebab tengok banyak beskat dok parking. Tak mau bersesak kat dalam sebab we ols berdua dah bermandi peluh, sebab pelancong-pelancong ini tertinggai topi koboi dalam keta...hehe.

Dr. Sun Yat Sen Base & Seni Mutiara Art Gallery

Tapiiiiiiiiiii.....we ols sempat la jelajah sat Seni Mutiara Art Gallery kat sebelah dia yang kebetulan tengah exhibition Solo Watercolor Painting, "Penang, My Penang". Artist nya ialah Mr. Khoo Cheang Jin. All the hasil seni semuanya berkaitan Penang..really lovely. As usual, no photo lah..mana boleh kannnn. Yang tu kena pi tengok sendiri. Exhibition tu dibuka sampai month end nanti. Pi..jangan tak pi. 


Syed Al-Attas Mansion

And here we are, the main purpose we ols kat sini is to do some research on this mansion. Specifically, for my English essay. But unfortunately, memang sedih sangat. It's a sorry state of affair. Pintu pagar berkunci, tanpa pengawasan, macam tak maintain saja. Sangat sedih. I've send my query to State Tourism facebook page, and now waiting for their response. If not, I really have to amend my essay. Sedey woooo....dah la frust tak boleh masuk dalam and tengok the islamic collection, tengok Syed Al-Attas Mansion ni dalam keadaan macam tu lagi lah sedih! Syed Mohamad Al-Attas ni achehnese, influential person jugak la sebab dia dulu a very wealthy spice merchant dan menggunakan rumah dia yang eclectic arabs and malays design ni as a place to gather for a meeting and kegiatan dakwah..gitoo la kot kan...tu yang nak buat research tu.




Harapnya depa reply a.s.a.p, if not...I as a Penangites, takkan duduk diam ya. I akan melanjutkan perkara ini okess.....tunggu saja. Because internet says different things about this place, so no good la kalau tourist nak pi, tapi keadaan dia macam lain kannnn.





The World Heritage office of Georgetown

Georgetown World Heritage Inc. (GTWHI) located at the Lebuh Acheh, end of Armenian Street. GTWHI ni la yang bagi consultation to those related macam owner, arkitek, developer untuk heritage core zone kat Georgetown ni. Depa conduct workshops, work with local council, town planner and educate people on the importance to conserve cultural heritage...gitoo la kesahnya. Sikit cukup.

Photographer of the day, berlatar belakang kan wall art di Armenian Street

Upacara penutup -- kena turunkan cop mohor yang berupa gambar photographer..sebagai bukti. Satgi ada yang kata pic google pulakkkk....

Panjang lebaq entry hari ni....harap tak bosan membaca. Kalau bosan, tengok gambaq cukup. Kalau tak mau tengok gambaq, klik pangkah sebelah kanan atas. Sekian, mekaceh.



P/s: Next time nak pi Masjid Lebuh Acheh pulak. Tembak lagi...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails