About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, September 21, 2012

Coffee & Muffin


Yaa...Coffee & Muffin.. bukan ayaq kopi dan kek cawan muffin.



Tapi nama dua ekor anak-anak bulus, cucunda Sugarhoney...hehe. Foto keluarga, tak sempat nak letak atas kerusi mahupun sofa loren, sebab usually depa satu family tak together-gether. Dan bila together-gether camera pulak tah kemana letak duduknya. Papa Nico buat muka cengei. Mummy Cik Pong, letih masih dalam tempoh pantang.




Meh nak introduce, yang hitam macam dayang senandung tu namanya Coffee, sebab dia hitam. Kesian dia. Rasanya dia ni turun mak dia, Cik Pong. Tengok macam ada tabby sikit kat tangan & muka dia. Esok besaq mungkin dia akan cerrrrraahhhh sikit, sebab dia ni asyik dengan nenen mak dia, so kemungkinan akan cerrrraahhh la jugak nanti. Kalau tak cerah jugak, nanti kita suruh tok Sugarhoney beli Fair & Lovely naaa....




Yang kuat mentido dalam pic atas tu Loki Muffin (Little Orange Kitten). Tok Sugarhoney bagi nama depa dua setelah diperkenankan oleh penyimpan mohor besar yam tuan awet muda puteri nur murni alfathunnisa serta pak tuan besar nasir bukan satay ah basri berkenan akan nama-nama yang telah di-short-listed-kan. Okeh, muffin tu dapat nama sebab kaler dia lite oren..macam muffin hampir nak masak gitu.




Loki Muffin ni dia more look alike macam pak dia Mr. Nico orang putih perasan lagi belagak tak makan lauk yaa...

Dan dia ni dari lahir asyik posing je kejanya...get used with camera and photo-shooting gitu. Mentang-mentang segak, lawaaaaaaaa! Tak macam dayang senandung tu. Dia a bit low-profile dan suka jugak mentido pada masa lapang. Kalau tak mentido, dia cari nenen mak dia. Kalau tak dapat nenen, dia nanti sorok muka celah-celah sofa loren...sampai tertonggeng dibuatnya. Puas kami pakat gelak mentengok video depa. So, both of them ada keistimewaan masing-masing. Dan paling best...they have blue eyes! Ampa ada..???! Dark blue okes...so dayang senandung versi upgrade la si Coffee tu.

At this time, umur diorang baru ja cecah sebulan. Jantina kedua-duanya masih tidak dapat dikenalpasti. Herannn kan...tak tau la tok depa ni...tak mau nak eksperimen. Tapi, we all suspek, si Coffee tu jantan, si Loki Muffin tu betina. Tafsiran tersebut adalah berdasarkan pembawakan dan tahap kerajinan masing-masing. Tiada unsur-unsur battle of the sexes di sini yaa..harap maklum.

Lapaq muffin cicah coffee la....zaassss...!









24 comments:

  1. Replies
    1. Zeq,

      apsal nak kena tunggu waktu hujan pulak?

      Delete
  2. both asek menggila main skrg smp sakit pale aku. mlm je bkn nk tdo...dok main dlm cage..jap bunyi pasir terpercik2 (depa ingat beach mode ka?)..kdg2 bunyi dia dok main mouse loceng2 tu. itu tak kira lg dh terer panjat tangga dlm cage...smlm jatuh tertonggeng gila kuat aku gelak kt depa..aku suspect neber sebelah mesti tgh mencarut kt aku. hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugarhoney,

      sungguh hyperaktif...takut tak gemok je la nanti..aktif sgt!

      Delete
  3. Kalau la akak ni tak takut kucen, mau ku gomoi2 semua tucen2 tecik tu, comeinyaaa!

    Oklah gomoi memang tak bleh tapi kalau setakat nak gosok2 belakang kepala depa, akak rasa akak boleh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      awat kak dinas takut...? depa ni tak garang, tokak pun manja ja..kalau kena cakaq sikit tu melawak ja katanya...hehe..

      kira okey la boleh gosok2 tu..ada setgh orang takut sampai nak pi dekat pun tak berani...memang ada...

      Delete
  4. Replies
    1. Aku Seorang Pengembara,

      cute tu yang bikin geram sangat2 tu..

      Delete
  5. Eeeeeiiiiiii gewammmmnyaaaaa. Tak puas hatilah tengok gambaq ja. Meh sini nak pewuk cium ketat2. Bestnya kalau dapat bela niii. Tapi kompom tuan punya tu tak bagi. Comel sesangat. Jaga kucing2 ni baik2 naaa. Nanti tayang gambaq lagi tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah..

      Puan sugarhoney memang tak bagi kat sapa2 pun kak..kat chek, kakak nya ni pun dia tak bagi. sebab first generation katanya. kawan2 dia pun pakat dok ambil no giliran nak anak2 kucen dia ni..hmm..berjanggut la depa tunggu...hehe..
      insyaallah kak...akan dijaga sebaik mungkin. nanti ada progress tumbesaran depa saya akan update time to time....

      Delete
  6. salam cik murni...

    comey sunguuh si coffee n muffin....nama diorg pun gojes gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatiha,

      t.kasih..nama diorang gojes macam nama auntie diorang lah...hikhik...perasan sat! :p

      Delete
  7. Replies
    1. IM,

      teringat pulak kisah isteri nabi yang makan sepinggan dengan kucing...:-) betapa penyayang nya dia terhadap kucing..

      Delete
  8. haha, akak dah imagine ayak kopi dgn kek mufin yg dap dap tu..tetibe si kitty yg tomel2..gewam, ske yg itam sbb chitam akak baru mati bawu2 ni..huuuu sedey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      tumpang sedih jugak atas kehilangan chitam..
      kucing ni memang betul2 boleh dibuat teman..kalau hilang tu memang la sedih amat..

      Delete
  9. Replies
    1. Kak Nza,

      Baik2 muah2 tu..takut kena cakor..si muffin tu kemain lagi nakal dia tau...

      Delete
  10. Comel ooooo.....kalau den ada kucing nanti nak nama kan puding jagung dan puding mable....ahakz....kalau tak de lauk...leh ambil...buat masak lomak...ahakz...ahakz...golak org yg kejam....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      haha....oo hang perli chek ye jebat..mentang-mentang la chek suka minum kopi! haha....ha letak la puding jagung, puding caramel, puding marble...esok2 hang yang pening nak panggil depa..nama panjang sangat! kejam sungguh nooo

      Delete
  11. Comelnya Siti yang hitam tuh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shasha,

      see..u pun kata hitam tu comel. by the way, si coffee tu sebenarnya memang adorable..both pun ada sifat yang berbeza, tapi sebab dia hitam, dan tak ramai yang suka kucing hitam, that makes coffee really special in our heart...ntah la pasaipa...

      Delete
  12. Geramnya tengok.. meka semua kemek2 je.. comei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      ya makchaq..muka depa kemek..ikut pak depa...
      mak depa kucing siam..muka tak kemek pun...gen bapak lagi kuat ni...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails