About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, September 14, 2012

Kek Batik Suci Murni

Rajinnya....marka sapa la ni...ish ish... *puji diri sendiri boleh meningkatkan tahap confidence.




Takda maknanya yaa. Rajin ikut musim. Dan kalau rajin tetiba tu, memang ada hidden agenda. But not this time yaa...nama pun suci murni, ikhlas dari hati gitu ya. 

The only kek yang memang menjadi kepakaran I adalah, kek batik yaa...sebab ia tidak memerlukan pembakaran dari ketuhar yang boleh dibuat tukun. *kutuk ketuhar mak bonda...lepas ni confirm la diharamkan penggunaannya oleh beliau.

The ingredients adalah seperti berikut...buttercup 1 buku, biskut marie 1 peket 350gm, milo 1 pek kecil rega dalam RM 6-7.50 camtu mengikut pasaraya, susu pekat manis (kalau nak sakit gigi atau kencing manis instant boleh perabis satu tin, kalau tak mau penyakit, sikit sudah memadai) dan kalau ada stok lebihan kacang tanah, almond, hazelnut atau walnut kat kitchen boleh la ditambah sekali ya. 

Mola-mola, panaskan kuali dan cairkan buttercup, masukkan 1 pek sekali harung milo dituang sekali dan kacau dengan speed maximum punyaaa....jangan sampai berketul-ketul ya. Tuangkan susu dan kacau lagi sehingga sebati. Oh ya..kalau nak rasa cekelat pekat, boleh tambah sedikit serbuk koko, kalau tak, milo only will do. Bila dah nampak permukaan adunan milo, susu dan buttercup dalam kuali tu agak berkilauan shining gitoo dan ada letusan-letusan kecil (mendidih la) boleh la masukkan biskut maria marie yang sudah pun dipatah-patahkan. 

Tips semasa mematahkan biskut marie, sila control kemarahan, takut biskut marie hancoq ya. Tak payah la patahkan ikut bentuk sekata...simply pi bagi patah saja, aiyooo!



Kacau lagi, sampai sebati. Tak payah lama-lama..sat cukup...agak-agak dah sebati boleh tuangkan dalam acuan kek yang telah digris dengan butter. Kalau tak mau guna acuan kek, boleh gulungkan adunan dengan plastik. Kalau guna bekas/loyang ni sila mampatkan sebaiknya, tapi jangan la mampat macam nak buat nasi impit ya tuan-tuan dan puan-puan...ni bukan resipi nasi impit, ni resepi kek batik suci morni. In my humble opinion, lagi senang guna plastik..bila potong nampak bolat, lawa ja coraknya. Lepas dimasukkan dalam acuan, sejukkan dan masuk dalam freezer untuk dibekukan..at least 4 hours. Kalau semalaman lagi la cantekkk...sebab tu tandanya kesabaran tinggi.




Tadaaaa....dah siap dipotong. Ini la hasilnya. Sat...sat....tak puas tengok, kita zoom sikit....




Nenjiaaa......super chocolatey good kek batik suci murni. Nampak tak almond bit kat dalam tu..? Tukang masak pun dan makan dua tiga ketoi sahaja...takpa lah..sekali sekala bersedekah kat orang. Best tau masak bagi orang makan....ustad kata morah rezeki....amin.




22 comments:

  1. sedapnyaaaa....sekali jek pernah buat..tak tahu nak repeat bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bitt,

      sedap. sila repeat..ur kids mesti suka.

      Delete
  2. Kakak layan mata jadilah.. nak rasa kena buatlah sendiri ye ikut je step dah bagikan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      ye kak..ikut je step saya bagi tu. insyaallah jadi..tak susah pun kak.

      Delete
  3. wahhh menjadi..kalo rasa nak layan coklat, baik wat camni..dap kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      Chocolate made easy..guna milo je dah boleh.

      Delete
  4. Kak Azie tahu Kek Batik ni sangat mudah. Even anak dara Kak Azie pun pernah buat sendiri masa kat hostel. Tapi Kak Azie sekali pun tak pernah. Sebab? Tak gemar coklat..

    Tapi rasanya one day harus gak kena cuba buat utk ramai peminat coklat dalam rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      Ya la..sebab mudah sangat kaedah dia. sila try, jangan tak try. guna kreativiti menokok tambah aksesori dia nanti...

      Delete
  5. Tu diaaa, tengok pun dah tau musti sedap.

    La ni kalau buat memang tak jadi pasai akak tak bleh kawal kemarahan. Hancoq bancai biskut marie tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Kalau tengah marah, jangan buat dulu ya kak dinas..tunggu, ambik masa bertenang baru buat...baru la sedap, molek kek batik kak dinas nanti...hehe...

      Delete
  6. Kek tak payah bakar macam ni pun akak tak pernah buat, dik. Nampak sangat tahap kemalasan berganda. Hihihi. So far, kek akak hanya yang pakai tunjuk dgn jari je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Kek tunjuk dengan jari pun layan aje la kak oi...hehe. Takpa la kak aidah kalau malas buat kek pun, sekali buat rendang...sekawah tuuu...haa..puas ati..cover yang terlepas tak buat kek...hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Alinaclover,

      kek batik ni memang tak boleh buat selalu kan..yong..bila datang teringin baru buat.

      Delete
  8. Walaaaaa........hebat nya hang...den dah 3 4 kali buat...GAGAL.....ahakz.....nak follow resepi hang lah,.,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      tak hebat pun. sila la cedok resipi chek ni. chek pun dapat resipi kek batik dari my best friend. kali ke3 buat baru la menjadi..sebab kali pertama dan kedua tu resipi dia bubuh telur. terus tak mau beku.

      Delete
  9. bebaru ni IM terjumpa keropok palembang kat satu kedai mamak. biasa makan? nostalgia masa kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Tak pernah dengar pulak keropok palembang. ce IM buat entry bubuh pic keropok tu nak tengok.

      Delete
  10. Assalamualaiku wbth
    Nampak lazat dan menyelarakan..pandai rupanya bujt kek erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tirana,

      tak pandai pun. cuma kek batik ni senang. tak payah bakor..hehe

      Delete
  11. this is my favourite!!!!! Tapi dah lama tak buat sejak my youngest brother passed away. Selalu buatkan untuk dia. On-Demand lagik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shasha,

      it's always macam tu. apa saja favorite orang yang dah 'pergi' mesti semangat dan keinginan nak buat tu dah semakin pudar. sad.
      takpa...bila2 i buat untuk u..hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails