About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, September 24, 2012

Pulau Sayak Day Trip: Mee Udang, Nasi Goreng Udang or Me?

Last saturday, we ols, team member, bersama organizer JRRCMDU menuju ke Pulau Sayak. Masih lagi dengan edisi Panggilan Pulau bertemakan Mee Udang.

Brief information on Pulau Sayak -- a remote village located at Kuala Muda, Kedah. Reachable via Penaga, Kuala Muda, Seberang Perai Utara or via Butterworth-Sg. Petani main road, exit at Tikam Batu.



 

Sebagai orang yang tak arif jalan sebelah sana, kami mengikut je la..jadi ahli konvoi saja kali ni. Route yang dipilih adalah melalui jalan Penaga, Kuala Muda, SPU. Entah jalan mana depa cerodong, kami pun tak tau. Pendek kata, kalau dikata cubaan kidnap oleh organizer pun, kami redho je la masa tu. 

Dari sawah bendang, pokok nyiurrr, dan hutan kampung..hmm..nyaman! Memang adventurous journey! Bukan senang nak menikmati kehijauan alam dan suasana kampung. Namun, kau dipaksa jadi photographer, aku pula terpaksa jadi driver....hehehe..feeling-feeling di kampung tu tak menyerap 100%....kennnnn Pn. Sugarhoney...?*takdak sapa yang paksa, sendiri yang mau....




 


Riben kuning kat antena kereta masing-masing tak kelihatan di dalam gambar. At this stage, ada 7 buah kereta yang ikut konvoi. Seronok tauuu ramai-ramai konvoi pi makan-makan macam ni.....



 

Sejurus melepasi FRI, Pulau Sayak di sebelah kiri jalan...we ols pun sampai lah ke destinasi yang dituju. 'Usof Mee Udang Pulau Sayak'. *Usop pun boleh.




 


Kawalan trafik semasa sampai ke kedai ni memang perfect. Enough parking space! Cuma sepanjang jalan tu ada beberapa stop secara mengejut dan terkejut agak mencacatkan sedikit mood perjalanan.





Breathtaking view! Pemandangan pantai Pulau Sayak, memang cantik. Hilang letih...terperanjat, terkujat dan sebagainya. Next time nak mai lagi tengok sunset kat sini..sebab masa pi last saturday we ols menikmati pemandangan senja kat tempat lain...bukan kat sini. Nak tau kat mana kena tunggu next entry okess..





Riuh-rendah kedai usop yang sebelum ini sunyi...just ada a few customers sewaktu ketibaan kami.





Ini my pren...cik Masreen..duta mee udang pulau sayak! Begitu bersemangat lagi beliau bersama pinggan mee udang berkenaan...





Me and my sis, we opt for Nasi Goreng Udang. Dah tak boleh nak terima mee..sebab baru je hadap mee udang minggu sebelumnya di Pulau Aman. Nasi Goreng Udang (biasa) priced at RM 8. Unfortunately, udang berkenaan tak lah semanis yang we all expect. There's so many version of Nasi Goreng Udang. In Kuala Juru, one of restaurant they serve plain fried rice with prawn soup..not a plain soup...tapi macam kuah mee udang tu..spicy! Yang ni pulak, udang nya rasa macam direbus asing, then letak atas nasi goreng tu. Taste vise, so-so sahaja.










Yang ni nampak special sangat kannnnnnn.... ketam wei!! At first, memang berhajat nak order mee ketam je, tapi terbantut takut ayaq mata menitik terkenangkan pakcik saat mee ketam tu arrive in front of me...no no no! Adegan yang tak ingin dilihat. Well, ketam dan pakcik begitu sinonim. :-(

 

 

Mee Udang Special priced at RM 10. Not very sure udang nya 4 atau 5 ekor.  But comment rata-rata mengatakan kemanisan udang tak begitu obvious pada hari lawatan dibuat. 

For info, menu mee udang & nasi goreng udang price adalah sama, RM 8, RM 10 dan RM 12. Yang RM 12 tu tak tau la macammana punya saiz. Yang pastinya yang sekali dengan ketam tu bukan price yang disebutkan ya.  

Nahhhh..group photo yang masih tak cukup kuorum..untuk tatapan dan kejelesan anda semua...terimalah... 








 

Last but not least..big thanks to Puan Sugarhoney (puannnn yaa...) dan Mr. Vick Nesh for lovely photos. 

Kudos to organizer, kak samina mina ieh ieh..! Kak Salmina Desa & Kak Arieza atas kesungguhan menjayakan misi keamanan kali ini. haha...mampuih kena ligan satgi...!



P/s: Entri esok...kisah di suatu senja.








20 comments:

  1. Replies
    1. Mama Salina,

      t.kasih kerana menjadi organizer kepada event tersebut di atas. dengan ucapan, lain kali organize la lagi..:D

      Delete
  2. salam...

    mesti heaven kan...as org kedah x penah lg i sampai kat mee udang tu...pnh dgr2 gitu je..tp x berkesempatan nak pg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatiha,

      Superb view. Mee udang ni bila rasa sana-sini tak semua nya kena betul-betul dengan selera kita..tapi tak salah if u give it a try..mungkin hari u pi nasib baik udang lagi fresh..n manis..

      Delete
  3. Wah sedap sedap.. nanti boleh la ke sana try... nice photos juga, dan nak tanya edit photo pakai apa ye utk retro effect tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny,

      Sila...sila..:-) tq for compliments..edit main2 je ni. gambar asal pun dah ok, cuma guna online photo editor..tu utk gambar yang saya edit. kalau yang adik edit lak saya tak pasti la software apa yang dia guna...

      Delete
  4. Mee Udang!!! Oh...I am so in the like!!! Giteewwww....awat sampai Kedah jalannya. You guys should collaborate with JJCM-TV3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shasha,

      Suka eh...mai sini...i bawak u tour semua tempat mee udang best kat area utara ni. Kedah dengan penang kan neighbouring je..cuma dipisahkan sungai muda..siap boleh guna jalan kampung lagi..tup-tup dah sampai kedah..hehe.
      Cita-cita nak collaborate tu memang ada...tapi tak kesampaian lagi...

      Delete
  5. My Dear Siti Murni..

    Mee udang? Udang fresh2... I am speechless you know.. Huh! Jeles jeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakya,

      no no no..jangan jeles...u laaaaaagi selalu buat i jeles-jeles tau...see u cook, your meals...yang sangat2 awesome and delicious tu membuatkan selera makan i bertambah-tambah u know...hehehe.... hari tu nasib tak berapa baik, udang dia tak berapa manis..for ketam, tak tau lah pulak, tapi nampak real fresh.

      Delete
  6. Sepanjang menuju destinasi masing-masing mesti dah terbayang udang dan ketam fresh. Dah dapat makan puas. Kakak dapat tatap gambar aje huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      betul tu kak...ndak2 pulak memang tak lunch masa pegi hari tu..menggelodak je perut ni..nak sampai pulak punya la ambik masa lama. sabar aje la. takpe la kak..ada rezeki datang kedah nanti..boleh la akak singgah...saja saya share supaya orang lain boleh buat panduan nanti...:-)

      Delete
  7. lepas ni pondok upeh pulak menanti! hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sugarhoney,

      tak sabaq nak pi menikmati mee ketam pondok upeh. sila lantik diri anda menjadi tukang kopek ketam i yer...

      Delete
  8. Kalau dekat mahu akak mintak borang ahli. Best betul konvoi makan2 ni. Hihihi. Tapi kan memang sekarang ni kat kedai mana2 diorang suka rebus udang separately macam tu, kemudian baru letak dalam nasi goreng. Tak perisa jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      itu la..saya pun rasa udang tu direbus dulu. air rebusan diorang buat kuah mee. so, bila letak kat nasi tu dah hilang kemanisan udang tu. tapi ada yang kata udang tu digoreng dengan nasi..how come...tak sebati pun rasa dia..udang tu pun beratur elok je.

      kak tak payah mintak borang ahli..tak kena yuran pun...hehe....lifetime member...cuma kena aktif ikut aktiviti terjah-terjah ni je..lain2 perbelanjaan semua sendirian berhad....

      Delete
  9. Dulu pernah pi Pulau Sayak, survey tempat untuk program perkhemahan bebudak tapi tak sempat pun nak makan2 mi udang, nasik udang ka hapa..misai udang pun tak nampak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      alahai..kesian pulak chek baca komen kak dinas. takpa la kak...ikhlas untuk budak2 tu pun dah besar dah pahalanya. lain kali kak dinas ajak che g makan2 kat sini...lepas tu teruih pi tanjung dawai, ajak che g shopping kat sana macam selalu tuu....hehe..pandai2 ja chek dok mengajaq kak dinas noo...jangan sekeh naaa....hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails