About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, September 26, 2012

Senja di Tanjung Dawai






Ya, kisah di suatu senja di musim yang lalu, ketika itu hujan rintik... di Tanjung Dawai. 

Berjalan berpimpin tangan, tatkala pipi ku dicuit..kami lari berkejar-kejaran. Sesekali si dia menyimbah air laut masin kepada ku....
muahaha....novel jenis apa ni....??! 

Takdak makna nya yaa nak berkejaran di pantai Tanjung Dawai ni. Saja nak ambik mood romantik layan sunset boleh laaa....

Tanjung Dawai is a small town in Kedah, more specifically, 30km away from Sg. Petani. Kegiatan ekonomi penduduknya more to bertani dan sebagai nelayan...memang fishing village pun..! Kak Dinas Aldi pernah buat entry Tanjung Dawai. Boleh klik di kedua-dua link beliau dan layan gambar-gambar cun di sana.






Kesinambungan dari entri lepas -- selepas menerjah restoran usop mee udang di Pulau Sayak, we all terus ke Pantai Merdeka. Tak semua ahli konvoi ikut serta, ada yang dah balik ke pangkal jalan dan ada yang masih tak patah semangat meneruskan misi walaupun kalau ikutkan badan dah memang penat sangat *okey, mengata diri sendiri. 

Dari Pantai Merdeka, we all sekali lagi naik bot *last week naik bot pi Pulau Aman. Tambang sehala adalah RM 2.00. Perjalanan melalui bot dari Pantai Merdeka menuju ke Tanjung Dawai adalah sekitar 10min. Tapi best, sebab tak pening macam bot ke Pulau Aman. Bayu laut memang menyamankan! We all naik bot lebih kurang pukul 6 petang, hanya ada sejam untuk beraktiviti di Tanjung Dawai sebelum bot terakhir pukul 7 malam.





 
Bagai kanak-kanak riang mereka berjalan-jalan sejurus turun dari bot...majority of us, tak pernah sampai. Dan paling menggemparkan adik iols yang bajet bangsawan tu pun tak pernah sampai...oh-em-gee....this is sooooo surprising! Macammana I boleh leading..dah empat lima kali pi Tanjung Dawai.




Apa yang best kat Tanjung Dawai...? 





Kecik je pekan dia..aman tenteram gitu. Dulu...tak ada orang berjual tepi jalan macam tu, harapkan arked kat jeti tu saja..itu pun di hujung minggu baru la ada orang luar datang memukat membeli hasil laut seperti ikan bilis, belacan, ikan, udang dan sotong kering, keropok lekor, keropok tanpa kaler, keropok kaler maler...memandai je tokok tambah kan.....

 
Variety of keropok







 
Yaa, itu dia, kelihatan mereka sedang memukat hasil laut....laut ganas bergelora bagi Cikgu Junita manakala Puan Sugarhoney masih terkapai-kapai dilambung ombak..meneliti keropok lekor dan ikan kering sambil otak beliau ligat mengira-ngira sekiranya duit gaji masih berbaki..! That's why la dah pesan, kalau bot kecik, time musim tengkujuh macam ni jangan la keluaq memukat...esok-esok iols jugak jadi peminjam wang tak berlesen...dan tak balik modai pulak tu!







We ols bersama hasil tangkapan! Mujur la ombak besor tak mengganas..dua plastik je uols..hanya keropok lekor dan satay ikan di dalamnya.




Buah tangan paling mahal dari Tanjung Dawai!! I love sunset.....!!! Sunset not just meant for couple in love.....sunset tu anugerah Allah untuk manusia yang mahu berfikir, mahu mencari diri dengannya.... :-) 







“There's a sunrise and a sunset every single day, and they're absolutely free. Don't miss so many of them.”
Jo Walton


The Pirates of Tanjung Dawai....hehe...sila percaya.

Gambar atas -- diambil dari dalam bot sewaktu perjalanan balik menuju Pantai Merdeka. It's a rare experience...tak pernah rasa tengok bot nelayan besar macam ni, sehampir ini.
 
Overall -- Puan Sugarhoney so satisfied with this trip. Rare experience..that she's able to capture those beautiful sunset dan dapat membeli keropok lekor kegemaran beliau. 

For me, it's more like giving in. Sometimes, life could be even more beautiful when u see other peoples around u, happy...in their own way. Me...? I'll treat this as a cure...time..will heal.



p/s: entah mana pulak depa nak terjah lepas ni...hmm..mood mari menabung di tabung buluh...lalalala..




34 comments:

  1. Dah bertahun kakcik tak singgah di sana. Tapi gambar sunset itu memang sangat cantik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      alhamdulillah..dah biasa sampai rupanya kakcik..:-) takpa, ada rezeki boleh pegi lagi. tq kakcik, kredit kepada adik photographer saya...puan teh ais gula madu.

      Delete
  2. tak pernah sampai tanjung dawai ni....
    cantik pantai nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. MLD,

      waktu senja macam ni memang cantik. pantai dia tak berapa sesuai untuk mandi manda...berlumpur sikit. sekadar nak ambil angin petang memang ok.

      Delete
  3. Sakan sungguh misi hangpa no.. tapi betuoi ka tuan puteri pi makan2, tak besaq2 pun makchaq tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      Makan kerap berulang-ulang..tapi tiap kali makan sikit2 ja...tu la kot tips dia tak besaq2...dok maintain serupa tu ja jugak...hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Eny,

      Thanks..on behalf of my sis. kami budak baru belajar. gambar2 kat blog eny pun cantik2 belaka...nanti nak pi terjah lagi..limit broadband dah abis, itu yang slow aje langkah nye ni.

      Delete
  5. entry pembuka tu kalau sambung terus boleh jadi novel yg hebat tu.. first time dgr nama tempat tu.. mula2 akak ingatkan kat sabah ke sarawak.. rupanya kat kedah ye.. cantik tempatnya.. sunset tu sgt indah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hanis,

      Ada sedikit lawak di situ..saya yang baca pun rasa macam tak senonoh je lawak nye..haha. a'ah kat kedah ni kak..ada satu tempat lagi kat kedah ni yang saya teringin nak pegi..pun pantai jugak..kalau ada rezeki pegi, saya buat entry nanti.

      Delete
  6. Dik, akak tak pernah tahu pun pasal pulau2 ni. Tima kasih sangat na. Seronok akak baca. Itulah cakap, kalau dekat mahu akak join. Mungkin boleh hilangkan sakit ke kan. InsyaAllah sebab melihat ciptaan Allah tu terutamanya laut akan memberi pahala sunat pada kita, kan. Dan mungkin jugak jadi penawar. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Mai la duduk penang ni..senang kita berjimba-jimba together-gether dengan kak dinas...boleh join trip makan2 ronda2 macam ni...hehe...ikut suka hati je saya ni menyuruh yer..haha. kadang2 kak, sakit pun tak terasa sangat kalau beraktiviti macam ni. akak tak sihat lagi ke..? jaga diri baik2 naa...banyakkan rehat.

      Delete
  7. salam Murni, tanjung dawai mmg tempat sy lepak dan memancing sebelum berhijrah ke Slngr...tp ada gak sesekali bila blk kpg my wife...best..damai sangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL,

      tq mai terjah sini..nanti saya buat lawatan balas okess.. :-)

      rupa2nya biasa duduk sini yer...best kan..tempat yang sangat best untuk cari ketenangan dengan memancing...

      Delete
  8. Cantiklah semua scenery yg murni captured. Kakak suka tengok. Itu beli ikan masin dan keropok ke? Kalau kakak itulah yg kakak beli. Tak pernah sampai sana - jauhlah dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      tq kak...hasil "tangkapan" adik saya si sugarhoney tu. tak beli ikan masin, sebab hari tu pegi pulau aman dah beli ikan gelama masam, beli banyak takut membazir, so pegi tg. dawai ni just beli keropok lekor dan satay ikan.

      Delete
  9. Sangat2 suka gambaq sunset tu! Superb lah gambaq yg ditembak oleh puan teh ais gula madu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      kannnn....dah la memang suka sunset..alhamdulillah petang tu cuaca ok..scene pun cantik...sungguh indah dan besarnya ciptaan Allah.

      kak dinas, kalau ada komen bagitau naa...budak puan gula tu suka jugak belajaq...kak dinas dah pro bab macro...heee... :D

      Delete
  10. Saya dah try dah menu baru dari Starbuck minggu leaps... Sedap juga caramel gram tu... Oklah... Thanks yer sebab terjah blog tak seberapa dari saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ChilaBaey,

      sedap kan.....dah tahap addicted pulak dengan salted caramel tu. ur welcome..and thanks buat lawatan balas....:D

      Delete
  11. Replies
    1. Mak Wardah,

      terima kasih. kredit kepada puan jurufoto.

      Delete
  12. Tg Dawai mengingatkan satu insiden IM dimarahi ibu_suri di tengah orang ramai cuma kerana terpijak kainnya ketika menuruni tangga.

    Ketika itu ibu_suri baru saja sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Sabar lah, orang sakit memang emosi tak menentu.

      Delete
  13. Teringin nak pegi. Lebih kepada nak jumpa Murni dan Dinas Aldi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      Kami pun teringin nak jumpa kak azie....kalau mai belah2 sini, bagitau naa...boleh la kita berjumpa-jumpaan...hehe.

      Delete
  14. cantek2 gambar tuh semuo...terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM,

      tenkiu...yang sebenarnya scene pada hari berkenaan sememangnya menakjubkan. :-)

      Delete
  15. My dear Siti Murni..

    I wish to be there.. Enchanting sunset... Like it so much.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakya,

      Kan kakya...sungguh menakjubkan ciptaan Allah..:-)

      Delete
  16. wah...cantik gambar sunset tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eelobor,

      thanks...suasana yang cantik...:-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails