About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #39: Reading Quran in Masjid Nabawi






pic credit: capturethespiritoframadan.org

Tuesday, October 30, 2012

Aidiladha: Ketupat dan Almari Antik


Menaip entry kat blog ni umpama proses mengasah pisau yang makin hari makin tumpul. Hebat analogi...tiba meniba ja kannnn..

Sungguh pun. Tak sungguh, tak kata la..

Sementara nak mula menaip ja..bila dah start menaip, terus lupa daratan. Memanjang out of topic..melalut lebih pulak tu. Apa pun..sapa nak kisah..blog sendiri..punya suka la kan.




Tayang santapan di pagi Aidiladha. 3 biji ketupat palas, tiada jagung, tiada kacang. Plain. Itu pun tempah dari kawan bonda. Rendang daging home-made. As usual, rendang mak bonda tiada tolok tandingnya, sebab tiap kali raya bukan ada orang lain lagi yang bertanding dengan dia acara memasak rendang ni. Entah bila anak dara dia pandai nak masak rendang sendiri...*konfem anak dara dia guna taktik kotor, pakai perencah siap dari peket...muahehehe.. gelak nakal!

Hari sabtu, day after Aidiladha I dengan mak bonda memenuhi jemputan kawan sekerja dia kat Kubang Semang. Kenduri arwah sempena raya qurban. Alhamdulillah..rezeki. Tiada gambar makan, malu kat makcik-makcik yang pi majlis tu. Untung-untung depa berkenan buat menantu teruih tak jadi sebab tengok gelagat kita sibuk dok berkepit dengan kamera henpon..*hipokrit okey.





Takdak gambaq makan..tapi ada gambaq 'lemari' (almari) antik. Berkenan! Susah dah nak cari almari antik macam ni. Agak-agak kalau cari design lebih kurang sama macam ni kat IKEA berapa la bajet nya kannn...untung makcik ni, walaupun keadaan almari ni dah tak berapa baik, nilai estetika tu yang penting. Eh2..bersyarah lak dia!

Banyak jugak novel era 80-an dalam almari tu. Nyaris-nyaris tak boleh kawal tindakan refleks dari membuka almari berkenaan dan membelek buku-buku tu...bookworm la katakan. Kontrol ayu punya pasai, maka selamat lah novel-novel berkenaan di dalam almari.




Thursday, October 25, 2012

Nasi Hembus


Nasi Hembus..yaa.. dalam loqhat utara dipanggil 'nasik hembuih'...okey, tipu! Takdak istilah ni dalam kamus pemakanan ya. Memandai ja I bagi nama nasi hembuih ni...sebab nak makan dia memang kena hembuih. Kalau tak hembuih melecup lidah! 


Maybe ada orang yang terer makan 'claypot chicken rice' ni tanpa perlu menghembus. I tak terer! Mengaku siap-siap. Walaupun suka hidangan panas, tapi tang claypot ni memang surrender, wajibal ghunnah kena hembuih dulu sebelum makan.


Mak bonda selalu kata, "apa yang sedapnya makan nasi belanga tanah ni...buh ayam dengan kicap ja pun". Memang pun, sedap lagi masakan mak. Cey...ada bodek di situ yaa. Kalau rasa nak kena masak semua benda sendiri, sila la beranikan diri jawap macam ni, "sedap la mak, tu la mak tak mau masak macam ni kat rumah". Haha..banyak segak muka I. Mau sentap dia nanti. Ya ampun!


Priced at RM 5.30, lunch time beberapa hari lepas di Pacific, Megamal.


But seriously, tak la sedap mana pun. Cuma entah, memang suka makan benda macam ni kalau pi food court mana-mana shopping complex, it's either claypot rice, claypot noodles, sizzling rice, sizzling noodles...tak percaya? Tanya diri sendiri....ce tengok kat food court mana-mana..apa pilihan utama youngsters dan mak pak youngsters sekarang ni..??

Basically, claypot rice ni memang hanya gunakan soy sauce, chicken, egg and salted fish. Salted fish tu sebenarnya yang menyedapkan nasi ni. Kalau diikutkan nasi belanga tanah ni..traditionally, aroma dia la yang menyebabkan dia begitu special. Yang biasa kita makan di food court sekarang ni dah tak berapa nak original claypot mereka-mereka itu kannn.


Nak sedap, hang buat sendiri la Murni oi! Nanti nak pi survey belanga tanah comei macam ni..sedap sikit masak nasi atau megi di dalamnya. Jenuh nak pi cari dapoq arang pulak lepas tu...hmmm...
 




Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday #38: Mecca During Hajj







Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, melihat keteguhan iman anaknya Ismail.. di kala itulah bermulanya sejarah agung.

Salam Aidiladha.






pic credit: National Geographic

Sunday, October 21, 2012

Sup Bismi & Dinner @ Swensen's

Hujan sepanjang hari ni. Tiada aktiviti. Hanya di rumah. Cover tidur yang tak cukup kuota since last 2 days.

Buat apa selain tidur..? Makan. 

Tak masak. Sebab it just me alone..mak bonda di Kulim, tolong kawan baik beliau pindah rumah. Banyak yang mak bonda masak semalam. Masih berbaki kuah dalca daging, ayam goreng, karipap, dan not to be missed, sup daging yang I tapau dari Sup Bismi, Padang Brown food court.


Sup Daging Lembu bersama roti benggali.
Semalam jamah yang ini. Hari ni masih berbaki. Panaskan dan buat cicah roti benggali! Walla! 

Last week, teringin nak makan di Swensen's, memandangkan dah lama tak pergi dan tak mungkin nak pegi dinner sensorang and left my family behind, harusss lah angkut mak bonda dan Aji.

Luckily, we arrived half an hour earlier, full house jugak Swensen's walaupun malam weekdays.


Breaded Chicken Meuniere

Mak bonda teringin nak makan yang atas ni. Nasib baik sedap! As usual, licin. Totally tender chicken flesh with ranch sauce, coleslaw bersama fries yang gemok.


Spicy Grilled Chicken Burger

Aji opt for these, Spicy Grilled Chicken Burger. Namun begitu, dia lebih sedap dan seronok curi makan dari pinggan mak bonda nya! Hampeh! Takde can akak nya nak buat sama!...hehehe..


Mushroom Baked Rice

Mushroom baked rice ni memang a wrong choice that night. Supposed dengan keadaan perut yang tak berapa sedap, I should complete my dinner dengan banana split or gold rush saja. Mushroom baked rice ni ada sedikit bau, probably from oyster mushroom. Couldn't finish it. Bazir! Sumpah seranah diri sendiri. Next time, kalau sesiapa yang nak try Swensen's baked rice, choose their Chicken Baked Rice! Yang tu memang sedap. Recommended.


Terasa lapar balik perut ni masa buat entry...he he he...sabo ajelah!


Friday, October 19, 2012

Barbeque tengah rembang dan aksi 'buka-bukaan'


Apa cerita lama sengap..?

Takdak cerita apa yang menarik pun...melainkan cerita berpanas di petang ahad gara-gara ber'barbeque'. Bawak mak sedara, adik sepupu, tok dan mak bertandang ke rumah cik Puan Sugarhoney. Beria-ia beliau nak prepare ikan bakar portuguese style.



Nah....bukak baju sikit...tunjukkan body yang seksi meksi itu....memang saja-saja nak exposed. Bukan setakat artis saja pandai bukak-bukak...ikan pun nak glamer jugak, kena dedah sikit gitoo! Glamer ka kalau dedah ni...*hakhak..glamer di donia saja yaa...

Dah melalut ke artis terdedah bagai...dasar kaki merapu!



Ayam pun ada jugaaa...buat yang tak makan ikan marhaen.

Nauzubillah..punya la susah nak hidupkan bara api bbq tu. Hampir give-up jugak la. Selalunya my BIL yang jadi tukang menghidupkan api, kali ni dia takdak, pi keja. Dengan usaha gigih mak bonda akhirnya berjaya jugak..after 1 hour ya.

Tok sampai kena gastrik la punya tunggu bbq ni..sudahnya dia makan nasi dulu tapi sempat la jamah ikan bakar portuguese style resipi puan 'Nadiah'. *Nadiah tu tokwan yang suka panggil...sedap-sedap tokwan bagi nama, Sugarhoney jugak yang dia suka.

Okey, melalut lagi...




Menu macam ni kira marhaen jugak kan...? Alhamdulillah.... Gulai Ikan dan Sambal Petai brought all the way from Bukit Mertajam. Sayur Campur dengan Cendawan Goreng prepared by Nadiah, dan lauk-pauk bbq sedia secara gotong-royong.. *apa yang penting, kerjaaasamee!.

Ikan bakar portuguese style tu supposed paste dia banyak..baru sedap kaw-kaw. Rasa macam masak asam pedas ala Mr. Teppanyaki. Masam-masam-pedas gitoo! Hmm...can u imagine that...??? 

Anyway, first trial menjadi. Tahniah, Puan Nadiah....rajin-rajin masak dan try resepi baru...*somi-somi di Pulau Pinang tengah tersenyum dan menyanyi-nyanyi di dalam hati, senang dah nak tambah cawangan baru...hikhik.

Mana pi sengap...??

Ish..ish..tanya lagi! Tak pi mana...poor time management saja!




P/s: bila takdak baru sibuk nak tanya nooo...bila ada buat tak reti saja. 

 

Saturday, October 13, 2012

Roti Canai Argyll Road


Entry pukul 11 pagi...nak share port breakfast yang sempoi di Georgetown. The best roti canai (so far...) roti canai Argyll Road.

Isi perut dengan bersarapan di sini sebelum aktiviti tembak menembak di heritage core zone, Georgetown tempohari.




Tengok portion ayam dia..sorry, tak berapa nampak 'gundu' dalam gambar. Tapi hakikatnya, memang 'gundu'! Ayam dan daging both soft in texture..senang nak makan. Kenyang sampai ke petang untuk perut orang cinonet macam we all.. :D


Price vise, lebih murah dari sarapan kat kopitiam 'hai-klas'. Yang penting, this is the original malaysian breakfast...(bercita-cita nak capture malaysian people having breakfast...insyaallah..)


Located Argyll Road, tak jauh pun dari roti canai transfer road tu. But I think, I still prefer here. GPS coordinate untuk kedai ni : 5.420366,100.331993

Selamat mencuba.

 

Friday, October 12, 2012

Tok, Opah, Granma, Wan or whatever you call them..


My tok amah...tertido di sofa, ahad lepas masa dia mai rumah. Letih benor dia...berjalan jauh rumah anak cucu..last sekali baru la singgah rumah 'burung merpati' kami ni..




Mengantuk sangat-sangat mungkin sebab baru lepas makan ubat batuk. Tak bagi, kesian pulak, teruk batuk nya. Dah bagi sampai terleleh pulak tido. Pak sedara datang nak ambik dia balik rumah pun tak jadi, kesian nengok..tak sampai hati nak kejut.

Zoom dekat sikit....





Cepat la haih masa berlalu. Macam baru ja beberapa hari lepas terasa macam seronok dok main kat laman rumah kampung tok. Menyicah bawah pokok pelam, tok yang tumbuk sambai habuan menyicah. Mengail tepi ban...tok jugak yang tolong pasang umpan...(ni keja dak sugarhoney...)....dan kalau kena tinggal dengan mak abah, depa pi dating, tok jugak la yang tolong mengasuh dak Aji yang masa tu kecik cinonet lagi....haha...sebut Aji..teringat kisah dia 'membuang' di sebalik pintu dapur! Nakei budak tu! Piat telinga baru tau.....dah la akak nya ni penggeli orangnya. Nasib baik la rumah tok kat sebelah je, jerit kat dapur panggil tok yang tolong uruskan 'poo' budak nakei tu!

Dah tak berapa ingat dah tok pun...kadang-kadang ingat, selebihnya lupa. Ada masa dia mai rumah, tapi kalut nak balik rumah pak sedara. Baru sampai pagi, petang dah suruh kita call pak sedara suruh mai ambik dia balik. Selagi tak call, selagi tu la tak senang duduk. Diungkit nya berkali-kali. 

Dia suka sangat makan kuih baulu sampaikan bila I tengok orang berjual kuih baulu kat mana-mana, automatik teringat dan beli kat tok. Dan baru tau jugak..dia suka makan roti canai dan KFC. Tapi, gigi dah tak ada..hehe..kena cari bahagian yang lembut dan betul-betul isi letak dalam pinggan dia...hehe...tok..tok..kadang-kadang teringat dia, boleh senyum sendiri jugak.

Betul kata mak sedara, nak jaga orang tua-tua ni perlukan kesabaran dan tak boleh layan tension..kena buat lawak sekali-sekala dengan depa.... :D Mak sedara dan pak sedara I tu memang banyak berjasa kat arwah wan dan tok jugak. Depa yang jaga. Anak-anak lain pakat ada tanggungjawab masing-masing. My mak bonda pulak ibu tunggal, dok dengan I dan adik. Di rumah tu pun sunyi, agak bahaya nak tinggalkan tok sorang-sorang di rumah sementara nak tunggu kami semua balik dari keja lewat petang nya.

Terima kasih la pakteh & makteh....





Thursday, October 11, 2012

Nasi Alfredo, Fettucini Gulai Pisang


Don't get confused with the title...just a gimmick of course, bajet buat tajuk telepilem seploh tahun akan datang. 

It's supposed to be good with this version....


Fettucine Alfredo (fet-tu-ci-ni al-fre-do)

But unfortunately, this version is much more dellllllicioussssss~

Fettucine Bolognese (fet-tu-ci-ni bo-lo-nie-zey)

Beginilah hakikatnya kalau masak sendiri. Ada masa sedap, ada masa tak sedap. Ada masa terlebih pandai sampai over-do, macam kes alfredo di atas. Memandai je tambah fish fillet...terus tak best!

I'm sorry, I'm no italiano...tapi citarasa itali susah nak pudar. Tak tau lah pasaipa. However, I still love my kampung menu even without sambal belacan..ulam-ulaman dan sayur kampung will do!

Just like this...! Superb lunch of yesterday....




Pucuk janggus, sambal tokua, gulai pisang, daging bakor, kerabu pucuk paku dengan tauge..nasi separuh! Lama tak makan kerabu pucuk paku dengan gulai pisang tu...hmmm... bought from Sejati Gemilang, Bandar Perda. Kalau tak bersebab, confirm takdak nak tapau-tapau nasi bagai....


Ce teka how much it costs...?








Saturday, October 6, 2012

Sai Kee 434, made in Muar.






Terima kasih kawan dari Muor. Susah payah menge-pos-laju kopi-kopi terbaik, kaw dan harum aroma nya. Sai-Kee 434, Muor mari!

Elephant bean tu bila dibancuh guna gula perang, sangat mengancam rasanya. 

Hanya penggemar kopi yang tahu menilai!

Dan alhamdulillah, kiriman balas Penang White Coffee keluaran Coffee Tree & Italian Roast pun dah selamat sampai Muor. Insyaallah kalau ada rezeki nak cuba beli kopi durian pertama di Malaysia pulak lepas ni. Boleh kongsi-kongsi lagi! :-)



p/s: sapa pernah cuba kopi luwak (civet coffee) ?? hehehe....tidak mungkin I akan mencubanya. tidak sanggop menyakiti jiwa raga ini dengan membayangkan ianya keluar dari tutttttttt.......



Friday, October 5, 2012

Coffee Break @ Winter Warmers

Laaaaaaama tak tayang makan-makan...kannn... *hmmmm...dia mula dahhh..jahat ok!

Dah lama terperam sampai dah tak ingat bila pegi coffee-break dengan my sis kat Winter Warmers, Gurney Plaza ni. Must be in early september hari tu. Sibuk punya pasal la katakan.....*sibuk la sangat.



My cappucino. Not bad walaupun tidak boleh menyaingi kopi-cino-setarbak.



Nice ambience...very inggelish! Ala-ala country. Terpandang display..CIMB cardholders are entitle for 10% discount on total bills! Oh yeah! Cepat-cepat hulur kad masa nak bayar nanti...lalalala....walhal tak plan pun nak bayar guna card, tapi dah alang-alang dapat discount kan..



Order arrived! Rose coffee untuk my sis, and beef spaghetti, that's mine! No wonder lah puan teh ais gula madu kata spaghetti mereka sangat awesome! Memang awesome pun...orang yang biasa makan tak abis macam I pun boleh sapu licin pada petang hari berkenaan walaupun masa order sampai kelihatan portion nya sangat mewah gitu, macam tak boleh abis!




Owh..this one even more superb~! Nachos cheese bake. Makan masa panas-panas, dengan melting cheese...boleh bayangkan macammana rasanya...? Sedap tak tau nak habaq....! Banyak pulak tu..boleh makan sharing.

Overall, 2nd visit pun tak mengecewakan! Maknanya...boleh pergi lagi!

Kali ni nak mintak kengkawan blogger la belanja I pulak....boleh...??


Thursday, October 4, 2012

Beach Street, Lebuh Pantai dan kisah patriotisme

Suatu hari, di pagi ahad yang indah dan permai...

Setelah menikmati sarapan roti canai Argyll Road yang terhebat di doniaaa....

We all meninggalkan jejak langkah dengan kasut buruk di sini..Lebuh Pantai atau lebih dikenali dengan bahasa inggeris nya, 'Beach Street'.



George Town Dispensary


Sungguh aman damai lagi permai dan harmoni....





tanpa kereta...





hanya basikal dan pejalan kaki di mana-mana...




tak ketinggalan juga pakcik si penarik beca yang menunggu pelanggannya...jangan tidur pakcik yaa...


terasa seperti nak buat 'parody' pulak...betapa bestnya jalan lengang...



Logan Building. Dulunya menempatkan 'Barkath Stores'.


sambil menikmati keindahan senibina penjajah





silap...bukan I agungkan penjajah...



Cawangan bank yang paling tertua di Malaysia. British-Palladian style, siap pada tahun 1930.


tapi mengenang sejarah



Cawangan pertama HSBC di Malaya. Shanghai art deco style.


sejarah tak boleh diubah


'Stanchart'

Dari sejarah kita belajar mengenali diri kita, agama kita, bangsa kita, tanahair yang kita cinta...




owh..tersilap bulan kah...bukan bulan hari Malaysia, bukan bulan merdeka



Gat Lebuh Gereja


tapi I patriotik dengan cara I sendiri...ikhlas dari dalam jiwaaaa...


Penembak curi di Whiteaways Arcade


lupakan rasisme...lupakah kita zaman sebelum merdeka, 3 bangsa duduk semeja....




 

owh I bukan lupa...cuma belum lahir saja....hahahaha....





terima kasih kerana layan membaca....kalau tak baca, tengok gambar sahaja pun tak apa...






p/s: 

bahasa sungguh skema, 
gara-gara tugasan bahasa melayu adanya, 
sungguh aku malu tidak terkira, 
nak buat karangan, asyik terkulat-kulat sahaja...

hahaha


Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday#37: Bangkok Lane














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails