About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, October 30, 2012

Aidiladha: Ketupat dan Almari Antik


Menaip entry kat blog ni umpama proses mengasah pisau yang makin hari makin tumpul. Hebat analogi...tiba meniba ja kannnn..

Sungguh pun. Tak sungguh, tak kata la..

Sementara nak mula menaip ja..bila dah start menaip, terus lupa daratan. Memanjang out of topic..melalut lebih pulak tu. Apa pun..sapa nak kisah..blog sendiri..punya suka la kan.




Tayang santapan di pagi Aidiladha. 3 biji ketupat palas, tiada jagung, tiada kacang. Plain. Itu pun tempah dari kawan bonda. Rendang daging home-made. As usual, rendang mak bonda tiada tolok tandingnya, sebab tiap kali raya bukan ada orang lain lagi yang bertanding dengan dia acara memasak rendang ni. Entah bila anak dara dia pandai nak masak rendang sendiri...*konfem anak dara dia guna taktik kotor, pakai perencah siap dari peket...muahehehe.. gelak nakal!

Hari sabtu, day after Aidiladha I dengan mak bonda memenuhi jemputan kawan sekerja dia kat Kubang Semang. Kenduri arwah sempena raya qurban. Alhamdulillah..rezeki. Tiada gambar makan, malu kat makcik-makcik yang pi majlis tu. Untung-untung depa berkenan buat menantu teruih tak jadi sebab tengok gelagat kita sibuk dok berkepit dengan kamera henpon..*hipokrit okey.





Takdak gambaq makan..tapi ada gambaq 'lemari' (almari) antik. Berkenan! Susah dah nak cari almari antik macam ni. Agak-agak kalau cari design lebih kurang sama macam ni kat IKEA berapa la bajet nya kannn...untung makcik ni, walaupun keadaan almari ni dah tak berapa baik, nilai estetika tu yang penting. Eh2..bersyarah lak dia!

Banyak jugak novel era 80-an dalam almari tu. Nyaris-nyaris tak boleh kawal tindakan refleks dari membuka almari berkenaan dan membelek buku-buku tu...bookworm la katakan. Kontrol ayu punya pasai, maka selamat lah novel-novel berkenaan di dalam almari.




15 comments:

  1. Kalau guna taktik kotor...Kalau sedap apa salahnya...Akak sudi sebagai tukang rasa;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihredha,

      Owh..i'm so glad..akak sudi menjadi tukang rasa..
      ya la..kita kalau guna peket pun, tetap kena modified sedikit sebanyak..kan..kan...

      Delete
  2. dah kawen nanti...pandai2 la guna mcm2 taktik...paling best guna taktik merayu mak tolong masak,kan....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah,

      haha...taktik merayu tu yang tak tahan. Annoying jugak bila tengok adik saya dok merayu kat mak...hehe..suka saya gelakkan dia..tak kena tang batang hidung sendiri..

      Delete
  3. Dear Siti Murni...

    Mata lebih tertumpu pada lemari tuuuu.. Kalau lah dapat. Bahagia.. Kat rumah ni tinggal pintu je.. Tu pun pintu lemari baju zaman dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakya,

      antik punya pasal..kita DIY je la mana yang mampu..simpan tau kakya..nostalgia tu. saya pun menyesal jugak, sebab masa duduk kampung ada dulu ada dua tiga buah almari lama yang comel peninggalan arwah tok, tak diangkut sekali ke rumah baru..sudahnya rosak macam tu saja.

      Delete
  4. Ketupat yg menambat pandangan ini...hikhik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatiha,

      Menambat pandangan tapi kalau terlebih makan..jawabnya pandangan tertutup la..asyik nampak bantal je..mengantuk!

      Delete
  5. Lemari tu yg bahagian bawah nak bukak camana tu, jenoh korek, kehkehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Entah la depa bukak lagu mana..handle pun dah takdak...mungkin lemari ni tak digunakan sangat pun. cuma sayang depa nak buang agaknya. ya la...antik tuuu..

      Delete
    2. Akak suggest pakai skru driver dinas. Hehehe. Eh, lemari orang kita pulak sibuk kan.

      Delete
  6. as salam

    gambaq ni nampak nostalgia sangat..ketupat palas tu susah dah akak nak jumpa kat sini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      Saya edit over-over sebab nak menaikkan mood nostalgia tu..tinggal tak hitam-putih ja lagi..hehe.
      kat utara ni ketupat palas memang menu wajib tiap kali raya. kalau tak raya pun ada sesetengah tempat masih buat untuk sarapan pagi.

      Delete
  7. Dulu mak akak ada lemari camtu. Gobok pakaian antik pun ada. Siap ukir2 macam bentuk kepala orang lagik. Tengok malam2 memang takuit. Tapi habieh dah. Kena makan cik anai2 dan geng. Sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      orang dulu2 punya la berseni..habis segala-segala nak diukir. bila dah zaman sekarang ni baru la tau..betapa mahal hasil ketukangan diorang ni kan. takut belakang kira kak...hehe...janji nampak mahai..haha...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails