About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, October 25, 2012

Nasi Hembus


Nasi Hembus..yaa.. dalam loqhat utara dipanggil 'nasik hembuih'...okey, tipu! Takdak istilah ni dalam kamus pemakanan ya. Memandai ja I bagi nama nasi hembuih ni...sebab nak makan dia memang kena hembuih. Kalau tak hembuih melecup lidah! 


Maybe ada orang yang terer makan 'claypot chicken rice' ni tanpa perlu menghembus. I tak terer! Mengaku siap-siap. Walaupun suka hidangan panas, tapi tang claypot ni memang surrender, wajibal ghunnah kena hembuih dulu sebelum makan.


Mak bonda selalu kata, "apa yang sedapnya makan nasi belanga tanah ni...buh ayam dengan kicap ja pun". Memang pun, sedap lagi masakan mak. Cey...ada bodek di situ yaa. Kalau rasa nak kena masak semua benda sendiri, sila la beranikan diri jawap macam ni, "sedap la mak, tu la mak tak mau masak macam ni kat rumah". Haha..banyak segak muka I. Mau sentap dia nanti. Ya ampun!


Priced at RM 5.30, lunch time beberapa hari lepas di Pacific, Megamal.


But seriously, tak la sedap mana pun. Cuma entah, memang suka makan benda macam ni kalau pi food court mana-mana shopping complex, it's either claypot rice, claypot noodles, sizzling rice, sizzling noodles...tak percaya? Tanya diri sendiri....ce tengok kat food court mana-mana..apa pilihan utama youngsters dan mak pak youngsters sekarang ni..??

Basically, claypot rice ni memang hanya gunakan soy sauce, chicken, egg and salted fish. Salted fish tu sebenarnya yang menyedapkan nasi ni. Kalau diikutkan nasi belanga tanah ni..traditionally, aroma dia la yang menyebabkan dia begitu special. Yang biasa kita makan di food court sekarang ni dah tak berapa nak original claypot mereka-mereka itu kannn.


Nak sedap, hang buat sendiri la Murni oi! Nanti nak pi survey belanga tanah comei macam ni..sedap sikit masak nasi atau megi di dalamnya. Jenuh nak pi cari dapoq arang pulak lepas tu...hmmm...
 




20 comments:

  1. Makchaq pun macam mak bonda murni.. tak berapa suka.. antara sebabnya.. susah nak makan.. jenuh duk hembuih, lepas tu habis spek jadi kabuq beruap tak nampak nasik...
    baik makan nasik kandaq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      hehe...betui la makchaq..leceh sungguh..habis kabuq spek mata..

      Delete
  2. memang sedap ! cita pasai makan, pcl mmemang suka...la duk kat Sp ni manjang makan2...apa yg ada 3 kupang kat harga claypot rice tu..bukan 5 henggit ja ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL,

      RM 4.50 saja..tapi biasa la add on telur mata tu..jadi la RM 5.30. Cerdik depa, tak bagi kita pilihan dah.

      PCL dok SP ka...dekat la mcm tu..

      Delete
  3. hahahhah...ingatkan betul tadi
    tipah tertipu
    mak masak lagi sedapppp...kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihredha,

      hehehe...saja bikin suspen.
      air tangan mak jugak yang sedap.

      Delete
  4. Ingatkan masakan baru tak pernah dengaq tadi, kahkahkah! Betoi la, nak makan ni kena hemboih dulu. Memang konpem melecup lidah kalau makan teghuih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      haha...tu la dok kata tu...mau melecup lidah kalau tak hembuih dulu..
      jangan salah sangka..bukan resipi baru masterchef malaysia..

      Delete
  5. Zaman dulu memang la mana romah pon dok ada ja belanga tanah nih. La ni, payahhh. Cheq pun suka la sangat claypot claypot ni. Tapi nasik tak pernah terai, tak minat. Kalu order zon claypot ni, amik Yee Mee saja. Hat lain, rejek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      kalau kata hat tukang post ni..apa saja jenih dalam claypot, yee mee ka..koay teow ka..nasi ka...semua dia balun...serupa ja...haha....

      gulai ikan masak dalam claypot....lagi sempoi kan...

      Delete
  6. as salam,

    abah akak cakap nasik ni tk sedap..bile nampak menu ni jadi tk tingin nk try tp bila baca entry ni jaditingin le plok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      Banyak tempat jugak saya dah rasa claypot chicken rice ni, tapi betul la, tak semuanya sedap. sekadar memuaskan hati..why not kak tiha cuba sekali...baru boleh tau maa sedap ke tak..kena dengan selera ke tak.

      Delete
  7. Akak ingatkan nak bagi resipi baru. Pelik jugak namanya. Rupanya tipah tertipu. Akak tak berapa suka sbb payah dan lambat sgt nak ngap. Tak sabar nak tunggu sejuk. Tapi sizzling yee mee tu akak suka sebab tak payah hembuih sgt. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Haha...ramai yang tipu tertipah dengan tajuk tu..menjadik jugak saya ni.
      Sizzling tu kesukaan jugak. Walaupun menu2 macam ni jarang diambil, tapi sesekali layan..sedap la jugak.

      Delete
  8. den tak pernah makan.....sebab tak selera ngk nya......lebih2 lagik kalau tokeh nya cina....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      eh hari tu hang pi taiwan tempat makan tu tauke melayu ka..?haha...silap komen mu jebat...u shld say..tauke nya non-muslim...tu baru betui.

      kebanyakkan food court yang serve claypot ni operates by indonesian. kemungkinan sekadar digajikan saja. kalau tauke, biasanya..complex yang uruskan.

      Delete
  9. Tapi kakak tak begitulah Murni. Kalau anak kakak betul sizzling hot plate, nasi ayam hot plate semua dia suka. Janji hotplate and bowl macam tu dia suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      kalau nak ikutkan claypot ni biasa je rasa dia. umpama kita masak nasi dengan lauk ayam kicap gitu. tapi saja..memang kalau dah suka makan kat food court..itu2 je la jugak menu yang kita suka hadap.

      Delete
  10. Betul tu..takde la sedap mana pun...saya panggil: nasi + kicap aja..letak dlm belanga..kah kah kah..

    Last 2 weeks saya gi Penang, cari lah Kapitan tu...selain makan ayam tandoori nan dia, try jugak beriani claypot! bahahaha.ntah apa yg bezanya, sama aja bagi saya beriani dlm pinggan & beriani claypot! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad,

      jangan tertipu dengan claypot tu..sekadar penghias je. kaedah masak nya sama je jugak..hehe..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails